APA ITU PEPIAS???

PEPIAS merupakan akronim daripada nama Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan mana sebelum ini dikenali sebagai Persatuan Kebajikan Dan Pendidikan Islam Selangor Darul Ehsan.
PEPIAS telah bertapak sebagai penubuhan yang sah pada tanggal 1 OKTOBER 1992 setelah mula bergerak sejak 1971.


PEPIAS berasaskan DUA GAGASAN iaitu KEBAJIKAN dan PENDIDIKAN ISLAM. PEPIAS lebih menumpukan kepada sasaran sekolah rendah dan sekolah menengah. "meluntur buluh biar dari rebungnya".

PEPIAS telah mempunyai 7 cawangan berdaftar yang mana salah satunya ialah PEPIAS Cawangan Bangi yang bertapak di KUIS, Bangi.

Wednesday, October 28, 2009

Kerajaan kuat kuasa harga minimum rokok 1 Januari 2010

Kerajaan kuat kuasa harga minimum rokok

1 Januari 2010


KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menetapkan peraturan harga minimum rokok berkuat kuasa 1 Januari tahun depan bagi menghalang lebih ramai rakyat terutama golongan muda merokok.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata untuk pastikan golongan tertentu terutama remaja sukar mendapat rokok dan kawal lambakan rokok murah masuk ke negara selepas Afta dikuatkuasakan mulai 2010.

"Kita sudah hantar ke Pejabat Peguam Negara setuju dengan cadangan ini untuk diwartakan mulai 1 Januari 2010," katanya di lobi Parlimen, sebentar tadi.


sumber : berita harian online, 28 oktober 2009

PEPIAS BANGI menyokong tindakan ini!!!

Monday, October 26, 2009

Pertemuan Dua Hala PEPIAS dengan Prof Dato' Rektor





Pada 19 Oktober 2009 yang lalu, satu lagi perjumpaan bersejarah antara pihak PEPIAS dan KUIS. PEPIAS yang diwakili oleh Sdr Zafrul, Sdr Adri, Sdr Muzakkir dan Sdri Hanis telah bersama-sama ke pejabat Dato Rektor unutk menyampaikan watikah perlantikan sebagai Penasihat Festival Pelajar Islam Selangor.

Alhamdulillah, Ybhg Prof Dato Hj Adanan b. Isman, Rektor KUIS telah bersetuju untuk menjadi penasihat bagi program ini yang akan dijalankan di KUIS pada 20 - 22 Nobember 2009.
Dalam pertemuan ini, Prof Dato', telah mencadangkan pertukaran nama festival kepada multaqa agar nampak lebih Islamik. Menurut Prof Dato, multaqa ini bermaksud pertemuan dan ia amat bersesuaian dengan program yang dianjurkan ini. Prof Dato' merupakan anggota ABIM dan pernah menyandang sebagai YDP ABIM bahagian Klang.

Sekali lagi, Sdr. Muzakkir selaku Pengerusi PEPIAS BANGI mengambil peluang yang ada untuk menceritakan PEPIAS di KUIS. ALhamdulillah ia membuahkan hasil kerana Prof Dato' tiada halangan untuk membenarkan gerakan dakwah PEPIAS ini terus bergerak aktif di KUIS. Namun, beliau mengingatkan agar pelajaran tidak diabaikan dan mengharapkan ia tidak berbaur politik. Prof Dato' juga menyeru agar PEPIAS di KUIS ini mampu berkolabarasi dengan Majlis Perwakilan Mahasiswa KUIS dalam menjalankan aktiviti bersama.

PEPIAS BANGI (KUIS) berharap pertemuan dengan kedua-dua pemimpin tertinggi di KUIS ini mampu memberi peluang gerakan dakwah di KUIS dan sekitar BANGI dapat dipertingkatkan lagi selepas ini dengan menambah dan menguatkan ahli jemaahnya. Segala aktiviti yang dianjurkan oleh PEPIAS BANGI selepas ini seperti usrah, edaran pamplet atau buletin dan lain-lain tidak perlu dikhuatiri lagi kerana persatuan ini bukanlah persatuan haram.

Terima kasih, Syukran jazilan buat semua pihak yang menyokong. Kami menyambut baik semua sokongan dan bantuan yang diberikan.

Pertemuan Dua Hala PEPIAS dengan Timbalan Rektor KUIS







Gambar-gambar ini memaparkan peristiwa bersejarah dalah kalendar PEPIAS kerana pada 16 Oktober 2009 jam 9.30 pagi satu pertemuan telah ditetapkan antara PEPIAS dengan Timbalan Rektor Korporat dan Pengantarabangsaan KUIS, Tn Hj Ahmad Shah b Abdullah di pejabat beliau. PEPIAS diwakili seramai 5 orang iaitu Sdr Zafrul, Sdr, Syamel, Sdr Adri, Sdr Muzakkir dan Sdri Hanis.



Pertemuan ini adalah bagi membincangkan tentang permohonan tempat dan kerjasama dengan pihak KUIS untuk menjayakan Festival Pelajar Islam Selangor 2009 di KUIS pada 20 hingga 22 November 2009. Alhamdulillah, pihak KUIS menerima permohonan kami dan berharap ada perbincangan susulan selepas ini.



Selain itu, Sdr Muzakkir selaku Pengerusi PEPIAS cawangan Bangi (KUIS) juga telah mengambil kesempatan dalam pertemuan ini untuk membincangkan pergerakan PEPIAS di KUIS. Sekali lagi, pihak KUIS memberi respon yang baik sekali gus membuka lembaran baru buat warga PEPIAS BANGI supaya dapat bergerak secara aktif di KUIS tanpa perlu merisaukan status yang di putarbelitkan selama ini. Pihak KUIS membenarkan kita bergerak aktif disini namun diingatkan tidak barbaur politik. Perkara ini disambut baik oleh kedua-dua pihak. Terima kasih.



Oleh itu, diingatkan kepada semua, PEPIAS di KUIS bukanlah persatuan haram dan tidak boleh disertai. Selepas ini peluang yang terbuka luas ini dapatlah semua pihak yang berminat untuk sertai PEPIAS bagi meneruskan perjuangan dakwah agar dapat mengambil kesempatan ini sebaik-baiknya.

Mesyuarat Pimpinan PEPIAS Cawangan Bangi kali ke 5 Sesi 2009/2010

Assalamualaikum kepada semua Jawatankuasa Pimpinan PEPIAS Cawangan Bangi.

Dijemput kepada semua jawatankuasa Pimpinan PEPIAS Cawangan Bangi untuk hadir ke Meeting PEPIAS BANGI bagi membincangkan beberapa agenda yang berbangkit. Ketetapan seperti berikut :

Tarikh : 28 OktoBer 2009
Hari : Rabu
Masa : 8.30 malam
Tempat : BT 1114

Kehadiran adalah diwajibkan. Sila bawa fail masing-masing sebagai rujukan.

Agenda :

Tazkirah/Usrah

Ucapan Alauan/Selamat Datang Pengerusi

Ahli baru

Aktiviti Semester baru

Usul Muktamar

Tuan Rumah Muktamar

Hal-hal berbangkit


Terima kasih....



Wednesday, October 21, 2009

Festival Pelajar Islam Selangor ( IsFesT 09)

Festival Pelajar Islam Selangor (IsFesT 09) yang dianjurkan buat julung kali ini adalah satu evolusi baru bagi mengumpulkan kelompok pelajar, mahasiswa dan belia di sekitar negeri Selangor sebagai medan jaringan untuk mencapai kecemerlangan di masa akan datang .

Festival
Pelajar Islam Selangor ini merupakan anjuran pertama kali oleh persatuan Pelajar Islam Selangor (PEPIAS) yang mengetengahkan beberapa agenda seperti Wacana Ilmu, Seminar Pengajian Tinggi, Hari Keluarga, Festival Pelajar Islam Selangor & Makan Malam PEPIAS. Pengisytiharan Bangi sebagai Bandar Ilmu menarik perhatian kami untuk memilih Bangi sebagai tempat untuk mengadakan festival ini.

Pemilihan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) sebagai tempat berlangsungnya Festival ini kerana KUIS merupakan salah satu IPTS yang berada dibawah tanggungjawab kerajaan Negeri Selangor dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bersesuaian dengan sasaran festival iaitu pelajar, mahasiswa dan belia di sekitar negeri Selangor. Disamping itu juga, dekorasi KUIS yang indah dan permai sesuai dijadikan tempat festival untuk memberi inspirasi dan ilham kepada peserta.


Persiapan dalam memberikan yang terbaik kepada ummah pada hari ini merupakan satu keperluan yang bukan sekadar memberikan nilai tambah kepada generasi masa kini , tetapi sudah menjadi keperluan yang mendesak. Ini disebabkan oleh banyak faktor serta serangan dari segenap sudut oleh musuh-musuh Islam. Atas kesedaran inilah, maka program Festival Pelajar Islam Selangor 2009 ini disusun, sesuai dengan proses memperbaiki halatuju serta memperbaiki perjalanan pergerakan Pelajar Islam Selangor yang menyumbang kepada masyarakat secara berterusan.


OBJEKTIF IsFesT 09


1. Mengumpul dan membina jaringan antara pelajar-pelajar Islam seluruh negeri Selangor.

2. Memantapkan generasi pelajar secara menyeluruh merangkumi aspek Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial.

3. Memperkasa aktivis muda Islam untuk bergerak memenuhi keperluan perkhidmatan kepada ummah disamping merangka pergerakan persatuan untuk masa hadapan.



Jangkamasa Program:

3 Hari 2 Malam (20-22 November 2009)


Tempat:

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Bangi, Selangor.

SELAMAT DATANG BUAT WARGA BARU DAN LAMA KUIS ( PEPIAS )

Assalamualaikum...

Sudah lama tidak kami mengupdate blog ini. Bukan sengaja tapi tidak disengajakan. Biasalah tangan kita hanya ade 2 dan jari cukup 10. Kerja pula bertimbun-timbun. Apa2pun kesempatan ini kami ingin memohon maaf kepada pembaca setia blog PEPIAS BANGI ini.

Terlebih dahulu, kami dari pihak Jawatankuasa PEPIAS BANGI mengucapkan Selamat Datang kepada adik-adik PEPIAS yang sudi masuk ke Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor yang menjadi pusat utama gerakan Pepias cawangan Bangi. Semoga keaktifan anda selama ini dapat diteruskan di cawangan Bangi. Kami sentiasa terbuka untuk membantu anda semua.

Mungkin selepas ini anda pula sebagai pewaris gerakan PEPIAS di Bangi khususnya dan KUIS secara amnya. Jangan lah menutupi peluang anda ketika berada disini. Lebarkan lah sayap perjuangan kita bersama. Selepas ini sudi2 lah datang ke usrah Pepias dan meramaikan keluarga besar Pepias di KUIS ini.

Untuk makluman adik-adik baru yang masuk KUIS ingatlah misi kami di cawangan Bangi ini ialah ingin meramaikan ahli lelaki dan memiliki kenderaan rasmi PEPIAS selain memastikan pengurusan cawangan BAngi dalam keadaan terurus dan tersusun. Bantuan anda amatlah di alu-alukan. Bila kita sudah bersatu hati, maka gerak kerja kita akan lebih mudah. InsyaALLAH!

Kami dari Jawatankuasa Pepias Cawangan Bangi juga mengucapkan Selamat Datang kepada ahli keluarga Pepias lama yang telah kembali daripada bercuti di rumah masing-masing sepanjang 1 bulan ini. Ahlan wasahlan danSelamat Kembali. Semoga semua sihat dan berada dalam keadaan yang baik selepas pulang ini..

Ingatlah sahabat-sahabat sekalian, kita masih perlu meneruskan gerak kerja kita yang telah kita sama-sama canangkan sebelum ini. Semoga sahabat sekalian, masih mampu melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah dan amanah sebagai hamba Allah.

Jangan lupa untuk mendaftarkan diri dalam register course dan Qaryah sekembalinya ke KUIS. Ha..dah dapat result jangan lah lupa untuk berkongsi dengan ahli keluarga dan sahabat-sahabat. Harap-harap semua dapat keputusan yang terbaik buat diri. Bagi yang rasa tidak berpuas hati dengan keputusan masing-masing, janganlah rasa putus semangat kerana sebenarnya ada hikmah disebaliknya. Maka tugas kita lah untuk menganalisis dan mengkaji diri kita semula dengan apa yang kita lakukan selama ini.

Buat makluman semua, pergerakan aktif PEPIAS BANGI di KUIS telah di maklumkan kepada pihak KUIS terutama sekali Rektor dan Tn Hj Mohd Shah ( TR1). Semua ini telah dicapai semasa perbincangan dua hala antara PEPIAS dengan pihak KUIS. Oleh itu, anda semua tidak perlu risau dengan pergerakan PEPIAS di KUIS kerana persatuan ini bukanlah persatuan haram di KUIS walaupun tidak berdaftar kerana persatuan ini bukan berlandaskan politik tapi berpeganag kepada dakwah Al-quran dan As-Sunnah. Jadi, selepas ini tidaklah kedengaran lagi cakap-cakap belakang mengenai PEPIAS di KUIS. Sebarkan!!!.

Baiklah, disini ingin diingatkan kepada semua ahli PEPIAS, insyaAllah Usrah Pepias cawangan Bangi Sesi 2 2009/2010 akan diadakan pada 2 November 2009 di bt1114. Diharapkan anda semua dapat menghadirkan diri untuk kita sama-sama memeriahkan majlis ilmu ini. Silalah maklumkan kepada semua ahli pepias yang lain. Buat adik-adik yang baru masuk, anda juga dijemput untuk hadirkan diri dalam Usrah ini.


Kami sekali lagi memohon kerjasama dari semua ahli PEPIAS Bangi untuk kita mengerakkan kerja kita ini secara bersama. Akhir sekali, kami sekali lagi mengucapkan Selamat Datang dan Kembali kepada semua warga Pepias cawangan Bangi terutama sekali buat adik-adik yang baru masuk KUIS.

Sunday, October 11, 2009

PEPIAS menyokong Laporan Polis ABIM Selangor terhadap SIS

Sumber: MalaysiaKini

Isu Kartika: Abim buat 11 laporan polis terhadap SIS
Jimadie Shah Othman
Okt 9, 09
5:38pm



Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Selangor hari ini membuat sebelas laporan polis terhadap NGO hak wanita, Sisters in Islam (SIS), yang didakwanya menghasut dan melakukan provokasi berhubung kontroversi hukuman sebat terhadap Kartika Sari Dewi Shukarno.

Yang dipertuanya, Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata, lapan aduan dibuat melalui cawangan pertubuhan itu di seluruh Selangor pagi tadi.

Manakala tiga lagi dibuat petang ini di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam," katanya.

"Esok kita jangka 20 laporan lagi akan menyusul," katanya kepada Malaysiakini di depan IPD tersebut.

Mohd Zawawi yang membuat aduan polis itu bagi pihak Abim Selangor berkata, pihaknya meminta polis menyiasat SIS dan NGO lain yang bergabung dalam Kumpulan Bertindak Menentang Keganasan Terhadap Wanita (JAG) - kerana didakwanya, mendesak kerajaan memansuhkan undang-undang Syariah.

"Tuntutan itu adalah bersifat hasutan dan menjejaskan kedaulatan Raja-raja Melayu sebagai ketua agama Islam, serta menghina martabat kedudukan mahkamah Syariah. Mereka yang terlibat perlu disiasat dan didakwa," katanya dalam aduan polis tersebut.

Dalam aduannya, Mohd Zawawi turut meminta pihak polis menyiasat kenyataan pengarah eksekutif Pertubuhan Bantuan Wanita (WAO), Ivy Josiah yang mendesak kerajaan negeri dan persekutuan menjalankan semakan menyeluruh terhadap undang-undang jenayah, seperti dilaporkan sebuah akhbar berbahasa Inggeris pada 1 Oktober lalu.

Mohd Zawani turut menuntut NGO Islam lain supaya mengambil inisiatif yang sama dengan menyatakan pandangan mereka supaya "masyarakat tidak terkeliru atas perbalahan pendapat".

"Kami juga memohon Jabatan Mufti Selangor atau badan-badan rasmi yang berkaitan, supaya memberi pandangan dan panduan kepada masyarakat umum agar masyarakat tidak teraba-raba mencari jawapan yang sebenar," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Rumah Darul Wadah - sebuah agensi di bawah Abim Selangor - Hazlina Abdul Razak dan Setiausaha Agung Persatuan Pelajar Islam Selangor (Pepias) Zafrullah Aris turut hadir bersama-sama dan membuat laporan yang sama di IPD tersebut.

Dalam aduannya, Hazlina turut mendakwa tindakan pertubuhan-pertubuhan wanita tersebut menimbulkan kegelisahan di kalangan orang awam, khususnya penganut agama Islam.


Sumber: Malaysiakini

-wakil PEPIAS BANGI turut kelihatan untuk memberi sokongan atas usaha PEPIAS unutk mendepani isu ini.
-kami turut berbulat suara membantah dan menghalang dengan tindakan yang dilakukan oleh pihak SIS dan JAG.
-Takbir...Allah Akbar!!!!