APA ITU PEPIAS???

PEPIAS merupakan akronim daripada nama Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan mana sebelum ini dikenali sebagai Persatuan Kebajikan Dan Pendidikan Islam Selangor Darul Ehsan.
PEPIAS telah bertapak sebagai penubuhan yang sah pada tanggal 1 OKTOBER 1992 setelah mula bergerak sejak 1971.


PEPIAS berasaskan DUA GAGASAN iaitu KEBAJIKAN dan PENDIDIKAN ISLAM. PEPIAS lebih menumpukan kepada sasaran sekolah rendah dan sekolah menengah. "meluntur buluh biar dari rebungnya".

PEPIAS telah mempunyai 7 cawangan berdaftar yang mana salah satunya ialah PEPIAS Cawangan Bangi yang bertapak di KUIS, Bangi.

Monday, March 23, 2009

Cakap-cakap Bengkel

Perjalanan kami sepanjang ke Bengkel Pengurusan PEPIAS 2009 di Seksyen 11

7.30pg-kumpul di 1st cafe ( Aida,Iela,Sarah,Fandey,Muzakkir,Afiq)
-dihantar oleh driver Pepias dengan naik kete kancil


8.31pg-naik komuter ke Shah Alam
-berdiri sepanjang perjalanan ke sana, turun di kl sentral


9.00pg- makan di kl sentral
- tunggu sahabat CICT, Ayu
- usrah 3 Generasi (wadah+abim+pepias) pun dah start kat Masjid Negeri, kami tak sempat sampai


10.30-naik semule komuter untuk teruskan perjalanan ke Shah Alam


12.00- sampai di shah alam
- jumpa sahabat-sahabt dari Ampang dan Pandan
- tunggu kereta sapu Pepias untuk ke Madrasah Seksyen 11 hampir sejam (satu pengorbanan)


1.15 - smpai di Madrasah
- bertemu dengan sahabat-sahabt dari setiap cawangan Pepias
- solat Zohor berjemaah
- makan tengah hari


2.30-bermula slot bengkel




Bengkel Pengurusan ini telah bermula pada hari pertama dengan :

1)Taklimat dan Taaruf - dikendalikan oleh Sdr Mamat dan Sdr Bapol
- sesi taaruf berjalan dengan lancar dan sangat menarik (kene wat gaya)
- setiap cawangan di bahagikan tugas masing2 sepanjang bengkel
2) Riadhah - dikendalikan oleh Pepias Cawangan Bangi (tepuk)
- buat trademark (ice breaking)-lawak gile trademark semua.
- senaman kembar& senaman ibu mengandung
- operasi melekat dan bom
-diselitkan dengan objektif yang berkaitan dengan pengurusan
- mind setting
3) Tazkirah Maghrib - disampaikan oleh Ustaz Zawawi
- bertajuk Tanggungjawab sebagai ahli gerakan"
4) Kertas kerja 1 - tajuk: pengurusan dakwah
- oleh Abg Annuarhaq ( Mantan S/uA Pepias)
- dapat hadiah kismis - Bangi dapat dua botol kalah ngan Pandan (3)
-banyak yang input baru dapat dikongsi
5) Bengkel - Halatuju
- dipecahkan kepada setiap cawangan, setiap pengerusi perlu bentangkan

Begitulah perjalanan Bengkel sepanjang hari pertama, walaupun badan sedikit letih namun kami tetap bersemangat meneruskannya. Kami tidur pada hari pertama jam 2.00 pg.


Hari Kedua

1) Qiyamullail - Semua bangun tapi bermula lambat
- merupakan aktiviti wajib PEPIAS dalam setiap program
2) Tazkirah Subuh - disampaikan oleh Abg Remy (Pen. S/u Abim) bertajuk Budaya Gerakan
- semua mendengar sambil memejam mata. (hebat sekali)
3) Kertas Kerja 2 - "Pengurusan Organisasi"-dibentangkan oleh Wak Jam( Mantan Presiden)
- diajar tentang wat surat,minit mesyuarat,mesyuarat dan sebagainya
- setiap peserta diberi gula-gula Daim (sumbangan Pepias Bangi)
4) Kertas Kerja 3 - "Pengurusan Program"-dibentang oleh Ckg. Alwan (Mantan Timb.Presiden waktu zaman Abg. Nizal)
-dipecahkan kepada 4 kumpulan untuk menghasilkan kertas kerja
- Bangi bergabung dengan adik-adik Syabab TPG ( bajet cawangan Banting)
- Kami kene wat kertas kerja berkaitan hari Sukan
5) Bengkel - Pelan Tindakan
- dipecahkan kepada 3 kumpulan
( Majlis Perasmian,Mesyuarat,Pentadbiran)
- dibentangkan dan dkritik oleh 3 pengkritik tetap iaitu Abg Syukor, Abg Mamat dan Bapol
- kritikan sangat pedas dan tembak tepat makan dalam
6) Gagasan Presiden - disampai oleh Saudara Zulhelmi
- berkaitan dengan gerakan kita sebagai ahli Pepias
-sedarkan semua ahli
- hati masing-masing nak balik je waktu ni, so Abg Zul bg sekejap je
(cian dia)


Begitulah sahabt-sahabat sekalian, bagaimana perjalanan kami sepanjang bengkel berlangsung.Penat dan letih merupakan satu pengorbanan. Kenangan makan dalam talam dan gelak ketawa kita semua pasti tidak akan dilupakan. Sememangnya jodoh kita semua selalu bersama. Perjumpaan dengan mantan-mantan Pepias mengujakan kami kerana mereka semua telah menjadi hebat dan masih mengingati dan menyemat PEPIAS dalam hati mereka. Perkongisan ilmu dengan mereka amatlah menyeronokkan dan berguna.



Diharapkan selepas ini pengurusan dan pentadbiran dalam Pepias bg semua aspek akan lebih berkesan dan efisien. Tidaklah ia masih di takuk lama. Kehadiran setiap cawangan dengan menghantar wakil amatlah bermakna. Rasa terharu juga dengan keaktifan adik-adik lepasan SPM serta adik-adik TPG. Semoga ia kekal. Usik-mengusik itu hanyalah satu gurauan.



Terima kasih kepada pihak penganjur diatas penganjuran bengkel ini. Jumpa lagi di program seterusnya. Aktifkan dirimu.

Saturday, March 21, 2009

BENGKEL PENGURUSAN PEPIAS 2009


Sekreteriat Setiausaha PEPIAS akan menganjurkan bengkel pengurusan pada minggu ini untuk semua pimpinan pusat dan cawangan. Maklumatnya seperti berikut:



TARIKH : 21 MAC (SABTU ) - 22 MAC ( AHAD)

MASA : 9.00 PAGI

TEMPAT : MASJID NEGERI SHAH ALAM

BAYARAN : RM 7 seorang

ANJURAN : SEKRETERIAT SETIAUSAHA


Program bakal dimulakan dengan Usrah 3G (3 Generasi) antara WADAH (Selangor), ABIM (Selangor) dan PEPIAS. Ini bagi meratakan kefahaman dan menyelaraskan pergerakan da'wah di negeri Selangor dalam kerangka masing masing . Ia juga bagi mengenal pasti bentuk kerjasama yang boleh dilaksanakan bersama.

Program bakal diteruskan dengan agenda utama iaitu mengenai pengurusan. Pelbagai slot telah diatur dan bakal diisi oleh beberapa jemputan yang berpengalaman terutama dari kalangan mantan kepimpinan PEPIAS.

Program bakal dilanjutkan lagi dengan aktiviti qiamullail dan pada hari ahad, slot gagasan PEPIAS bersama presiden bakal berlangsung. Slot ini khas bagi menjelaskan halatuju PEPIAS kepada seluruh cawangan dengan harapan pergerakan seluruh cawangan akan terarah dengan lebih fokus dan jelas.



Untuk makluman semua, PEPIAS CAWANGAN BANGI akan menghantar sebanyak 7 orang wakil yang terdiri daripada pimpinan sendiri iaitu Sdr. Muzakkir, Sdri Mazlina, Sdr Afiq, Sdri Norlela, Sdr Fandey, Sdri Aida Musliha. Wakil-wakil cawangan ini telah diminta untuk menghadiri bengkel ini bagi mewakili semua ahli cawangan Bangi.



Semoga ilmu yang diperolehi disana nanti dapat dikongsi bersama sahabat-sahabat yang tidak berpeluang pergi bersama. Gunakan kesempatan dan peluang ini sebaik-baiknya.



Terima kasih.










Tuesday, March 17, 2009

Takziah diucapkan...

Assalammualaikum buat sahabat semua.


Disini dimaklumkan buat semua ahli keluarga PEPIAS,


Nenek kepada saudara Hazriq ( mantan s/u PEPIAS BANGI) telah kembali ke rahmatullah pada jam 9 malam tadi


semoga roh nenek beliau ditempatkan bersama-sama orang yang beriman dan bertakwa


Mari sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah buat keluarga beliau. AL-FATIHAH


Amin.

Saturday, March 14, 2009

Tahniah buat Calon-Calon SPM 2008

PEPIAS BANGI mengucapkan tahniah kepada semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008 di atas keputusan yang telah diterima pada Isnin lepas. Keputusan yang diumumkan pada pukul 10 pagi lalu merupakan sesuatu yang ditungu-tunggu oleh calon-calon SPM 2008. Walau apapun keputusan yang diterima, PEPIAS yakin dan percaya bahawa lepasan SPM 2008 telah melakukan yang terbaik dan PEPIAS mendoakan perjalanan hidup di dalam dunia akademik yang lebih baik di masa mendatang.

PEPIAS BANGI akan terus menyokong dan mendukung para pelajar dan mahasiswa untuk terus cemerlang di dalam dunia akademik masing-masing. Generasi muda yang silih berganti ini merupakan pelapis negara di setiap lapangan. Oleh itu, generasi muda harus terus berusaha memajukan diri dari semasa ke semasa demi negara Malaysia yang kita cintai ini.

PEPIAS menasihati lepasan SPM 2008 untuk tidak leka dan lalai pasca keputusan pada hari ini. Banyak perkara yang harus diuruskan di dalam usaha untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Anda semua telah melepasi peringkat persekolahan yang diyakini telah banyak membentuk diri anda. Maka sudah tiba masanya anda melangkah setapak maju ke hadapan meneroka lapangan baru kehidupan. Proses pembelajaran tidak pernah terhenti, maka anda harus terus melangkah maju mencipta kejayaan demi kejayaan. Keputusan yan anda buat di dalam menentukan langkah akademik seterusnya selepas persekolahan ini adalah satu keputusan yang amat penting, kerana ia akan menentukan langkah seterusnya di dalam kehidupan anda pasca universiti.

Jangan kecewa sekiranya keputusan tidak menggembirakan anda kerana ia sudah ketentuan. Pasti ada hikmah disebaliknya. Teruskan usaha dan perjuangan ini kerana menuntut ilmu ini tidak akan berhenti sampai bila-bila.

Lepas ini bolehla sambung kemana-mana institusi belajar sama ada IPTA mahupun IPTS kerana ia sama sahaja sekiranya kita pandai menyesuaikan diri.

Tahniah buat semua. Teruskan perjuangan. Jadikan ia sebagai tauladan.

Wednesday, March 11, 2009

LAKEP PEPIAS 2009

Salam sayang semua,

Makluman kepada semua, PEPIAS BANGI telah menghantar seramai 28 orang peserta untuk menyertai Latihan Kefasilitatoran dan Pengrursan Program yang dianjurkan oleh PEPIAS.

Rasa rugi bagi yang tidak dapat menyertainya kerana pelbagai input telah kami terima sepanjang 3 hari 2 malam di Kem Rebutia. Tunggu masa je nak outputkannya. Betul tak? Betul 3x

Kenangan di sana kita semua memang tidak dapat dilupakan dengan geng2 PEPIAS yang lain yang mana datang dari pelbagai ceruk seperti UIA, CYBERNATIC, MMC, TPG, KUANTAN, PJ, PEBIS, PMG dan sebagainya. Hubungan kekeluargaan telah pun bertambah.

Berdebat, puzzle, berlakon, mandi sungai, tressure hunt, daki bukit, jadi hantu, meniarap atas padang dan macam-macam lagi antara aktiviti yang dijalankan sepanjang berlangsung kem ini. Dan seperti biasa kami semua tidur dalam khemah dan menjadi adat resam tidur dalam khemah kenalah serang dengan air hujan yang membanjiri dalam khemah dan serangan makhluk kecil seperti nyamuk dan semut.




Dengan 11 kumpulan yang ada maka telah bertebaran lah ahli-ahli PEPIAS BANGI di setiap kumpulan yang ada. Pasti anda semua telah belajar macam-macam daripada setiap kumpulan yang anda wakili. Jadi, jangan lah lupa kita untuk berkongsi pengalaman dan pembelajaran yang kita perolehi dalam kumpulam masing-masing.

Bagaimana menjadi fasi yang baik? Apa itu modul? Kenapa perlu ada LDK?. Inilah yang telah kita belajar disana iaitu tentang LDK,MODUL, dan FASILITATOR. Selepas ini, insyaALLAH kita dapat mengaplikasi di program-program sekolah atau di mana-mana sahaja.




Man ANA? Ma TASK Ana? merupakan tajuk halaqah yang amat menarik sekali. Walaupun semua peserta dalam keadaan mengantuk namun semuanya seakan segar sekali pabila mengupas tajuk ini. Perbincangan hangat pada waktu pagi jarang sekali berlaku tetapi dengan fasi2 yang MANTAP semua yang mustahil pasti berlaku.

Ha..janganlah lupa tugas anda semua yang pergi LAKEP semasa kita buat PoA erk. Setiap ahli PEPIAS BANGI yang pergi LAKEP telah pun diberi tugas masing-masing mengikut ketua-ketua masing ( FANDEY,ASMAH,AFIQ,SARAH) bagi setiap bahagian-bahagian iaitu Bangi Lama, Bandar Baru Bangi, Serdang dan Kajang. Laksanakan lah tugas anda mengikut target tarikh program yang ingin dibuat. Jadikan ia sebagai realiti. Gunakanlah apa yang anda sudah belajar di LAKEP dalam menjalankan tanggungjawab ini. Jangan lupa tau.

Ingatlah sahabat-sahabat PEPIAS BANGI kita semua perlu memUPGREDkan diri kita supaya kita dapat menjadi yang terbaik. Janganlah merungut sekiranya kita peroleh kesenangan di awal tetapi ada kesusahan di pengakhirannya atau sebaliknya kerana inilah dinama sebagai PENGORBANAN.

Selepas ini kalau di ajak sertai program jangan lah serik erk. Aktifkan lah dirimu walaupun kita ada tugas lain. Sebelum kita fikirkan diri kita, fikirkan juga tentang orang lain. Masyarakat luar sana tetap juga keluarga kita. Jika mereka rosak, maka salah itu tetap juga ditujukan kepada kita. Fikir-fikirkan lah sendiri.

Ok lah. Setakat ini sahaja perkongsian pengalaman PEPIAS BANGI di LAKEP 09. Sekiranya sesiapa yang ingin kongsikan pengalaman, boleh la buat di ruangan komen tajuk ini.

Apapun WONDERPET menang. Apa yang penting...Kerjasama 2x... Apa yang lagi penting...D.U.I.T hehehehe...

Sekian terima kasih. Lain kali join LAKEP bagi yang tidak pergi erk.. Jangan lepaskan peluang lagi. Untuk semua ahli PEPIAS BANGI, janganlah malas untuk pergi program sekolah.

Thursday, March 5, 2009

SEMESTER BERAKHIR...

Alhamdulillah, akhirnya kami semua ahli PEPIAS BANGI telah berjaya mengharungi pelbagai kisah dan ilmu sepanjang semester ini.

Mulai 6 mac hingga 15 mei, kami semua akan pulang meninggalkan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor untuk ke rumah masing-masing bagi memenuhi masa cuti panjang ini dengan bersama keluarga dan sahabat handai masing-masing.

Ada yang akan pulang ke Perak, Johor, Perlis, Pulau Pinang dan jauh nun ke Sabah. Yang dekat-dekat Selangor pun turut beria ingin pulang bersama. Itulah keluarga PEPIAS BANGI yang bertebaran seluruh Malaysia. Dari utara ke selatan, selatan ke timur, timur ke seberang dan sebagainya.

Entah bila agaknya kita akan bersama semula. Masa kita di KUIS rasa sekejap sahaja. Namun hubungan yang kita bina ini seperti sudah mengenali lebih 5 tahun. Itulah keajaiban keluarga kita. Dengan jumlah ahli keluarga mencecah lebih 50 orang pasti akan memeriahkan rumah tangga kita ini. Sekali lagi dikatakan, inilah KEAJAIBAN keluarga kita.

Mungkin ada yang akan rindu gigitan si dia, mungkin ada yang inginkan lagi cubitan si dia, mungkin ada yang ingin dengar gelak ketawa nya. Mungkin ada yang ingin dengar ulasan dan hujahnya. Mungkin ada yang ingin dengar kemarahannya. Mungkin ada yang rindu lihat kehensemanmya dan kecantikannya. Kesemua itu hanya dapat bila kita bersama. Namun tempoh 3 bulan ini akan memisahkan kita buat sementara waktu.

Setelah penat lelah berusaha menjawab soalan mencabar dalam peperiksaan akhir tahun, keriangan pulang ke kampung pasti dapat menghilangkan semuanya. Namun jangan dilupa, 3 jawatan yang kita pegang sehingga mati itu tetap perlu berterusan. Bukannya perlu dihentikan pabila pulang ke rumah. Itulah guna nya bersama PEPIAS, selepas apa yang dipelajari di sini, kita outputkan lah di tempat masing-masing. Setitik ilmu yang kita berikan amatlah bermakna buat semua orang.

Mungkin kita sendiri boleh wujudkan gerakan yang serupa PEPIAS di kawasan masing-masing. Jadi boleh lah kita gunakan pendekatan ini untuk sampaikan kepada masyarakat luar.

Bila di rumah, jaga lah diri masing-masing. Ada yang akan kerja, ada yang akan berniaga, ada yang short sem, ada yang hanya duduk dirumah, namun walaupun bagaimana keadaan anda sekalipun ketika cuti, jangan lah kita lupa tanggungjawab kita sebagai seorang MUSLIM dan MUSLIMAH. Solat dijaga, amal dipertingkat!.

Sentiasa lah berhubung dengan sahabat-sahabat kita yang berjauhan. Ucapkan lah selamt hari jadinya sekiranya sudah sampai masanya. SMS, CALL, YM, MYSPACE, FRIENDSTER, BLOG menjadi medan untuk kita berhubung. Disitu kita kongsi masalah, kita kongsi cerita, kita kongsi pengalaman.

Yang duduk sekitar Selangor, aktifkan lah dirimu dengan program yang dianjurkan. Janganlah mendiamkan diri anda di rumah. Program-program sentiasa menanti kita. Baktikanlah tenaga dan masa mu untuk masyarakat di luar sana yang memerlukan kita. Janganlah memberatkan tulang kita walaupun sudah tersedia beratnya. Anggaplah masyarakat diluar sana adalah keluarga kita.

Begitulah sedikit perutusan dari saya buat sahabat sekalian. Jangan lupa kembali semula ke Bangi selepas tamat tempoh edah belajar. Ingatlah kami semua dalam doa kalian. Sentiasa menghampiri ALLAH dan menjauhi SYAITAN. Peganglah kepada AL-Quran dan As-Sunnah. Janganlah kita alpa dengan mainan dunia yang sekali sekali pasti menghanyutkan kita dalam banjir kemaksiatan. Banjir kilat maksiat pasti mudah menenggelamkan hati kita bila iman kita tidak kuat. Bila pulang nanti, janganlah kita lupa tentang impian kita bersama dalam PEPIAS BANGI ini. Pastikan ia direalisasikan dan dibuktikan dengan hasilnya.

Akhir kata, selamat bercuti dan beristirehat. Gunakanlah masa sebaik-baiknya. Tingkatkan lah kualiti hidup masing-masing. Jagalah keutamaan@wala' pada yang sepatutnya. Jumpa lagi di masa akan datang. Sentiasalah layari blog PEPIAS ini. Ok. Selamat tinggal semua, saya pulang dulu ke PERAK. Jumpa anda di semester baru.


Salam sayang dan rindu buat sahabat semuanya.

Tulus ikhlas
Muzakkir b. Mohamad Noor
Pengerusi Perhubungan Bangi
rik_muz@yahoo.com.my
www.mastermuz.blogspot.com