APA ITU PEPIAS???

PEPIAS merupakan akronim daripada nama Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan mana sebelum ini dikenali sebagai Persatuan Kebajikan Dan Pendidikan Islam Selangor Darul Ehsan.
PEPIAS telah bertapak sebagai penubuhan yang sah pada tanggal 1 OKTOBER 1992 setelah mula bergerak sejak 1971.


PEPIAS berasaskan DUA GAGASAN iaitu KEBAJIKAN dan PENDIDIKAN ISLAM. PEPIAS lebih menumpukan kepada sasaran sekolah rendah dan sekolah menengah. "meluntur buluh biar dari rebungnya".

PEPIAS telah mempunyai 7 cawangan berdaftar yang mana salah satunya ialah PEPIAS Cawangan Bangi yang bertapak di KUIS, Bangi.

Sunday, February 1, 2009

Pengerusi Perhubungan Bangi- Harapan untuk Semua

Salam permisi buat semua warga PEPIAS

anak pipit terbang tinggi
mati disambar burung merbah
walau bertangkup langit dan bumi
setia hamba tidak berubah

Mungkin ape yang akan sy tuliskan ini akan memeranjatkan semua orang yang sebelum ini sudah terbiasa dengan kejutan. Ini merupakan kali pertama saya menulis atas dasr luahan sendiri. Mungkin kerana ayam jantan yang berkokok setiap pagi telah menyedarkan saya dari lamunan mati sementara.

Kini, sudah menjangkau hampir sebulan pimpinan cawangan Bangi yang baru bertakhta di bumi Bangi dan seterusnya tercatat dalam jawatankuasa baru Pusat. Mungkin telah pelbagai pujian dan kritikan yang telah dilontarkan kepada kami. Sebelum itu, saya perkenalkan diri saya dulu, nama saya Muzakkir b. Mohamad Noor selaku Pengerusi Perhubungan Bangi. Sambutlah salam perkenalan dan salam hormat dari saya, moga dekatlah hati antara kita. Terlebih dulu, saya ingin meminjam hati,telinga, mata dan tenaga anda sepanjang saya memegang amanah yang telah diberikan. Semoga tercetuslah ikatan yang berpanjangan antara kita.

Sebenarnya sudah lama ingin karangkan sesuatu tp pabila perasan saya ni bukanlah seorang sasterawan hebat jadi terpaksalah menangguhkan niat yang beasr ini. Baiklah, saya mulakan dengan memperkenalkan pimpinan baru saya dulu secara rambang je. Pimpinan baru ini terdiri dari golongan yang muda-muda. Inilah sebenranya diperlukan iaitu pemimpin muda yang bertenaga. Pimpinan saya ini juga terdiri dari ahli yang mungkin tidak sampai setahun janggung mengenal PEPIAS tetapi hati mereka insyaAllah bersama PEPIAS dalam mendaulatkan agama ISLAM. Pimpinan yang seimbang antara lelaki dan perempuan ini mampu menyeimbangkan idea dan pendapat bagi menyelesaikan sesuatu perkara yang berbangkit. Persetujuan Syura hingga ke Muktamar dan telah memperkenankan kami untuk menggalas tanggungjwab ini sehingga tempoh yang telah ditetapkan. Cukuplah serba sedikit mengenai pimpinan saya ini. Segala pertanyaan boleh dibuat di kaunter pertanyaan erk. ^_^

Hampir sebulan saya memegang jawatan sebagai Pengerusi Perhubungan dan telah menerima pelbagai ucapan,pujian,nasihat dan kritikan yang mana boleh membangkitkan dan menyemarakkan lagi semangat saya sepertimana sang singa jantan yang berada dalam kelaparan dan ia pasti semangat untuk mencari mangsa nya. Disini saya bertindak sebagai sang singa itu dan bersemangat untuk mencari mangsa iaitu golongan-golongan yang perlu kita dekati. Dan sudah pasti sang singa jantan itu tidak keseorangan untuk mencari mangsa. Ia pasti akan bersama sekawan singa untuk pergi memburu. Begitulah umpama kita semua terutamanya sekali ahli-ahli PEPIAS BANGI yang bersama saya dalam memperjuangkan apa yang ingin kita perjuangkan. Hampir sebulan saya mencari identiti (setlah dinasihat oleh abg zul), maklumlah orang yang tidak pernah menjadi pemimpin. Kerana ramainya ahli ahli mengharap, saya mesti kuat. Badan lemah, langkah longlai, air mata bercucuran. Tetap saya mencari senior senior yang sudi memberi pandangan. Jutaan Terima kasih kepada semua senior yang memberi termasuk di dalam blog ini. Anda sungguh menampakkan saya jalan demi jalan. terima kasih kerana masih prihatin! Tidak kurang juga ahli yang memberi semangat dan sudi berkongsi inspirasi. Harap terus membantu bersama. Andalah kekuatan saya! Jangan tinggalkan saya. Tetapi tidak lupa, sudah tentu Allah yang teragung! (pinjam ayat Abg Zul). Sowie….*_*

Apa harapan Pengerusi Perhubungan Bangi?

Seperti biasa la, seorang pemimpin pastinya mempunyai harapan yang besar utnuk dia realisasikan termasukla saya sendiri yang telah menyusun beberapa cita-cita individu yang ingin saya laksanakan secara berjemaah. Harapan ini pastinya akan membuatkan orang disekeliling saya merasa ia adalah tugas yang sukar sehinggakan orang2 hebat di luar sana pun pasti tidak mampu laksanakan. Teringat saya ketika Muktamar Bangi lepas, saya di utarakan soalan apakah garapan saya setelah dilantik memegang tampuk pemerintahan ini. Dan senang sahaja saya jawab iaitu harapan saya hanya satu iaitu semua bekerja bersama saya. Setelah tamat muktamar, saya berpikir sejenak, kalau saya hendak semua orang bekerja dengan saya, saya perlukan sesuatu. Saya diingatkan untuk membina karekter sebenar supaya mudah diterima ramai. Biasalah bukan mudah untuk menyejukkan hati semua orang. Saya bukanlah datang dari golongan yang warak dan alim walaupun belajar di sekolah agama, kolej agama tp saya sedang menuju ke arah itu. Sya ini jenis yang mempunyai watak pelbagai dan jenis open mind. Dan sebenrnya tidak layak untuk saya memegang jawatan ini kerana dengan sikap dan sifat yang berbeza dengan sepatutnya yang dikehendaki. Tapi Alhamdulillah, saya diajar dan ditunjukkan jalan dan telah menanam dua cita-cita untuk direalisasikan di cawangan Bangi ini iaitu:

1. Mempertingkatkan kualiti dalam kuantiti yang bertambah

Ia mempunyai dua maksud iaitu saya dan golongan-golongan tertentu untuk bersama-sama bagi mempertingkatkan maudu’-maudu’ saya yang berada di cawangan Bangi ini. Disini saya juga tidak terkecuali erk. Kita sudah mempunyai ahli yang ramai dan xsalah untuk kita menambahnya agar makin ramai lah yang sanggup memperjuangkan agama Islam ini sepertimana yang diperjuangkan oleh PEPIAS ini. Tambah la ahli-ahli PEPIAS ini. Ramai-ramaikan la. Dijemput untuk semua menyertainya. Tetapi dalam kita menambahnya, kita juga terlupa untuk mempertingkatkan kualiti ahli kita. Kita sering bangga dan riak dengan kehebatan ahli kita. Memang tidak diakui. Tapi berapa sahaja yang hebat? Berapa sahaja yang perlu dibanggakan? Dan takkan kita hendak mengharapkan dengan mereka sahaja? Bagaimana dengan yang lain?

Kita telah tinggalkan mereka jauh ke belakang. Oleh itu, saya ingin setiap ahli PEPIAS cawangan Bangi khususnya mempunyai kualiti yang diinginkan oleh Pusat. Kualiti sepertimana yang kita mahu? Tepuk perut tanya la perut yang lapar itu. Mungkin aktiviti-aktiviti seperti LAKEP, program-program sekolah,usrah dan sebgainya dalah modus operandi untuk kita sama memperbaiki kualiti dalam diri kita ini. Tetapi malangnya ahli-ahli cawangan Bangi yang ramai ini MALAS untuk menyertainya dan hanya ingin berada di takuk yang lama. Bila di ajak ada sahaja alasan dan bila tidak di ajak ada sahaja umpatan. Bukan kualiti ini yang kita hendaki. Usrah terutamanya, berapa ramai sahaja yang sanggup untuk menyertainya? Dalam usrah kita dapat lihat bagaimana kepetahan Abg Zul bercakap, kemanisan penceritaan Abg Syukur, kekemasan rumusan Bapol, semua tu datang dari mana? Inilah kualiti yang mereka ada. Tapi adakah dari kita ada seperti mereka? Kita hanya pandai bercakap tp tiada isi. Adakah kita mahu lihat keadaan kita yang lemah dari aspek ini untuk pergi berdakwah, untuk pergi mengajak adik-adik kita ingat ALLAH dan sebagainya? Puncanya ialah kita MALAS dan dari malas itu la kualiti itu tiada. Malas bertanya, malas membaca, malas menyertai, malas berkorban. Inilah sedikit sebanyak pemerhatian saya kapada ahli-ahli cawangan saya. Bukan hendak dikata saya ini hebat, saya juga sama seperti anda tapi saya buat begini ingin menyedarkan kita semua. Ada antara ahli kita yang sekajap ada sekejap tiada (mcm chipmore), ada ahli kita yang tak mahu berkorban ( alasan banyak-ada assingment la, ada keje la, ada hal la) dan mcm-mcm la. Cuba kita fikir, kenapa orang lain yang sama-sama tidur sebantal ngn kita mampu pula untuk pergi?Ada yang fikir tiada pengalaman la, tiada keyakinan la, baru lagi la. So sampai bila kita nk ada pengalaman, smpai bila kita nk ada keyakinan dan sampai bila kita nk jd lama?...Semua ini adalah dasar tiada kualiti dalam diri kita. Saya akui sendiri, semua ahli cawangan Bangi ini hebat belaka dan mantap tapi kualiti masih tidak cukup. Sahabat-sahabat yang sedar tolong la sedar2kan sahabat-sahabat kita yang masih dilamun mimpi sang putera melamar sang puteri itu. Sedarkan mereka supaya memperbaiki diri kita setiap masa semga kita jadi lagi hebat dan mantap selpas ini. Perubahan sedikit demi sedikit mampu membuatkan kita cemerlang di masa depan! Hidupkan lah cawangan Bangi ini dengan kualiti yang ada pada diri kita masing2. Pabila kualiti kita ini bersatu pasti sesuatu keajaiban akan berlaku dan pasti memudahkan kerja kita yang tidak ada penghujungnya selain kita sudah mati.


2. Merakyatkan golongan lelaki dalam PEPIAS ( APLE)

Sedar atau tidak, kita sudah ketandusan lelaki dalam PEPIAS ini…Mana para imam bagi golongan jemaah perempuan ini. Dan tidak mustahil Aminah Wadud akan berlaku dalam PEPIAS. Sememangnya semua tempat dan persatuan sebegini masalah yang dihadapi. Tapi kita perlu cari langkah dan jalan penyelesaian untuk kita menjadikannya realiti. Mungkin ada yang muak melihat si A, si H, si F, si M dan beberapa lagi lelaki di cawangan Bangi ini. Adakah lelaki sudah pupus? Adakah lelaki tidak berminat aktiviti macam ini? Semua kenyataan itu tidak mustahil berlaku. Mungkin susah kita untuk meramaikan lelaki tetapi sekurang-kurangnya ada juga penambahan bilangan lelaki ini. Ada seseorang beritahu saya, bagaimana hendak meramaikan lelaki? Kamu guna la tarikannye mcm lebah la..Madu menjdai tarikannya. Begitu la juga lelaki, penjadi tarikannya ialah perempuan. Gurauan sahabat saya ini mungkin ada benarnya. Tapi begitulah, kita perlu ramaikan lelaki. Lelaki lah segalanya. Pada zaman Rasulullah, sahabat-sahabat baginda yang terdiri daripada lelaki sanggup sahaja bersama baginda di mana sahaja. Apa salahnya kita melahirkan lelaki seperti begitu. Inilah mentaliti lelakii sekarang pabila menyertai aktiviti keagamaan in akan dianggap seperti lembut, lemah dan bodoh kerana lupakan dunia remaja. Mereka juga kurang berminat dengan aktiviti seperti emyampaikan dakwah dan nasihat ini. Tapi perlu diingat, pabila lelaki ramai senanglah kita unutk mendekati adik-adik kita yang perlu dibentuk ini kerana adik-adik lelaki bermasalah lagi ramai dr perempuan. Tenaga lelaki juga diperlukan untuk masyarakat diluar sane yang memerlukan kita.

Begitulah dua cita-cita dan harapan yang ingin saya tunaikan. InsyaAllah dengan bantuan anda semua pasti benda ini akan terlaksana. Bukan mudah klita hendak terima kenyataan ini tapi itula yang pahit terpaksa juga kita telan. Sering juga kita diperingatkan PEPIAS ini bukan la hanya semata-mata menyertai program sekolah tapi banyak lagi tanggungjawab kita. Dan itulah sebab nya saya rasa kita perlukan terlebih dahulu dua perkara ini untuuk kita laksanakan. Biasalah apabila kita ingin kan sesuatu benda itu menjadi kita perlulah sentiasa membesarkan ALLAH dalam hati kita ini. Kualiti amat penting bagi semua sebelum kita pergi lebih jauh. Kualiti merangkumi pelbagai makna dan sudut. Golongan lelaki juga amat penting dalam organisasi. Saya tidak mahu PEPIAS BANGI ini hanya tinggal helwani sahaja. Kita ingat semula bagaimana PEPIAS dulu, yang pernah ketika jatuh terjunam di Bangi dan alhamdulillah dibangunkan semula oleh pimpinan Bangi yang lepas dan kita merupakan generasi yang akan pegang nye dan cuba untuk menstabilkannya supaya tidak jatuh kembali. Fungsi kita bukan hanya dalam organisasi sahaja tapi di luar snaa ramai yang memerlukan kita. Oleh itu, kita perlu lengkapkan diri kita daripada semua hal dan perkara. Bersedialah wahai sahabat-sahabat PEPIAS Bangi sekalian. Tanggungjawab kita besar Cuma kita tidak tahu sahaja. Ingatlah setiap ahli harus sedia menerobos, merungkai dan seterusnya menjernihkan kembali apa yang keruh, apa yang liat, dan apa yang buruk. Mungkin sukar bertindak secara berseorangan; lantas, kita harus guna pengkalan untuk rungkai segala kekusutan bersama-sama, sebelum kita pulang semula ke lapangan.Selain itu, bertindak secara berhikmah dan bertanggung-jawab tidak sekompleks sains roket, namun, ia memang berat; jika melakukannya dengan emosi. Fikir-fikirkanlah dan selamat bertindak.


Jadi, semua orang perlulah sentiasa ingat-mengingati antara satu sama lain. Semua orang meletakkan harapan yang tinggi pada kita kerana kita punyai jemaah yang ramai. Gunakanlah kesempatan ini dengan membalas kepercayaan yang telah orang berikan. Buat pimpinan Bangi semua, gerakkan la kerja anda masing2 dan jangan lah sia-siakan amanah yang telah diberikan pada kita. Sepatutnya kita lah perlu tunjukkan lebih lagi daripada ahli kita supaya mereka dapat mengikuti apa yang kita buat. Jangankan kita suruh tapi kita tidak laksanakan. Apa yang penting… KERJASAMA antara kita. Selalulah ingat-memperingati antara kita. Kerja kita sebenranya sudah banyak tapi perlulah bertindak sekarang. Janganlah bertangguh lagi. Tunjukkan lah kemampuan kita. Setiap gerakan kerja kita buat hendaklah ikhlas dan semata-mata kerana ALLAH s.w.t.

Inilah sahaja permulaan saya sebagai penulis blog. Maafkan lah saya sekiranya ada mengguriskan hati sesiapa dipermulaan pemerintahan saya ini. Kritiklah saya dipentas yang betul. Sedarkan lah saya sekiranya ada kesilapan. Maafkanlah saya sahabat-sahabatku. Terimalah seadanya atas teguran dan nasihat saya ini. Sebenarnya saya ingin menyatukan anda semua untuk bersama-sama kita memperjuangkan Islam melalui wadah PEPIAS ini. Maafkan saya pimpinan kecintaanku kerana anda telah banyak terkorban kerana keadaan. Kerana ia telah membuka ruang perpecahan dan permusuhan. Jasa akan diungkit dan dendam akan tersemat. Harap belum terlambat. Saya serahkan pada anda. Kita ada Allah! kita yang lupakannya. Sekian terima kasih….Jumpa lagi di penulisan akan datang.^_^ Senyumlah selalu….Sentiasalah membesarkan ALLAH di dalam hati kita semua.

Mg kita bersama2 menjadi terbaik
terbaik di mana jua kita berada...

mg kita menjadi dai yang terbaik
terbaik di mana amanah dan tanggungjawab dipikul

mg kita menjadi hamba dan khalifah yang terbaik
terbaik di muka bumi Allah ini...

6 comments:

Awang Nyor said...

Assalamualaikum muzakkir. abang sangat gembira membaca tulisan muzakkir sampai Nak terangkt2 dari kerusi ni hah. abg tgh gelak sorang2 nih sambil abg sukor n bapol tido kt changkt yg damai nih.

Muzakkir! nape pegi amik ayat abg!! argh.. amik ayat buku lain r. argh.. dengki2. (*o*) banyak lak tu ambik. Buat jd panjang je. Abg pn malas2 gak nak baca. Kate ahli lemah lah, tak petah lah, jd tak yah tulis pjg2. diorng tak baca satu2 pn.Hah3. Jangan mara...

Bhgian awal tu abg suka. Muzakkir mesra dgn sumer dgn perkenalkan diri dan pimpinan baru. baru merakyat. tahniah!!

Minggu lepas Usrah gombak ade bincang buku bertajuk Fiqh Keutamaan - Yusuf Qardhawi. Tajuk awal bertajuk: Kualiti dan Kuantiti.

Ni fahaman yang abg nak bg kt muzakir terapkan.

1. Kita nak ahli kita seramai mungkin. Kita bukan kelab2 kereta atau kelab2 lumba kuda. Juga bukan fan2 kelab bola sepak. AHLI KITA IALAH KELUARGA KITA!!!

2. Keluarga KUIS ni sama je cam manusia2 normal atas muka bumi ni. tak der pun yang lahir2 boleh berlari. (Kuda boleh. hihi) Apa yang penting(Kerjasama!), KITA SANGGUP BELAJAR, MENGAJAR DAN DIAJAR!! jgn kurang ajar lak(^_^)

3. BAGI LAH MASA KPD AHLI2. Cian diorang. Nangis2 kt bilik. 1st post dah citer pasal kurang paham lah. tak der kauliti lah. Dah lah muzakkir jadikan abg sbg cth org yg petah bercakap. Carilah orang besar2 skit. cam abg sukor n bapol sesuai (sebab diorg besar. hahaha!) Kena bg semangat. Tanam cita cita Islam yang besar2. SEMANGAT INGIN MELIHAT SEBUAH TAMADUN ISLAM KEMBALI MEMERINTAH DUNIA. MOGA ISLAM TINGGI SEMULA!! Allahuakbar!

4. KELUARGA PEPIAS BERAKHLAK! Jangan salah faham. yang abg maksudkan ialah: Hormati semua ahli KUIS.

a)JANGAN MELEBEL ORANG, JANGAN MENGHUKUM ORANG. kita pengajak & pemberi ingat je. ALLAH PEMBERI HIDAYAH. Jgn kate org ni gugur, org ni tak aktif, org ni tak de kefahamn. Jangan ngumpat (Terutama pasal abang hu2)

b) JAGA MARUAH ORANG. nak tegur kena berhikmah. jgn tegur depan2 suka2 je kalo tak perlu. Tanya balik diri, kita tegur sebb Allah ke, kita ada konflik ngan dia

c) SAYANG KELUARGA PEPIAS KUIS. yang nih tak ajar sgt. Muzakir kn penyayang. tu yang msg malam2 tuh hu2

K. Cukuplah tu. Pengsan lak.Pesan kt PIMPINAN lain eh. Amanah! Slow2 jangan terburu2. Nanti terbabas. Yang penting SENYUM SOKMO GANU KITA! Muah. Haha2. Mintk pada Allah kalo rasa buntu k. luv u al, mis u al.

Wassalam. Terima Kaseeeh!!!

Anonymous said...

vvvvvvvvvv

Anonymous said...

Assalamualaikum Muzakkir..;
ooo....
seronok bc artikel ni...
agak kelakar ble bc benda ni...
pepun ko dah berjaya jd seorang pemimpin.. teruskan perjuangan PEPIAS di KUIS...
Perasaan seorang abg yang membawa ko dalam PEPIAS ni sangat bangga..
sebab ko mampu memimpin.
semoga pimpinan baru terus berusaha...
kami di belakang sentiasa menyokong...
thanks muzakkir...
ko lagi hebat dari aku...

Anonymous said...

assalamu'alaikum...
hai k...bgs bangat la tulisan k 2..smpai abg zul gelak smpai terangkat2 dari kerusi abg zul hahaha kelakarla abg zul ni..lain kali ikat abg zul kt kerusi 2...

hmmm....teruskn ush k ye...kitaorg pmpinn lama sntiasa bg skongan yang padu..jitu..dan gen 2..hehehe

kmbalikn PEPIAS bangi jd cemerlang..gemilang..dan terbilang ye..ikot nsht abg zul 2 ye k...

cayok2... sygnya nk tinggalkn shbt2 kt sini huhuhu :-(.

pa2 pon bittaufiq wannajah utk shbt2 PEPIAS bangi ye..

tata titi tutu...
jmpe lg
wassalam...

Anak Cucu ADAM said...

thanks for semua erk....
sebanrnye pe yg sy tulis tu adalah ikhlas dr hati
semoga pe yg korang baca leh menyedarkn kita semua dengan keadaan sebenar sekarang.
tunggu artikel saya akan dtg plak erk
thanks

Anonymous said...

salam
saya di sini bukan untuk nasihat atau pun kritikan tapi sekadar pengetahuan umum...huhuhu
muzakkir,setiap orang ada kelemahan dan kelebihan yang tersendiri..tapi tak semua yang sanggup menunjukkan kelemahan dan kelebihan tersebut kerana di situ terletak rahsia hati...chewah...
saya nasihatkan supaya kuatkan semangat dan teruskan usaha anda walaupun rasa nak tercabut segala-galannya..hahaha...peace!!!!