APA ITU PEPIAS???

PEPIAS merupakan akronim daripada nama Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan mana sebelum ini dikenali sebagai Persatuan Kebajikan Dan Pendidikan Islam Selangor Darul Ehsan.
PEPIAS telah bertapak sebagai penubuhan yang sah pada tanggal 1 OKTOBER 1992 setelah mula bergerak sejak 1971.


PEPIAS berasaskan DUA GAGASAN iaitu KEBAJIKAN dan PENDIDIKAN ISLAM. PEPIAS lebih menumpukan kepada sasaran sekolah rendah dan sekolah menengah. "meluntur buluh biar dari rebungnya".

PEPIAS telah mempunyai 7 cawangan berdaftar yang mana salah satunya ialah PEPIAS Cawangan Bangi yang bertapak di KUIS, Bangi.

Monday, April 5, 2010

Assalamualaikum...

Salam perjuangan kepada sahabat muslim. Selamat berkunjung ke blog Pepias cawangan Bangi. Rasanya sudah menjadi keperluan kepada saya untuk memperbaharui blog ini, mungkin kerana kepakaran yang kurang dalam bidang IT membuatkan saya seperti tidak mengambil berat tentang peranan blog ini, padahal seperti yang kita tahu peranan ICT pada masa kini sangatlah penting, dunia sekarang merupakan medan perlumbaan, siapa yang lambat pasti akan tertinggal. Insyaallah dengan sedikit ilmu yang baru dipelajari ini membuatkan saya rasa terpanggil untuk meneruskan kesinambungan dalam menyampaikan peringatan atau boleh dikatakan unsur dakwah melalui teknologi blog ini. Untuk pengetahuan sahabat pada tanggal 1 febuari 2010 yang lalu PEPIAS cawangan Bangi sudahpun bertukar tampuk pimpinan, yang mana sebelum ini jawatan Pengerusi Perhubungan disandang oleh saudara Muzakkir bin Mohd Noor telah beralih kepada saya iaitu Muhammad Afiq bin Ramlee. Insyaallah dengan keputusan yang telah diputuskan oleh pihak syura ini bakal menjadikan PEPIAS cawangan Bangi dapat meneruskan perjuangan di medan dakwah sekaligus dalam mencari mardhotillah. Juga kepada sahabat pimpinan Bangi yang telah diberi amanat dan tanguggjawab dalam melebarkan sayap dakwah ini diharap agar kita sama-sama dapat mengikhlaskan diri serta menanamkan konsep fikrah dalam diri kita supaya matlamat dan tujuan hidup kita bertepatan dengan apa yang telah tercatat didalam kitab suci Al-Quran.

No comments: