APA ITU PEPIAS???

PEPIAS merupakan akronim daripada nama Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan mana sebelum ini dikenali sebagai Persatuan Kebajikan Dan Pendidikan Islam Selangor Darul Ehsan.
PEPIAS telah bertapak sebagai penubuhan yang sah pada tanggal 1 OKTOBER 1992 setelah mula bergerak sejak 1971.


PEPIAS berasaskan DUA GAGASAN iaitu KEBAJIKAN dan PENDIDIKAN ISLAM. PEPIAS lebih menumpukan kepada sasaran sekolah rendah dan sekolah menengah. "meluntur buluh biar dari rebungnya".

PEPIAS telah mempunyai 7 cawangan berdaftar yang mana salah satunya ialah PEPIAS Cawangan Bangi yang bertapak di KUIS, Bangi.

Sunday, November 15, 2009

Usrah PEPIAS BANGI 2 Sesi 2 2009/2010

Assalamualaikum kepada semua keluarga PEPIAS Cawangan Bangi. Dijemput kepada semua ahli PEPIAS untuk hadir ke Usrah PEPIAS BANGI semester baru bagi memeriahkan lagi dan mengimarahkan majlis ilmu ini. Ketetapan seperti berikut :

Tarikh : 16 November 2009 ( ISNIN )

Hari : Isnin

Masa : 8.30 malam

Tempat : BT 1114-KUIS


Semua ahli PEPIAS anda dijemput hadir. Sekiranya ada ahli baru kami mengalu-alukan untuk turut serta sekali. Dijemput juga kepada semua pelajar baru KUIS sesi 2009/2010. Bagi PEPIAS Pusat dan Cawangan lain dijemput juga untuk hadir. Istiqamahlah dalam majlis ilmu. Perbincangan menarik jika niat baik. Datang jangan tak datang. Makin ramai makin meriah.

"Amalan Usrah Merapat Ukhwah Mendekati Allah"

Kehadiran Sesi 1 : 24 orang

p/s=
-siapa yang belum bayar duit yuran, sila bawa sekali pada malam itu dengan bayaran sebanyak rm5 seorang.
- pada malam itu juga akan diedarkan tabung infak PEPIAS

ISFEST 2009

www.isfest09.blogspot.com

Kepada :
SEMUA AHLI PERSATUAN PELAJAR ISLAM SELANGOR DARUL EHSAN (PEPIAS) DAN
HIMPUNAN SENIOR PEPIAS (HISEP)


Saudara/ Saudari,

JEMPUTAN KE MAJLIS PERASMIAAN ISFEST09

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan (PEPIAS) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Selangor dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor akan mengadakan Festival Pelajar Islam Selangor 2009 (ISFEST09). Sehubungan itu, kami dengan segala hormatnya ingin menjemput saudara/ saudari ke Majlis Perasmiaan ISFEST09. Butiran majlis adalah seperti berikut:

Tarikh : 20 November 2009
Masa : 7.45 Malam
Tempat : Pusat Kovensyen Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
Bayaran : Ahli PEPIAS RM 20/ HISEP RM 30
Pakaian : Baju batik

3. Sebarang pertanyaan lanjut boleh terus berhubung dengan urusetia ISFEST09, Saudara Syaifusyafiq b. Shaifuddin di talian 017-9204353/ 013-2557442/ 03-61842943 atau melalui emel isfest09@yahoo. com.

Segala kerjasama daripada pihak saudara/ saudari bagi melancarkan lagi ISFEST09 ini didahului dengan ucapan Jazakallahu khairan kathira. Sekian, Wassalam.

Yang benar,

ZAFRULLAH BIN ARIS
Setiausaha Agung
Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan (PEPIAS)
Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Festival Pelajar Islam Selangor 2009 (ISFEST09)
s.k: Sdr. Presiden PEPIAS
Jawatankuasa Kerja PEPIAS Pusat

*Tertakluk kepada pindaan


ATURCARA MAJLIS PERASMIAAN
FESTIVAL PELAJAR ISLAM SELANGOR 2009 (ISFEST09)
Tarikh: 20 NOVEMBER 2009
Masa : 7.45 malam
Tempat: Pusat Kovensyen Kolej Universiti Islam Antrabangsa Selangor

7.45 malam Ketibaan jemputan
8.15 malam Ketibaan tetamu kehormat
8.30 malam Ketibaan Y. A. D. Dato' Setia Haji Mohamad Adzib B. Mohd Isa
Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor
8.35 malam Nyanyian Lagu
• Asmaul Husna
• Persada
8.40 malam Bacaan doa

Ucapan Aluan
Sdr. Zafrullah B. Aris
Pengerusi Jawatankuasa Induk IsFesT09

Ucaptama “Perjalanan Satu Arah dan Azam: Memperkasa Generasi Muda,
Membina Tamadun Khayra Ummah”
Ybhg. Prof. Dr. Sidek Baba
Pengerusi Jawatankuasa Da’wah Negeri (MAIS)

Ucapan Perasmian Festival Pelajar Islam Selangor 2009
Y. A. D. Dato' Setia Haji Mohamad Adzib B. Mohd Isa
Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor

9.45 malam Majlis Makan Malam
Persembahan

11.30 malam Bersurai

Friday, November 13, 2009

- Wacana Aktivis Muda Islam -


Merupakan penganjuran yang julung kalinya dianjurkan Persatuan Pelajar Islam Selangor pada tahun ini. Membariskan tiga ahli Panel hebat iaitu:

1) Encik Nizal Mohamad
Merupakan bekas pengacara TV3, Rancangan Malaysia Hari Ini. Beliau merupakan seorang yang bergiat aktif dalam aktiviti sosial dan dakwah khususnya dalam lapangan media. Beliau juga merupakan Mantan Presiden PEPIAS yang pertama.

2) Cikgu Azmi Abdul Hamid Beliau merupakan Presiden TERAS Pengupayaan Melayu yang masih lagi bergiat aktif dalam lapangan dakwah. Beliau juga seorang aktivis yang berjiwa rakyat. Mantan pimpinan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

3) Saudara Amidi Bin Abd Manan
Seorang guru muda yang banyak terlibat dengan kegiatan aktivis sejak diperingkat pelajar. Sekarang merupakan Timbalan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

Nantikan Wacana Ilmiah (Wacana Aktivis Muda Islam) yang akan dikupas oleh ketiga-tiga panelis ini pada:

Tarikh: 21 November 2009
Hari: Sabtu
Masa: 8.30 Malam

Tempat: Pusat Konvensyen Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

* Datanglah Beramai-ramai memeriahkan lagi majlis ini

" Gegar Remaja Islam!!"


Penganjuran IsFesT 09 pada kali ini juga mengetengahkan sasaran para remaja yang sedang meningkat matang. Justeru bagi melahirkan lebih ramai tenaga mahir yang mampu menyumbang untuk negara, GEGAR Remaja Islam dianjurkan.



GEGAR bakal menghimpunkan remaja-remaja sekitar selangor bagi memantap dan menerobos potensi yang dimiliki.


Justeru itu GEGAR Remaja Islam ini juga bakal melahirkan insan-insan yang cemerlang dalam akademik dan jatidiri selaras dengan modal insan yang diimpi-impikan.


Dijemput kepada semua remaja berumur 15 tahun ke atas dari sekolah2 sekitar Selangor untuk menyertainya:

Tarikh: 21/11/2009

Hari: Sabtu

Masa: 8 Pagi - 4.30 Petang
Tempat: Pusat konvensyen Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)


*Datanglah Beramai-Ramai!!

Friday, November 6, 2009

Usrah PEPIAS BANGI 1 Sesi 2 2009/2010

Assalamualaikum kepada semua keluarga PEPIAS Cawangan Bangi. Dijemput kepada semua ahli PEPIAS untuk hadir ke Usrah PEPIAS BANGI semester baru bagi memeriahkan lagi dan mengimarahkan majlis ilmu ini. Ketetapan seperti berikut :

Tarikh : 9 November 2009 ( ISNIN )

Hari : Isnin

Masa : 8.30 malam

Tempat : BT 1114


Semua ahli PEPIAS anda dijemput hadir. Sekiranya ada ahli baru kami mengalu-alukan untuk turut serta sekali. Dijemput juga kepada semua pelajar baru KUIS sesi 2009/2010. Bagi PEPIAS Pusat dan Cawangan lain dijemput juga untuk hadir. Istiqamahlah dalam majlis ilmu. Perbincangan menarik jika niat baik. Datang jangan tak datang. Makin ramai makin meriah.

"Amalan Usrah Merapat Ukhwah Mendekati Allah"

p/s=
-siapa yang belum bayar duit yuran, sila bawa sekali pada malam itu dengan bayaran sebanyak rm5 seorang.
- pada malam itu juga akan diedarkan tabung infak PEPIAS

Thursday, November 5, 2009

KetidakberSAMAan punca MASALAH

Salam semua.
Rase sepi apabila PEPIAS BANGI tidak update blog nye..
Pasti ramai yang ternanti...
tidak mengapa...biarlah semua merindui dengan PEPIAS BANGI...
dengan itu mungkin akan lebh kuat lagi ikatan ukhwah kita bersama...

Baiklah, sepanjang beberapa minggu ini, banyak isu yang telah timbul, sehinggakan kita sendiri leka dan alpa dengan apa yang berlaku. Tuduhan melulu dan cepat melatah semakin melekat di kalangan ahli kita. Nilai-nilai murni semakin jauh di dalah hati. Kebersamaan dalam program hanya dalam pergerakan tapi bukan dengan kesatuan hati. Semua ini seakan berlaku hanya sebagai lakonan sahaja. Terdapat pengarah dan pelakon-pelakonnya.

Kebersamaan kita di jalan ini adalah kerana wujudnya kasih sayang dan cinta Allah dalam hati-hati kita. Mahal dan istimewanya kebersamaan kita pernah dituturkan oleh Saidina Umar Al-Khattab r.a dalam kata-katanya: “Tidak ada nikmat Allah yang lebih baik bagi seseorang setelah ia masuk Islam melainkan nikmat memiliki saudara yang soleh.” Sahabat Rasulullah yang terkenal ketegasannya dalam membela kebenaran itu kemudian menyambung, “Jika di antara kalian ada yang merasa senang dengan saudaranya yang lain, hendaklah ia pegang saudaranya itu dengan kuat.” Kerana itu saudaraku, janganlah kita berjauhan daripada orang-orang soleh dan kuatkanlah tekad untuk tetap teguh bersama-sama di jalan ini.

Namun, perkara ini seakan hanya sebagai bahan bacaan bukannya amalan. Tuntutan kebersamaan hati sudah diendahkan oleh semua pihak. Pimpinan dengan ahli seakan semakin jauh. Haluan yang dibawa oleh setiap pimpinan juga berlainan sehingga mengucar-kacirkan ahlinya. Ia berlaku di semua peringkat bukan hanya dalam gerakan dakwah kita tapi kebanyakan organisasi persatuan turut mengalami masalah yang sama. Si ahli menyalahkan pimpinan dan si pimpinan menuntut lebih-lebih pada si ahlinya.

Renungkan kembali wahai sahabat-sahabat sekalian, apa pengorbanan kita selama ini pada gerakan dakwah kita. Kita kerap menuduh dan melatah apa yang berlaku. Cuba cermin diri kita sendiri. Budaya apa yang telah kita bawa dalam gerakan kita. Sungguh menyedihkan ia berlaku dikalangan kita walaupun sudah ditarbiah dengan macama-macam program yang disertai dan dianjurkan. Mungkin si ahli nya tidak nampak ape yang pimpinan telah buat sehinggakan mengharap sesuatu yang mustahil. Si ahli tidak reti untuk appreciate ape yang telah dilaksanakan oleh pimpinan kita. Sepatutnya tidak berlaku perkara ini.

Perbezaan pandangan adalah perkara biasa yang berlaku dalam mana-mana isu yang berlaku dan ada juga sehinggakan melahirkan pelbagai aliran pemikiran dan kumpulan biarpun dalam satu syahadah dan agama. Dalam sejarah umat Islam sudah banyak aliran fahaman yang diwujudkan sebagai mana bermula daripada mazhab sehinggalah kepada puak-puak yang berorientasikan fahaman politik. Namun, kita hendak ke lihat timbulnye puak-puak dalam gerakan kita. Apa yang kami nampak, gerakan kita seakan ke arah tu. Ada puak mengajak dan ada puak menghasut. Sungguh memalukan sekiranya ia menjadi realiti. Kita orang diberi akal mungkin boleh berfikir jalan yang terbaik untuk membincangkan isu yang timbul. Bukannya cakap-cakap belakang sehinggakan menimbulkan syak yang negatif kepada gerakan.

Syak itu sangat negatif pada kita semua. Dengan syak itu lah telah mebuatkan kita terikut 'nasihat' syaitan supaya menjatuhkan seseorang. Nilai persaudaraan dilupakan dan telah semakin jauh di lubuk hati masing-masing. Sekiranya setiap diri kita mempunyai prasangka syak yang buruk maka timbullah pelbagai cerita yang boleh menjatuhkan maruah seseorang.

Ada kalangan kita yang mengajak sesama kita untuk pergi program lain tapi terlupa hendak mengingatkan mereka tentang nilai-nilai dalam gerakan kita. Nilai Sosial entah ke mane-mane. Keutamaan kepada program gerakan telah diabaikan. Lebih mementingkan program konsultan sehinggakan lupa jemaah sendiri. Ada yang menghasut supaya tidak ikut program-program gerakan. Budaya ini semakin merebak dan perlu diatasi dengan segera. Ahli-ahli seperti inilah perlu ditapis dan diingatkan.

Mana-mana pimpinan yang wujud di dunia ini perlulah tahu nilai dan fungsi masing-masing. Misalnya dalam gerakan kita. tarikan ahli di bawah amat penting supaya dapat bersama-sama dengan pimpinan untuk menggerakkan gerakan dakwah ini. Tapi lain pula jadi nya. Ada pimpinan yang ingin menuju ke Kelantan, ade pimpinan yang menuju ke Johor dan ade juga hendak ke Thailand. Manakala si ahlinya pula terpecah ke bebrapa bahagian. Inilah juga punca kebersamaan dalam misi dan visi tidak tercapai. Tidak kira lah pimpinan bahagian atau atasan. Bukan hendak menjatuhkan seseorang tapi inilah yang perlu kta perbaiki sekarang. Terdapat pimpinan yang mahu menguatkan ahlinya dengan mengumpul seberapa ramai yang ade, ade juga pimpinan yang 'touch n Go, dan ada juga yang seperti meyuruh ahlinya lakukan gerakan ini seperti hotel yang boleh check in dan check out.

Oleh itu, ingatlah wahai semua sahabat, realiti pimpinan dan ahli sekarang amatlah berlainan dari dulu. Kami harap semua tidak cepat melatah dengan keluaran kali ini, cuma perkara ini juga terkena batang hidung kami. Kami sedar dengan apa yang berlaku. Kita perlu mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan ini agar tidak mudaratkan semua. Sistem tamrin perlu dipertingkatkan. Tarbiah hati perlu diperkuatkan. Mungkin kita perlu lakukan beberapa penapisan terhadap ahli dan pimpinan yang ada. Penapisan itu perlu lah diperkuatkan agar si ahli tidak jadi seperti paku pakis dan si pemimpin jadi seperti pengarah filem sahaja. Fungsi masing-masing perlu lah diperjelaskan. Skearang bukannya masa untuk kita salahkan sesiapa tapi kita perbetulkan apa yang berlaku. Masalah dan isu yang timbul kita buat 'post mortem' agar tidak diperbesarkan.

jadi, kita hendaklah same-same selepas ini untuk satukan hatikan kita supaya tetap dengan gerakan. Pimpinan dan ahli tidak wujud jurang yang jauh. Ketidakbersamaan hati lah menjadi punca perkara-perkaa ini berlaku. Tiada lagi perselisihan antara satu sama lain. Jika ada masalah, kita bincang dari hati ke hati. jangan perbesarkan isu yang terjadi. jangan cepat melatah dan menuduh orang. Sentiasa berfikiran rasional. dan kadang-kadang kita perlu cermin diri kita dulu sebelum tembak orang lain. Mulakan lah selepas ini dengan perkara-perkara baik dan murni.

Pertajamkan mata hati kita. Jangan kotori dengan noda-noda dosa yang membuatnya menjadi hitam. Hati orang beriman selalunya memiliki firasat untuk menilai sesuatu. Firasat keimanan namanya. Ia akan membantu kita untuk menemukan kebenaran. Seterusnya, menyendirilah bersama Allah. Jejaklah kaki di lantai masjid dan mengadulah pada Allah. Bermunajatlah kepada Allah bila saja engkau mahu kerana tiada perantara mahupun penghalang antara dirimu dengan Allah. Rasakanlah kebenaran yang disampaikan oleh Muslim Bin Yasar rahimahullah, “Tidak ada kenikmatan yang melebihi kenikmatan dalam bermunajat kepada Allah.”

Marilah kita sujud di hadapanNya, saudaraku. Syukurilah segala kebaikan, kemurahan, kasih dan sayang Allah kepada kita. Berterima kasihlah atas segala kurnia dan kesempatan, nikmat hidup, cinta dan kelembutanNya.

Jangan sia-siakan setiap kesempatan, ruang dan peluang yang kita ada untuk beramal soleh kerana setiap kali fajar pagi merekah, maka hari akan menyeru manusia, “Wahai anak adam, aku adalah hari baru. Amal-amalmu disaksikan pada hari ini. Manfaatkanlah aku kerana aku tidak akan kembali lagi hingga hari kiamat.”


Demikian sahaja dari kami, semoga keluaran ini dapat menyedarkan kita semua. Mungkin ada kekurangan dalam isi penyampaian tapi ambillah yang baik sebagai panduan kita bersama. Tidak kira mana cawangan atau pimpinan , marilah sama-sama kita gabungkan tangan kita, satukan hati kita untuk menuju jalan yang Satu. InsyaAllah

Wednesday, October 28, 2009

Kerajaan kuat kuasa harga minimum rokok 1 Januari 2010

Kerajaan kuat kuasa harga minimum rokok

1 Januari 2010


KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menetapkan peraturan harga minimum rokok berkuat kuasa 1 Januari tahun depan bagi menghalang lebih ramai rakyat terutama golongan muda merokok.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata untuk pastikan golongan tertentu terutama remaja sukar mendapat rokok dan kawal lambakan rokok murah masuk ke negara selepas Afta dikuatkuasakan mulai 2010.

"Kita sudah hantar ke Pejabat Peguam Negara setuju dengan cadangan ini untuk diwartakan mulai 1 Januari 2010," katanya di lobi Parlimen, sebentar tadi.


sumber : berita harian online, 28 oktober 2009

PEPIAS BANGI menyokong tindakan ini!!!

Monday, October 26, 2009

Pertemuan Dua Hala PEPIAS dengan Prof Dato' Rektor





Pada 19 Oktober 2009 yang lalu, satu lagi perjumpaan bersejarah antara pihak PEPIAS dan KUIS. PEPIAS yang diwakili oleh Sdr Zafrul, Sdr Adri, Sdr Muzakkir dan Sdri Hanis telah bersama-sama ke pejabat Dato Rektor unutk menyampaikan watikah perlantikan sebagai Penasihat Festival Pelajar Islam Selangor.

Alhamdulillah, Ybhg Prof Dato Hj Adanan b. Isman, Rektor KUIS telah bersetuju untuk menjadi penasihat bagi program ini yang akan dijalankan di KUIS pada 20 - 22 Nobember 2009.
Dalam pertemuan ini, Prof Dato', telah mencadangkan pertukaran nama festival kepada multaqa agar nampak lebih Islamik. Menurut Prof Dato, multaqa ini bermaksud pertemuan dan ia amat bersesuaian dengan program yang dianjurkan ini. Prof Dato' merupakan anggota ABIM dan pernah menyandang sebagai YDP ABIM bahagian Klang.

Sekali lagi, Sdr. Muzakkir selaku Pengerusi PEPIAS BANGI mengambil peluang yang ada untuk menceritakan PEPIAS di KUIS. ALhamdulillah ia membuahkan hasil kerana Prof Dato' tiada halangan untuk membenarkan gerakan dakwah PEPIAS ini terus bergerak aktif di KUIS. Namun, beliau mengingatkan agar pelajaran tidak diabaikan dan mengharapkan ia tidak berbaur politik. Prof Dato' juga menyeru agar PEPIAS di KUIS ini mampu berkolabarasi dengan Majlis Perwakilan Mahasiswa KUIS dalam menjalankan aktiviti bersama.

PEPIAS BANGI (KUIS) berharap pertemuan dengan kedua-dua pemimpin tertinggi di KUIS ini mampu memberi peluang gerakan dakwah di KUIS dan sekitar BANGI dapat dipertingkatkan lagi selepas ini dengan menambah dan menguatkan ahli jemaahnya. Segala aktiviti yang dianjurkan oleh PEPIAS BANGI selepas ini seperti usrah, edaran pamplet atau buletin dan lain-lain tidak perlu dikhuatiri lagi kerana persatuan ini bukanlah persatuan haram.

Terima kasih, Syukran jazilan buat semua pihak yang menyokong. Kami menyambut baik semua sokongan dan bantuan yang diberikan.

Pertemuan Dua Hala PEPIAS dengan Timbalan Rektor KUIS







Gambar-gambar ini memaparkan peristiwa bersejarah dalah kalendar PEPIAS kerana pada 16 Oktober 2009 jam 9.30 pagi satu pertemuan telah ditetapkan antara PEPIAS dengan Timbalan Rektor Korporat dan Pengantarabangsaan KUIS, Tn Hj Ahmad Shah b Abdullah di pejabat beliau. PEPIAS diwakili seramai 5 orang iaitu Sdr Zafrul, Sdr, Syamel, Sdr Adri, Sdr Muzakkir dan Sdri Hanis.



Pertemuan ini adalah bagi membincangkan tentang permohonan tempat dan kerjasama dengan pihak KUIS untuk menjayakan Festival Pelajar Islam Selangor 2009 di KUIS pada 20 hingga 22 November 2009. Alhamdulillah, pihak KUIS menerima permohonan kami dan berharap ada perbincangan susulan selepas ini.



Selain itu, Sdr Muzakkir selaku Pengerusi PEPIAS cawangan Bangi (KUIS) juga telah mengambil kesempatan dalam pertemuan ini untuk membincangkan pergerakan PEPIAS di KUIS. Sekali lagi, pihak KUIS memberi respon yang baik sekali gus membuka lembaran baru buat warga PEPIAS BANGI supaya dapat bergerak secara aktif di KUIS tanpa perlu merisaukan status yang di putarbelitkan selama ini. Pihak KUIS membenarkan kita bergerak aktif disini namun diingatkan tidak barbaur politik. Perkara ini disambut baik oleh kedua-dua pihak. Terima kasih.



Oleh itu, diingatkan kepada semua, PEPIAS di KUIS bukanlah persatuan haram dan tidak boleh disertai. Selepas ini peluang yang terbuka luas ini dapatlah semua pihak yang berminat untuk sertai PEPIAS bagi meneruskan perjuangan dakwah agar dapat mengambil kesempatan ini sebaik-baiknya.

Mesyuarat Pimpinan PEPIAS Cawangan Bangi kali ke 5 Sesi 2009/2010

Assalamualaikum kepada semua Jawatankuasa Pimpinan PEPIAS Cawangan Bangi.

Dijemput kepada semua jawatankuasa Pimpinan PEPIAS Cawangan Bangi untuk hadir ke Meeting PEPIAS BANGI bagi membincangkan beberapa agenda yang berbangkit. Ketetapan seperti berikut :

Tarikh : 28 OktoBer 2009
Hari : Rabu
Masa : 8.30 malam
Tempat : BT 1114

Kehadiran adalah diwajibkan. Sila bawa fail masing-masing sebagai rujukan.

Agenda :

Tazkirah/Usrah

Ucapan Alauan/Selamat Datang Pengerusi

Ahli baru

Aktiviti Semester baru

Usul Muktamar

Tuan Rumah Muktamar

Hal-hal berbangkit


Terima kasih....