APA ITU PEPIAS???

PEPIAS merupakan akronim daripada nama Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan mana sebelum ini dikenali sebagai Persatuan Kebajikan Dan Pendidikan Islam Selangor Darul Ehsan.
PEPIAS telah bertapak sebagai penubuhan yang sah pada tanggal 1 OKTOBER 1992 setelah mula bergerak sejak 1971.


PEPIAS berasaskan DUA GAGASAN iaitu KEBAJIKAN dan PENDIDIKAN ISLAM. PEPIAS lebih menumpukan kepada sasaran sekolah rendah dan sekolah menengah. "meluntur buluh biar dari rebungnya".

PEPIAS telah mempunyai 7 cawangan berdaftar yang mana salah satunya ialah PEPIAS Cawangan Bangi yang bertapak di KUIS, Bangi.

Tuesday, August 19, 2008

SPECIAL USRAH - LAST

USRAH PEPIAS CAWANGAN BANGI akan diadakan seperti biasa mengikut ketetapan berikut:-

Penceramah Jemputan :- Tuan Haji Shirajuddin
(EX-YDP ABIM NEGERI SELANGOR)

Tarikh : 19 OGOS 2008 (SELASA)
Bersamaan dengan 17 Syaaban 1429 H
Masa : 08.30 - 11.00 pm
Tempat : BT 1114
( Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor )

Semua di jemput hadir ke Usrah PEPIAS cawangan Bangi. Kehadiran anda semua amatlah di hargai dan keahlian baru dialu-alukan....

Sebarang masalah sila hubungi :-

Abdul hafiz -> 012 – 5133309
Muhammad Hazriq -> 012 – 6496219

Monday, August 11, 2008

Makluman kepada semua ahli PEPIAS....



USRAH PEPIAS CAWANGAN BANGI akan diadakan seperti biasa mengikut ketetapan berikut:-


Tarikh : 12 OGOS 2008 (SELASA)
Bersamaan dengan 10 Syaaban 1429 H
Masa : 08.30 - 11.00 pm
Tempat : BT 1114
( Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor )

Semua di jemput hadir ke Usrah PEPIAS cawangan Bangi. Kehadiran anda semua amatlah di hargai dan keahlian baru dialu-alukan....


Sebarang masalah sila hubungi :-

Abdul hafiz -> 012 – 5133309
Muhammad Hazriq -> 012 – 6496219



Friday, August 8, 2008

LAWAK PAK PANDIR - fikirkanlah.....

KIPAS
- Ketika menaiki sebuah pesawat Nuri ke sebuah kampung orang Asli di Paloh Inai, Pekan, Pahang, seorang pegawai Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) berkata: "Panasnya dalam helikopter ini ..." Maka menjawablah Pak Pandir yang turut berada dalam helikopter itu: "Mahu tak panas tuan... kipasnya besar... tapi di luar ..."
HANDPHONE
- Satu ketika di kampung Pak Pandir jauh di pendalaman Pahang, seorang pegawai kerajaan melihat Pak Pandir mempunyai handphone... "Wah Pak Pandir... ada handphone... ada coverage ker dekat sini...?" Jawab Pak Pandir: "Sini tak ada, tapi kalau encik mahu talipon saya punya handphone, kasi tau sama saya, saya boleh pergi ke bandar Rompin, sana ada coverage"
PETAI
- Pak Pandir yang menjual petai di tepi jalan berkata kepada seorang lelaki yang bercadang membeli petai itu... "Encik satu longok, RM1 sahaja. Tapi, kalau encik ambil semua, kira murah...RM20 sahaja." Tanya lelaki berkenaan : "Berapa longok semuanya?"Jawab Pak Pandir : "Semuanya 20 longgok ..."
CUTI
- Pak Pandir yang bekerja di sebuah kilang sebagai pengawal keselamatan berjumpa dengan manager minta cuti... "Tuan saya mahu minta cuti seminggu balik kampung, ada urusan keluarga. Bolehkah? Jawab manager : "Cuti seminggu... oklah, saya bagi cuti seminggu. Selepas 14 hari, baru Pak Pandir balik bertugas. Tanya si manager : "Kenapa dua minggu cuti?"Jawab Pak Pandir : "Saya minta seminggu cuti. Tuan bagi seminggu cuti. Jadi dua minggulah ...

Wednesday, August 6, 2008

DOA RABITAH


sambungan 35 KUNCI KEJAYAAN SEORANG PELAJAR

- USRAH PEPIAS @ KUIS
- 05 OGOS 2008
- 09.00 - 11.00PM , BT 1114
- ZAFRULLAH BIN ARIS & MOHD SYAMEL BIN YUSOF

Assalamualaikum.. Syukur ke hadrat Illahi dengan limpah kurnia dan inayahnya, pada malam ini ahli PEPIAS KUIS dapat berkumpul lagi bagi menyambung perbincangan tentang 18 lagi kunci kejayaan. Pada malam ini, seramai 30 0rang ahli usrah telah berkumpul tetapi hanya 9 kunci kejayaan saja yang sempat di bincangkan kerana setiap point telah dibincangkan dengan lebih terperinci. Alhamdulillah, setiap point dapat dikupas dan diterangkan agar setiap ahli usrah dapat memahami dengan baik. Walaubagaimanapun, lagi 9 kunci kejayaan akan di sambung pada minggu depan. Antara kunci-kunci kejayaan yang dibincangkan pada malam ini ialah :-
  • Cari kunci diri - Zafrullah & Tirmizi
  • Rancang kerja - Hafiz Mujib
  • Berbicara dengan diri - Amir
  • Terima kekuatan dan kelemahan - Syahmi
  • Sentiasa terkehadapan - Kak Ain, Asmah, Mohd Syamel
  • Permudahkan segala masalah - Fiq
  • Jangan berlengah-lengah - Dila
  • Jadilah seorang yang suka berjaya - Zulkarnain
  • Raikan diri apabila berjaya - Aida

Selain itu, usrah pada malam ini juga turut membincangkan tentang syarat-syarat BERNAZAR iaitu mesti bernazar atas nama Allah S.W.T, Mesti ada saksi dan Bernazar perkara yang baik. Seterusnya perbincangan diteruskan dengan tips untuk mengelakkan atau membuang sikap suka bertangguh. Antara tips nya ialah kita mestilah menjaga waktu solat iaitu mestilah mengerjakan solat apabila masuk waktu solat dan bila ada masa yang terluang, kita mestilah mengisi dengan sebaik yang mungkin (membuat kerja on-time), jangan membuang masa begitu sahaja tanpa sebarang aktiviti yang berfaedah. Kemudian, salah sorang ahli usrah menasihati dirinya dan sahabat-sahabat yang lain agar selalu bermuhasabah diri untuk memperbaiki diri. Antara cara muhasabah diri yang di sarankan ialah sentiasa mengambil wudu' iaitu kita perlulah sentiasa dalam keadaan berwudu' dan selalu mengamalkan SELAWAT KE ATAS NABI MUHAMMAD S.A.W. Saudara Zafrullah juga menasihati ahli usrah agar mengetahui tugas utama kita sebagai seorang insan di muka bumi ini iaitu sebagai HAMBA ALLAH, KHALIFAH dan DA'IE.

p/s : TIDUR SELEPAS SUBUH MEWARISI KEPAPAAN

TIDUR SELEPAS ASAR MEWARISI KEGILAAN

Tuesday, August 5, 2008

KEM LATIHAN ASAS PEPIAS (KELAPE)

Salam buat semua ahli PEPIAS yang sentiasa diridui sekalian. Sudah sekian lama kita tidak dapat berkumpul bersama, makan bersama, tidur bersama, riadhah bersama, menyemai kefahaman bersama, dalam erti kata lain mengaplikasikan konsep amal jama'ie yang bunyinya sentiasa terngiang-ngiang di telinga sejak tatkala hati ini baru mula terbuka buat gerakan PEPIAS. Suara abang-abang dan kakak-kakak khususnye pimpinan dulu sehingga sekarang yang sentiasa mengingatkan kepentingan ukhuwah dalam perjuangan, sentiasa dirindui. Jasad mereka makin lama makin kelam,mungkin disebabkan oleh kekangan tanggungjawab yang hakiki. Walaubagaimanapun, jauh disudut hati ini merindui kalian semua. Lantaran itu, dedikasi ini ditujukan khas buat abang-abang & kakak-kakak senior PEPIAS, sahabat-sahabat segenerasiku, adik-adik PEPIAS, alumni PMG, peserta LAKEP, komiti n fasilitator KKPI 2008 & buat semua yang pernah mengenali PEPIAS,marilah kita bersama memperhebatkan lagi gerakan kita dipersada dakwah. Oleh itu,saya menyeru kepada semua yang didedikasikan diatas untuk mengembalikan nostalgia PEPIAS dengan menghadirkan diri beramai-ramai ke :-

Tamrin Jundi PEPIAS ( Kem Latihan Asas PEPIAS )

PADA : 08-10 Ogos 2008 ( Jumaat - Ahad )

TEMPAT: Masjid Negeri Selangor, Shah Alam.

moga apa yang diusahakan oleh PEPIAS pusat dibawah sekretariat setiausaha agungnya diberkati dan dipermudahkan Allah Azzawajalla dan menempa kejayaan seperti yang diimpikan. Bukan sahaja mencambahkan benih-benih yang banyak tetapi juga menjadikannya benih-benih yang subur,yakni pabila dicampakkan kedarat menjadi gunung, dicampak kelaut menjadi pulau dan dicampak kelangit menjadi matahari.

wassalam.. Salam perjuangan.

SELAMATKAN KELUARGA KITA!!

Thursday, July 31, 2008

RINTIHAN HATI


Ada orang menyangka ibadah itu sekadar rukuk dan sujud di tikar sembahyang. Atau mengalunkan ayat-ayat AlQuran dengan penuh khusyuk dan tawadhuk. Atau menggentel biji tasbih dengan berzikir dan bertahmid. Atau sekadar membahagi-bahagikan harta kepada fakir miskin.
Ibadah itu luas pengertiannya. Seluas lautan yang tak bertepi. Ibadah tidak terbatas pada sembahyang sunat berpuluh-puluh rakaat. Ia tidak terbatas pada puasa sunat seperti puasa Nabi Daud; sehari berpuasa sehari berbuka. Pun tidak dikhususkan kepada membayar zakat, menunaikan haji dan sebagainya.
Ibadah adalah pengabdian diri kepada Allah. Dan antara bentuk pengabdian diri yang tidak ketara dan tidak perlu mengeluarkan tenaga ialah ingatan hati dan rintihan hati kepada Allah. Ia merupakan ibadah yang besar nilainya di sisi Allah. Mudah tetapi tidak ramai yang mampu melakukannya.
Mengingati Allah dikira ibadah kerana ia menandakan seorang hamba itu benar-benar berhati hamba. Hamba yang tak punya apa-apa. Yang sewaktu datang ke dunia,tak membawa walau seurat benang di tubuh. Justeru hati sentiasa ingat kepada Yang Maha Pencipta, sentiasa mengharap bantuan-Nya dan sentiasa bergantung kepadaNya. MengingatiNya menimbulkan rasa syukur atas segala nikmat kurniaanNya.
Namun berapa kerat di antara kita yang ingat akanAllah. Ramai yang lalai dan lupa. Dalam sembahyang, fikiran menerawang entah ke mana. Apatah lagi di luar sembahyang.
Renungilah sabda kekasihNya dalam sebuah hadis Qudsi yang bermaksud:
“Wahai anak Adam! Jika engkau ingat kepadaKu, Akujuga tetap ingat kepadamu. Dan jika engkau lupa kepadaKu, Aku masih ingat terus kepadamu. Apabila engkau taat kepadaKu, maka pergilah ke mana saja yang engkau suka, di tempat engkau mematuhiKu dan Aku mematuhimu, dan engkau mengikhlaskan kecintaanKu kepadamu, kemudian engkau memalingkan diri daripadaKu, sedang Aku tetap mengambil berat terhadapmu. Siapakahyang memberimu makan sewaktu engkau masih janin didalam perut ibumu. Aku tetap menguruskan segala keperluanmu dengan baik, sehingga terlaksana semua takdirKu terhadapmu. Apabila Aku lahirkan engkau kealam dunia, engkau lalu membuat maksiat. Bukan begini sewajarnya balasanmu terhadap siapa yang berbuat baik kepadamu.”
Memang wajar kita mengingati Allah yang telah banyak memberi nikmat kepada kita. Allah yang sentiasa ingatakan kita. Yang terus saja memerhatikan kita. Yang terus mengasihani kita. Yang terus memberi rezeki kepada kita walaupun Dia seringkali diderhakai.
Dengan apa patut kita balas nikmat Allah yang terlalu banyak itu. Ibarat orang yang sedang bercinta, cukuplah asal dikenang atau diingati orang yang dicintai. Begitu juga dengan Allah. Ingatlah Dia kemana kita pergi. Ingat akan Allah bukan semestinya di tikar sembahyang saja. Biar tubuh bersama manusia tetapi hati bersama Allah. Agar setiap detik kita sentiasa dalam ibadah.
Rasulullah bersabda yang maksudnya:
“berfikir sesaat itu lebih baik daripada sembahyang sunat seribu rakaat ( yang tidak khusyuk).”
Demikian keutamaan bagi orang yang sentiasa berfikir tentang kebesaran Allah. Akal yang berfikir akan meruntun hati agar sentiasa ingat kepada Allah. Apabila hati selalu mengingatiNya, terasa betapa hampirnya Allah dengan kita. Hati akan selalu bermunajat dengan Allah; menginsafi kelemahan diri, lantas mengharap belas kasihan Allah kepada kita yang terlalu banyak berbuat dosa. Hati merintih dan mengharap rahmat Allah yang maha luas itu. Datanglah perasaan betapa hinanya diri yang berasal dari setitik air mani. Tanpa rahmatnya tinggallah kita dalam kehinaan selama-lamanya.
Rintihan hati inilah tanda kita hamba yang tak punya kuasa apa-apa untuk menghalang kudrat dan iradahNya.Tak berupaya menepis Qadak dan QadarNya. Hanya belas kasihan Allah yang diharapkan dapat menjauhkan diri daripada segala bala bencana. Hati yang tidak pernah ingat, apalagi merintih kepada Allah, adalah hati seorang tuan. Adakalanya segaja Allah timpakan ujian yang berat keatas hambaNya. Ketika itu hati si hamba akan merintih walaupun bibir boleh mengukir senyum. Kadang-kadang ujian datang silih berganti; seolah-olah Allah tidak mendengar rintihan hati hambaNya.
Sebenarnya, Allah rindu untuk mendengar rintihan hati si hamba. Tanpa ujian, hati tidak ingat Allah dan ia berasa tenteram, hingga hilanglah rasa kehambaan daripada dalam diri. Lalu kerana itu, Allah datangkan ujian silih berganti agar rintihan hati si hamba tidak terputus kepada Tuhannya.
Hukama berkata:
“Allah lebih suka mendengar rintihanhamba yang berdosa (termasuk rintihan hati) daripadaseorang abid yang duduk beribadah.”
Demikian tingginya nilai rintihan hati seorang hamba dibandingkan dengan ibadah lahir. Ibadah lahir belum tentu melahirkan rasa kehambaan, kerana boleh jadi seorang yang beribadah itu berasa selamat dengan ibadahnya. Ingatan hati dan rintihan hati seorang insan terhadapTuhannya datang daripada rasa kehambaan yang tulen.Rasa kehambaan inilah tanda seorang insan telah mendapat nikmat iman yang tinggi nilainya. Tiada sesuatu yang lebih berharga daripada nikmat iman. Beruntunglah mereka yang dianugerahi nikmat ini. hanya hamba-hambaNya yang terpilih saja yang akan dikurniai rasa kehambaan.
Seorang hamba yang hatinya sentiasa ingat dan merintih kepada Allah tidak bangga dengan nikmat, tidak gelisah dengan bala, tidak rasa tenang dengan pujian, dan tidak menderita dengan kejian. Hati sentiasa merasa serba kekurangan dan amat memerlukan Allah dalam semua keadaan. Inilah yang dikatakan hati yang hidup, yang sentiasa dalam beribadah. Apatah lagi jika ditambah dengan banyaknya ibadah lahir seperti sembahyang, puasa, sedekah dan sebagainya; makin tinggilah darjat si hamba di sisi Khaliqnya.

35 KUNCI KEJAYAAN PELAJAR

- USRAH PEPIAS @ KUIS
- 29 JULAI 20O8, 09.00PM, BT 1113

Usrah pada malam ni membincangkan tentang 35 kunci kejayaan seorang pelajar. Topik ini telah dibincangkan dengan hangatnya oleh seramai 27 orang ahli usrah. Antara kunci-kunci kejayaan yang sempat di bincangkan pada malam ini ialah :-
  • Tinggalkan ruang keselesaan - Hafiz
  • Bunuh tv anda - Asmah
  • Fikirkan yang positif tentang diri anda - Afiq
  • Katakan tidak jika perlu - Mazlina
  • Jadi insan yang bertakwa - Alif
  • Bergaul dengan rakan yang berjaya - Gee
  • Terima masalah dengan hati terbuka - Fatin
  • Jangan berhenti mencuba - Azi
  • Jadikan masalah sebagai cabaran - Ain
  • Jangan malu meminta bantuan - Azhir
  • Tunaikan janji kepada diri dan orang lain - Mislia
  • Lihat ke dalam diri - Fadhilah
  • Hargai diri anda - Fadhilah
  • Lakukan perubahan secara perlahan - Muzakkir
  • Jadikan diri sebagai agen perubahan - Muzakkir
  • Kuatkan tujuan hidup - Lela
  • Jangan puas dengan apa yang ada - Min

InsyaAllah, pada minggu depan kita semua akan menyambung perbincangan kita tentang 18 lagi kunci kejayaan yang belum sempat di bincangkan pada malam ini.....