APA ITU PEPIAS???

PEPIAS merupakan akronim daripada nama Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan mana sebelum ini dikenali sebagai Persatuan Kebajikan Dan Pendidikan Islam Selangor Darul Ehsan.
PEPIAS telah bertapak sebagai penubuhan yang sah pada tanggal 1 OKTOBER 1992 setelah mula bergerak sejak 1971.


PEPIAS berasaskan DUA GAGASAN iaitu KEBAJIKAN dan PENDIDIKAN ISLAM. PEPIAS lebih menumpukan kepada sasaran sekolah rendah dan sekolah menengah. "meluntur buluh biar dari rebungnya".

PEPIAS telah mempunyai 7 cawangan berdaftar yang mana salah satunya ialah PEPIAS Cawangan Bangi yang bertapak di KUIS, Bangi.

Thursday, July 23, 2009

TAHNIAH!!!

Alhamdulillah disyukuri kepada Illahi, dapat jua akhrinya kita bertemu kembali di laman seswang ini setelah lama menyepi dalam melayari kehidupan di alam fana ini.
Terlebih dahulu kami ingin merakamkan setinggi penghargaan dan sekalung tahniah kepada Graduan KUIS yang mana terdapat juga graduan dari kalangan ahli PEPIAS. Tahniah diucapkan kepada Kak Ain, Kak Mis, Ustz Hazriq dan lain-lain (sekadar sebut beberapa nama sahaja ) diatas penerimaan segulung diploma atau ijazah akhirnya. Semoga anda semua dapat meneruskan perjuangan mengejar cita-cita yang diimpikan. Namun jangan lupa terhadap perjuangan dan tanggungjawab yang dilaung-laungkan. Kami juga berharap anda semua mendoakan kami berjaya seperti mana anda semua kecapi sekarang. Amin...
Selain itu, kami juga merakamkan ribuan terima kasih kepada Geng Gerai PEPIAS di atas penat lelah dan bertungkus lumus dalam menjayakan dan menghidupkan suasana di gerai. Terima kasih juga kepada pelanggan2 kami yang sudi merasa nikmat air keladi, chickenboom, keropk lekor, otak2, jagung dan mcm2 lagi. Semoga tak sakit perut erk. Alhamdulillah atas sokongan semua, kami berjaya mengembalikan modal yang telah dikeluarkan. Semoga dengan mengikuti sunnah Rasulullah ini iaitu berniaga dapatlah jua mengambil berkat dalam mengeratkan hubungan kekeluargaan kita semua. Selepas ini, kalau ade karnival lagi, kita buka gerai lagi. Gerai kita pasti dapat sambutan yang luar biasa. InsyaAllah. Terima kasih kami ucapkan juga kepada PEPIAS Pusat dan Cawangan lain yang sudi turun padang dalam membantu melariskan produk kami ini. Thanks A.Zul, A,Syamel, Bapol, K. Dila dan sebagainya.
Kami juga merakamkan tahniah dan terima kasih kepada mana-mana ahli PEPIAS yang telah bergerak ke luar untuk menjadi fasilitator. Semaklum kami, ade satu program yang melibatkan majoriti fasilitator dari PEPIAS BANGI iaitu di Puchong. Semoga ilmu dan pengalaman yang dikutip dapat berkongsi dengan sahabat-sahabat lain yang masih berpeluang menonjolkan diri. InsyaAllah.
Itu sahaja sorotan perjalanan PEPIAS BANGI sepanjang minggu lepas. Semoga PEPIAS BANGI akan terus bergerak aktif seperti cawangan-cawangan lain. Namun perlu diingat, bukan nama dan populariti dikejar tapi ingatlah inilah tanggungjawab dan peranan kita.

Usrah PEPIAS BANGI Siri 8

Assalamualaikum kepada semua keluarga PEPIAS Cawangan Bangi. Setelah lama menyepi daripada melaksanakan usrah, maka dijemput kepada semua ahli PEPIAS untuk hadir ke Usrah PEPIAS BANGI Siri 8 bagi memeriahkan lagi dan mengimarahkan majlis ilmu ini. Ketetapan seperti berikut :

Tarikh : 27 Julai 2009
Hari : Isnin
Masa : 8.00 malam
Tempat : BT 1212
Tajuk : Ikhlas ( tolong cari berkaitan tajuk ini )

Semua ahli PEPIAS anda dijemput hadir. Sekiranya ada ahli baru kami mengalu-alukan untuk turut serta sekali. Dijemput juga kepada semua pelajar baru KUIS sesi 2009/2010. Bagi PEPIAS Pusat dan Cawangan lain dijemput juga untuk hadir. Istiqamahlah dalam majlis ilmu. Perbincangan menarik jika niat baik.

"Amalan Usrah Merapat Ukhwah Mendekati Allah"

p/s= kehadiran usrah siri 7 seramai 24 orang.
-siapa yang belum bayar duit yuran, sila bawa sekali pada malam itu dengan bayaran sebanyak rm5 seorang.
- pada malam itu juga akan diedarkan tabung infak PEPIAS

bearakhirnya 1st generatoin PeJAP 09





















































Thursday, July 16, 2009

~JEMPUTAN KE GERAI KONVO PEPIAS DI KUIS~

ASSALAMUALAIKUM

KEPADA SEMUA WARGA PEPIAS ,WARGA KUIS DAN SAUDARA/SAUDARI YANG DIKASIHI ALLAH SEKALIAN
ANDA DIJEMPUT KE GERAI KONVO PEPIAS DI KUIS BERNOMBOR B18

MARILAH MEMBELI SAMBIL MENDERMA
KAMI MENJUAL BERANEKA MAKANAN DENGAN HARGA YANG BERPATUTAN

TARIKH= 16-19/JULAI 2009
TEMPAT= B18, TAPAK KONVO KOLEJ UNIVERSITI ISLAM SELANGOR DARUL EHSAN
MASA= 9.00 PAGI HINGGA 10.00 MALAM


"SEDEKAD MENYEMAI BUDI SELAMANYA MENABUR BAKTI"

Thursday, July 9, 2009

Program Pengurusan jenazah & Teknik dan Etika Penyembelihan mengikut Syarak

Program Pengurusan jenazah & Teknik dan Etika Penyembelihan mengikut Syarak

Esok bermulalah revolusi baru dari segi penganjuran aktiviti PEPIAS, iaitu penganjuran Program Pengurusan jenazah & Teknik dan Etika Penyembelihan mengikut Syarak. Program ini adalah agak berlainan sekali dengan program2 PEPIAS sebelum ini, dimana buat pertama kali kita mengadakan program seumpama begini.

Kami dari cawangan Bangi mendoakan kejayaan program ini berjalan dengan jayanya dan dilimpahi dengan rahmat ALLAH walaupun menempuh pelbagai cabaran sebelum program ini dijalankan. Anggaplah ia sebagai satu hikmah buat kita semua.

Tahniah sekali lagi buat warga kerja program ini khusunya dan ahli2 PEPIAS amnya yg terlibat secara langsung mahupun tidak. Semoga program yang akan bermula esok hingga 12hb ini berjalan dengan lancar. Amin..

Program yang dapat sambutan ini diharapkan dapat dijadikan program tahunan PEPIAS akan datang. Walaupun belum bermula tapi kami dari BANGI sudah merasa bahangnya. Semoga ilmu yang diperolehi di sana kan di manfaatkan sebaiknya.

Butir-butir PROGRAM seperti berikut

Tarikh : 10 - 12 Julai 2009
Tempat : Kem Bina Taqwa, Banting
Bayaran : RM30
Terbuka kepada semua. Terhad 80 orang sahaja.

Pengumuman : Bagi PESERTA2 PEJAP, anda diminta berkumpul di Stesen LRT Bandar Tasik Selatan selepas solat Jumaat pada esok hari. Bas akan ambil anda di sana.



Mengalu-alukan kehadiran ahli baru...

Salam ceria semua...
Masih berseronok lagi ke bercuti?
Alhamdulillah
Apepun jangan lupa tanggungjawab dan peranan kita semua ea.

Nampaknye blog ni sudah lame tidak dilayari oleh orang
mungkin sebab sudah lame tidak di updatenye kowt.

Baiklah..disini sbnrnye sy sebgai pengerusi cawangan mewakili rakan-rakan yg lain
ingin mengalu-alukan sahabat-sahabt yang belum lagi menjadi ahli PEPIAS,
marilah same2 kita join PEPIAS untuk memudahkan menjalankan tanggungjwab kita.
Dengan ade platform yang kukuh ini, mungkin kita mampu melakukannye. Jangan pandang sebelah
mate pade PEPIAS ini. PEPIAS ini sudah melahirkan ramai tokoh-tokoh yang ade di MALAYSIA ni.
Tapi itu bukan kebanggan kami, ape yang kami mahukan ialah satu perubahan yang menjana ketamadunan Islam khususnya di Malaysia ini.

Ape ade dengan PEPIAS?
Fasilitator
Sukarelawan
Pemudah Cara
Penggiat Kampus
dan Macam-macam lagi....

Jadi, tunggu ape lagi...Joinla PEPIAS... InsyaALLAH akan lahirlah kualiti dalam hidup anda bila bersama PEPIAS jika niat ikhlas untuk menegakkan dan mengembalikan tamadun ISLAM ini.

Sepertimana misi kami iaitu meningkat kualiti dalam kuantiti yang bertambah. Itulah misi kami dari PEPIAS cawangan BANGI.

Kawasan PEPIAS BANGI ialah-KUIS,UKM,UNIKL,KDH,GMI,UPM dan sekolah-sekolah yang berhampiran.

Marilah ramai-ramai masyrakat dan pelajar di luar sane menyertai PEPIAS untuk kita same2 mengembleng tenaga kita ini.

Syukran

Friday, June 26, 2009

Rejab : Pengertian, Peristiwa Penting & Amalan

Pengertian

Rejab bermakna kebesaran atau kemuliaan dan ia membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan. Masyarakat Jahiliyah menamakan bulan ini dengan bulan Rejab kerana mereka memulia dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan berperang di dalamnya. Dan Rasulullah SAW mengekalkan nama ini dan mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab. Dan bagi umat Islam, kita memperingati dan memuliakan Rejab sempena dengan peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah SAW iaitu peristiwa Isra' dan Mi'raj.


Peristiwa Penting

1.Hijrah Pertama Hijrah ke Habsyah (Ethiopia)
Pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah SAW dan mereka yang beriman kepada Rasulullah SAW pada ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung lalu Rasulullah SAW memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.

Tujuan hijrah ini adalah untuk menyelamatkan iman dan keselamatan diri di samping untuk mencari tapak baru untuk Islam bertapak dan menyusun langkah untuk agenda seterusnya. Diantara mereka yang berhijrah ke Habsyah ialah Saidina Othman RA dan istrinya Roqiah anak Rasulullah SAW. Jumlah mereka adalah 14 orang termasuk 4 orang wanita. Habsyah dipilih adalah kerana rajanya dikenali dengan toleransi dan sikap terbukanya.


2. Isra' dan Mi'raj
Isra'dan Mi'raj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmuqaddis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT. Dalam menentukan tarikh bila berlakunya peristiwa ini, sebahagian ulama mengatakan pada 27 RabiulAkhir; sebahagian ulama mengatakan pada 17 RabiulAwal; sebahagian ulama mengatakan 29 Ramadhan; sebahagian ulama mengatakan pada 27 Rejab dan sebahagian ulama yang lain mengatakan pada tanggal-tanggal selain dari yang tersebut.

Menurut Chalil, 1999 sebagaimana yang dijelaskan oleh Dr.(H) Hj. Kassim Bahali, ada setengah ulama mengatakan pada malam tanggal 7 RabiulAwal. Adapun yang terbanyak ialah golongan yang mengatakan pada tanggal 27 Rejab, sekalipun tidak dengan alasan yang kuat.

Tahun berlakunya juga terdapat perselisihan pendapat ulama, ada sebahagian yang mengatakan pada tahun ke 5 dari Bi'tsah (tahun mula diutusnya peribadi Nabi), sebahagiannya berpendapat pada tahun ke 12 dari Bi'tsah; sebahagiannya berpendapat pada tahun sebelum Nabi hijrah ke Thaif, sebahagian berpendapat pada tahun ketiga sebelum hijrah Nabi S.A.W ke Madinah dan ada yang sebahagiannya pula berpendapat lain dari semuanya itu. Bagaimanapun seorang ahli sejarah Islam bernama Ibnu Saad telah mencatatkan dalam kitabnya "At-Tobaqatil Qubra", bahawa berlaku israk mikraj terhadap Nabi s.a.w. ialah pada lapan belas bulan sebelum Nabi S.A.W. hijrah ke Madinah dalam satu peristiwa yang amat bersejarah itu.(Tazkirah, Pusat Zakat N. Sembilan)

3. Perang Tabuk
Tabuk adalah mengambil nama sempena nama satu tempat di Utara Semenanjung Arab di mana Rasulullah SAW dan 30 ribu tentera Islam berkumpul. Tidak berlaku pertempuran kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dan gerun kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi berbagai kesukaran.

http://www.ezsoftech.com/ramadan/i/baitul_muqaddas.jpg


4. Pembebasan Baitul-Muqaddis
Baitul Muqaddis telah dibuka pada zaman Saidina Umar Al-Khattab RA di zaman pemerintahannya. Akibat kelalaian dan perpecahan uamat Islam di zaman pemerintahan Abasiyah, umat Kristian (tentera Salib) telah melakukan serangan demi serangan ke atas Baitul Muqaddis dan akhirnya dapat menawan kota suci Baitul Muqaddis setelah 500 tahun dikuasai oleh pemerintahan Islam. Tentera Salib telah menduduki Baitul Muqaddis hampir 60 tahun sebelum dibebaskan kembali oleh panglima Islam terkenal Salehuddin Al-Ayubi. Beliau telah berjaya menawan kembali Baitul Muqaddis dari tangan tentera Salib pada hari Jumaat, 27 Rejab 583H. Dan pada tahun 1967 bersamaan 1387H umat Yahudi pula menawan Baitul Muqaddis (Palestin) dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.

5. Lahirnya Imam Syafie RH.
Nama sebenar Imam Syafie RH ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghuzah, Palestin pada tahun 150H bersamaan 767 Masehi dalam bulan Rejab. Beliau adalah salah seorang dari empat imam mazhab yang besar dalam dunia Feqah. Malaysia mengamalkan mazhab Syafie. Diantara peninggalan imam Syafie RH yang tiada ternilai harganya dan menjadi rujukan sehingga sekarang ialah kitab al-Umm.



Amalan

Tiada amalan khusus untuk bulan Rejab yang diriwayatkan dari Rasulullah SAW yang dijumpai di dalam mana-mana hadis shahih. Penulis berpendapat ada hikmahnya kenapa Allah SWT, Rasulullah SAW dan para sahabat RA tidak memberitahu tarikh dan tahun berlakunya peristiwa Isra' dan Mi'raj. Rasulullah SAW tidak mahu umatnya menetapkan ibadat-ibadat tertentu di bulan Rejab khasnya pada hari dan malam berlakunya peristiwa Isra' dan Mi'raj itu.

Ini untuk mengelakkan berlakunya perkara-perkara yang diada-adakan (bid'ah) dan perbuatan membeza-bezakan kemuliaan satu-satu bulan. Namun begitu ada pendapat yang meriwayatkan tentang amalan-amalan sunat tertentu seperti solat sunat Rejab, puasa Rejab dan umrah Rejab. Pendapat ini adalah bersandar kepada hadis-hadis lemah.

Terlalu banyak amalan-amalan sunat yang umum yang masih kita belum berkesempatan untuk mengamalkannya boleh kita praktikkan di bulan Rejab ini sebagai persediaan kita menjelang Ramadhan al-Mubarak. Diantaranya solat malam, qiamul-lail, puasa Isnin dan Khamis, tadarrus al-Qur'an dan lain-lain lagi. Di sini penulis ingin menyarankan agar pada akhir bulan Jamadilakhir khasnya pada 29 Jamadilakhir, kita bolehlah melatih mata kita untuk menjejaki hilal. Proses melatih mata untuk merukyah hilal boleh dimulakan 20 minit sebelum Maghrib sehinggalah 20 minit selepas maghrib dengan memerhatikan ufuk Barat sekitar tempat matahari terbenam. Ini boleh dilakukan dengan mata kasar tanpa menggunakan sebarang alat kecuali untuk melihat matahari perlukan penapis (solar filter).

Bagi mereka yang mempunyai teleskop atau teodolite ataupun binocular, inilah masanya untuk menguji peralatan dan kemahiran masing-masing agar pada hari cerapan hilal Sya'ban, Ramadhan dan Syawal kita tidak menghadapi masaalah dalam melakukan cerapan hilal. Dan sebenarnya Rasulullah SAW sendiri amat mengambil berat tentang kedudukan bulan pada setiap akhir bulan khasnya apabila menjelangnya bulan Rejab dan bulan-bulan seterusnya.

Sumber Disediakan oleh:
Bahagian Falak dan Sumber Maklumat Jabatan Mufti Negeri Melaka
www.al-azim.com


Pernah diterbitkan:
http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=571

Mulianya Wanita

Allah swt tidak menjadikan nabi di kalangan wanita. Tetapi Allah swt memuliakan wanita di dalam Al-quran dengan menamakan surah -an nisa’-.
Manusia yang pertama beriman kepada Allah swt selepas Rasulullah saw ialah wanita -Khadijah r.anha-.
Manusia pertama yang syahid kerana agama Allah juga adalah wanita - Sumayyah r.anha-.
Dan Allah juga mengangkat perbuatan Siti Hajar r.anha yang juga seorang wanita yang berlari-lari antara Safa dan Marwah di dalam rukun haji, iaitu saie.
Wanita adalah yang paling mudah memasuki syurga tetapi wanita jugalah yang paling ramai menjadi penghuni neraka. Sabda nabi yang mafhumnya, “Wanita yang solat 5 waktu, berpuasa di bulan Ramadhan dan mentaati suaminya, maka masuklah dia ke syurga melalui mana-mana pintu yang disukainya”.

Masya Allah, senang bunyinya. Tapi hakikatnya tidaklah semudah itu. Jika kita lihat bagaimana pengorbanan Siti Khadijah r.anha, tentunya kita takkan dapat tiru apa yang beliau telah lakukan. Sebelum memeluk Islam dan menjadi isteri Rasulullah saw, beliau ialah seorang hartawan, peniaga yang mashyur dan terkenal. Tetapi sebaik sahaja beliau beriman kepada Allah, seluruh hartanya diinfaqkan(dibelanjakan) ke jalan Allah swt. Sehinggakan di akhir hayatnya, ketika di pangkuan Rasulullah saw, katanya “Ya Rasulullah, jika tulang belulangku ini dapat dijadikan jambatan untuk keluar ke jalan Allah, maka ambillah. Aku redha ya Rasulullah”.

Begitu juga kisah Sumayyah r.anha yang semua ahli keluarganya habis di bunuh oleh pembesar kafir Quraisy. Iman di dadanya sedikitpun tidak goyah hatta nyawanya menjadi korban kerana dia yakin, syurga Allah telah menantinya. Kesabaran dan ketaatan Siti Hajar r.anha kepada suaminya dan iman yang kental terhadap tuhannya, membuatkan beliau tidak sedikit pun gentar ditinggalkan di tengah-tengah padang pasir yang panas, yang tiada asbab untuk hidup bersama bayinya Nabi Ismail a.s yang masih merah. Tetapi Allah maha besar, setiap hamba yang taat kepadaNya akan dibalas dengan kebaikan. Dari hentakan kaki nabi Ismail a.s, maka terpancutlah air zam-zam yang Allah janji tidak akan kering sehingga hari Kiamat.

Sumber - iluvislam.com

Thursday, June 25, 2009


IFTAR JAMAI'E REJAB dan Usrah PEPIAS BANGI Siri 7 Sesi 2009/2010

Assalamualaikum kepada semua keluarga PEPIAS Cawangan Bangi. Dijemput kepada semua ahli PEPIAS untuk hadir ke Usrah PEPIAS BANGI Siri 7 bagi memeriahkan lagi dan mengimarahkan majlis ilmu ini. InsyaAllah usrah kali ini akan dimulakan dengan kita sama-sama akan berpuasa sunat secara berjemaah dan berbuka puasa bersama. Ketetapan seperti berikut :

Tarikh : 29 Jun 2009
Hari : Isnin
Masa : 7.00 malam
Tempat : BT 1254
Bayaran: RM 4 seorang
Sila daftarkan nama anda, bagi yang berminat, berniat dan ikhlas berpuasa pada tarikh tersebut kepada Sdr Afiq dan Sdri Mazlina selewat-lewatnya Sabtu ini. Bayaran boleh dibuat pada hari kejadian.

Semua ahli PEPIAS, anda dijemput hadir. Sekiranya ada ahli baru kami mengalu-alukan untuk turut serta sekali. Dijemput juga kepada semua pelajar baru KUIS sesi 2009/2010. Bagi PEPIAS Pusat dan Cawangan lain dijemput juga unutk hadir. Istiqamahlah dalam majlis ilmu. Perbincangan menarik jika niat baik.

"Amalan Usrah Merapat Ukhwah Mendekati Allah"

p/s= kehadiran usrah siri 6 seramai 42 orang.

-siapa yang belum bayar duit yuran, sila bawa sekali pada malam itu dengan bayaran sebanyak rm5 seorang.
- pada malam itu juga akan diedarkan tabung infak PEPIAS