APA ITU PEPIAS???

PEPIAS merupakan akronim daripada nama Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan mana sebelum ini dikenali sebagai Persatuan Kebajikan Dan Pendidikan Islam Selangor Darul Ehsan.
PEPIAS telah bertapak sebagai penubuhan yang sah pada tanggal 1 OKTOBER 1992 setelah mula bergerak sejak 1971.


PEPIAS berasaskan DUA GAGASAN iaitu KEBAJIKAN dan PENDIDIKAN ISLAM. PEPIAS lebih menumpukan kepada sasaran sekolah rendah dan sekolah menengah. "meluntur buluh biar dari rebungnya".

PEPIAS telah mempunyai 7 cawangan berdaftar yang mana salah satunya ialah PEPIAS Cawangan Bangi yang bertapak di KUIS, Bangi.

Saturday, February 7, 2009

Betulkah Ada Makhluk Pelik?

Salam hormat buat semua warga Pepias...Semoga bersemangat di hari mendatang.
Hari Sabtu di Kampung Changkat sementara menunggu Post Mortem Pebis. Hari juga diadakan Majlis Gotong Rayong dan BBQ PEPIAS.
Tertariklah apabila membaca Makhluk Pelik dari Planet Zargus hasil nukilan Abg Zul. Tertanya betulkah wujud makhluk pelik dalam keluarga Pepias ini seperti mana yang dinyatakan oleh Saudara Presiden?
Seringkali kita mendengar manusia ternampak atau terpandang objek seakan UFO di ruang angkasa. Sekiranya benar, mungkin makhluk itu telah menyamar menjadi ahli PEPIAS. Wah sungguh hebat karisma PEPIAS ini.

Jangan salah sangka pula realitinya sebegini. Ini adalah sangkaan karut daripada salah seorang makhluk pelik dalam PEPIAS ini.

1. Memang benar, kewujudan makhluk pelik ini ada dalam PEPIAS tapi ia bukannya hadir dari mana-mana planet. Hadirnya makhluk pelik ini tidak membawa masalah besar pun pada gerakan dakwah PEPIAS ini. Kewujudan makhluk-makhluk ini sebenarnya menyerikan lagi siratuldakwah kita ini. Mereka datang dari kalangan masyarakat yang sedar mengenai peranan masing-masing dan cuba membawa peranan mereka kepada keluarga-keluarga mereka di luar sana.

2. Cuba bayangkan di sebuah tempat itu, arkitek telah melakar bangunan-bangunan yang sama bentuk,jenis dan rekaan. Pasti ia nampak tidak menarik. Disebabkan itu, wujudlah bangunan pelik-pelik yang telah menjadi keajaiban dunia. Itulah yang kita mahukan. Walaupun sepelik mana pun keluarga kita, tapi bukan itu yang kita pandang namun kita mahu lihat keajaiban Islam itu menyinar semula.

3. Sekiranya cawangan X perangai nya sebegini manakala cawangan Y sebegitu, namun bila disatukan ia akan menjadi lebih pelik. Pelik kenapa? Ini kerana mereka bersatu hati ingin membawa diri dan keluarga masyarakat di luar sana bersama-sama dalam nilai hidup yang berlandaskan syariat Islamiah. Tidakkah ia lagi pelik? Sedangkan perangai mereka yang suka menggigit, menampar, menyerang dan sebagainya juga seperti manusia biasa. Sesungguhnya mereka sebegini kerana timbul kesedaran dan kefahaman dalam diri masing-masing dan cuba sampaikan kepada masyarakat luar sana. Inilah tugas daie,khalifah dan hamba! Walaupun terdapat sentimental pelik dalam diri mereka.

4. Sebenarnya agak kelakarlah ahli PEPIAS ini digelar pelik tapi inilah realiti sebenar. Kita ini bukan hidup dalam dunia khayalan. Kita juga manusia biasa. Teruskan lah wahai makhluk-makhluk pelik sekalian dengan perangai anda semua itu, tapi jangan pula berhenti di perjuangan ini. Masih ramai lagi makhluk-makhluk yang lebih pelik daripada kita yang memerlukan kita dan kita juga memerlukan mereka.

5. Terima kasih bapak presiden kerana mengetahui kewujudan makhluk pelik ini walaupun ia telah wujud PEPIAS sejak sekian lama lagi. Namun inilah dikatakan ukhwah yang mempunyai nilai kasih sayang dan hormat-menghormati. Apabila satu masa hubungan kasih sayang ini capai satu tahap yang amat utuh pastinya mimpi kita yang mahu lihat Islam gemilan tidak sekadar khayalan semata-mata tapi akan berubah menjadi realiti. Janganlah kerana statement makhluk pelik ini akan menyebabkan anda terasa tapi anggaplah ia sebagai personaliti sebenar kita yang ada keunikan tersendiri bagi menceriakan hidup kita ini. Apa saya takut, nanti ada la golongan yang akan membaling kerusi kat saudara Presiden atas kenyataanya itu. Ini lagi saya takut. Tapi perkara ini pasti dan yakin tidak akan berlaku. Ini adalah hanya lawak senario semata-mata. Makhluk pelik ini ada makna tersiratnya. Siapa tidak paham, maknanya dah hampir lah tu... hehe. Siapkanlah diri bagi menunggunya datang.

6. Cukuplah setakat ini bagi memberi reaksi bagi kenyataan saudara Presiden yang disayangi ramai ini. Kenyataan abg Zul kali ini membuatkan saya pula yang terangkat-terangkat kerusi apabila membacanya di Kg. Changkat. Suka saya ingatkan janganlah ubah kepelikan pada anda semua wahai makhluk-makhluk pelik. Teruskanlah ia. Buat yang terbaca artikel ini, janganlah takut dengan kami. Kami adalah manusia ciptaan Allah yang tinggal di Planet Bumi bukan planet Zargus. Risau pula ada sentimen pelik akan muncul. Kalau manusia pelik muncul tidak mengapa lagi. Ok. Jumpa lagi. Berkasih-sayanglah kerana Allah. Berdakwahlah di atas Siratulmustaqim.
Renung-renungkanlah dan selamat bermuhasabah diri. ^_^


Pelik Tapi Benar...Yang Pelik Jadi Sempadan, Yang Benar Jadi Ikutan

No comments: