APA ITU PEPIAS???

PEPIAS merupakan akronim daripada nama Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan mana sebelum ini dikenali sebagai Persatuan Kebajikan Dan Pendidikan Islam Selangor Darul Ehsan.
PEPIAS telah bertapak sebagai penubuhan yang sah pada tanggal 1 OKTOBER 1992 setelah mula bergerak sejak 1971.


PEPIAS berasaskan DUA GAGASAN iaitu KEBAJIKAN dan PENDIDIKAN ISLAM. PEPIAS lebih menumpukan kepada sasaran sekolah rendah dan sekolah menengah. "meluntur buluh biar dari rebungnya".

PEPIAS telah mempunyai 7 cawangan berdaftar yang mana salah satunya ialah PEPIAS Cawangan Bangi yang bertapak di KUIS, Bangi.

Wednesday, August 19, 2009

Berakhirnya sebuah drama...(KKPI)

Alhamdulillah disyukuri atas nikmat tuhan kerana masih lagi memberi peluang kepada umatnya ini untuk meneruskan perjuangan Islam walaupun menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran dariNya. Inilah dikatakan keagungan kuasa tuhan.

Sudah 2 hari, berakhir sebuah penceritaan drama yang dilakonkan oleh beberapa pelakon amatur dan professional dengan begitu baik sekali. Dari plot penceritaannya sehinggalah ke klimasnya sangat menarik. Pastinya apabila ditayangkan selama 3 hari 2 Malam di pawagam Nur Lembah Pangsun dengan disaksikan seramai 71 orang penonton pastilah mengusik perasaan masing-masing. Penonton-penonton yang hadir dari seluruh pelusok negeri pastinya menggamit perasaan gembira hati pengarah yang gelisah kerana risaukan hasil tayangan perdana filem pertamanya itu. Ada yang datang dari Asrama damai, Sg Merab,Jalan Bukit, Kajang Utama, Abdul Jalil, Bandar Baru bangi, Telok Panglima Garang, Dsun Nanding,Taman Kosas. Kehadiran penonton ini pastinya berjaya meredakan krew2 dibelakang tadbir filem ini yang mana penat lelah mereka akhirnya membuahkan hasil.

Agak menarik apabila ia menjadikan cerita di sebalik tadbir filem KKPI ini..kerana pelbagai cerita dalam cerita yang menjadikan pengalaman baru buat krew2 baru dan lama dalam produksi PEPIAS Crew. Bantuan dan sokongan dari pihak luar amatlah diperlukan dan sungguh terharu apabila ia datang seperti diharapkan. Cerita bermula dengan perjalan yang begitu baik sekali tetibe berubah menjadi kurang enak dan tinggal masa seminggu sebelum filem ini ditayangkan, cerita ini telah diadun dengan pelbagai rasa sehinggakan kita tak mengerti mana satu bahagian yang boleh dibuat cerita. Pertukaran sana-sani, perjalanan sana-sini (kadang2 menyebabkan muflis) telah berjaya merapatkan ukhwah antara team produksi.

Berbalik pada tayangan selama 3 hari 2 malam itu, tayangan itu telah berjaya membawa satu penceritaan yang agak menarik dan tragis..sehinggakan di hujung cerita, penonton dan team produksi menangis kepuasan atas hasil filem ini. Mungkin kita bukan penentu kejayaan sesuatu kerana ia milik tuhan tapi kita berhak merasa puas atas usaha kita sendiri. Perwatakan menarik dan ramah kesemua penonton menyebabkan team produksi begitu bersemangat menjalankan kerja-kerja akhir. Walaupun mengalami perubahan flow dalam cerita ini iaitu sekejap naik dan sekjap turun dan diganggu oleh kerencatan palesit@parasit, namun ia sesekali tidak mengubah persepsi baik penonton terhadap filem ini.

Itulah sedikit gambaran tentang filem ini. Eh lupa lak bagitau pe tajuk filem ini. Tajuk filem ini ialah KKPI ( kem kepimpinan pelajar islam). team produksi nye lak terdiri dari gabungan cawangan PEPIAS Crew. Manakala pelakonnya lak terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan 4 negeri Selangor. Semua ini bergabung menghasilkan sebuah filem yang paling meletup dalam sejarah. Saya rasa filem ini patut menjadi contoh tauladan buat filem2 mendatang.

Begitulah, pastinya kita berasa gembira dengan apa yang terjadi. Kita juga puas dengan apa yang berlaku. segala keperitan yang kita hadapi semasa dan sebelum program ini telah dibalas oleh Allah dengan kepuasan yang baik sekali. Inilah yang dikatakan dengan nikmat Allah. Segala usaha kita telah dibalas dengan suatu hasil yang baik. Kita sering diingatkan bahawa Allah pasti akan melihat usaha dan niat kita semasa melakukannya. Allah tidak akan membebankan umatnya itu dengan bebanan yang kita tidak mampu. Jadikan ayat ini motivasi pada diri kita semua. pAstinya dalam menjalankan sesuatu ini, kita akan hadapi musuh2 dalam selimut tapi ingat, jangan jadikan ia musuh kita selamanya tapi jadikan ia tawanan kita pula. Pastu kita bawa dia ke landasan yang sebenarnya. Musuh2 kita itu juga perlu dijadikan sebagai mad'u kita bukan hanya adik-adik fasi kita itu je..

Buat tenaga kerja bersama dalam menjayakan KKPI ini tak kira ia datang dari mana, kami mengucapkan terima kasih dan tahniah atas segala usaha anda semua selama ini. Usaha anda selama ini sangat berbaloi. Tapi jangan diulit gembira dengan kejayaan ini tapi perlu merasa lebih semangat meneruskan kerja dakwah ini. siapa lagi nak lakukan kerja ini kalau bukan kita. Kerja kita masih banyak dan berpanjangan. Janganlah serik dalam join program PEPIAS ini. dari program sebeginilah kita dapat satu pengalaman bermakna dan sebuat ikatan ukhwah yang utuh. Percayalah bahawa Allah sentiasa bersama dengan kita. Walaupun macam-macam berlaku yang timpa kita, pastinya ada hikmah disebaliknya. Hikmahnya mungkin kita sudah dapat sedikit di akhir program KKPI aritu. Titisan air mata kepuasan itu lah yang sebnarnya bermakna buat kita semua. Jangan lupa follow up adik-adik anda.

Buat adik-adik kami yang menjadi peserta KKPI, kami mengucapkan semoga adik2 semua berjaya dalam apa yang dimahukan. Mulakan perubahan dari sekarang. setiap dari kamu adalah pemimpin yang punyai tanggungjawab. Kamu semua adalah pemimpin kecil yang bakal menjadi pemimpin besar. Jadi, janganlah duduk goyang kaki sahaja di rumah. Segala ilmu yang kami halalkan itu, gunakan dan pratikkanlah disekolah dan rumah masing2. Pelaksanaan program di bulan Ramadhan, pastikan ia berlaku. Rujuklah dengan guru masing-masing. Shift your paradigma. Kami rindu kamu semua.

Tahniah dan terima kasih pada semua..Jumpa lagi di PMG pula...

2 comments:

emisoleh said...

Semua itu hanya satu Drama?? Lakonan semata2? Adik2 menjadi mangsa sebuah lakonan terancang?

Sebuah roh program yg hidup semula drpd hambar. Puas sy fikirkan, teknikal skil tinggi, proram tawar. Hati dan kefahaman harus diberi. Maka kembali Allah kurniakan kemanisan.

Tahniah!!

Anak Cucu ADAM said...

bukan drama, bukan juga lakonan
tp ape yang berlaku spanjang menjalankan sebelum,semasa dan selepas kkpi, bley dijadikan drama hits. hehe
harap faham en emisoleh....