APA ITU PEPIAS???

PEPIAS merupakan akronim daripada nama Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan mana sebelum ini dikenali sebagai Persatuan Kebajikan Dan Pendidikan Islam Selangor Darul Ehsan.
PEPIAS telah bertapak sebagai penubuhan yang sah pada tanggal 1 OKTOBER 1992 setelah mula bergerak sejak 1971.


PEPIAS berasaskan DUA GAGASAN iaitu KEBAJIKAN dan PENDIDIKAN ISLAM. PEPIAS lebih menumpukan kepada sasaran sekolah rendah dan sekolah menengah. "meluntur buluh biar dari rebungnya".

PEPIAS telah mempunyai 7 cawangan berdaftar yang mana salah satunya ialah PEPIAS Cawangan Bangi yang bertapak di KUIS, Bangi.

Thursday, June 3, 2010

Cara membantu Gaza..mari kira laksanakan

Kewajipan seorang muslim untuk membantu muslim yang lain merupakan suatu kewajipan syar’ie. Firman Allah s.w.t : “ Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad dengan harta dan jiwanya pada jalan Allah dan orang-orang yang memberikan tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang muhajirin),

mereka itu satu sama lain lindung-melindungi. Dan (terhadap) orang-orang yang beriman, tetapi belum berhijrah, maka tidak ada kewajipan sedikitpun atasmu melindungi mereka, sebelum mereka berhijrah. (Akan tetapi) jika mereka meminta pertolongan kepadamu dalam (urusan pembelaan) agama, maka kamu wajib memberikan pertolongan kecuali terhadap kaum yang telah ada perjanjian antara kamu dengan mereka. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.” (Surah Al-Anfaal : 72)

Firman Allah s.w.t lagi : “ Adapun orang-orang yang kafir, sebahagian meraka menjadi pelindung bagi sebahagian yang lain. Jika kamu (hai para muslimin) tidak melaksanakan apa yang telah diperintahkan oleh Allah itu, nescaya akan terjadi kekacauan di muka bumi dan kerosakan yang besar.” (Surah Al-Anfaal : 73)

Firman Allah s.w.t lagi : “ Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah, dan orang-orang yang member tempat kediaman dan memberi pertolongan (kepada orang-orang muhajirin), mereka itulah orang-orang yang benar-benar beriman. Mereka memperoleh keampunan dan rezeka (nikmat) yang mulia.” (Surah Al-Anfaal : 74)

Di hadapan kewajipan syar’ie ini ramai daripada umat Islam mengikuti apa yang berlaku di Palestin yang sedang hangat. Mereka yang jiwanya dipenuhi dengan kesakitan dan kesedihan terhadap apa yang berlaku di Ghaza akan saling bertanya : “ Apakah yang kami boleh lakukan sedangkan jalan-jalan untuk membantu telah dihalang dihadapan kami, bagaimana kami mahu berjuang di medan jihad dan penentangan bersama dengan saudara-saudara kami? “. Kemungkinan ramai juga dari kalangan muslimin yang mengelak daripada berfikir apa yang boleh mereka lakukan kerana menyangka mereka tidak mampu melakukan apa-apa menyebabkan jiwa-jiwa mereka dipenuhi kekecewaan dan perasaan putus asa.

Diketika ini juga kita mesti menggariskan untuk saudara-saudara kita umat Islam di seluruh dunia sepuluh kewajipan amali bagi membantu saudara-saudara kita di Ghaza :

Pertama :

Menangkanlah Allah s.w.t di dalam jiwa-jiwa kita dengan beriltizam dengan manhaj Allah s.w.t serta mendirikan kewajipan dan syiar-syiar Islam didalam diri, rumah, dan biah yang diduduki (suasana sekeliling). Demikian juga kita perlu berusaha untuk sentiasa berzikir mengingati Allah s.w.t, membaca Al-Quran dan menghadirkan Allah s.w.t dalam setiap urusan.
Firman Allah s.w.t : “ Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu memerangi pasukan (musuh), maka berteguh hatilah dan sebutlah (nama) Allah sebanyak-banyaknya agar kamu beruntung.” (Surah Al-Anfaal : 45).
Juga di dalam firmanNya : “ Dan taatlah kepada Allah dan RasulNya dan janganlah kamu berbantah-bantahan, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.” (Surah Al-Anfaal : 46)



Kedua :

Membaca Qunut dan doa dalam solat terutamanya dalam solat malam (qiamullail), dan sepertiga malam ketikamana Allah s.w.t turun dan memanggil : “ adakah dari kalangan hambaku yang berdoa (meminta) maka aku akan memperkenankannya.”

Ketiga :

Menumbuhkan perasaan ukhuwwah diantara kita dan diantara saudara-saudara kita yang berjuang (mujahidin). Perasaan inilah yang menyebabkan musuh-musuh Islam bersungguh-sungguh untuk melemahkannya dan melemahkan ikatan akidah diantara muslimin serta menukarkannya kepada kesibukan dengan agenda patriotisme (sempadan Negara) agar kita berpaling daripada membantu saudara-saudara kita.
Firman Allah s.w.t : “ Sesungguhnya orang-orang yang beriman adalah bersaudara kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat. “(Surah Al-Hujurat : 10).
Firman Allah s.w.t lagi : “ Sesungguhnya (agama tauhid) ini adalah agama kamu semua, agama yang satu dan Aku adalah Tuhanmu, maka sembahlah Aku.” (Surah Al-Anbia’ : 92).

Bukhari dan Muslim telah meriwayatkan sabda Rasulullah s.a.w : “ perumpamaan seorang muslim dengan muslim yang lain adalah seperti sebuah binaan, ia saling menguatkan.”. Sabda Rasulullah s.a.w lagi yang diriwayatkan oleh Muslim : “Perumpamaan orang-orang mukmin pada kasih sayang, rahmat dan perasaan mereka adalah seperti sebuah jasad, apabila sebuah anggota mengadu kesakitan seluruh jasad akan turut berasa sakit.”. Sabda Rasulullah s.a.w juga : “sesiapa yang tidak mengambil berat urusan umat Islam maka dia bukan dari kalangan mereka.”.


Keempat :

Berjihad dengan harta : Ia merupakan hak muslim yang tidak mampu berperang secara langsung denga jiwanya dan mereka yang tidak memiliki kemampuan untuk pergi ke Ghaza dan Palestin. Jihad yang paling utama dan paling penting untuk mereka adalah jihad mereka di sini, di seluruh negara-negara arab dan negara-negara umat Islam. Ia juga merupakan jihad setiap muslim di seluruh pelosok dunia.

Kelima :

Menyebar dan menyampaikan Isu Palestin di rumah, tempat kerja, dijalanan dan dimana-mana sahaja agar masyarakat sedar dengan apa yang berlaku dan menjadi keutamaan mereka dengan menganggap ia sebagai isu umat Islam.Ia bukan sahaja peperangan diantara HAMAS sekumpulan umat Islam yang berjuang melawan tentera yahudi tetapi ia merupakan peperangan diantara projek Islam yang dipertanggungjawabkan oleh Allah s.w.t kepada kita dan projek penaklukan yahudi untuk menghina umat kita, tunduk menerima yahudi serta meninggalkan jalan kemuliaan dan merdeka.

Keenam :

Menyampaikan kepada generasi anak-anak kita perkara sebenar tentang isu Palestin. Ia merupakan isu penaklukan dan penjajahan yahudi terhadap negara umat Islam. Ia merupakan pencabulan mereka yang zalim terhadap negara dan harta benda. Pembebasan tanah yang diberkati ini merupakan amanah yang berada pada tengkuk setiap umat Islam. Suatu kewajipan syar’ie yang akan dipersoalkan kepada setiap umat Islam.Sampaikan isu ini sehingga terbentuk sebuah generasi baru yang memahami dimensi (sudut) dan hakikat sebenar isu Palestin. Berikanlah dorongan kepada para
pelajar untuk membuat poster-poster dan majalah-majalah yang menerangkan tentang isu ini dan menerangkannya dari prospektif agama dan sejarah.

Ketujuh :

Pemboikotan barang-barang yahudi dan Amerika. Ia merupakan satu contoh yang penting bagi jihad dengan harta yang wajib diambil berat dan tidak meringankannya. Kesannya melampaui – walaupun mengambil masa yang lama –semata-mata kemudaratan kepada ekonomi yahudi yang dikuatkan oleh yayasan-yayasan tersebut, malah ia juga menghidupkan kepercayaan diri di dalam umat Islam untuk membebaskan diri dari adat-adat barat di dalam pemakanan, minuman dan pakaian. Ia juga mendorong hasil-hasil negara dan umat Islam serta memberikan kepuasan.

Imam Hasan Al-Banna berkata di dalam kewajipan yang ke 21 daripada kewajipan al-akh : “Anda hendaklah menggunakan kekayaan umat Islam dengan cara menggalakkan sektor perusahaan dan prasarana ekonomi Islam. Anda hendaklah memastikan tiada satu senpun wang anda yang jatuh ke tangan kuffar dalam apa keadaan sekalipun. Anda hendaklah hanya memakai dan memakan hasil buatan negara Islam.” Sudah maklum bahawa pemboikotan tersebut merupakan kewajipan syar’ie sepertimana yang telah difatwakan oleh ulama’.

Kelapan :

Penyertaan yang positif di dalam operasi dan aktiviti-aktiviti yang membantu menguatkan hak rakyat Palestin dan penentangannya yang berkobar-kobar dalam mempertahankan tanah Palestin dan projek pembebasan (kemerdekaan). Sertailah demonstari, penunjuk perasaan, penulisan di akhbar-akhbar dan majalah, penyebaran buku-buku dan risalah-risalah yang menerangkan isu ini, perbincangan dan pertemuan internet bagi menyokong keteguhan dan perjuangan rakyat Palestin.

Kesembilan :

Letaklah nama-nama pimpinan dan syuhada’ Palestin di jalanan, menamakan kelahiran baru dengan nama-nama mereka serta meletakkan gambar dan wasiat mereka di rumah.

Kesepuluh :

Meninggikan ruh jihad di dalam diri dengan membaca ayat-ayat dan hadith-hadith tentang jihad beserta tafsirnya, mengetahui kelebihan syahid dan syuhada’ (mereka yang mati syahid), menyebarkan kisah-kisah mereka yang telah syahid dan sentiasa mengingatinya.

diambil dan sunting dr:
http://ismamesir.com/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=96%3Asepuluh-kewajipan-setiap-individu-dalam-membantu-ghaza&catid=52%3Atazkirah&Itemid=141




No comments: