APA ITU PEPIAS???

PEPIAS merupakan akronim daripada nama Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan mana sebelum ini dikenali sebagai Persatuan Kebajikan Dan Pendidikan Islam Selangor Darul Ehsan.
PEPIAS telah bertapak sebagai penubuhan yang sah pada tanggal 1 OKTOBER 1992 setelah mula bergerak sejak 1971.


PEPIAS berasaskan DUA GAGASAN iaitu KEBAJIKAN dan PENDIDIKAN ISLAM. PEPIAS lebih menumpukan kepada sasaran sekolah rendah dan sekolah menengah. "meluntur buluh biar dari rebungnya".

PEPIAS telah mempunyai 7 cawangan berdaftar yang mana salah satunya ialah PEPIAS Cawangan Bangi yang bertapak di KUIS, Bangi.

Thursday, February 26, 2009

MALAM TAUTAN KASIH MUHIBBAH KnK dan PEPIAS 2009

Sempena kita akan mengakhiri semester ni, Seketriat Komunikasi dan Kepimpinan Majlis Perwakilan Mahasiswa 2007/2008 yang diketuai oleh Sdr Abdul Hafiz b. Abdul Bar dengan kerjasama PEPIAS cawangan Bangi akan mengadakan MALAM TAUTAN KASIH MUHIBBAH KnK dan PEPIAS 2009. Justeru kami menjemput semua AJK KnK dan Ahli PEPIAS untuk memeriahkan majlis ini seperti ketetapan berikut :


TARIKH : 27 FEBRUARI ( JUMAAT )

MASA : 8.00 MALAM

TEMPAT : BELAKANG PKK

TEMA : MODEN dan TRADISIONAL

BAYARAN : RM 7 seorang (menu BBQ)


Majlis ini juga bertujuan untuk meraikan Jawatankuasa KnK dan Jawatankuasa Pepias yang lama. Oleh itu, dapatlah sekiranya anda semua untuk memeriahkan dan menyerikan majlis ini.
Semoga ikatan kita antara yang lama dan baru akan kekal sampai bila-bila. Sekiranya berminat, sila membuat pembayaran kepada Saudara Fandey b. Padzin ( 0192257090) atau Saudari Mazlina bt. Azmi ( 013-2005712).

Tolong sebarkan kepada kawan-kawan. Terima kasih.

Yang ikhlas,
Muzakkir b. Mohamad Noor
Bekas Biro Perhubungan Awam Knk
Merangkap
Pengerusi Perhubungan PEPIAS Cawangan Bangi

Monday, February 23, 2009

LAKEP PEPIAS 2009

LATIHAN KEFASILITATORAN & PENGURUSAN (LAKEP)

TARIKH : 06 - 08 MAC 2009
HARI : JUMAAT hingga AHAD
TEMPAT : KEM REBUTIA GOMBAK
BAYARAN : RM 15 seorang

ANJURAN :

PERSATUAN KEBAJIKAN DAN PENDIDIKAN ISLAM SELANGOR ( PEPIAS )

Sila daftarkan nama anda selewat2nya 26 Februari 2009 kepada :

Saudara Muzakkir b. Mohamad Noor 013-2005672

www.pepiasbangi.blogspot.com

Friday, February 20, 2009

Program Minggu Ini...

Salam buat keluargaku sekalian,

Makluman semua...

Pada minggu ini PEPIAS BANGI telah menghantar wakil-wakilnya ke setiap program yang dianjurkan. Antaranya :

1. Program Motivasi Pelajar Tahfiz = 6 orang wakil + 5 PEBIS

2. Program Cahaya Ummi Islamic School = 4 orang wakil

3. Program SYABAB Telok Panglima Garang = 1 orang wakil

4. Program Orang Asli = Tiada wakil

Tahniah kepada semua wakil-wakil PEPIAS BANGI walaupun dalam musim peperiksaan namun sanggup melibatkan diri dalam beberapa program yang dianjurkan.

Oleh itu, saya berharap menjadi tauladan buat sahabat-sahabat sekalian yang lain agar tidak menjadi peperiksaan ini sebagai halangan dan alasan kepada anda semua untuk tidak terlibat dalam gerakan dakwah ini.

Jika orang lain boleh, anda juga boleh!!!

Ok.Setakat ini sahaja makluman kepada sahabat anda semua tentang perkembangan cawangan Bangi pada minggu ini. Harap maklum. Minta Maaf semua...Pengorbanan anda semua kan dibalas kelak.

- AKTIFKAN DIRI MU - Anda Mampu Mengubahnya...

Sekian terima kasih.
Salam sayang dari Pengerusi Perhubungan Bangi - MUZAKKIR BIN MOHAMAD NOOR

Monday, February 16, 2009

Final Exam Week

Bismillahirrahmanirrahim

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Bermula 16 Februari hingga 6 Mac 2009, mahasiswa-mahasiswa Kuis akan menghadapi peperiksaan akhir tahun bagi semester ini.

Kami dari PEPIAS BANGI mengucapkan semoga anda semua dapat menjawab soalan-soalan peperiksaan dengan baik dan mudah.

Kami juga berharap anda semua mendoakan kejayaan kita bersama.

Sesiapa yang mendapat dekan, kekalkan lah rentak anda, yang kurang memuaskan, pertingkatkan lah kecemerlangan anda. Apa yang pasti, anda mampu megubahnya.

Buat ahli-ahli PEPIAS BANGI sekalian, janganlah jadikan medan yang anda ceburi sebagai penghalang kejayaan anda. InsyaAllah, rezeki Allah ada di mana-mana sahaja.

Jangan lupa study. Sekiranya tidak faham, tanyalah ahli keluarga kita ini.

Belajarlah sungguh-sungguh. Tapi janganlah memudaratkan diri sendiri.

Good Luck!!!

Sunday, February 15, 2009

LAKEP 2009

Kepada semua ahli PEPIAS....

Persatuan Kebajikan & Pendidikan Islam Selangor akan menganjurkan Latihan Kefasilitatoran & Pengurusan (LAKEP) . Ia adalah bertujuan untuk mendedahkan para peserta tentang ilmu kefasilitatoran bagi memenuhi permintaan program ke sekolah-sekolah dan melatih ahli untuk mahir dalam membina modul dan menyusun pengisian-pengisian latihan program. LAKEP 2009 ini akan diadakan mengikut ketetapan berikut :-

TARIKH : 06 - 08 MAC 2009
HARI : JUMAAT hingga AHAD
TEMPAT : KEM REBUTIA GOMBAK
BAYARAN : RM 15 seorang


*Sila daftarkan penyertaan anda sebelum atau pada 26 Februari 2009. Penyertaan terbuka kepada semua...


Sila beri nama anda kepada Pengerusi Perhubungan cawangan masing-masing atau terus menghubungi Saudara Fawwaz (019-6074700) atau Saudari Dila (017-6306869)....

Harap maklum...


Monday, February 9, 2009

PERHATIAN!!!!

sebenarnya sedih sangat niew, sedih kenapa? sedih bila baca article menghina nabi, islam dan yang paling dasyat mengutuk allah tak layak menjadi tuhan... menitis air mata saya, sebak tak terhingga. yang penulis tu bekas muslim....
tak perlu lah saya berceloteh panjang2 kerana saya dah tak mampu menahan sebak bila adanya manusia yang menghina cinta hakiki kita.
www.adibahahmed.blogspot.com blog nie stay ader lagi, please flag this blog...banyak
http://apostatesofislam.com/. tak tau apa nak kata lah web niey... dasyat siap nak tarik muslim ikut perangai dia, detail dia keji al-quran.
http://www.faithfreedom.org/articles/.
http://www.islam-watch.org/SyedKamranMirza/MuhdIdealCharacter.htm

bila baca niew, lagi bertambah saya sedar bertambah besarnyer tanggungjawab kita sebagai ahli gerakkan.... cukuplah kawan2 leh baca sendiri, saya yakin air mata egois yang kita simpan selama ni pasti akan menitis demi allah yang kita cinta....... :(

Saturday, February 7, 2009

Betulkah Ada Makhluk Pelik?

Salam hormat buat semua warga Pepias...Semoga bersemangat di hari mendatang.
Hari Sabtu di Kampung Changkat sementara menunggu Post Mortem Pebis. Hari juga diadakan Majlis Gotong Rayong dan BBQ PEPIAS.
Tertariklah apabila membaca Makhluk Pelik dari Planet Zargus hasil nukilan Abg Zul. Tertanya betulkah wujud makhluk pelik dalam keluarga Pepias ini seperti mana yang dinyatakan oleh Saudara Presiden?
Seringkali kita mendengar manusia ternampak atau terpandang objek seakan UFO di ruang angkasa. Sekiranya benar, mungkin makhluk itu telah menyamar menjadi ahli PEPIAS. Wah sungguh hebat karisma PEPIAS ini.

Jangan salah sangka pula realitinya sebegini. Ini adalah sangkaan karut daripada salah seorang makhluk pelik dalam PEPIAS ini.

1. Memang benar, kewujudan makhluk pelik ini ada dalam PEPIAS tapi ia bukannya hadir dari mana-mana planet. Hadirnya makhluk pelik ini tidak membawa masalah besar pun pada gerakan dakwah PEPIAS ini. Kewujudan makhluk-makhluk ini sebenarnya menyerikan lagi siratuldakwah kita ini. Mereka datang dari kalangan masyarakat yang sedar mengenai peranan masing-masing dan cuba membawa peranan mereka kepada keluarga-keluarga mereka di luar sana.

2. Cuba bayangkan di sebuah tempat itu, arkitek telah melakar bangunan-bangunan yang sama bentuk,jenis dan rekaan. Pasti ia nampak tidak menarik. Disebabkan itu, wujudlah bangunan pelik-pelik yang telah menjadi keajaiban dunia. Itulah yang kita mahukan. Walaupun sepelik mana pun keluarga kita, tapi bukan itu yang kita pandang namun kita mahu lihat keajaiban Islam itu menyinar semula.

3. Sekiranya cawangan X perangai nya sebegini manakala cawangan Y sebegitu, namun bila disatukan ia akan menjadi lebih pelik. Pelik kenapa? Ini kerana mereka bersatu hati ingin membawa diri dan keluarga masyarakat di luar sana bersama-sama dalam nilai hidup yang berlandaskan syariat Islamiah. Tidakkah ia lagi pelik? Sedangkan perangai mereka yang suka menggigit, menampar, menyerang dan sebagainya juga seperti manusia biasa. Sesungguhnya mereka sebegini kerana timbul kesedaran dan kefahaman dalam diri masing-masing dan cuba sampaikan kepada masyarakat luar sana. Inilah tugas daie,khalifah dan hamba! Walaupun terdapat sentimental pelik dalam diri mereka.

4. Sebenarnya agak kelakarlah ahli PEPIAS ini digelar pelik tapi inilah realiti sebenar. Kita ini bukan hidup dalam dunia khayalan. Kita juga manusia biasa. Teruskan lah wahai makhluk-makhluk pelik sekalian dengan perangai anda semua itu, tapi jangan pula berhenti di perjuangan ini. Masih ramai lagi makhluk-makhluk yang lebih pelik daripada kita yang memerlukan kita dan kita juga memerlukan mereka.

5. Terima kasih bapak presiden kerana mengetahui kewujudan makhluk pelik ini walaupun ia telah wujud PEPIAS sejak sekian lama lagi. Namun inilah dikatakan ukhwah yang mempunyai nilai kasih sayang dan hormat-menghormati. Apabila satu masa hubungan kasih sayang ini capai satu tahap yang amat utuh pastinya mimpi kita yang mahu lihat Islam gemilan tidak sekadar khayalan semata-mata tapi akan berubah menjadi realiti. Janganlah kerana statement makhluk pelik ini akan menyebabkan anda terasa tapi anggaplah ia sebagai personaliti sebenar kita yang ada keunikan tersendiri bagi menceriakan hidup kita ini. Apa saya takut, nanti ada la golongan yang akan membaling kerusi kat saudara Presiden atas kenyataanya itu. Ini lagi saya takut. Tapi perkara ini pasti dan yakin tidak akan berlaku. Ini adalah hanya lawak senario semata-mata. Makhluk pelik ini ada makna tersiratnya. Siapa tidak paham, maknanya dah hampir lah tu... hehe. Siapkanlah diri bagi menunggunya datang.

6. Cukuplah setakat ini bagi memberi reaksi bagi kenyataan saudara Presiden yang disayangi ramai ini. Kenyataan abg Zul kali ini membuatkan saya pula yang terangkat-terangkat kerusi apabila membacanya di Kg. Changkat. Suka saya ingatkan janganlah ubah kepelikan pada anda semua wahai makhluk-makhluk pelik. Teruskanlah ia. Buat yang terbaca artikel ini, janganlah takut dengan kami. Kami adalah manusia ciptaan Allah yang tinggal di Planet Bumi bukan planet Zargus. Risau pula ada sentimen pelik akan muncul. Kalau manusia pelik muncul tidak mengapa lagi. Ok. Jumpa lagi. Berkasih-sayanglah kerana Allah. Berdakwahlah di atas Siratulmustaqim.
Renung-renungkanlah dan selamat bermuhasabah diri. ^_^


Pelik Tapi Benar...Yang Pelik Jadi Sempadan, Yang Benar Jadi Ikutan

Sedarlah Keluarga PEPIAS

1. Rasa terpanggil untuk mengeluarkan lagi satu penulisan untuk tatapan semua. Abg zul telah pun keluarkan hasil karyanya. Jadi, nak lawan la ngan dia agar dapat menjadi penggantinya satu hari nanti. Hahaha. Jangan marah ya Abg Zul. Ini gurauan kasar ja. Mungkin apa yang saya tulis ini adalah hasil perbincangan usrah PEPIAS Cawangan Bangi yang lepas. Baiklah keluargaku sekalian.

2. Dalam hidup bermasyarakat, seringkali kita tidak lekang dengan ungkapan privacy, kehidupan sendiri dan macam-macam lagi. Kita tidak suka jika perihal kita dan tata cara hidup kita diganggu gugat oleh orang lain. Bahkan dengan yang demikian timbullah peribahasa “jangan ganggu tepi kain orang”.

3. Tetapi sedarkah kita, bahawa dalam hidup bermasyarakat, kita bukanlah hidup berseorangan. Kita adalah ibarat sebuah kapal yang diketuai oleh ulil amri (pemimpin-pemimpin) yang terpercaya. Kapal dan bahtera masyarakat ini lah yang membawa kita sama ada ke arah kejayaan yang gemilang atau pun kehancuran.

4. Sungguhpun manusia ini hidup diatas daratan, tetapi selayaknya hidup kita adalah lautan yang penuh gelora dan tidak selalunya tenang. Maka Allah dan Rasul telah menetapkan aturan hidup yang cantik, indah dan sempurna sebagai jalan hidup.

5. Tetapi, malang dan sangat kesal sekali bilamana kita tidak menurut apa yang telah lama kita ketahui. Kita hanya pandai bercakap undang-undang Islam, hukum Islam dan macam-macam lagi tentang Islam. Tetapi, adakah Islam itu tertegak hanya dengan kata-kata tanpa apa-apa tindakan? Adakah tamadun Islam itu sendiri gah dengan ucapan-ucapan kosong?

6. Kalau lah benar Islam ini tertegak sebegitu mudah, Rasulullah tidak perlu berdakwah ke merata tempat. Kalaulah benar Islam ini tertegak dengan kata-kata, kenapa makam sahabat banyak di serata pelusuk dunia. Kalaulah Islam ini tertegak dengan kata-kata, kenapa perlu mujahid setia mengangkat pedang menaikkan maruah Islam? Sejarahilah kita dengan pendekatan yang digunakan oleh penegak-pengak Islam di zaman dulu.

7. Islam ini bukan tertegak dengan kata-kata sahaja! Islam ini tertegak dengan perbuatan yang selaras dengan apa yang diucapkan berpandukan Quran dan Sunnah. Dan dalam kita hidup bermasyarakat juga, dalam bahtera perpaduan tidak kira anda agama apa pun, anda bayangkanlah, jika kapal yang anda naiki itu dilubangi atau dirosakkan oleh segolongan pihak.

8. Contohnya, ada segolongan lelaki cuba melubangkan lantai bahtera itu dan anda berdiri disitu, sedang suasana luar kapal itu penuh gelora dan lambungan ombak. Adakah anda akan berdiam diri? Adakah anda akan duduk disitu sahaja dan anda akan berkata, “Ini bukan hal aku. Aku tak buat apa pun. Biarlah diorang”. Adakah kita tergolong?

9. Adakah anda akan berdiam diri kerana anda tahu yang jika kapal itu dilubangkan, maka anda akan turut tenggelam dan mungkin sekali anda juga bersalah kerana tidak mencegah apa yang dilakukan itu. Inilah masyarakat. Inilah yang sedang terjadi kepada masyarakat. Lagipun ingatlah dakwah ini akan bergerak sama ada dengan kita ataupun tanpa kita tapi seringkah kita ingat tanggungjawab dan amanah kita?

10. Bilamana pelaku kerosakan dan pembuat dosa dan maksiat bebas mengatakan yang urusan mereka adalah hak mereka sahaja, bahkan dengan lantang mengatakan, “Suka hati akulah. Kubur masing-masing. Aku tak susahkan orang lain”. Peminum arak, penzina, pelaku maksiat memang melakukan dosa itu sendiri tanpa mudharatkan orang lain secara zahirnya. Tetapi azab Allah tidak hanya tertimpa pada satu golongan manusia sahaja.

11. Mahukah nanti bilamana kita bertanya kepada Allah: “Ya Allah, kenapa aku diazab sedangkan aku tidak lakukan apa yang mereka lakukan??. Lalu Allah menjawab, “Apakah tanggungjawab mu yang telah Ku berikan ilmu dan hidayah sedangkan kau tak berani membetulkan kaum mu?” Teringat ketika dibincangkan dalam usrah yang lalu, dimana Bapol mengingatkan kepada kami tentang nilai kasih sayang yang sudah tidak diberi keutamaan bahkan dilenyapkan sedikit demi sedikit, ia telah menjadi punca kehancuran dunia dan kegemilangan Islam pada hari ini. Manusia hanya mementingkan diri sendiri. Namun Allah masih sayangkan umatnya. maka dibangkitkan pejuang2 yang istiqomah dalam menerapkan kasih sayang dikalangan umat. Semuanya adik beradik kami, tidak kira apa jenis umat sekalipun. Biarlah orang menganggap perjuangan yang kita buat kerja yang jijik dan kotor, namun penilaian yang sebenar disisi Allah kelak.

12. Bilamana kapten kapal kita juga melakukan silap dalam menakhoda kapal itu bahkan kita ketahui yang kapal itu jika terus berada pada laluan yang diterajui nakhoda kapal itu akan menyebabkan kapal yang kita naiki akan karam, adakah kita akan mendiam diri bahkan mungkin sekali berkata, “Nakhoda hebat membawa kami ke jalan yang hebat”. Sedangkan kita tahu di hadapan penuh batu dan karang yang akan merobekkan badan kapal dan menyebabkan kita semua lemas. Adakah itu yang kita akan lakukan?

13.Sedarlah, kita ini adalah bahtera yang dirangkumkan menjadi satu ummat. Bilamana ada nya kemungkaran dimata kita dan tidak kita berani untuk mencegah bahkan tidak terasa untuk membenci, akan sampai satu ketika kapal ummat ini akan terus lemas dalam kejahilan sehingga sampai ummat yang akan menggantikan kita dan memerangi kejahilan itu. Fikirkanlah, adakah kamu akan menjadi ummat yang tenggelam atau yang akan membetulkan kapal ini? Renungilah firman Allah ini : ( maksudnya)

"Maka mereka mendustakan Nuh, kemudian Kami selamatkan dia dan orang-orang yang bersamanya di dalam bahtera, dan Kami tenggelamkan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Sesungguhnya mereka adalah kaum yang buta (mata hatinya)." [7:64]

14. Oleh itu wahai keluarga2 PEPIAS sekalian, sedar kah peranan kita sekali lagi. Dan tolonglah sampaikan kepada kawan-kawan kita yang bukan keluarga rapat kita tapi mereka tetap keluarga kita iaitu kawan-kawan kita, masyarakat-masyarakat luar, adik-adik kita dan sebagainya. Mahukah kita melihat keluarga kita sendiri tenggelam dalam lautan api neraka disebabkan "selfish" kita.

15. Kaki yang telah berjalan janganlah henti tiba-tiba kerana ternampak tahi ditengah jalan. Mungkin orang kata saya cakap lebih tapi ini mungkin menjadi tranformasi buat saya dan semua keluargaku sebagai anjakan dalam pemurnian hati masing-masing.Buat abg ZUl janganlah baca artikel ini sambil terangkat-angkat kerusi lagi erk. Berbanggalah sebagai Daie, Khalifah dan Hamba!!! Pasti rahmat akan mendatang. Renung-renungkanlah dan selamat bermuhasabah diri.

Muzakkir b. Mohd Noor
017-5086339
Pengerusi Perhubungan Bangi
rik_muz@yahoo.com.my
www.mastermuz.blogspot.com

Monday, February 2, 2009

Kepada semua ahli PEPIAS

Assalammualaikum...... Kepada semua sahabat-sahabat PEPIAS dan adik-adik PeBIS sekalian....

Anda di jemput untuk menghadiri gotong royong dan majlis BBQ PEPIAS . Majlis ini diadakan bagi mengeratkan silaturrahim & ukhwah diantara setiap ahli. Ia juga bertujuan untuk kita sama-sama berganding bahu untuk membersih dan meceriakan Pusat Komuniti Kampung Changkat. Bagi sesiapa yang berkelapangan, anda dipelawa datang bagi menjayakan majlis ini seperti ketetapan berikut :-


Tarikh : 07 Februari 2009 (SABTU)
Tempat : Sekretariat PEPIAS Pusat, Kg Changkat, Selangor
Masa : 02.00 - 09.00 pm
Bayaran : RM 5 seorang
Pengangkutan : Disediakan di Stesen Putra Taman Melati (01.30 pm)


Sila maklumkan kehadiran anda kepada:-

Melalui SMS,

Taip
BBQ jarak <nama penuh> jarak <cawangan> ke 012 - 5133309

atau hubungi


Abdul Hafiz Bin Abdul Bar
012 - 5133309 / 013 - 2008249

www.adfiz.blogspot.com

Exco Perhubungan & Informasi PEPIAS


Usrah Cawangan Bangi

Usrah akan diadakan seperti biasa seperti berikut:

Tarikh : 2 februari 2009
Hari : Isnin
Masa : 8.00 malam
Tempat : BT 1114
Tajuk : Hanya Pada Jalan Ini

Semua ahli PEPIAS anda dijemput hadir. Sekiranya ada ahli baru kami mengalu-alukan untuk turut serta sekali.

"Amalan Usrah Merapat ukhwah Mendekati Allah"

Sekian, terima kasih

p/s: ada masalah hubungi saya 0175086339-Muzakkir

Sunday, February 1, 2009

Pengerusi Perhubungan Bangi- Harapan untuk Semua

Salam permisi buat semua warga PEPIAS

anak pipit terbang tinggi
mati disambar burung merbah
walau bertangkup langit dan bumi
setia hamba tidak berubah

Mungkin ape yang akan sy tuliskan ini akan memeranjatkan semua orang yang sebelum ini sudah terbiasa dengan kejutan. Ini merupakan kali pertama saya menulis atas dasr luahan sendiri. Mungkin kerana ayam jantan yang berkokok setiap pagi telah menyedarkan saya dari lamunan mati sementara.

Kini, sudah menjangkau hampir sebulan pimpinan cawangan Bangi yang baru bertakhta di bumi Bangi dan seterusnya tercatat dalam jawatankuasa baru Pusat. Mungkin telah pelbagai pujian dan kritikan yang telah dilontarkan kepada kami. Sebelum itu, saya perkenalkan diri saya dulu, nama saya Muzakkir b. Mohamad Noor selaku Pengerusi Perhubungan Bangi. Sambutlah salam perkenalan dan salam hormat dari saya, moga dekatlah hati antara kita. Terlebih dulu, saya ingin meminjam hati,telinga, mata dan tenaga anda sepanjang saya memegang amanah yang telah diberikan. Semoga tercetuslah ikatan yang berpanjangan antara kita.

Sebenarnya sudah lama ingin karangkan sesuatu tp pabila perasan saya ni bukanlah seorang sasterawan hebat jadi terpaksalah menangguhkan niat yang beasr ini. Baiklah, saya mulakan dengan memperkenalkan pimpinan baru saya dulu secara rambang je. Pimpinan baru ini terdiri dari golongan yang muda-muda. Inilah sebenranya diperlukan iaitu pemimpin muda yang bertenaga. Pimpinan saya ini juga terdiri dari ahli yang mungkin tidak sampai setahun janggung mengenal PEPIAS tetapi hati mereka insyaAllah bersama PEPIAS dalam mendaulatkan agama ISLAM. Pimpinan yang seimbang antara lelaki dan perempuan ini mampu menyeimbangkan idea dan pendapat bagi menyelesaikan sesuatu perkara yang berbangkit. Persetujuan Syura hingga ke Muktamar dan telah memperkenankan kami untuk menggalas tanggungjwab ini sehingga tempoh yang telah ditetapkan. Cukuplah serba sedikit mengenai pimpinan saya ini. Segala pertanyaan boleh dibuat di kaunter pertanyaan erk. ^_^

Hampir sebulan saya memegang jawatan sebagai Pengerusi Perhubungan dan telah menerima pelbagai ucapan,pujian,nasihat dan kritikan yang mana boleh membangkitkan dan menyemarakkan lagi semangat saya sepertimana sang singa jantan yang berada dalam kelaparan dan ia pasti semangat untuk mencari mangsa nya. Disini saya bertindak sebagai sang singa itu dan bersemangat untuk mencari mangsa iaitu golongan-golongan yang perlu kita dekati. Dan sudah pasti sang singa jantan itu tidak keseorangan untuk mencari mangsa. Ia pasti akan bersama sekawan singa untuk pergi memburu. Begitulah umpama kita semua terutamanya sekali ahli-ahli PEPIAS BANGI yang bersama saya dalam memperjuangkan apa yang ingin kita perjuangkan. Hampir sebulan saya mencari identiti (setlah dinasihat oleh abg zul), maklumlah orang yang tidak pernah menjadi pemimpin. Kerana ramainya ahli ahli mengharap, saya mesti kuat. Badan lemah, langkah longlai, air mata bercucuran. Tetap saya mencari senior senior yang sudi memberi pandangan. Jutaan Terima kasih kepada semua senior yang memberi termasuk di dalam blog ini. Anda sungguh menampakkan saya jalan demi jalan. terima kasih kerana masih prihatin! Tidak kurang juga ahli yang memberi semangat dan sudi berkongsi inspirasi. Harap terus membantu bersama. Andalah kekuatan saya! Jangan tinggalkan saya. Tetapi tidak lupa, sudah tentu Allah yang teragung! (pinjam ayat Abg Zul). Sowie….*_*

Apa harapan Pengerusi Perhubungan Bangi?

Seperti biasa la, seorang pemimpin pastinya mempunyai harapan yang besar utnuk dia realisasikan termasukla saya sendiri yang telah menyusun beberapa cita-cita individu yang ingin saya laksanakan secara berjemaah. Harapan ini pastinya akan membuatkan orang disekeliling saya merasa ia adalah tugas yang sukar sehinggakan orang2 hebat di luar sana pun pasti tidak mampu laksanakan. Teringat saya ketika Muktamar Bangi lepas, saya di utarakan soalan apakah garapan saya setelah dilantik memegang tampuk pemerintahan ini. Dan senang sahaja saya jawab iaitu harapan saya hanya satu iaitu semua bekerja bersama saya. Setelah tamat muktamar, saya berpikir sejenak, kalau saya hendak semua orang bekerja dengan saya, saya perlukan sesuatu. Saya diingatkan untuk membina karekter sebenar supaya mudah diterima ramai. Biasalah bukan mudah untuk menyejukkan hati semua orang. Saya bukanlah datang dari golongan yang warak dan alim walaupun belajar di sekolah agama, kolej agama tp saya sedang menuju ke arah itu. Sya ini jenis yang mempunyai watak pelbagai dan jenis open mind. Dan sebenrnya tidak layak untuk saya memegang jawatan ini kerana dengan sikap dan sifat yang berbeza dengan sepatutnya yang dikehendaki. Tapi Alhamdulillah, saya diajar dan ditunjukkan jalan dan telah menanam dua cita-cita untuk direalisasikan di cawangan Bangi ini iaitu:

1. Mempertingkatkan kualiti dalam kuantiti yang bertambah

Ia mempunyai dua maksud iaitu saya dan golongan-golongan tertentu untuk bersama-sama bagi mempertingkatkan maudu’-maudu’ saya yang berada di cawangan Bangi ini. Disini saya juga tidak terkecuali erk. Kita sudah mempunyai ahli yang ramai dan xsalah untuk kita menambahnya agar makin ramai lah yang sanggup memperjuangkan agama Islam ini sepertimana yang diperjuangkan oleh PEPIAS ini. Tambah la ahli-ahli PEPIAS ini. Ramai-ramaikan la. Dijemput untuk semua menyertainya. Tetapi dalam kita menambahnya, kita juga terlupa untuk mempertingkatkan kualiti ahli kita. Kita sering bangga dan riak dengan kehebatan ahli kita. Memang tidak diakui. Tapi berapa sahaja yang hebat? Berapa sahaja yang perlu dibanggakan? Dan takkan kita hendak mengharapkan dengan mereka sahaja? Bagaimana dengan yang lain?

Kita telah tinggalkan mereka jauh ke belakang. Oleh itu, saya ingin setiap ahli PEPIAS cawangan Bangi khususnya mempunyai kualiti yang diinginkan oleh Pusat. Kualiti sepertimana yang kita mahu? Tepuk perut tanya la perut yang lapar itu. Mungkin aktiviti-aktiviti seperti LAKEP, program-program sekolah,usrah dan sebgainya dalah modus operandi untuk kita sama memperbaiki kualiti dalam diri kita ini. Tetapi malangnya ahli-ahli cawangan Bangi yang ramai ini MALAS untuk menyertainya dan hanya ingin berada di takuk yang lama. Bila di ajak ada sahaja alasan dan bila tidak di ajak ada sahaja umpatan. Bukan kualiti ini yang kita hendaki. Usrah terutamanya, berapa ramai sahaja yang sanggup untuk menyertainya? Dalam usrah kita dapat lihat bagaimana kepetahan Abg Zul bercakap, kemanisan penceritaan Abg Syukur, kekemasan rumusan Bapol, semua tu datang dari mana? Inilah kualiti yang mereka ada. Tapi adakah dari kita ada seperti mereka? Kita hanya pandai bercakap tp tiada isi. Adakah kita mahu lihat keadaan kita yang lemah dari aspek ini untuk pergi berdakwah, untuk pergi mengajak adik-adik kita ingat ALLAH dan sebagainya? Puncanya ialah kita MALAS dan dari malas itu la kualiti itu tiada. Malas bertanya, malas membaca, malas menyertai, malas berkorban. Inilah sedikit sebanyak pemerhatian saya kapada ahli-ahli cawangan saya. Bukan hendak dikata saya ini hebat, saya juga sama seperti anda tapi saya buat begini ingin menyedarkan kita semua. Ada antara ahli kita yang sekajap ada sekejap tiada (mcm chipmore), ada ahli kita yang tak mahu berkorban ( alasan banyak-ada assingment la, ada keje la, ada hal la) dan mcm-mcm la. Cuba kita fikir, kenapa orang lain yang sama-sama tidur sebantal ngn kita mampu pula untuk pergi?Ada yang fikir tiada pengalaman la, tiada keyakinan la, baru lagi la. So sampai bila kita nk ada pengalaman, smpai bila kita nk ada keyakinan dan sampai bila kita nk jd lama?...Semua ini adalah dasar tiada kualiti dalam diri kita. Saya akui sendiri, semua ahli cawangan Bangi ini hebat belaka dan mantap tapi kualiti masih tidak cukup. Sahabat-sahabat yang sedar tolong la sedar2kan sahabat-sahabat kita yang masih dilamun mimpi sang putera melamar sang puteri itu. Sedarkan mereka supaya memperbaiki diri kita setiap masa semga kita jadi lagi hebat dan mantap selpas ini. Perubahan sedikit demi sedikit mampu membuatkan kita cemerlang di masa depan! Hidupkan lah cawangan Bangi ini dengan kualiti yang ada pada diri kita masing2. Pabila kualiti kita ini bersatu pasti sesuatu keajaiban akan berlaku dan pasti memudahkan kerja kita yang tidak ada penghujungnya selain kita sudah mati.


2. Merakyatkan golongan lelaki dalam PEPIAS ( APLE)

Sedar atau tidak, kita sudah ketandusan lelaki dalam PEPIAS ini…Mana para imam bagi golongan jemaah perempuan ini. Dan tidak mustahil Aminah Wadud akan berlaku dalam PEPIAS. Sememangnya semua tempat dan persatuan sebegini masalah yang dihadapi. Tapi kita perlu cari langkah dan jalan penyelesaian untuk kita menjadikannya realiti. Mungkin ada yang muak melihat si A, si H, si F, si M dan beberapa lagi lelaki di cawangan Bangi ini. Adakah lelaki sudah pupus? Adakah lelaki tidak berminat aktiviti macam ini? Semua kenyataan itu tidak mustahil berlaku. Mungkin susah kita untuk meramaikan lelaki tetapi sekurang-kurangnya ada juga penambahan bilangan lelaki ini. Ada seseorang beritahu saya, bagaimana hendak meramaikan lelaki? Kamu guna la tarikannye mcm lebah la..Madu menjdai tarikannya. Begitu la juga lelaki, penjadi tarikannya ialah perempuan. Gurauan sahabat saya ini mungkin ada benarnya. Tapi begitulah, kita perlu ramaikan lelaki. Lelaki lah segalanya. Pada zaman Rasulullah, sahabat-sahabat baginda yang terdiri daripada lelaki sanggup sahaja bersama baginda di mana sahaja. Apa salahnya kita melahirkan lelaki seperti begitu. Inilah mentaliti lelakii sekarang pabila menyertai aktiviti keagamaan in akan dianggap seperti lembut, lemah dan bodoh kerana lupakan dunia remaja. Mereka juga kurang berminat dengan aktiviti seperti emyampaikan dakwah dan nasihat ini. Tapi perlu diingat, pabila lelaki ramai senanglah kita unutk mendekati adik-adik kita yang perlu dibentuk ini kerana adik-adik lelaki bermasalah lagi ramai dr perempuan. Tenaga lelaki juga diperlukan untuk masyarakat diluar sane yang memerlukan kita.

Begitulah dua cita-cita dan harapan yang ingin saya tunaikan. InsyaAllah dengan bantuan anda semua pasti benda ini akan terlaksana. Bukan mudah klita hendak terima kenyataan ini tapi itula yang pahit terpaksa juga kita telan. Sering juga kita diperingatkan PEPIAS ini bukan la hanya semata-mata menyertai program sekolah tapi banyak lagi tanggungjawab kita. Dan itulah sebab nya saya rasa kita perlukan terlebih dahulu dua perkara ini untuuk kita laksanakan. Biasalah apabila kita ingin kan sesuatu benda itu menjadi kita perlulah sentiasa membesarkan ALLAH dalam hati kita ini. Kualiti amat penting bagi semua sebelum kita pergi lebih jauh. Kualiti merangkumi pelbagai makna dan sudut. Golongan lelaki juga amat penting dalam organisasi. Saya tidak mahu PEPIAS BANGI ini hanya tinggal helwani sahaja. Kita ingat semula bagaimana PEPIAS dulu, yang pernah ketika jatuh terjunam di Bangi dan alhamdulillah dibangunkan semula oleh pimpinan Bangi yang lepas dan kita merupakan generasi yang akan pegang nye dan cuba untuk menstabilkannya supaya tidak jatuh kembali. Fungsi kita bukan hanya dalam organisasi sahaja tapi di luar snaa ramai yang memerlukan kita. Oleh itu, kita perlu lengkapkan diri kita daripada semua hal dan perkara. Bersedialah wahai sahabat-sahabat PEPIAS Bangi sekalian. Tanggungjawab kita besar Cuma kita tidak tahu sahaja. Ingatlah setiap ahli harus sedia menerobos, merungkai dan seterusnya menjernihkan kembali apa yang keruh, apa yang liat, dan apa yang buruk. Mungkin sukar bertindak secara berseorangan; lantas, kita harus guna pengkalan untuk rungkai segala kekusutan bersama-sama, sebelum kita pulang semula ke lapangan.Selain itu, bertindak secara berhikmah dan bertanggung-jawab tidak sekompleks sains roket, namun, ia memang berat; jika melakukannya dengan emosi. Fikir-fikirkanlah dan selamat bertindak.


Jadi, semua orang perlulah sentiasa ingat-mengingati antara satu sama lain. Semua orang meletakkan harapan yang tinggi pada kita kerana kita punyai jemaah yang ramai. Gunakanlah kesempatan ini dengan membalas kepercayaan yang telah orang berikan. Buat pimpinan Bangi semua, gerakkan la kerja anda masing2 dan jangan lah sia-siakan amanah yang telah diberikan pada kita. Sepatutnya kita lah perlu tunjukkan lebih lagi daripada ahli kita supaya mereka dapat mengikuti apa yang kita buat. Jangankan kita suruh tapi kita tidak laksanakan. Apa yang penting… KERJASAMA antara kita. Selalulah ingat-memperingati antara kita. Kerja kita sebenranya sudah banyak tapi perlulah bertindak sekarang. Janganlah bertangguh lagi. Tunjukkan lah kemampuan kita. Setiap gerakan kerja kita buat hendaklah ikhlas dan semata-mata kerana ALLAH s.w.t.

Inilah sahaja permulaan saya sebagai penulis blog. Maafkan lah saya sekiranya ada mengguriskan hati sesiapa dipermulaan pemerintahan saya ini. Kritiklah saya dipentas yang betul. Sedarkan lah saya sekiranya ada kesilapan. Maafkanlah saya sahabat-sahabatku. Terimalah seadanya atas teguran dan nasihat saya ini. Sebenarnya saya ingin menyatukan anda semua untuk bersama-sama kita memperjuangkan Islam melalui wadah PEPIAS ini. Maafkan saya pimpinan kecintaanku kerana anda telah banyak terkorban kerana keadaan. Kerana ia telah membuka ruang perpecahan dan permusuhan. Jasa akan diungkit dan dendam akan tersemat. Harap belum terlambat. Saya serahkan pada anda. Kita ada Allah! kita yang lupakannya. Sekian terima kasih….Jumpa lagi di penulisan akan datang.^_^ Senyumlah selalu….Sentiasalah membesarkan ALLAH di dalam hati kita semua.

Mg kita bersama2 menjadi terbaik
terbaik di mana jua kita berada...

mg kita menjadi dai yang terbaik
terbaik di mana amanah dan tanggungjawab dipikul

mg kita menjadi hamba dan khalifah yang terbaik
terbaik di muka bumi Allah ini...