APA ITU PEPIAS???

PEPIAS merupakan akronim daripada nama Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan mana sebelum ini dikenali sebagai Persatuan Kebajikan Dan Pendidikan Islam Selangor Darul Ehsan.
PEPIAS telah bertapak sebagai penubuhan yang sah pada tanggal 1 OKTOBER 1992 setelah mula bergerak sejak 1971.


PEPIAS berasaskan DUA GAGASAN iaitu KEBAJIKAN dan PENDIDIKAN ISLAM. PEPIAS lebih menumpukan kepada sasaran sekolah rendah dan sekolah menengah. "meluntur buluh biar dari rebungnya".

PEPIAS telah mempunyai 7 cawangan berdaftar yang mana salah satunya ialah PEPIAS Cawangan Bangi yang bertapak di KUIS, Bangi.

Sunday, May 23, 2010

~Ringkasan 30 Nasihat Buat Para Pendakwah


Salam sahabat semua, disini saya ingin berkongsi ilmu yang saya perolehi dalam facebook yang dikirim oleh sahabat facebook saya Khaulah Fatim. Satu perkongsian yang amat menarik. Renungilah bersama.

~Ringkasan 30 Nasihat Buat Para Pendakwah
Para penda'wah membawa imej Islam yang dipamerkan kepada masyarakat. Kesilapan dan kecacatan akhlak mereka membawa kesan yang negatif kepada masyarakat. Kemuliaan ajaran Islam tercalar dengan pelbagai sangkaan yang tidak sepatutnya. Ayuh, tingkatkan usahamu wahai para penda'wah, moga-moga kalian tidak menjadi ejen fitnah untuk Islam.

Assalaa mu'alaikum w.b.t., Salam Mahabbah Fillah dan Perjuangan,


Segala puji milik Tuhan Yang Maha Agung Pemilik Seluruh Alam ini, selawat dan salam atas Rasul Junjungan, Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga dan para sahabat baginda.

Ya Allah ajarkan kepada kami 'ilmu yang bermanfaat, dan berikan manfaat kepada kami daripada 'ilmu yang Kau ajarkan.


Saya terjumpa satu majalah yang menarik dan cocok dengan jiwa para da'ie. Majalah tersebut berjudul "Mihwar" -Rujukan Generasi Pewaris. Saya yakin, Mihwar kini sudah sangat sukar untuk ditemui di pasaran dan saya tidak pasti dengan perkembangannya yang terkini.

Hati saya memang terpikat dengan kandungan Mihwar. Tak rasa jemu nak membelek setiap halamannya.

Pada kali ini, saya berasa amat berharga untuk berkongsi permata yang saya temui dalam majalah tersebut. Namun begitu, saya sekadar memuatkan ringkasannya sahaja. Penulisan yang sepenuhnya adalah berjudul 30 Nasihat Buat Para Pendakwah. Moga-moga ilmu ini bakal menjadi sesuatu yang berguna dan berkat untuk kita amalkan secara bersama, lebih-lebih lagi apabila membawa amanah selaku pendakwah.


Ringkasan 30 Nasihat Buat Para Pendakwah


1. Ikhlas.

2. Menentukan tujuan dakwah yang jelas.

3. Bersikap sebagai seorang mujahid.

4. Menuntut ilmu.

5. Tidak terlalu idealis.

6. Tidak berputus asa terhadap rahmat Allah.

7. Seimbang antara khauf (perasaan takut akan Allah) dan raja' (pengharapan kepada Allah).

8. Tidak mengkritik peribadi tertentu dengan menyebut identiti mereka.

9. Tidak merasa bersih di hadapan orang.

10. Tidak menambahi ucapan melebihi kitabullah.

11. Tidak berpaling walau perosak dan kerosakan bermaharajalela.

12. Tidak menjadikan hadits maudhu' sebagai dalil.

13. Tidak memperkecil organisasi atau kelompok tertentu.

14. Menentukan sesuatu masalah sesuai dengan kadarnya.

15. Berlemah lembut dan kasih sayang ketika memberi nasihat.

16. Bergaul dengan baik sesama manusia dan menghormati mereka.

17. Isytiharkan bahawa dakwah adalah untuk kemaslahatan.

18. Peka dan prihatin terhadap isu-isu semasa.

19. Berkomunikasi dengan orang lain sesuai tahap pemikirannya.

20. Tidak memperlihat aib orang lain untuk mengangkat diri sendiri.

21. Memelihara peribadi sebagai Qudwah.

22. Menjalinkan hubungan dengan orang lain.

23. Memiliki Wala' dan Bara' yang nisbi.

24. Memiliki sikap bermasyarakat.

25. Memelihara tadarruj dalam berdakwah.

26. Meletakkan manusia sesuai dengan kedudukannya.

27. Muhasabah dan memohon dengan rendah diri kepada Allah.

28. Memiliki kelebihan dalam amal ibadah.

29. Sedikit cita-cita terhadap dunia dan persiapkan menghadapi kematian.

30. Penampilan yang baik.



Ya ALLAH, kukuhkanlah ikatan pergantungan kami kepada-Mu. Keredhaan-Mu matlamat buruan kami. Tetapkan kami ikhlas dalam mentaati-Mu.Selamat dan sejahterakanlah perjalanan kami menuju-Mu. Matikanlah kami dalam menyebut kalimah tauhid.
berpandukan quran wa sunnah

-diambil pada 23 mei 2010 ketika terlantar sakit di rumah.

Wednesday, May 5, 2010

Selamat Datang Adik-Adik dan Selamat Kembali Warga PEPIAS


Assalamualaikum...


Terlebih dahulu, kami dari pihak Jawatankuasa PEPIAS BANGI mengucapkan Selamat Datang kepada adik-adik PEPIAS yang sudi masuk ke Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor yang menjadi pusat utama gerakan Pepias cawangan Bangi. Adik-adik dari PMG dan KKPI begitu teruja memasuki alam universiti ini. Semoga keaktifan anda selama ini dapat diteruskan di cawangan Bangi. Kami sentiasa terbuka untuk membantu anda semua.

Mungkin selepas ini anda pula sebagai pewaris gerakan PEPIAS di Bangi khususnya dan KUIS secara amnya. Jangan lah menutupi peluang anda ketika berada disini. Lebarkan lah sayap perjuangan kita bersama. Selepas ini sudi2 lah datang ke usrah Pepias dan meramaikan keluarga besar Pepias di KUIS ini.


Kami dari Jawatankuasa Pepias Cawangan Bangi juga mengucapkan Selamat Datang kepada ahli keluarga Pepias lama yang telah kembali daripada bercuti di rumah masing-masing sepanjang 2 bulan ini. Ahlan wasahlan dan Selamat Kembali. Semoga semua sihat dan berada dalam keadaan yang baik selepas pulang ini..

Ingatlah sahabat-sahabat sekalian, kita masih perlu meneruskan gerak kerja kita yang telah kita sama-sama canangkan sebelum ini. Semoga sahabat sekalian, masih mampu melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah dan amanah sebgai hamba Allah.

Jangan lupa untuk mendaftarkan diri dalam register course dan Qaryah sekembalinya ke KUIS. Ha..dah dapat result jangan lah lupa untuk berkongsi dengan ahli keluarga dan sahabat-sahabat. Harap-harap semua dapat keputusan yang terbaik buat diri. Bagi yang rasa tidak berpuas hati dengan keputusan masing-masing, janganlah rasa putus semangat kerana sebenarnya ada hikmah disebaliknya. Maka tugas kita lah untuk menganalisis dan mengkaji diri kita semula dengan apa yang kita lakukan selama ini.

Baiklah, disini ingin diingatkan kepada semua ahli PEPIAS, insyaAllah Usrah Pepias cawangan Bangi Sesi 1 2010/2011 akan diadakan pada 10 Mei 2010 di bt1114. Diharapkan anda semua dapat menghadirkan diri untuk kita sama-sama memeriahkan majlis ilmu ini. Silalah maklumkan kepada semua ahli pepias yang lain. Buat adik-adik yang baru masuk, anda juga dijemput untuk hadirkan diri dalam Usrah ini.


Kami sekali lagi memohon kerjasama dari semua ahli PEPIAS Bangi untuk kta mengerakkan kerja kita ini secara bersama. Akhir sekali, kami sekali lagi mengucapkan Selamat Datang dan Kembali kepada semua warga Pepias cawangan Bangi terutama sekali buat adik-adik yang baru masuk KUIS.

Sekian, terima kasih.

I LOVE PEPIAS

Monday, May 3, 2010

Khas untuk warga PEPIAS BANGI!!!

Salam buat semua warga PEPIAS BANGI

Pengumuman!!!

Anda semua boleh lah untuk layari portal pelajar KUIS untuk menyemak keputusan peperiksaan anda. http://onlineapp.kuis.edu.my:8080/studentportal/default.jsp

Tahniah buat semua yang berjaya mendapat keputusan cemerlang. Bagi yang kurang memuaskan cuba lagi di semester akan datang. Anda pasti boleh.

Ingat!!! Jangan salahkan berpersatuan jika result tidak memuaskan. Itu bukan sebab berpersatuan tapi sebab diri sendiri. Ramai yang cemerlang juga bila berpersatuan terutama sertai PEPIAS.

Teruskan bersama PEPIAS
cara ni berkesan utk :

-check result walaupon sebelum hari mendaftar
-check result walaupon u all x abis bayar yuran lagi hahaha..

ok, ikut step ni..

1). bukak portal. (klu nk senang, klik je kat pautan belah kanan blog aku ni.) open new tabs.


2). lepas letak pasword dll, perhatikan url kat atas tu..

3). tukar hujung url asal menjadi (jsp?menu=9)

cth :
before - http://onlineapp.kuis.edu.my:8678/studentportal/index.html

(klik gmbr utk besarkan)

after - http://onlineapp.kuis.edu.my:8678/studentportal/index.jsp?menu=9

(klik gmbar utk besarkan)

kemudian tengok result anda. klu masih 0.00, korang klik "print" kat bawah tu.



ha.. sekarang anda boleh melihat nilai GPA/CGPA anda..


ok, selamat mencuba yer..

PEPIAS VS PKPIM

Welcome to KUIS

Salam Semua...




Setelah hampir 2 bulan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) sunyi dengan pekikan penghuninya, namun hari ini KUIS akan membuka pagarnya seluas-luasnya untuk bakal graduannya yang baru.

Selamat Datang kamu ucapkan kepada semua warga KUIS yang baru. Kami sebagai wakil pelajar KUIS mengalu-alukan kehadiran anda semua sebagai ahli keluarga KUIS yang baru. Dijangka serama 2000 pelajar akan mendaftar sebagai pelajar baru.
Bulatkan tekad yang baru..Mulakan dengan langkah kanan anda dengan iltizam yang baru. Jadikan KUIS ini medan untuk anda berjaya. Nyalakan harapan buat diri dan keluarga anda. Buangkan amalan-amalan yang tidak baik diluar. Jagalah kesucian tempat menuntut ilmu ini.

Untuk makluman anda, wujudnya Persatuan Pelajar Islam Selangor (PEPIAS) ini di KUIS yang akan perlu anda cari untuk sertainya setelah masuk ke KUIS. Bila belajar kita ini perlu juga berbakti kepada ummah. Jadi, gunakanlah PEPIAS ini sebagai wadah untuk anda beramal dan berbakti serta berubah. PEPIAS Cawangan Bangi yang telah lame bertapak di KUIS turut mengucapkan selamat datang ke KUIS. Inilah sebenarnya peluang untuk anda.

Buat adik-adik yang pernah sertai program-program PEPIAS seperti LAKEP,KKPI,PMG dan program-program sekolah, jangan lupa untuk sertai PEPIAS.
Selamat menjalani minggu orientasi. Dapatlah pengalaman menarik sepanjang Jejak Kampus dijalankan. Jangan nakal-nakal ea sebelum kene tembak. Hehe.


Ada apa-apa masalah, hubungi Sdr Afiq 019-4496172 selaku pengerusi PEPIAS Bangi.


Sekian, Enjoy yourself. Terima kasih.

Friday, April 30, 2010

Program Sekolah Cawangan Bangi

Pada 23 April 2010 seramai 15 orang ahli PEPIAS yang diketuai oleh saudara Muzakkir Mohd Noor telah turun padang mengendalikan program kepimpinan Pengawas PRS di Sekolah Menengah Abdul Jalil. Program berlangsung selama 1 hari bermula jam 10.30 pagi dan disertai seramai 65 orang pengawas PRS dan juga perantis PRS (bakal PRS) yang terdiri daripada pelajar yang berusia 14 hingga 17 tahun. Objektif program ini diadakan adalah utuk melahirkan PRS yang berkaliber serta menunjukkan kepada adik-adik ini tentang peranan PRS di sekolah. Program ini merupakan program anjuran bersama pihak sekolah dengan kerjasama PEPIAS Cawangan Bangi. PEPIAS BANGI turut bekerjasama dengan PEPIAS Cawangan lain untuk menjayakan program ini. Berikut adalah sorotan yang berlaku di sepanjang program sehari bersama adik-adik SMK Abdul Jalil :


Sesi ta'aruf penerangan modul oleh saudara Muzakkir kepada fasilitator



Sesi LDK 1 (ta'aruf, mind setting dan potensi diri)



Perbincangan LDK 2 : Roleplay

Melakonkan watak masing-masing dalam sesi Roleplay tentang gejala negatif di sekolah


Fasilitator melakonkan situasi vendalisme di kalangan pelajar


Fasilitator menunjukkan cara-cara yang sepatutnya seorang PRS
berunding di kalangan kawan-kawan yang menghadapi masalah


Bergambar kenangan bersama adik-adik


Program ini berakhir jam 6 petang. Semoga dengan kehadiran kami ini, dapat membantu adik-adik PRS dalam menjalankan tugas kalian di sekolah. Mainkan peranan anda sebagai seorang hamba, daie dan khalifah di atas muka bumi ini.

Barisan fasilitator yang turut membantu : Mustafa, Rahman, Helmi, Anas, Afiq, Muzakkir, Saufi, Ramizi, Rozaidi, Hafizah, Afiqah, Ayu, Munirah dan Hanis.


*Terima kasih kepada Hanis yang sudah siapkan post blog ini di blog rasmi PEPIAS PUSAT. Kami just copy n edit je..hehe...

Kwn2 meh dengar cerita.....

Pada suatu hari seorang raja telah digulingkan oleh satu konspirasi dalam kalangn pembesar2 dan menteri.. Raja itu kemudiannya diracun sewaktu ditahan didalam istana. Anak raja yang masih remaja tersebut tidak dibunuh..dikhuatiri rakyat akan bangun memberontak.

Para pembesar dan menteri berpakat untuk merosakkan keperibadian anak raja tersebut agar tidak bercita-cita mengantikan bapa nya. Anak raja itupun diasingkan di kawasan pendalaman, konon nya dgn alasan anak raja itu perlu dilatih untuk menjadi raja pada masa akan datang. Para pmbesar dan menteri berbincang bagaimana untuk merosakkan peribadi anak raja tersebut.. "kita berikan dia makanan yang banyak dan lazat2 supaya anak tersebut akan gemok dan ditimpa berbagai2 penyakit. jika sudah ada obesiti, kencing manis, darah tinggi mana larat dia nak berfikir tntang rakyat. Usahkan jadi raja, tah2 muda2 pon dah mati," cadang seorang pembesar.

Seorang menteri lain memberi cadangan: " kta biarka dia tenggelam dalam hiburan dan keseronokan. kita bekalkan arak, muzik, perempuan supaya dia hanyut dalam dunia tersebut. justeru, pasti dia x berminat nak menjadi raja bahkan rakyat tak boleh mnyalahkan kitajika dia sendiri x berminat nak jd raja..."

Program menghancurkan kredibiliti anak raja itupun dilaksanakan. satu badan khas dilantik untuk membekalkan keprluan yg tlah dirancang kpd anak raja yang msih remaja itu dan pemantauan juga dilakukan.

setelah beberapa tahun para mnteri tersebut teringin untuk melihat perkembangn yg berlku kpd anak raja tersebut...Namun alangkah terkejutnya apabila mndapati anak raja tersebut membesar sebagai seorang yang sihat, kacak, matang dan berwibawa. tidak ada tanda2 yg dia mengidap sebarang penyakit dan hilang semangat.

"Kamu tidak makan makanan yg lazat kami berikan??? "Saya makan. Tetapi sekadarnya," jawab anak raja. "Kamu x minum arak?" tidak sesekali... "kamu tidak tengiur dgn wanita penghibur yg cantik2 disini?" saya menahan diri... "Kamu x suka muzik??" hanya muzik yg membina jiwa dan kesegaran rasa... Para menteri menggelengkan kepala. "kenapa kamu mnolak semua itu??" semua itu akan merosak diri saya, jwb anak raja... "mengapa kamu terlalu berhati-hatidan menjaga diri??" kerana saya sedar saya bakal menjadi raja !!! Seorang raja mestilah sihat, kuat dan dapat kenal yg mana baik ,buruk dan baik untuk menjaga kebajikan rakya jelata.. SAYA DILAHIRKAN UTK MENJADI SEORANG RAJA!!!!....

Monday, April 5, 2010

Kenapa kita perlu jadi fasilitator?

Apabila kita fikirkan bersama, keprihatinan masyarakat pada hari ini
adalah amat kurang. Peningkatan gejala sosial semakin meningkat dan
amat meruncing. Pelbagai cerita dan khabar yang telah kita dengari dan
khuatiri. Apa peranan kita? Adakah kita hanya ingin mendengar dan
melihat tetapi tidak mahu turut sama membantu? Masyarakat hari ini
sudah hilang rasa peduli mereka kepada msayarakat. Mereka tidak
berminat untuk mengambil tahu tentang masalah orang lain dan hanya
menumpukan perhatian kepada kehidupan secara individu. Akhirnya ia
melahirkan masyarakat yang individualistik dan materialistik.

Apa itu fasilitator?
Fasilitator datangnya dari perkataan Bahasa Inggeris 'facilitator' . Ia
adalah kata terbitan dari kata dasarnya 'facilitate' . Secara bahasanya
ia membawa maksud kemudahan, bantuan atau membantu. Ia juga dikenali
sebagai pemudahcara, pembimbing dan banyak lagi istilah yang
digunakan. Fasilitator adalah contoh, pencetus, motivator, provokator
dan pelbagai peranan lagi. Ini menjadikan seorang fasilitator itu,
perlu mempunyai ilmu pengetahuan yang amat luas dalam pelbagai bidang
khususnya kemahiran hidup. Fasilitator akan dipertanggungjawabk an
kepada 3 perkara iaitu LDK, objektif dan simulasi.

Persoalannya, siapa dan mengapa perlu menjadi fasilitator? Tentunya
fasilitator mempunyai peranan besar dalam menjalankan tanggungjawab ini.

Siapa yang perlu menjadi fasilitator?
Firman Allah dalam Al-Quran surah Ali-Imran ayat 110 bermaksud: "Kamu
adalah umat yang terbaik yang lahir dari kalangan insan. Mengajak
kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran dan beriman kepada Allah".
Tidak disebutkan disini sebarang bangsa atau masyarakat yang akan
memikul amanah ini. Mereka yang menjalankan 3 tanggungjawab tersebut
adalah yang terbaik di sisi Allah. Adakah kita tidak mahu jadi
sebahagian darinya?

Mengapa saya perlu menjadi fasilitator?
Ada beberapa sebab utama mengapa kita perlu menjadi fasilitator yang
benar-benar menjadi kesan baik kepada orang lain iaitu;

Tanggungjawab dan amanah Khalifah
Tanggungjawab khalifah ini ialah memastikan keamanan dan ketenteraman
wujud di atas muka bumi ini. Sebagai khalifah, kita wajib memberikan
terbaik agar kehidupan di dunia ini adalah bekalan untuk ke akhirat.
Tanggungjawab khalifah ada 2 yang utama iaitu Hablum MinAllah
(hubungan dengan Allah) dan Hablum Minannaas (hubungan dengan
manusia). Berhubung dengan Allah merupakan sifat kehambaan yang
tertanam di dalam sanubari kita sebagaimana firman Allah, "Tidak Aku
ciptakan manusia dan jin melainkan untuk menyembah Aku".

Berhubung dengan manusia pula, inilah amanah khalifah yang diberikan.
Pertama ialah kerana kita telah diwajibkan menjadi Da'ie. Da'ie
berasal dari perkataan arab yang membawa maksud menyeru. Firman Allah
dalam Al-Quran dalam surah Al-Nahl yang bermaksud; "Serulah semua
manusia kepada jalan Tuhanmu dengan hikmat dan pelajaran yang baik dan
bantahlah mereka dengan cara yang baik".

Kedua ialah kerana kita perlu menjadi mahasiswa yang punya idealisme.
Mempunyai idealisme bermaksud memahami keperluan setempat, berusaha
memenuhi disamping mempunyai visi dan misi yang jelas terhadap hidup
diri serta masyarakat kita. Kita perlu tahu kenapa kita menjadi
mahasiswa dan kita perlu tahu mengapa kita terlalu penting untuk
masyarakat. Mahasiswa yang tidak punya idealisme merupaka mahasiswa
yang mati rasa kepeduliannya terhadap masyarakat mereka.

Ketiga ialah kerana kita pelu mengukuhkan keseimbangan daya
intelektual dan emosi berdasarkan kepada keadaan semasa. Hari ini
lahir terlalu ramai cerdik pandai tetapi mereka tidak berupaya untuk
melatih serta menyeimbangkan emosi mereka dengan keadaan semasa.
Kesannya, kerajaan telah berjaya melahirkan ramai teknokrat dari
bidang yang pelbagai. Mereka adalah individu mahir dengan pekerjaan
masing-masing, sejak diperingkat IPT telah disogokkan dalam pemikiran,
belajar untuk mencari pekerjaan. Dek kerana sibuk dengan tugasan
sehinggakan mereka hidup secara bersendirian atau individualistik.

Keempat ialah kerana kita memerlukan kekuatan rohani bagi mendepani
isu-isu pelbagai yang berkaitan dengan pegangan dan kepercayaan. Kita
harus ingat bahawa kehidupan kita dianugerahkan oleh Allah s.w.t. Kita
memerlukan agama dan agama tidak memerlukan kita. Kekuatan rohani
inilah keupayaan yang mampu menghalang kita dari melakukan
perkara-perkara terlarang dan berdosa.

Kelima pula ialah kerana kita memerlukan daya kerja aktivis yang
benar-benar ikhlas untuk berbakti kepada agama bangsa dan negara.
Aktivis sebegini tidak ramai kerana ia kerja yang memenatkan dan tidak
mendapat upah yang lumayan. Ingatlah kita kepada hadis Nabi yang
bermaksud; "Apabila mati seorang anak Adam, akan terputuslah dunia
daripadanya kecuali 3 iaitu doa anak yang soleh, sedekah amal jariah
dan ilmu yang bermanfaat".

Ingatkanlah, kita akan meninggalkan zuriat dan generasi baru akan
datang. Jika mereka tidak disediakan maka, siapa pula akan menyediakan
mereka? Kalau bukan sekarang bila lagi, kalau bukan kita siapa lagi.
Jadilah generasi yang terbaik, sentiasa mengajak kepada kebaikan dan
cegahlah kemungkaran. Moga-moga, keimanan kita bertambah dan
percayalah bahawa Allah pasti bersama orang-orang yang benar.

sj je nk kongsi ilmu ngn korang2
bace erk beb
ilmu nie...

Diumumkan....

Pimpinan PEPIAS BANGI 2010

PengerusiPerhubungan
Muhammad Afiq b Ramlee

Timb. Pengerusi 1
Asraf b Ahmad

Timb. Pengerusi 2
Aida Muslihah bt Jaimi

Setiausaha
Mohd Razif b Saharuddin

Pen. Setiausaha
NorFarhana bt Abd Wahid

Bendahari
Mohd Helmy b Murad

Pen. Bendahari
Nur Hanan bt Sapuwan

Ketua Helwani
Siti Asmah bt Rojan

Timb Ketua Helwani
Nur Hanani bt Hj Leman


Di harapkan pimpinan yang baru ini dapat menjadikan PEPIAS Bangi adalah salah satu cawangan yang cemerlang dan mempunyai ahli-ahli yang aktif dan istiqamah dalam perjuangan dakwah... Semoga kalian semua dapat menjalankan kerja dengan sebaik yang mungkin dan buatlah kerja lebih baik dari pimpinan lama.. Perbaikilah dan jadikanlah segala kesilapan dan kesalahan pimpinan lama sebagai pengajaran anda semua... Lakukan yang terbaik untuk PEPIAS Bangi.. PERJUANGKAN ISLAM SEHINGGA KE AKHIR HAYAT ANDA SEMUA YER!!!