APA ITU PEPIAS???
PEPIAS telah bertapak sebagai penubuhan yang sah pada tanggal 1 OKTOBER 1992 setelah mula bergerak sejak 1971.
PEPIAS berasaskan DUA GAGASAN iaitu KEBAJIKAN dan PENDIDIKAN ISLAM. PEPIAS lebih menumpukan kepada sasaran sekolah rendah dan sekolah menengah. "meluntur buluh biar dari rebungnya".
PEPIAS telah mempunyai 7 cawangan berdaftar yang mana salah satunya ialah PEPIAS Cawangan Bangi yang bertapak di KUIS, Bangi.
Wednesday, May 27, 2009
Usrah PEPIAS BANGI 2 Sesi 2009/2010
Alhamdulillah pada 25 Mei 2009 yang lalu telah diadakan usrah buat kali ke-2 bagi sesi ini. kehadiran pada malam itu amat menggalakkan dengan pertambahan hampir 8 orang ahli baru di mana kesemuanya adalah pelajar baru KUIS. Turut hadir pada malam itu adalah TYDP ABIM Bangi iaitu Sdr Bakhtiar. Terima kasih diatas kesudian hadir bagi sama-sama memeriahkan dan mengimarahkan majlis ilmu ini. Terima kasih juga di ucapkan kepada Abg Syamil dan Kak Dila atas kehadiran pada malam itu sebagai ahli ilmu dan wakil pusat.
Pada malam itu, kami telah membincangkan beberapa perkara di mana tajuk utamanya ialah Ciri-Ciri Prinsip Harakah Islamiyah. Tajuk ini merupakan perkaitan daripada tajuk usrah pertama yang lalu. Pada usrah yag pertama dulu, kita telah memperkenalkan gerakan iaitu PEPIAS lalu pada kali ini kami telah membincangkan ciri-ciri yang perlu ada dalam gerakan Islam seperti PEPIAS ini.
Beberapa ciri-ciri seperti berikut :
- Gerakan yang bersifat Rabbaniyah
* Dalam gerakan ini kita ini mahupun hidup ini sememangnya memerlukan kebesaran ALLAH dalam hati ini. Oleh itu, keseluruhan konsep,hukum-hakam,akhlak,pemikiran adalah bersumberkan dari agama Allah.
- Gerakan yang bersifat tersendiri
* Ia bermaksud kelahiran gerakan ini berada ditengah2 masyarakat ( umat islam). Ini adalah kerana dakwah yang di bawa adalah dakwah kepada ALLAH manakala perasaan sayang dan berhajat pada agama pula merupakan satu ciri yang kuat perlu ada dalam umat sekarang. Gerakan kita ini hendaklah tidak meniru atau mengimport organisasi2 atau persatuan2 lain. Melalui cara inilah juga umat Islam dikenali untuk jangka waktu yang amat panjang. Imbaulah sejarah organisasi dan gerakan zaman Rasulullah.
- Gerakan pembawa kemajuan
* Kemajuan yang hakiki ialah kemajuan dalam memurnikan perasaan manusia,pemikiran kita dan akhlak kita, kemajuan dalam memperdalamkan ilmu pengetahuan dan menerokai alam semesta. Inilah yang perlu ada dalam gerakan kita. Kita hendaklah membawa kemajuan dari sudut di atas bukannya kemajuan dalam ciptaan manusia semata-mata.
- Gerakan yang Syumul
* Dakwah kita hendaklah tidak hanya fokus semata-mata hanya kepada satu sudut sahaja tapi juga perlu menyeluruh kepada semua sudut dan aspek kerana dalam gerakan Islamiyyah itu sendiri menunjukkan kesempurnaan dan kesyumulan. Kita tak perlu rigid pada satu bidang tapi perlu mengembangnya kepada bentuk yang lebih luas.
- Gerakan Yang Menjauhi Perselisihan Masalah Fiqh
* berusaha menyeru umat Islam supaya bersatu di atas dasar2 ajaran Islam serta kaedah2 yang telah disepakati.
Maka, dengan kelima-lima ciri ini perlulah kita mendalami sedalam-dalamnya agar dapat difahami oleh semua orang supaya dalam urusan dakwah kita ini dapat dipermudahkan sebaik-baiknya.
Kita bukanlah sebuah jemaah dalam pengertian seperti pertubuhan2 lain kerana kelahiran pertubuhan2 lain adalah untuk matlamat2 tertentu dan untuk jangka waktu tertentu pula. Boleh jadi pertubuhan2 berkenaan ditubuhkan semata-mata kerana ingin mengadakan persatuan dan cita2 inginkan gelaran dan kedudukan dalam pentadbiran dan organisasi tersebut.
Tetapi perjuangan kita adalah perjuangan yang berdasarkan fikrah dan aqidah,nizam dan manhaj yang tidak membataskan tujuan dan matlamat hanya kepada bangsa tertentu dan kawasan atau wilayah tertentu sahaja. Perjuangan kita tidak akan berhenti dengan penyelesaian tertentu malah ia akan berterusan hingga ke hari kiamat kerana Islam adalah sistem ciptaan Tuhan alam semestaini dan manhaj RasulNya yang paling dipercayai.
Diharapkan dalam PEPIAS dapatlah kita mengamalkan kelima-lima ciri ini agar gerakan dakwah kita akan dapat lebih meluas lagi. Umat Islam di zaman akhir ini tidaklah dapat diperbaiki melainkan oleh sesuatu yang telah memperbaiki dan memperelokkan umat Islam sebelumnya yakni ajaran Islam itu sendiri.
Kesimpulannya, kita perlu perkasakan Islam ini dengan ciri-ciri ini dan perlu dimulai dengan diri kita ini terlebih dahulu seterusnya menerapkan dalam gerakan jamaah Islam kita ini. Pencapaian kita bukannya dilihat melalui populariti dan repo tapi hasilnya kesepaduan dan perubahan Islam pada zaman sekarang. Hendaklah kita mulakan meletakkan ciri-ciri di atas itu dalam PEPIAS dan memahamkan semua kader2 yang berada di sekeliling kita.
Sumber rujukan usrah ini ialah buku yang bertajuk 'Apa Ertinya Saya Menganut Islam-Fathi Yakan". Diharapkan semua ahli PEPIAS Bangi yang hadir pada malam itu dapat menceritakan kepada sahabat-sahabat dan orang disekeliling anda mengenai tajuk yang diperbincangkan ini.
Jumpa lagi usrah ketiga pada minggu depan. InsyaAllah. Tajuk usrah minggu depan ialah Persiapan Harakah Islamiyyah ( Apa Ertinya Saya Menganut Islam-Fathi Yakan m/s 150 ).
Monday, May 18, 2009
Usrah PEPIAS BANGI 1 Sesi 2009/2010
InsyaAllah, bermula semester ini, kita akan mula semula amalan usrah kita yang telah tertangguh sepanjang cuti semester yang lalu. Diharapkan semua ahli PEPIAS Cawangan Bangi dapat menghadirkan diri dan mengimarahkan lagi majlis usrah kita ini seperti ketetapan berikut :
Hari : Isnin
Masa : 8.00 malam
Tempat : BT 1114
Tajuk : Pertemuan dalam Dakwah dan Islah
Semua ahli PEPIAS anda dijemput hadir. Sekiranya ada ahli baru kami mengalu-alukan untuk turut serta sekali. Dijemput juga kepada semua pelajar baru KUIS sesi 2009/2010.
AGENDA :
Mind Setting-Sdr Muzakkir
Siapa Kita?- Sdr Muzakkir
Pertemuan dalam Dakwah dan Islah- Sdr Muzakkir
Apa itu PEPIAS?- Sdr Hafiz
Pengenalan PEPIAS BANGI- Sdr Muzakkir
Pengenalan MT PEPIAS BANGI- Sdr Muzakkir
Misi dan Visi PEPIAS BANGI-Sdr Muzakkir
Penerangan Database dan Sistem Yuran/Infak-Sdr Afiq&Fandey
Gerakan Helwani-Sdri Aida
Ahlan wa Sahlan Ahli Baru-Sdr Muzakkir
Doa Rabitah-Sdr Afiq
"Amalan Usrah Merapat Ukhwah Mendekati Allah"
Sekian, terima kasih
p/s: ada masalah hubungi kami 0175086339-Muzakkir, o17-5039591-Afiq.017-2858677-Aida
Wednesday, May 13, 2009
Selamat Datang Adik-Adik dan Selamat Kembali Warga PEPIAS
Sudah lama tidak kami mengupdate blog ini. Bukan sengaja tapi tidak disengajakan. Biasalah tangan kita hanya ade 2 dan jari cukup 10. Kerja pula bertimbun-timbun. Apa2pun kesempatan ini kami ingin memohon maaf kepada pembaca setia blog PEPIAS BANGI ini.
Terlebih dahulu, kami dari pihak Jawatankuasa PEPIAS BANGI mengucapkan Selamat Datang kepada adik-adik PEPIAS yang sudi masuk ke Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor yang menjadi pusat utama gerakan Pepias cawangan Bangi. Adik-adik dari PMG dan LAKEP begitu teruja memasuki alam universiti ini. Semoga keaktifan anda selama ini dapat diteruskan di cawangan Bangi. Kami sentiasa terbuka untuk membantu anda semua.
Mungkin selepas ini anda pula sebagai pewaris gerakan PEPIAS di Bangi khususnya dan KUIS secara amnya. Jangan lah menutupi peluang anda ketika berada disini. Lebarkan lah sayap perjuangan kita bersama. Selepas ini sudi2 lah datang ke usrah Pepias dan meramaikan keluarga besar Pepias di KUIS ini.
Untuk makluman adik-adik baru yang masuk KUIS ingatlah misi kami di cawangan Bangi ini ialah ingin meramaikan ahli lelaki dan memiliki kenderaan rasmi PEPIAS selain memastikan pengurusan cawangan BAngi dalam keadaan terurus dan tersusun. Bantuan anda amatlah di alu-alukan. Bila kita sudah bersatu hati, maka gerak kerja kita akan lebih mudah. InsyaALLAH!
Kami dari Jawatankuasa Pepias Cawangan Bangi juga mengucapkan Selamat Datang kepada ahli keluarga Pepias lama yang telah kembali daripada bercuti di rumah masing-masing sepanjang 2 bulan ini. Ahlan wasahlan danSelamat Kembali. Semoga semua sihat dan berada dalam keadaan yang baik selepas pulang ini..
Ingatlah sahabat-sahabat sekalian, kita masih perlu meneruskan gerak kerja kita yang telah kita sama-sama canangkan sebelum ini. Semoga sahaba sekalian, masih mampu melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah dan amanah sebgai hamba Allah.
Jangan lupa untuk mendaftarkan diri dalam register course dan Qaryah sekembalinya ke KUIS. Ha..dah dapat result jangan lah lupa untuk berkongsi dengan ahli keluarga dan sahabat-sahabat. Harap-harap semua dapat keputusan yang terbaik buat diri. Bagi yang rasa tidak berpuas hati dengan keputusan masing-masing, janganlah rasa putus semangat kerana sebenarnya ada hikmah disebaliknya. Maka tugas kita lah untuk menganalisis dan mengkaji diri kita semula dengan apa yang kita lakukan selama ini.
Baiklah, disini ingin diingatkan kepada semua ahli PEPIAS, insyaAllah Usrah Pepias cawangan Bangi Sesi 1 2009/2019 akan diadakan pada 18 Mei 2009 di bt1114. Diharapkan anda semua dapat menghadirkan diri untuk kita sama-sama memeriahkan majlis ilmu ini. Silalah maklumkan kepada semua ahli pepias yang lain. Buat adik-adik yang baru masuk, anda juga dijemput untuk hadirkan diri dalam Usrah ini.
Nantikan perutusan amanat dari pengerusi cawangan Bangi dalam post yang akan datang. Tunggukan kemunculannya.
Kami sekali lagi memohon kerjasama dari semua ahli PEPIAS Bangi untuk kta mengerakkan kerja kita ini secara bersama. Akhir sekali, kami sekali lagi mengucapkan Selamat Datang dan Kembali kepada semua warga Pepias cawangan Bangi terutama sekali buat adik-adik yang baru masuk KUIS.
Sekian, terima kasih.
Monday, April 27, 2009
Bengkel T.O.T Siri 1/2009 PEPIAS
Alhamdulillah kami telah selamat mengadakan bengkel TOT siri 1 pada 26hb Apr 09 yang lepas.
Bengkel tersebut dimulakan dengan mengenal personaliti setiap individu dalam team TOT yang hadir. Kalangan team TOT yang hadir ini ade pelbagai jenis warna seperti biru ( sensitif), hijau (pemikir), jingga (penghibur) dan emas (penguasa). Ada juga yang mempunyai konflik warna. Suasana ketika ini amat menghiburkan dan bermakna. Perlu di ingat sebagai trainer, kita perlu pandai meletakkan orang itu ditempat mana.
Kemudian kami membincangkan tentang nilai / perkara yang perlu ada dalam setiap
program pepias selepas ini, x silap ada 9 perkara yang telah dipersetujui dan perlu ditekankan dalam setiap program. Perkara2 nya seperti berikut 1) Hubungan fasi dengan peserta 2) Masterplan 3) Peralatan yg lengkap 4) Briefing Modul 5) Pengurusan masa 6) Fasi terlatih 7) Kerohanian dan keilmuan 8) Penampilan 9) Modul yang fleksibel. Setiap trainer perlu pastikan ini berlaku di setiap program yang dijalankan.
Selain itu, kami juga membincangkan 10 program dominan yang perlu dijalankan dan digerakkan oleh PEPIAS iaitu 1) PMG 2) LAKEP 3) Smart Solat 4) Tamrin Jundi@PeBIS 5) Motivasi 6) Jati Diri 7) PEPIAS Prihatin 8) SYABAB 9) HARDCORE
Akhirnya kami membincangkan dan mengemaskini flow program-program rutin anjuran
atau jemputan pepias, tapi x sempat nak habis dan tuntas semuanya, akan disambung dalam siri 2 nanti.
insyaAllah..
Begitulah sedikit sebanyak tentang keadaan dan suasana yang berlaku ketika Bengkel T.O.T Siri 1 baru-baru ini yang diadakan di Balai Penghulu Mukim Batu. Antara Team Trainer yang hadir ialah Sdr. Zulhelmi, Sdr. Syukur, Sdr. Azali, Sdr. Zafrul, Sdr. Syamel, Sdri. Dila, Sdri. Tim, Sdri Fadhilah, Sdr. Hazriq, Sdr. Haris, Sdr Hafiz, Sdr, Muzakkir, Sdri. Wahid, Sdri Eli, Sdri Adib, Sdr. Razman dengan diselia oleh 3 orang senior PEPIAS iaitu Sdr. Zamani, Sdr. Kam dan Sdr. Zul.
kepada mereka yang ada tugasan yang perlu disiapkan untuk diemel dan dibentang dalam siri 2 nanti diharap dapat menyiapkannya dan jangan pula serik untuk datang lagi pada 24.05.09 nanti.
Sekian, harap maklum. Terima kasih
Tuesday, April 21, 2009
Tahu, Mahu dan Jihad
Manusia ditaklifkan dengan untuk tiga perkara. Menjadi a'bid iaitu hamba, daei' iaitu pendakwah dan menjadi khalifah iaitu penjaga alam ini.
Hampir semua orang tahu perkara ini. Sebahagian dari mereka mahu untuk menjalankan tugas-tugas tersebut. Tetapi hanya segelintir sahaja yang bermujahadah (jihad) untuk melakukannya.
Kita tahu dosa itu tidak bagus. Kita mahu untuk menghindari dosa. Tetapi sejauh manakah kita bermujahadah untuk menghindari dari dosa? Sengaja persoalan tersebut ditinggalkan untuk difikirkan.
Banyak manusia tahu qiamullail itu baik. Ramai juga mahu melakukannya. Tapi mengapakah kita susah sangat untuk bangun qiamullail.
Kita tahu solat jemaah itu dapat 27 kali ganda. Kita juga mahu mengutip sebanyak pahala untuk bekalan kita di hari akhirat. Tetapi, mujahadah untuk ke masjid? Sangat-sangatlah kurang.
Kita tahu dakwah itu wajib atas umat Islam. Kita mahu untuk berdakwah. Tetapi mengapakah kita susah sangat untuk bermujahadah untuk berdakwah?
Wahai sahabatku, tahu tanpa amal, bagaikan pokok yang tiada buah. Amal tanpa jihad sia-sia. Pentingnya jihad bukan di medan perang sahaja, tetapi di medan nafsu dirimu juga.
Kekuatan umat Islam bukan hanya terletak pada ketinggian ilmu, keazaman yang tinggi, tetapi semangat mujahadah yang tinggi juga.
Renung2 kanlah diri kita. Aktifkan diri kita. Selamat beramal!
Wednesday, April 15, 2009
JAWATAN: KELAYAKAN ATAU NAFSU??
Dalam sebuah organisasi terdapat mereka yang dipanggil pemimpin dan orang yang dipimpin. Pemimpin memainkan peranan yang cukup besar dalam sesebuah organisasi dan tanggungjawabnya adalah cukup berat dan akan dipertanggungjawabkan oleh Allah tentang tugas dan peranannya sebagai seorang pemimpin.
Jangan sekali-kali meminta untuk menjadi pemimpin sekiranya kita merasakan diri kita kurang berkelayakan untuk memimpin kerana dikhuatiri kita tidak akan dapat menunaikan tanggungjawab yang terpikul di atas bahu kita seandainya kita menjadi pemimpin.
Nabi s.a.w dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim pernah bersabda : Maksudnya : “Wahai `Abd ar-Rahman! Jangan engkau meminta jawatan pemimpin. Sesungguhnya jika engkau diberikannya dengan permintaan maka engkau ditinggalkan (tidak ditolong). Sekiranya engkau diberikannya tanpa permintaan maka engkau dibantu (oleh Allah)” Shahih Al-Muslim: 1791
Dalam hadis ini Nabi melarang keras kita dari meminta jawatan sebagai pemimpin namun bagaimana pula soalnya dengan Kisah Nabi Yusuf yang meminta jawatan? Sebenarnya Nabi Yusuf meminta jawatan dalam keadaan dia layak sedangkan Samurah yang diceritakan dalam hadis ini tidak layak.
Sekiranya Kita Layak Hukum Minta Jawatan Ada 3 Hukum:
Wajib - jika kita tidak minta jawatan itu, menyebabkan berlakunya pengkhianatan, maka minta jawatan adalah wajib
Sunat - jika kita minta jawatan dalam keadaan orang lain pun layak juga, cumanya kita lebih layak dari yang lainnya maka hukum minta jawatan adalah sunat.
Harus - jika kita minta jawatan dalam keadaan kita dan orang lain sama dari sudut kelayakan maka minta jawatan itu adalah harus.
Hukum Mereka Yang Berkelayakan Menolak Untuk Memegang Jawatan Jika sekiranya ada orang lebih layak dan kita tolak jawatan tersebut maka itu adalah yang terbaik namun sekiranya semua tidak layak, hanya kita sahaja yang layak, lalu jika kita tolak juga maka hukum tolak itu menjadi haram.
Memegang amanah sebagai pemimpin ini amatlah besar tanggungjawabnya dan perlu berani menampilkan diri untuk tidak mudah diperkotak katikkan oleh orang lain. Janganlah sekadar menjadi pemimpin yang berfungsi sebagai crowd puller yang mana hanya ingin menonjolkan dirinya untuk menjadi penarik orang ramai bersama-samanya. Tidak ramai pemimpin macam ini, namun kita perlu berhati-hati dengn pemimpin sebegini agar kita tidak menyusahkn orang lain. Pemimpin sebegini hanya ingin tonjolkan dirinya hebat dan mampu buat macam-macam sehingga sanggup mengeluarkan duit sendiri, sanggup korbankan masa dan tenaga dan sebagainya.
Dalam PEPIAS ini, pemimpin sebegini telah mungkin ada dan hampir menyusahkan semua orang. Keadaan sebegini harus kita tangani secepat mungkin agar musibah dan fitnah buruk tidak berlaku. Pernah saya berbincang dengan senior PEPIAS mengenai keadaan pemimpin macam ini. Walaupun sudah kita didik dan perbaiki kelemahan namun dengan sifat mahu menarik perhatian orang ramai dalam keadaan merajuk dan menunjukkan diri hebat, maka perlu ada penyelesaian agar pisang tidak berbuah dua kali dalam PEPIAS.
Dalam buku usrah Golongan Tercicir ada dikatakan mengenai sekiranya terdapat ahli atau pemimpin sebegini, sampai satu tahap kita boleh menghapuskannya dari gerakan jemaah kita. Perbincangan mengenai ini perlu ditegaskan dan berani melakukan keputusan.
Kesimpulannya sebelum kita tolak sesuatu jawatan pastikan ada orang yang lebih layak dari kita atau setidak-tidaknya sama layak. Sebelum membuat keputusan untuk merebut sesuatu jawatan hendaklah kita melakukan analisa terhadap diri sendiri terlebih dahulu adakah kita berkelayakan kerana dikhuatiri sebab kita mahukan jawatan hanyalah kerana untuk mencari populariti, publisiti dan menurut hawa nafsu semata-mata.
Fikirlah dengan akal yang sihat dan buatlah keputusan berdasarkan pertimbangan iman sebelum merebut sesuatu jawatan agar kita selamat dari merebut jawatan dalam keadaan kita tidak layak untuk memegangnya.
Khas dari
Pengerusi Perhubungan Cawangan Bangi
Wednesday, April 8, 2009
Sambutan Ulangtahun ke 20 Asrama Anak2 Yatim Damai Kuang
InsyaAllah akan diadakan Majlis Sambutan Ulangtahun Ke 20 Asrama Anak2 Yatim Damai,Kuang Selangor.
Jadi saya berharap pertolongan dan kerjasama daripada sahabat2 PEPIAS saya untuk
menghulurkan bantuan dan kerjasama dari segi tenaga, masa dan kewangan serta sponsor. Marilah kita membantu mereka yang serba kekurangan daripada kita. Hulurkan tangan ringankan beban. Sesiapa yang ada kelapangan dari hari ini sehingga 2 mei nanti bolehla turut serta bersama-sama dengan kami bagi menjayakan majlis sambutan ini buat julun kalinya. Sekiranya berminat membantu, bolehlah hubungi saya di talian 0175086339. Bantuan amat diperlukan untuk menggerakkan kerja2 perlaksanaan sebelum hari kejadian nanti.
Sunday, April 5, 2009
“HIJRAH ITU LAUTANNYA DUGA , NAMUN PELABUHANNYA INDAH”
Di antara hikmah kita dijadikan sebagai khalifah di muka bumi Allah ini ialah bila kita diberikan akal untuk berfikir kemudian mengemudi akal kita dengan cara yang terbaik dan bila baik pelayaran akal kita maka kita akan berlabuh dengan mulia di pelabuhan abadi nanti. Namun, kadangkalanya kita sering menjadi seorang pelayar yang gagal, sudah berputus asa dan harapan, biarkan sahaja bahtera karam atau berlabuh di pulau sepi. Akhirnya pelayar kapal kalah dengan ciptaanNya yang bernama ombak dan ribut. Tiada akal dan tiada otak. Bagi pelayar yang berjaya melabuhkan kapalnya pula merupakan wira samudera, bijak dan hebat megawal keadaan serta perkasa membunuh 'TAKUT'. Kini pelayar yang berjaya sudah tiba di pelabuhan. Kemana destinasinya? Itulah hikmah manusia, dijadikan untuk benar-benar manjadi “Manusia yang Manusia”.
LUMRAH TRADISI DAN TRANSFORMASI
KALAU MAHU SEMUA BOLEH
Good Luck Abg2 dan Kakak2!!!
Selamat menjawab FINAL EXAM yang mendatang (Formally From 1 April to 18 April) .... Doa kami semoga anda dianugerahkan kejayaan yang hakiki.
Pesanan KAMI:
1) Study AWAL (Mulakan sekarang)
2) Study SMART (Susun jadual study)
3) Dekatkan diri dengan Allah. (Solat Malam)
4) Banyakkan Senyum, walaupun ketika study. (Be positif)
5) Cbe2 Jawab Past Year PAPER.
6) Jgn ada kebergantungan SGT dgn hint, nanti menyesal.
7) dan teruskan usaha dan berusaha
Wednesday, April 1, 2009
Mengeluh Lagi ?
Kita bertanya : Kenapa aku diuji ?
Quran menjawab:
Kita bertanya : Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan ?
Quran menjawab,
Kita bertanya : Kenapa ujian seberat ini ?
Quran menjawab,
(Surah al-Baqarah, ayat 286)
Kita bertanya : Kenapa mesti frust ?
Quran menjawab,
(Surah al-Imran, ayat 139)
Kita bertanya : Bagaimana harus aku menghadapinya ?
Quran menjawab,
Kita bertanya : Kepada siapa aku berharap?
Quran menjawab.
Kita bertanya: Apa yang aku dapat dari semua ujian ini?
Quran menjawab,
Kita berkata : Aku tak tahan!!!
Quran menjawab,
Kita berkata: Sampai bila aku merana begini ?
Quran menjawab,
Sudah.. Jangan mengeluh.. Jom baca Quran..Buat sahabat-sahabat yang mengalami seprti apa yang dipersoalkan di atas, sentiasalah amalkan Al-quran yang sememangnya menjadi panduan buat kita.
Jauhilah daripada bisikan syaitan kerana pasti ia bukan merosakkan kita seorang tapi akan melibatkan semua orang yang disekililing kita.