APA ITU PEPIAS???

PEPIAS merupakan akronim daripada nama Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan mana sebelum ini dikenali sebagai Persatuan Kebajikan Dan Pendidikan Islam Selangor Darul Ehsan.
PEPIAS telah bertapak sebagai penubuhan yang sah pada tanggal 1 OKTOBER 1992 setelah mula bergerak sejak 1971.


PEPIAS berasaskan DUA GAGASAN iaitu KEBAJIKAN dan PENDIDIKAN ISLAM. PEPIAS lebih menumpukan kepada sasaran sekolah rendah dan sekolah menengah. "meluntur buluh biar dari rebungnya".

PEPIAS telah mempunyai 7 cawangan berdaftar yang mana salah satunya ialah PEPIAS Cawangan Bangi yang bertapak di KUIS, Bangi.

Thursday, November 20, 2008

kenapa kita perlu jadi fasilitator?

Apabila kita fikirkan bersama, keprihatinan masyarakat pada hari ini
adalah amat kurang. Peningkatan gejala sosial semakin meningkat dan
amat meruncing. Pelbagai cerita dan khabar yang telah kita dengari dan
khuatiri. Apa peranan kita? Adakah kita hanya ingin mendengar dan
melihat tetapi tidak mahu turut sama membantu? Masyarakat hari ini
sudah hilang rasa peduli mereka kepada msayarakat. Mereka tidak
berminat untuk mengambil tahu tentang masalah orang lain dan hanya
menumpukan perhatian kepada kehidupan secara individu. Akhirnya ia
melahirkan masyarakat yang individualistik dan materialistik.

Apa itu fasilitator?
Fasilitator datangnya dari perkataan Bahasa Inggeris 'facilitator' . Ia
adalah kata terbitan dari kata dasarnya 'facilitate' . Secara bahasanya
ia membawa maksud kemudahan, bantuan atau membantu. Ia juga dikenali
sebagai pemudahcara, pembimbing dan banyak lagi istilah yang
digunakan. Fasilitator adalah contoh, pencetus, motivator, provokator
dan pelbagai peranan lagi. Ini menjadikan seorang fasilitator itu,
perlu mempunyai ilmu pengetahuan yang amat luas dalam pelbagai bidang
khususnya kemahiran hidup. Fasilitator akan dipertanggungjawabk an
kepada 3 perkara iaitu LDK, objektif dan simulasi.

Persoalannya, siapa dan mengapa perlu menjadi fasilitator? Tentunya
fasilitator mempunyai peranan besar dalam menjalankan tanggungjawab ini.

Siapa yang perlu menjadi fasilitator?
Firman Allah dalam Al-Quran surah Ali-Imran ayat 110 bermaksud: "Kamu
adalah umat yang terbaik yang lahir dari kalangan insan. Mengajak
kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran dan beriman kepada Allah".
Tidak disebutkan disini sebarang bangsa atau masyarakat yang akan
memikul amanah ini. Mereka yang menjalankan 3 tanggungjawab tersebut
adalah yang terbaik di sisi Allah. Adakah kita tidak mahu jadi
sebahagian darinya?

Mengapa saya perlu menjadi fasilitator?
Ada beberapa sebab utama mengapa kita perlu menjadi fasilitator yang
benar-benar menjadi kesan baik kepada orang lain iaitu;

Tanggungjawab dan amanah Khalifah
Tanggungjawab khalifah ini ialah memastikan keamanan dan ketenteraman
wujud di atas muka bumi ini. Sebagai khalifah, kita wajib memberikan
terbaik agar kehidupan di dunia ini adalah bekalan untuk ke akhirat.
Tanggungjawab khalifah ada 2 yang utama iaitu Hablum MinAllah
(hubungan dengan Allah) dan Hablum Minannaas (hubungan dengan
manusia). Berhubung dengan Allah merupakan sifat kehambaan yang
tertanam di dalam sanubari kita sebagaimana firman Allah, "Tidak Aku
ciptakan manusia dan jin melainkan untuk menyembah Aku".

Berhubung dengan manusia pula, inilah amanah khalifah yang diberikan.
Pertama ialah kerana kita telah diwajibkan menjadi Da'ie. Da'ie
berasal dari perkataan arab yang membawa maksud menyeru. Firman Allah
dalam Al-Quran dalam surah Al-Nahl yang bermaksud; "Serulah semua
manusia kepada jalan Tuhanmu dengan hikmat dan pelajaran yang baik dan
bantahlah mereka dengan cara yang baik".

Kedua ialah kerana kita perlu menjadi mahasiswa yang punya idealisme.
Mempunyai idealisme bermaksud memahami keperluan setempat, berusaha
memenuhi disamping mempunyai visi dan misi yang jelas terhadap hidup
diri serta masyarakat kita. Kita perlu tahu kenapa kita menjadi
mahasiswa dan kita perlu tahu mengapa kita terlalu penting untuk
masyarakat. Mahasiswa yang tidak punya idealisme merupaka mahasiswa
yang mati rasa kepeduliannya terhadap masyarakat mereka.

Ketiga ialah kerana kita pelu mengukuhkan keseimbangan daya
intelektual dan emosi berdasarkan kepada keadaan semasa. Hari ini
lahir terlalu ramai cerdik pandai tetapi mereka tidak berupaya untuk
melatih serta menyeimbangkan emosi mereka dengan keadaan semasa.
Kesannya, kerajaan telah berjaya melahirkan ramai teknokrat dari
bidang yang pelbagai. Mereka adalah individu mahir dengan pekerjaan
masing-masing, sejak diperingkat IPT telah disogokkan dalam pemikiran,
belajar untuk mencari pekerjaan. Dek kerana sibuk dengan tugasan
sehinggakan mereka hidup secara bersendirian atau individualistik.

Keempat ialah kerana kita memerlukan kekuatan rohani bagi mendepani
isu-isu pelbagai yang berkaitan dengan pegangan dan kepercayaan. Kita
harus ingat bahawa kehidupan kita dianugerahkan oleh Allah s.w.t. Kita
memerlukan agama dan agama tidak memerlukan kita. Kekuatan rohani
inilah keupayaan yang mampu menghalang kita dari melakukan
perkara-perkara terlarang dan berdosa.

Kelima pula ialah kerana kita memerlukan daya kerja aktivis yang
benar-benar ikhlas untuk berbakti kepada agama bangsa dan negara.
Aktivis sebegini tidak ramai kerana ia kerja yang memenatkan dan tidak
mendapat upah yang lumayan. Ingatlah kita kepada hadis Nabi yang
bermaksud; "Apabila mati seorang anak Adam, akan terputuslah dunia
daripadanya kecuali 3 iaitu doa anak yang soleh, sedekah amal jariah
dan ilmu yang bermanfaat".

Ingatkanlah, kita akan meninggalkan zuriat dan generasi baru akan
datang. Jika mereka tidak disediakan maka, siapa pula akan menyediakan
mereka? Kalau bukan sekarang bila lagi, kalau bukan kita siapa lagi.
Jadilah generasi yang terbaik, sentiasa mengajak kepada kebaikan dan
cegahlah kemungkaran. Moga-moga, keimanan kita bertambah dan
percayalah bahawa Allah pasti bersama orang-orang yang benar.

sumber dari abg kam...
sj je nk kongsi ilmu ngn korang2
bace erk beb
ilmu nie...

No comments: