APA ITU PEPIAS???

PEPIAS merupakan akronim daripada nama Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan mana sebelum ini dikenali sebagai Persatuan Kebajikan Dan Pendidikan Islam Selangor Darul Ehsan.
PEPIAS telah bertapak sebagai penubuhan yang sah pada tanggal 1 OKTOBER 1992 setelah mula bergerak sejak 1971.


PEPIAS berasaskan DUA GAGASAN iaitu KEBAJIKAN dan PENDIDIKAN ISLAM. PEPIAS lebih menumpukan kepada sasaran sekolah rendah dan sekolah menengah. "meluntur buluh biar dari rebungnya".

PEPIAS telah mempunyai 7 cawangan berdaftar yang mana salah satunya ialah PEPIAS Cawangan Bangi yang bertapak di KUIS, Bangi.

Thursday, November 5, 2009

KetidakberSAMAan punca MASALAH

Salam semua.
Rase sepi apabila PEPIAS BANGI tidak update blog nye..
Pasti ramai yang ternanti...
tidak mengapa...biarlah semua merindui dengan PEPIAS BANGI...
dengan itu mungkin akan lebh kuat lagi ikatan ukhwah kita bersama...

Baiklah, sepanjang beberapa minggu ini, banyak isu yang telah timbul, sehinggakan kita sendiri leka dan alpa dengan apa yang berlaku. Tuduhan melulu dan cepat melatah semakin melekat di kalangan ahli kita. Nilai-nilai murni semakin jauh di dalah hati. Kebersamaan dalam program hanya dalam pergerakan tapi bukan dengan kesatuan hati. Semua ini seakan berlaku hanya sebagai lakonan sahaja. Terdapat pengarah dan pelakon-pelakonnya.

Kebersamaan kita di jalan ini adalah kerana wujudnya kasih sayang dan cinta Allah dalam hati-hati kita. Mahal dan istimewanya kebersamaan kita pernah dituturkan oleh Saidina Umar Al-Khattab r.a dalam kata-katanya: “Tidak ada nikmat Allah yang lebih baik bagi seseorang setelah ia masuk Islam melainkan nikmat memiliki saudara yang soleh.” Sahabat Rasulullah yang terkenal ketegasannya dalam membela kebenaran itu kemudian menyambung, “Jika di antara kalian ada yang merasa senang dengan saudaranya yang lain, hendaklah ia pegang saudaranya itu dengan kuat.” Kerana itu saudaraku, janganlah kita berjauhan daripada orang-orang soleh dan kuatkanlah tekad untuk tetap teguh bersama-sama di jalan ini.

Namun, perkara ini seakan hanya sebagai bahan bacaan bukannya amalan. Tuntutan kebersamaan hati sudah diendahkan oleh semua pihak. Pimpinan dengan ahli seakan semakin jauh. Haluan yang dibawa oleh setiap pimpinan juga berlainan sehingga mengucar-kacirkan ahlinya. Ia berlaku di semua peringkat bukan hanya dalam gerakan dakwah kita tapi kebanyakan organisasi persatuan turut mengalami masalah yang sama. Si ahli menyalahkan pimpinan dan si pimpinan menuntut lebih-lebih pada si ahlinya.

Renungkan kembali wahai sahabat-sahabat sekalian, apa pengorbanan kita selama ini pada gerakan dakwah kita. Kita kerap menuduh dan melatah apa yang berlaku. Cuba cermin diri kita sendiri. Budaya apa yang telah kita bawa dalam gerakan kita. Sungguh menyedihkan ia berlaku dikalangan kita walaupun sudah ditarbiah dengan macama-macam program yang disertai dan dianjurkan. Mungkin si ahli nya tidak nampak ape yang pimpinan telah buat sehinggakan mengharap sesuatu yang mustahil. Si ahli tidak reti untuk appreciate ape yang telah dilaksanakan oleh pimpinan kita. Sepatutnya tidak berlaku perkara ini.

Perbezaan pandangan adalah perkara biasa yang berlaku dalam mana-mana isu yang berlaku dan ada juga sehinggakan melahirkan pelbagai aliran pemikiran dan kumpulan biarpun dalam satu syahadah dan agama. Dalam sejarah umat Islam sudah banyak aliran fahaman yang diwujudkan sebagai mana bermula daripada mazhab sehinggalah kepada puak-puak yang berorientasikan fahaman politik. Namun, kita hendak ke lihat timbulnye puak-puak dalam gerakan kita. Apa yang kami nampak, gerakan kita seakan ke arah tu. Ada puak mengajak dan ada puak menghasut. Sungguh memalukan sekiranya ia menjadi realiti. Kita orang diberi akal mungkin boleh berfikir jalan yang terbaik untuk membincangkan isu yang timbul. Bukannya cakap-cakap belakang sehinggakan menimbulkan syak yang negatif kepada gerakan.

Syak itu sangat negatif pada kita semua. Dengan syak itu lah telah mebuatkan kita terikut 'nasihat' syaitan supaya menjatuhkan seseorang. Nilai persaudaraan dilupakan dan telah semakin jauh di lubuk hati masing-masing. Sekiranya setiap diri kita mempunyai prasangka syak yang buruk maka timbullah pelbagai cerita yang boleh menjatuhkan maruah seseorang.

Ada kalangan kita yang mengajak sesama kita untuk pergi program lain tapi terlupa hendak mengingatkan mereka tentang nilai-nilai dalam gerakan kita. Nilai Sosial entah ke mane-mane. Keutamaan kepada program gerakan telah diabaikan. Lebih mementingkan program konsultan sehinggakan lupa jemaah sendiri. Ada yang menghasut supaya tidak ikut program-program gerakan. Budaya ini semakin merebak dan perlu diatasi dengan segera. Ahli-ahli seperti inilah perlu ditapis dan diingatkan.

Mana-mana pimpinan yang wujud di dunia ini perlulah tahu nilai dan fungsi masing-masing. Misalnya dalam gerakan kita. tarikan ahli di bawah amat penting supaya dapat bersama-sama dengan pimpinan untuk menggerakkan gerakan dakwah ini. Tapi lain pula jadi nya. Ada pimpinan yang ingin menuju ke Kelantan, ade pimpinan yang menuju ke Johor dan ade juga hendak ke Thailand. Manakala si ahlinya pula terpecah ke bebrapa bahagian. Inilah juga punca kebersamaan dalam misi dan visi tidak tercapai. Tidak kira lah pimpinan bahagian atau atasan. Bukan hendak menjatuhkan seseorang tapi inilah yang perlu kta perbaiki sekarang. Terdapat pimpinan yang mahu menguatkan ahlinya dengan mengumpul seberapa ramai yang ade, ade juga pimpinan yang 'touch n Go, dan ada juga yang seperti meyuruh ahlinya lakukan gerakan ini seperti hotel yang boleh check in dan check out.

Oleh itu, ingatlah wahai semua sahabat, realiti pimpinan dan ahli sekarang amatlah berlainan dari dulu. Kami harap semua tidak cepat melatah dengan keluaran kali ini, cuma perkara ini juga terkena batang hidung kami. Kami sedar dengan apa yang berlaku. Kita perlu mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan ini agar tidak mudaratkan semua. Sistem tamrin perlu dipertingkatkan. Tarbiah hati perlu diperkuatkan. Mungkin kita perlu lakukan beberapa penapisan terhadap ahli dan pimpinan yang ada. Penapisan itu perlu lah diperkuatkan agar si ahli tidak jadi seperti paku pakis dan si pemimpin jadi seperti pengarah filem sahaja. Fungsi masing-masing perlu lah diperjelaskan. Skearang bukannya masa untuk kita salahkan sesiapa tapi kita perbetulkan apa yang berlaku. Masalah dan isu yang timbul kita buat 'post mortem' agar tidak diperbesarkan.

jadi, kita hendaklah same-same selepas ini untuk satukan hatikan kita supaya tetap dengan gerakan. Pimpinan dan ahli tidak wujud jurang yang jauh. Ketidakbersamaan hati lah menjadi punca perkara-perkaa ini berlaku. Tiada lagi perselisihan antara satu sama lain. Jika ada masalah, kita bincang dari hati ke hati. jangan perbesarkan isu yang terjadi. jangan cepat melatah dan menuduh orang. Sentiasa berfikiran rasional. dan kadang-kadang kita perlu cermin diri kita dulu sebelum tembak orang lain. Mulakan lah selepas ini dengan perkara-perkara baik dan murni.

Pertajamkan mata hati kita. Jangan kotori dengan noda-noda dosa yang membuatnya menjadi hitam. Hati orang beriman selalunya memiliki firasat untuk menilai sesuatu. Firasat keimanan namanya. Ia akan membantu kita untuk menemukan kebenaran. Seterusnya, menyendirilah bersama Allah. Jejaklah kaki di lantai masjid dan mengadulah pada Allah. Bermunajatlah kepada Allah bila saja engkau mahu kerana tiada perantara mahupun penghalang antara dirimu dengan Allah. Rasakanlah kebenaran yang disampaikan oleh Muslim Bin Yasar rahimahullah, “Tidak ada kenikmatan yang melebihi kenikmatan dalam bermunajat kepada Allah.”

Marilah kita sujud di hadapanNya, saudaraku. Syukurilah segala kebaikan, kemurahan, kasih dan sayang Allah kepada kita. Berterima kasihlah atas segala kurnia dan kesempatan, nikmat hidup, cinta dan kelembutanNya.

Jangan sia-siakan setiap kesempatan, ruang dan peluang yang kita ada untuk beramal soleh kerana setiap kali fajar pagi merekah, maka hari akan menyeru manusia, “Wahai anak adam, aku adalah hari baru. Amal-amalmu disaksikan pada hari ini. Manfaatkanlah aku kerana aku tidak akan kembali lagi hingga hari kiamat.”


Demikian sahaja dari kami, semoga keluaran ini dapat menyedarkan kita semua. Mungkin ada kekurangan dalam isi penyampaian tapi ambillah yang baik sebagai panduan kita bersama. Tidak kira mana cawangan atau pimpinan , marilah sama-sama kita gabungkan tangan kita, satukan hati kita untuk menuju jalan yang Satu. InsyaAllah

2 comments:

ibn.abdollah said...

alhamdulillah

Anonymous said...

macam kecewe je bunyi... hahaha
biase rr tu dl