APA ITU PEPIAS???

PEPIAS merupakan akronim daripada nama Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan mana sebelum ini dikenali sebagai Persatuan Kebajikan Dan Pendidikan Islam Selangor Darul Ehsan.
PEPIAS telah bertapak sebagai penubuhan yang sah pada tanggal 1 OKTOBER 1992 setelah mula bergerak sejak 1971.


PEPIAS berasaskan DUA GAGASAN iaitu KEBAJIKAN dan PENDIDIKAN ISLAM. PEPIAS lebih menumpukan kepada sasaran sekolah rendah dan sekolah menengah. "meluntur buluh biar dari rebungnya".

PEPIAS telah mempunyai 7 cawangan berdaftar yang mana salah satunya ialah PEPIAS Cawangan Bangi yang bertapak di KUIS, Bangi.

Saturday, November 15, 2008

CIRI-ciri WANITA solehah

Kita sering mendengar tentang kehebatan wanita-wanita Islam pada zaman Rasulullah s.a.w dan para sahabat sehingga mendapat gelaran wanita solehah. Kita juga tahu bagaimana hebatnya pengorbanan Saidatina Khadijah dalam membantu perjuangan Rasulullah s.a.w di peringkat awal kebangkitan Islam sehingga berjaya menegakkan kalimah Allah di bumi Mekkah.Ya, hanya berbekalkan keimanan, keyakinan dan keikhlasan Saidatina Khadijah, dia mampu menjadi wanita mulia di sisi Rasulullah s.a.w. Namanya sentiasa menjadi sebutan baginda, walaupun selepas kewafatan Saidatina Khadijah.Persoalannya, apakah gelaran demikian sudah tidak layak untuk wanita zaman sekarang??????

Atau wanita kini tidak mampu memiliki peribadi wanita solehah sebagaimana zaman Rasulullah s.a.w.??????

Tanggapan itu memang tidak benar sama sekali kerana hakikatnya Islam sesuai untuk semua zaman. Bererti masa dan zaman bukanlah faktor utama untuk menentukan taraf seseorang wanita di sisi Allah seperti wanita pada zaman Rasulullah s.a.w.Kalau diteliti secara ilmiah tidaklah sukar untuk seseorang wanita mendapat gelaran solehah.

Hal ini kerana Islam tidak mengenakan banyak syarat untuk mendapat gelaran tersebut dan seterusnya memperolehi ganjaran pahala syurga yang penuh kenikmatan daripada Allah s.w.t.

Perkara ini tidaklah sukar sebagaimana yang digambarkan oleh sesetengah orang, sebaliknya wanita hanya perlu memenuhi dua syarat iaitu:1. Taat kepada Allah dan Rasul-Nya.2. Taat kepada suami.Persoalannya bagaimana yang dikatakan mentaati Allah dan Rasul-Nya?

Jawapannya tentu mudah, iaitu melakukan segala suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya secara menyeluruh.Antaranya:

a) Menutup aurat apabila berada bersama dengan lelaki yang bukan mahramnya, tidak kira sama ada di dalam atau di luar rumah.Ini kerana menutup aurat itu wajib.
b) Mempamerkan imej diri sebagai wanita beriman. Ini bermakna wanita Islam tidak mudah terpengaruh dengan cara orang bukan Islam berhias.
c) Sentiasa memelihara hubungan baik dengan jiran-jirannya walaupun berlainan agama dan bangsa.
d) Berbuat baik kepada kedua ibu bapa.
e) Sentiasa bersedekah sama ada dalam keadaan senang mahupun susah. Sering membantu kaum lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan takwa.
f) Tidak bermusafir atau bersama lelaki ajnabi kecuali ada bersamanya mahramnya
g) Tidak berkhalwat dengan lelaki ajnabi kerana ia boleh menimbulkan fitnah, bahkan perzinaan.

Taat kepada suami

a) Menjaga harta suami dan menguruskannya dengan baik.
b) Sentiasa menyenangkan hati suami.
c) Keluar rumah dengan keizinan suami.
d) Sentiasa mentaati perintah suami selagi tidak bertentangan dengan hukum syarak.
e) Memelihara diri dan kehormatan semasa ketiadaan suami.
f) Menjaga kebersihan diri dan rumah tangga.
g) Menerima tetamu yang diizinkan oleh suami atau orang yang disukai oleh suami.

Itulah antara tanda dan ciri-ciri wanita solehah yang sewajarnya dimiliki oleh kaum wanita. Jadi, untuk memiliki semua itu, keyakinan dan kepercayaan kita akan kebesaran Allah mestilah disertai dengan ketaatan.Malah kita juga wajib mencintai Allah s.w.t dan Rasul-Nya melebihi daripada segala-galanya. Atas rasa kecintaan itulah maka Allah memberi kekuatan untuk kita mentaati perintah suami dan meninggalkan larangannya.

No comments: