APA ITU PEPIAS???

PEPIAS merupakan akronim daripada nama Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan mana sebelum ini dikenali sebagai Persatuan Kebajikan Dan Pendidikan Islam Selangor Darul Ehsan.
PEPIAS telah bertapak sebagai penubuhan yang sah pada tanggal 1 OKTOBER 1992 setelah mula bergerak sejak 1971.


PEPIAS berasaskan DUA GAGASAN iaitu KEBAJIKAN dan PENDIDIKAN ISLAM. PEPIAS lebih menumpukan kepada sasaran sekolah rendah dan sekolah menengah. "meluntur buluh biar dari rebungnya".

PEPIAS telah mempunyai 7 cawangan berdaftar yang mana salah satunya ialah PEPIAS Cawangan Bangi yang bertapak di KUIS, Bangi.

Thursday, November 27, 2008

permata

assalamualaikum
kawan2, kalau nak lebih information lagi boleh
ke http://permatadicari.blogspot.com
masa depan islam

Monday, November 24, 2008

Menawan Hati Kawan @ Lawan

Prinsip 1: Hadirkan sifat ini dan anda akan dialu-alukan dimana-mana sahaja anda pergi. Hatta ke pasar mahupun ke kuliah dan sekolah.Jadi orang yang menarik supaya orang tertarik. Menarik kadang-kadang tidak di lihat oleh rupa tapi ia terserlah oleh sikap anda. Maka jadilah yang benar-benar menarik. Dengan kata lain IKHLAS dalam bersosial.

Prinsip 2: Cara yang paling mudah dan ringkas tapi ramai yang mengabaikannya. Ia mesti di lakukan dengan penuh keikhlasan barulah masyarakat disekeliling akan senang dengan anda. Pasti ada yang tertarik. Senyum

Prinsip 3: Jika anda tidak melakukan tindakan ini maka anda akan menghadapi masalah besar dalam berkomunikasi. Apakah ia ya? Mengingati setiap nama kawan dan lawan anda. Serta sesiapa sahaja yang dijumpai.

Prinsip 4: Tindakan sebegini penting dalam mengekalkan keharmonian anda dalam berorganisasi. Jika anda seorang leader maka sikap ini sangat penting untuk anda amalkan. Jadikan pendengar yang terbaik.Jangan cepat membalas setiap apa yang anda dengar dengan negative sign.Encourage them untuk menceritakan tentang diri mereka, mungkin masalah mereka. Barulah mereka merasa dihargai.

Prinsip 5: Macamana ingin menjadikan anda diminati ramai.Sesudah itu kata-kata anda seolah-olah sangat berharga buat mereka yang mengikut anda.Bercakap interm of the other person`s interests. Ikut dan lihat apa kemahuan dan minat orang yang akan anda tawan hatinya. Bercakap atas minatnya. Bukan minat anda.

Prinsip 6: Bagimana pula ingin menjadikan diri anda disukai dalam sekejap sahaja pertemuan? Diri anda akan dihargai jka anda melakukannya.Dan kawan mahupun lawan akan menghormati anda. Lawan mungkin boleh berubah menjadi kawan. Jadikan mereka sangat penting buat anda dan mereka rasa diri mereka sangat penting buat anda. Dan lakukan dengan seikhlas hati.

Prinsip 7: Wajar dilakukan tindakan ini. Moga-moga mnjadikan kawan anda selesa bersama anda. Apakah ia? Penampilan kemas walaupun diri ini tidak secantik dan sehensem bintang-biintang filem tanah air mahupun hollywood.

Lawan juga teman.

Inilah sedikit perkongsian .Selamat mencuba dan praktikkan. Insyaallah diri anda akan dihargai,disayangi rakan mahupun lawan.

Komen penulis: Tajuk ni saya kira paling sesuai untuk saya coretkan buat kali ni. Namun begitu saya bukanlah seorang yang hebat, cuma ingin sekadar berkongsi sedikit sebanyak dari hasil pembacaan saya dari beberapa buku dan pemerhatian.

Komen editor: Menjaga hubungan sesama manusia dan menjaga hubungan dengan Allah. Hablul minannas wa hablul minnallah. InsyaAllah. Amin Ya Rabb.

Dakwah Dan Cinta

“Bagaimana kita mahu menasihatkan mad’u(ahli usrah) kita yang bercinta?” Satu soalan diberikan kepada ahli panel forum. Saya hanya duduk di belakang dewan memerhatikan sahaja gelagat si penyoal.

“Ada seorang rakan yang saya kenal di kampus. Aktif dalam gerakan dakwah tetapi dalam masa yang sama dia juga bercinta dengan seorang perempuan. Cuma selalunya hanya berjumpa apabila ada meeting, atau pun chatting di Yahoo Messenger dan sms…” Seorang lagi peserta bangun bercerita pengalamannya pula. Juga tentang cinta.

Masa remaja tentunya masa yang penuh dengan gelora perasaan kerana ia merupakan transisi menuju dewasa. Tidak kiralah mereka itu aktivis dakwah atau pun tidak kerana perasaan ingin menyayangi dan disayangi itu adalah fitrah. Tumbuh secara semula jadi dalam diri.

Semua manusia pasti ada perasaan tersebut. Mulanya hanya berjumpa sewaktu meeting, bekerjasama dalam program dakwah dan tarbiyah dan kemudian mulalah kerap sms bertanya khabar.

Lawan Vs. Kawal

“Kamu perlu lawan perasaan itu.” Kata seorang naqib sewaktu saya di sekolah dahulu.

Lawan? Kerana lawanlah perasaan tersebut dipendam-pendam. Akhirnya membuak-buak dan pecah. Lalu langsung tidak terkawal apabila di universiti. Itulah yang terjadi kepada beberapa orang rakan saya… Dan juga senior termasuk naqib saya itu.

Sudah beberapa kali saya terserempak dengan beberapa senior sekolah lama saya yang merangkap ketua pelajar mahupun naqib, kini keluar berdua-duaan dengan pasangan.

“Eh, abang dah berkahwin ke? Tak jemput ana pun.” Sengaja saya mengusik. Tersipu-sipu malu mukanya.

“Belum lagi.” Jawabnya ringkas.

Perasaan cinta bukan perlu dilawan. Mengapa perlu dilawan perkara yang sudah menjadi fitrah? Tetapi perasaan cinta itu perlu dikawal. Disalurkan ke tempat yang betul. Dikawal supaya tidak melampau batas-batas yang telah ditetapkan Tuhan.

“Sudah ada ikatan yang sah belum? Jika belum ada cepat-cepat mengikat dengan cara yang sah dan terbaik. Jika masih lama lagi waktunya untuk mengikat hubungan, maka seeloknya berhentikanlah dahulu. Takut-takut nanti jadi jemu dan akhirnya berpisah begitu sahaja. Sekurang-kurangnya bertunanglah…”


Seorang ustaz saya ada menasihatkan, “Siapa kata bertunang tidak boleh berkenal-kenalan dengan pasangan kita itu? Waktu pertunanganlah waktu untuk kita berkenal-kenalan. Islam menyuruh kita memilih pasangan yang sesuai dengan diri kita sebelum kita menikahinya.”

Over Rate Diri Sendiri

“Saya ada menyukai seseorang, dan kami telah berkenalan agak lama. Cuma sekarang saya rasa serba salah. Adakah cara kami ini salah atau betul?” Seorang rakan menyoal saya. Dan saya mengenalinya sebagai orang kuat dalam satu persatuan agama di kampus.

“Apa cara yang kamu rasa salah atau betul itu?” Saya kembali menyoal.

“Kami tidaklah kerap berjumpa seperti pasangan lain. Kalau berjumpa pun akan ada seseorang menemani. Kami cuma kerap berhubung melalui sms. Itupun sms kami selalunya berkaitan persoalan agama.” Dia cuba menerangkan.

Saya menarik nafas panjang. Kemudian melepaskannya perlahan-lahan. Dalam hati ingin saja berkata, ’Saya bukanlah seorang yang selalu pergi ceramah agama berbanding dia. Lagikan pula memberi ceramah sana-sini seperti dia. Tetapi tahu jugalah sikit-sikit tentang persoalan ikhtilat(pergaulan) antara lelaki dan perempuan.’

“Dalam diri kita ini tidak kiralah siapa pun, ada satu sifat over rate diri sendiri. Tidak kiralah saya atau pun kamu, turut ada sifat itu.” Saya cuba memulakan penerangan. Berhenti seketika.

“Apa maksud sifat over rate itu?” Belum sempat saya meneruskan, dia menyoal.

“Sifat ini yang membuatkan kita merasakan apa yang kita buat nampak macam betul. Sedangkan bila kita tengok orang lain buat, nampak macam salah. Walhal perbuatan tersebut lebih kurang sama sahaja. Itu yang menyebabkan selalu saya lihat hari itu si dia pergi menegur sepasang remaja yang duduk bersembang, tetapi esoknya saya lihat dia pula berjumpa dengan pasangannya.

Kemudian siap bersembang dalam sms ataupun chatting di YM agak lama. Cuma nampak sahaja seperti lebih baik, tetapi maksud dan tujuannya tetap sama. Tetap dalam bahasa yang selalu kita panggil sebagai ’couple’. Ini kerana kita merasakan diri sendiri itu sudah terlalu baik, jadi apa sahaja yang dibuat dirasakan sebagai tindakan yang betul.” Saya cuba menerangkan sebaik mungkin.

Dia kemudian meminta diri daripada saya. Entah dapat menerima kata-kata saya sebentar tadi ataupun tidak.

Saya bukanlah melarang perbincangan agama melalui sms dan chatting di YM. Perkara yang elok mengapa perlu dihalang. Tetapi perlulah dikawal. Seeloknya bertanya dahulu dengan ustaz atau ustazah, sekiranya tidak berkemampuan bertanyalah kepada rakan yang sejantina terlebih dahulu. Jika tidak dapat juga, barulah bertanya kepada yang berlainan jantina.

Bukanlah salah kalau ia satu keperluan tapi takut-takut kita sengaja cuba mencari ’alasan’ dengan mengadakan perbincangan agama supaya dapat berhubung dengan si dia.

Hijab dan Wanita Dakwah

Hijab ertinya tirai atau dinding. Memisahkan antara sesuatu dengan sesuatu. Dalam maksud yang lain juga bermakna perselindungan wanita dalam Islam daripada lelaki yang bukan muhrimnya.

Islam membentuk satu peraturan hijab, melatih manusia untuk mendisiplinkan kecenderungan diri mereka terhadap jenis yang berlawan dengan mereka. Agar kecenderungan ini disalurkan melalui jalan-jalan yang halal.

pahrol juoi“Hijab bukan hanya terbatas kepada perintah untuk wanita menutup kepala dan muka mereka sahaja. Tetapi ia juga adalah panduan bagi lelaki dan perempuan dalam kehidupan bermasyarakat.

Tidak guna rasanya jika seseorang perempuan itu memakai tudung labuh dan purdah tetapi masih juga melakukan hal-hal yang tidak sepatutnya. Apabila ada persoalan yang tidak dapat terjawab terus mencari ’lelaki yang disukainya’ untuk bertanyakan soalan.”

Jika seseorang itu merasakan dia sudah memiliki nilai-nilai akhlak yang baik tetapi meninggalkan aspek hijab dalam pakaiannya, maka ini adalah satu kekeliruan yang besar.

Contohnya seseorang itu telah banyak menunaikan solat fardu dan sunat, malah sudah banyak kali menunaikan haji. Bolehkah dia meninggalkan solat Subuh walau sekali? Tentu sekali tidak. Dalam Islam tidak ada konsep ’sekiranya sudah melaksanakan perkara yang wajib, boleh menggugurkan perkara wajib yang lain’.

Samalah halnya dengan jika seseorang sudah menutup aurat sepenuhnya tetapi masih juga melanggar batas-batas pergaulan.



* Azree Hanifiah merupakan salah seorang penulis jemputan dan kini menuntut di Universiti Islam Antarabangsa(UIA) dalam bidang kejuruteraan. Artikel dipetik daripada blog beliau; www.studiomuslim.com

Usrah, Meeting, Program dan...?



Hayatilah cerita ini...
"Tembak tepat makan dalam"


Tariq melabuhkan badannya ke tilam murah di rumah sewa setelah penat membawa usrah sebentar tadi. Dia menyiapkan beberapa tugasan untuk dihantar pada pensyarah pagi esok. Selesai saja tugasan, Tariq terpaku seketika dek terkenangkan ahli-ahli usrah yang dibawanya... Adakala rasa seronok berkongsi pandangan dengan mereka. Tapi... "Ahh... Malas la nak fikir, tidur lagi bagus", detik hatinya. Jam menunjukkan pukul 2.00 pagi.

Sebelum Subuh lagi Tariq bangun untuk bersiap-siap ke surau. Dengan mata yang bengkak kerana tak cukup tidur, dia jalan terhuyung-hayang menuju ke surau berdekatan setelah mengambil wudhuk di rumah. Selesai solat berjamaah, ia berzikir sambil 'menunduk-nudukkan kepala' tanda sangat 'khusyuk' dalam zikirnya. "Alahai.. mengantuknya. Balik rumah je la. Boleh landing kejap sebelum ke kuliah.."


"Tariq...! Awak mengantuk lagi, pergi basuh muka", tegur pensyarahnya, Dr. Syarah. Mata Tariq cerah semula. Ramai pelajar tersenyum sinis memandangnya. "Alamak... kantoi lagi aku dengan Dr. Syarah", getus hatinya. Tariq membuat muka selamba seolah tiada apa-apa yang berlaku. Pensyarah itu meneruskan syarahnya walaupun mata Tariq masih lagi 'bergelombang' sayup-sayup layu mata memandang.

Sedang mendengar kuliah dengan mata kemerah-merahan, handphone Tariq vibrate menandakan ada call atau sms dari seseorang. "Salam. Jangan lupa 8.15 malam ni diadakan meeting di aras jamaah, fakulti program." Begitulah pesanan sms yang tertulis dari kawan seusrahnya, Mutarriq. "Meeting lagi", keluh hatinya. "Malam tadi dah usrah, malam ni meeting pulak", tambah hatinya. Selesai hantar tugasan dan kuliah 'tidur' jam 10.30 pagi, Tariq meluru ke motornya sambil membelek buku kecilnya jika ada perkara-perkara yang perlu dilakukan.

"Ishh... Yang ni tak buat lagi, yang ni pun tak buat lagi. Hari ni dah Khamis, program hari Sabtu. Apa aku nak jawab dengan Mutarriq malam nanti?" tanya hatinya. Mahu tak mahu Tariq pulang ke rumahnya. Ia membuka komputer sambil menaip-naip sesuatu sambil memicit kepalanya. "Ok. Kuliah lambat lagi. Pukul 2.00 petang. Boleh aku siapkan kerja aku ni", cetus hatinya sambil melihat jam tangannya yang menunjukkan pukul 11.00 pagi.

Setelah dua jam berhempas pulas, akhirnya kerja yang berkaitan dengan program Sabtu terdekat selesai. "Alhamdulillah..." syukur Tariq padaNya kerana memudahkan urusannya. Tariq cukup yakin akan pertolongan Allah bagi orang yang menolong agamaNya. Selesai solat Zohor, Tariq bergegas ke fakulti untuk kuliah. Dengan macho ia masuk ke kelas. Belum sempat Tariq duduk dan bertegur sapa dengan kawannya, pensyarah berkata, "Ok kelas, kita ada kuiz sekarang. Sila tutup buku dan nota". Hilanglah macho Tariq apabila mendengar perkataan keramat itu. Mulutnya ternganga kelu tanpa kata. "Habis la aku kali ni... Satu apa pun aku tak baca", kata hatinya.

Timbullah suara-suara jahat Azazil: "Itulah kau. Sibuk usrah, meeting, program memanjang sampai belajar entah ke mana. Kalau kau belajar saja kan bagus. Mesti kau boleh score punya. Usrah, meeting, program ni lepas belajar pun boleh buat. Malam esok kamu pulak ada usrah di rumah Pak Cik Murabbi. Bila pulak kamu nak study? Haa.. Jawab, jawab...!". Tariq tak jawab apa-apa oleh kerana kagetnya sambil mulut ternganga. Lebih jahat lagi Azazil menghasut: "Kamu nak mintak tolong siapa sekarang. Pak Cik Murabbi tak dapat tolong kamu. Jamaah pun tak dapat tolong kamu. Allah tak tolong kamu. Fail nanti kamu jugak yang susah." Walaupun sedang dilema, Tariq meneruskan kuiznya sekadar yang termampu.

"Tariq mesti istiqamah dalam perjuangan...", kata Pak cik Murabbi setelah Tariq mengadu masalahnya. "Belajar tu wajib. Kamu mesti bersedia sepanjang masa", tambahnya lagi. "Tapi Pak Cik, macam mana? Setiap hari ada saja kerja yang perlu dibuat sampai tak sempat nak study", kata Tariq. "Masing-masing diberikan masa secukupnya, cuma kita yang tak pandai menggunakannya", jawab Pak Cik Murabbi. "Banyak lagi masa yang kita ada. Cuba kamu kira, berapa lama berbual-bual dengan kawan? Berapa lama melayari internet? Berapa lama menonton televisyen? Berapa lama bermain games? Berapa lama makan di gerai?" tambahnya.

"Semua itu pencuri masa kita. Kurangkan masa-masa tersebut dan Tariq pasti ada masa untuk study", tegasnya. Lantas Pak Cik berpesan kepada Tariq sebelum pulang dari usrah: "Jangan salahkan perkara atau orang lain jika salah itu datang daripada diri kita sendiri. Salah kita kerana tidak pandai menguruskan masa. Orang lain pun lebih sibuk daripada awak dan ia juga berjaya dalam pelajarannya. Ia juga diberi 24 jam sehari seperti awak." Amat tepat sekali jawapan Pak Cik Murabbi kepada Tariq dan menimbulkan kembali semangat juangnya untuk Islam dan tidak melupakan masa untuk belajar.

Namun, Tariq bertanya: "Siapa orang lain yang berjaya tu Pak Cik?". Dengan selamba Pak Cik Murabbi menjawab: "Pak Cik la orang lain tu. Nak bagitau nama orang lain Pak Cik tak tau...", sambil senyum meleret pada Tariq sambil ternampak gigi. "Terima kasih atas nasihat Pak Cik", kata Tariq sambil tersenyum. Tariq pulang bersama mutiara berharga dari Pak Cik Murabbi yang juga cemerlang dalam usrah, meeting, program dan... AKADEMIK semasa belajar dahulu.

"Masa itu ibarat pedang. Jika kita tidak memotongnya, ia akan memotong kita."
(Pepatah Arab)

renung-renungkanlah....



ramai yang percaya bahawa DUNIA INI HANYA SEMENTARA
dan akhirat adalah TEMPAT KEMBALI YANG ABADI.....
tapi masih juga BERLUMBA-LUMBA MENGEJAR DUNIA.....

teman...


Sunday, November 23, 2008

BAHAN USRAH UNTUK 24 NOVEMBER 2008



Persahabatan adalah istilah yang menggambarkan perilaku kerja sama dan saling mendukung antara dua atau lebih entitas sosial. Artikel ini memusatkan perhatian pada pemahaman yang khas dalam hubungan antara pribadi. Dalam pengertian ini, istilah "persahabatan" menggambarkan suatu hubungan yang melibatkan pengetahuan, penghargaan dan afeksi. Sahabat akan menyambut kehadiran sesamanya dan menunjukkan kesetiaan satu sama lain, seringkali hingga pada altruisme. selera mereka biasanya serupa dan mungkin saling bertemu, dan mereka menikmati kegiatan-kegiatan yang mereka sukai. Mereka juga akan terlibat dalam perilaku yang saling menolong, seperti tukar-menukar nasihat dan saling menolong dalam kesulitan. Sahabat adalah orang yang memperlihatkan perilaku yang berbalasan dan reflektif. Namun bagi banyak orang, persahabatan seringkali tidak lebih daripada kepercayaan bahwa seseorang atau sesuatu tidak akan merugikan atau menyakiti mereka.

Nilai yang terdapat dalam persahabatan seringkali apa yang dihasilkan ketika seorang sahabat memperlihatkan secara konsisten:

Seringkali ada anggapan bahawa sahabat sejati sanggup mengungkapkan perasaan-perasaan yang terdalam, yang mungkin tidak dapat diungkapkan, kecuali dalam keadaan-keadaan yang sangat sulit, ketika mereka datang untuk menolong. Dibandingkan dengan hubungan peribadi, persahabatan dianggap lebih dekat daripada sekadar kenalan, meskipun dalam persahabatan atau hubungan antara kenalan terdapat tingkat keintiman yang berbeza-beza. Bagi banyak orang, persahabatan dan hubungan antara kenalan terdapat dalam kontinum yang sama.

Disiplin-disiplin utama yang mempelajari persahabatan adalah sosiologi, antropologi dan zoologi. Berbagai teori tentang persahabatan telah dikemukakan, di antaranya adalah psikologi sosial, teori pertukaran sosial, teori keadilan, dialektika relasional, dan tingkat keakraban.

PERSAHABATAN.........


Sebaik-baik sahabat ialah yang elok dalam perangai dan budi pekerti.

Jangan basuh mangkuk persahabatan dengan cuka.

Apabila temanmu berubah dan bertukar keadaannya,jangan engkau tinggalkan dia, kerana sekali ia membengkok dan sekali ia melurus.

Sendirian lebih baik daripada mengambil teman duduk dengan orang jahat, dan teman duduk orang baik adalah lebih baik daripada sendirian.

Apabila engkau ingin mengambil seseorang menjadi teman, maka buatlah dia supaya marah kemudian suruh orang bertanya kepadanya tentang dirimu dan rahsiamu. Sekiranya ia mengatakan yang baik dan menyembunyikan rahsiamu, maka ambillah dia menjadai sahabat.

Tiadalah yang menyentuhkan kau ke dalam bencana selain kerana berteman dengan orang yang kau tidak malu kepadanya.

Kalau engkau ramai sahabat bersyukurlah! Lantaran ramai orang yang menghargai dan memperhatikan engkau ,tandanya harga dirimu mahal dan timbangannya berat.

Persahabatan adalah perisai bagi segala bencana dan segala peristiwa yang terjadi pada setiap zaman.

Manusia yang paling lemah ialah orang yang tidak sanggup mencari teman dan paling lemah daripada itu ialah orang yang mensia-siakan teman yang diperolehinnya.

Barang siapa mengkehendaki daripada sahabatnya apa yang tidak dikehendakinya, maka seseungguhnya ia telah berbuat zalim kepadanya. Barang siapa mengkehendaki daripada sahabatnya seperti apa yang dikehendakinya, seseungguhnya ia telah mendatangkan kepayahan kepadanya. Barang siapa tidak mengkehendaki apa-apa daripada sahabatnya, seseungguhnya ia berbuat keutamaan kepadanya.

Sahabat sejati adalah orang-orang yang dapat berkata-kata benar denganmu, dan bukan orang-orang yang dapat membenarkan kata-katanmu.

Teman-teman kita kasihi daripada keluarga dan anak-anak kita, kerana keluarga mengingatkan kita kepada dunia dan teman-teman mengingatkan kita pada akhirat.

Uji sahabatmu dengan kepapaan atau kesusahan kamu.

Kekayaan menarik sahabat-sahabatmu. kemiskinan menjadi penolaknya.

Sahabatmu pada hari ini boleh menjadi seteru pada hari esok.

Sahabat yang bebal lebih merbahaya daripada seteru yang berakal.

Sahabat yang celaka itu sentiasa melalaikan kita, tetapi seteru yang celaka sentiasa mengingatkan kita.

Anjing yang garang itu lebih baik daripada sahabat yang khianat.

Bersahabat dengan orang jahat itu ibarat berperahu di laut. Sunguhpun kita selamat daripada tenggelam tetapi kita tidak terlepas daripada rasa takut.

Sahabat sering menjadi musuh.Oleh itu berhati-hatilah memilih sahabat.

Bermusuh dengan orang yang berakal lebih ringan daripada bersahabat dengan orang bodoh.

Apabila datang kesusahan dan kepayahan,di situlah nyata kawan dan lawan.

Bersahabatlah dengan hatimu terlebih dahulu daripada bersahabat dengan orang lain.

Pengubat jerih manusia adalah dua keutamaan,pertama iman kepada Allah, kedua percaya kepada sahabat.

Supaya engkau beroleh sahabat ,hendaklah diri engkau sendiri sanggup menyempurnakan menjadi sahabat orang.

Sahabatmu suka kepadamu,tetapi tidaklah tiap-tiap orang yang suka kepadamu itu sahabatmu.

Bila orang merasa dirinya besar,dia lupa akan salahnya,hanya sahabat yang setia sanggup membuka matanya.

Musuhmu adalah sahabatmu yang akrab.

Jangan ditanya siapa orang itu,tetapi tanyalah siapa temannya. Kerana teman saling mencontohi.

Apabila orang salih memandang akan orang fasik maka ia mendoakan "Wahai tuhanku, kurniailah kepadanya petunjuk, terimalah taubatnya dan ampunilah kesalahannya.

Suatu pendirian yang salah, tidak akan dapat dipertahankan apabila berhadapan dengan pendirian yang benar.

Manusia memang selalu lalai memperhitungkannya bahawa dia bersalah. Setelah datang malapetaka dengan tiba-tiba dia mejadi bingung, lalu menyalahkan orang lain atau menyalahkan takdir.

Mustahil bahawa yang salah akan dapat bertahan lama. Mempertahankan yang batil, sama seperti menunda kekalahan

Thursday, November 20, 2008

kenapa kita perlu jadi fasilitator?

Apabila kita fikirkan bersama, keprihatinan masyarakat pada hari ini
adalah amat kurang. Peningkatan gejala sosial semakin meningkat dan
amat meruncing. Pelbagai cerita dan khabar yang telah kita dengari dan
khuatiri. Apa peranan kita? Adakah kita hanya ingin mendengar dan
melihat tetapi tidak mahu turut sama membantu? Masyarakat hari ini
sudah hilang rasa peduli mereka kepada msayarakat. Mereka tidak
berminat untuk mengambil tahu tentang masalah orang lain dan hanya
menumpukan perhatian kepada kehidupan secara individu. Akhirnya ia
melahirkan masyarakat yang individualistik dan materialistik.

Apa itu fasilitator?
Fasilitator datangnya dari perkataan Bahasa Inggeris 'facilitator' . Ia
adalah kata terbitan dari kata dasarnya 'facilitate' . Secara bahasanya
ia membawa maksud kemudahan, bantuan atau membantu. Ia juga dikenali
sebagai pemudahcara, pembimbing dan banyak lagi istilah yang
digunakan. Fasilitator adalah contoh, pencetus, motivator, provokator
dan pelbagai peranan lagi. Ini menjadikan seorang fasilitator itu,
perlu mempunyai ilmu pengetahuan yang amat luas dalam pelbagai bidang
khususnya kemahiran hidup. Fasilitator akan dipertanggungjawabk an
kepada 3 perkara iaitu LDK, objektif dan simulasi.

Persoalannya, siapa dan mengapa perlu menjadi fasilitator? Tentunya
fasilitator mempunyai peranan besar dalam menjalankan tanggungjawab ini.

Siapa yang perlu menjadi fasilitator?
Firman Allah dalam Al-Quran surah Ali-Imran ayat 110 bermaksud: "Kamu
adalah umat yang terbaik yang lahir dari kalangan insan. Mengajak
kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran dan beriman kepada Allah".
Tidak disebutkan disini sebarang bangsa atau masyarakat yang akan
memikul amanah ini. Mereka yang menjalankan 3 tanggungjawab tersebut
adalah yang terbaik di sisi Allah. Adakah kita tidak mahu jadi
sebahagian darinya?

Mengapa saya perlu menjadi fasilitator?
Ada beberapa sebab utama mengapa kita perlu menjadi fasilitator yang
benar-benar menjadi kesan baik kepada orang lain iaitu;

Tanggungjawab dan amanah Khalifah
Tanggungjawab khalifah ini ialah memastikan keamanan dan ketenteraman
wujud di atas muka bumi ini. Sebagai khalifah, kita wajib memberikan
terbaik agar kehidupan di dunia ini adalah bekalan untuk ke akhirat.
Tanggungjawab khalifah ada 2 yang utama iaitu Hablum MinAllah
(hubungan dengan Allah) dan Hablum Minannaas (hubungan dengan
manusia). Berhubung dengan Allah merupakan sifat kehambaan yang
tertanam di dalam sanubari kita sebagaimana firman Allah, "Tidak Aku
ciptakan manusia dan jin melainkan untuk menyembah Aku".

Berhubung dengan manusia pula, inilah amanah khalifah yang diberikan.
Pertama ialah kerana kita telah diwajibkan menjadi Da'ie. Da'ie
berasal dari perkataan arab yang membawa maksud menyeru. Firman Allah
dalam Al-Quran dalam surah Al-Nahl yang bermaksud; "Serulah semua
manusia kepada jalan Tuhanmu dengan hikmat dan pelajaran yang baik dan
bantahlah mereka dengan cara yang baik".

Kedua ialah kerana kita perlu menjadi mahasiswa yang punya idealisme.
Mempunyai idealisme bermaksud memahami keperluan setempat, berusaha
memenuhi disamping mempunyai visi dan misi yang jelas terhadap hidup
diri serta masyarakat kita. Kita perlu tahu kenapa kita menjadi
mahasiswa dan kita perlu tahu mengapa kita terlalu penting untuk
masyarakat. Mahasiswa yang tidak punya idealisme merupaka mahasiswa
yang mati rasa kepeduliannya terhadap masyarakat mereka.

Ketiga ialah kerana kita pelu mengukuhkan keseimbangan daya
intelektual dan emosi berdasarkan kepada keadaan semasa. Hari ini
lahir terlalu ramai cerdik pandai tetapi mereka tidak berupaya untuk
melatih serta menyeimbangkan emosi mereka dengan keadaan semasa.
Kesannya, kerajaan telah berjaya melahirkan ramai teknokrat dari
bidang yang pelbagai. Mereka adalah individu mahir dengan pekerjaan
masing-masing, sejak diperingkat IPT telah disogokkan dalam pemikiran,
belajar untuk mencari pekerjaan. Dek kerana sibuk dengan tugasan
sehinggakan mereka hidup secara bersendirian atau individualistik.

Keempat ialah kerana kita memerlukan kekuatan rohani bagi mendepani
isu-isu pelbagai yang berkaitan dengan pegangan dan kepercayaan. Kita
harus ingat bahawa kehidupan kita dianugerahkan oleh Allah s.w.t. Kita
memerlukan agama dan agama tidak memerlukan kita. Kekuatan rohani
inilah keupayaan yang mampu menghalang kita dari melakukan
perkara-perkara terlarang dan berdosa.

Kelima pula ialah kerana kita memerlukan daya kerja aktivis yang
benar-benar ikhlas untuk berbakti kepada agama bangsa dan negara.
Aktivis sebegini tidak ramai kerana ia kerja yang memenatkan dan tidak
mendapat upah yang lumayan. Ingatlah kita kepada hadis Nabi yang
bermaksud; "Apabila mati seorang anak Adam, akan terputuslah dunia
daripadanya kecuali 3 iaitu doa anak yang soleh, sedekah amal jariah
dan ilmu yang bermanfaat".

Ingatkanlah, kita akan meninggalkan zuriat dan generasi baru akan
datang. Jika mereka tidak disediakan maka, siapa pula akan menyediakan
mereka? Kalau bukan sekarang bila lagi, kalau bukan kita siapa lagi.
Jadilah generasi yang terbaik, sentiasa mengajak kepada kebaikan dan
cegahlah kemungkaran. Moga-moga, keimanan kita bertambah dan
percayalah bahawa Allah pasti bersama orang-orang yang benar.

sumber dari abg kam...
sj je nk kongsi ilmu ngn korang2
bace erk beb
ilmu nie...

Tuesday, November 18, 2008

PaKaiAn

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw. Bersabda:

“Ada dua macam penduduk neraka yang keduanya belum kelihatan olehku.
(1) Kaum yang memiliki cambuk seperti ekor sapi, yang dipergunakan untuk memukul orang. (2) Wanita-wanita berpakaian, tetapi sama juga dengan bertelanjang (kerana pakaiannya terlalu minim, terlalu nipis atau tembus pandang, terlalu ketat, atau pakaian yang merangsang lelaki kerana bahagian auratnya terbuka),
dan wanita-wanita yang mudah dirayu atau suka merayu, rambut mereka (disasak) bagaikan punuk unta. Wanita-wanita tersebut tidak dapat masuk syurga, bahkan tidak dapat mencium bau syurga. Padahal bau syurga dapat tercium dari jarak yang sangat jauh.”

(HADIS RIWAYAT MUSLIM)

Saturday, November 15, 2008

CIRI-ciri WANITA solehah

Kita sering mendengar tentang kehebatan wanita-wanita Islam pada zaman Rasulullah s.a.w dan para sahabat sehingga mendapat gelaran wanita solehah. Kita juga tahu bagaimana hebatnya pengorbanan Saidatina Khadijah dalam membantu perjuangan Rasulullah s.a.w di peringkat awal kebangkitan Islam sehingga berjaya menegakkan kalimah Allah di bumi Mekkah.Ya, hanya berbekalkan keimanan, keyakinan dan keikhlasan Saidatina Khadijah, dia mampu menjadi wanita mulia di sisi Rasulullah s.a.w. Namanya sentiasa menjadi sebutan baginda, walaupun selepas kewafatan Saidatina Khadijah.Persoalannya, apakah gelaran demikian sudah tidak layak untuk wanita zaman sekarang??????

Atau wanita kini tidak mampu memiliki peribadi wanita solehah sebagaimana zaman Rasulullah s.a.w.??????

Tanggapan itu memang tidak benar sama sekali kerana hakikatnya Islam sesuai untuk semua zaman. Bererti masa dan zaman bukanlah faktor utama untuk menentukan taraf seseorang wanita di sisi Allah seperti wanita pada zaman Rasulullah s.a.w.Kalau diteliti secara ilmiah tidaklah sukar untuk seseorang wanita mendapat gelaran solehah.

Hal ini kerana Islam tidak mengenakan banyak syarat untuk mendapat gelaran tersebut dan seterusnya memperolehi ganjaran pahala syurga yang penuh kenikmatan daripada Allah s.w.t.

Perkara ini tidaklah sukar sebagaimana yang digambarkan oleh sesetengah orang, sebaliknya wanita hanya perlu memenuhi dua syarat iaitu:1. Taat kepada Allah dan Rasul-Nya.2. Taat kepada suami.Persoalannya bagaimana yang dikatakan mentaati Allah dan Rasul-Nya?

Jawapannya tentu mudah, iaitu melakukan segala suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya secara menyeluruh.Antaranya:

a) Menutup aurat apabila berada bersama dengan lelaki yang bukan mahramnya, tidak kira sama ada di dalam atau di luar rumah.Ini kerana menutup aurat itu wajib.
b) Mempamerkan imej diri sebagai wanita beriman. Ini bermakna wanita Islam tidak mudah terpengaruh dengan cara orang bukan Islam berhias.
c) Sentiasa memelihara hubungan baik dengan jiran-jirannya walaupun berlainan agama dan bangsa.
d) Berbuat baik kepada kedua ibu bapa.
e) Sentiasa bersedekah sama ada dalam keadaan senang mahupun susah. Sering membantu kaum lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan takwa.
f) Tidak bermusafir atau bersama lelaki ajnabi kecuali ada bersamanya mahramnya
g) Tidak berkhalwat dengan lelaki ajnabi kerana ia boleh menimbulkan fitnah, bahkan perzinaan.

Taat kepada suami

a) Menjaga harta suami dan menguruskannya dengan baik.
b) Sentiasa menyenangkan hati suami.
c) Keluar rumah dengan keizinan suami.
d) Sentiasa mentaati perintah suami selagi tidak bertentangan dengan hukum syarak.
e) Memelihara diri dan kehormatan semasa ketiadaan suami.
f) Menjaga kebersihan diri dan rumah tangga.
g) Menerima tetamu yang diizinkan oleh suami atau orang yang disukai oleh suami.

Itulah antara tanda dan ciri-ciri wanita solehah yang sewajarnya dimiliki oleh kaum wanita. Jadi, untuk memiliki semua itu, keyakinan dan kepercayaan kita akan kebesaran Allah mestilah disertai dengan ketaatan.Malah kita juga wajib mencintai Allah s.w.t dan Rasul-Nya melebihi daripada segala-galanya. Atas rasa kecintaan itulah maka Allah memberi kekuatan untuk kita mentaati perintah suami dan meninggalkan larangannya.

Sabda Rasulullah s.a.w ; orang yang paling sempurna di antara mereka yang beriman ialah yang paling baik budi pekerti, dan yang terbaik di antara kamu ialah mereka yang paling baik terhadap keluarga. (riwayat Al-Tarmizi)

Mentaati dan menyenangkan hati ibu
Perempuan yang menjaga agamanya adalah satu keuntungan

Mentaati suami dan menjaga kehormatan diri ketika ketiadaan suami (bagi yang telah bersuami)

Kesederhanaan dan kemurnian merupakan sebahagian daripada iman

Tidak menceritakan keaiban suami kepada orang lain (bagi yang telah bersuami)

Wanita disuruh menutup kecantikannya kecuali kepada suami, saudara terdekat, pembantu rumah dan kanak-kanak yang belum mengerti tentang seks

Kesopanan adalah sebahagian dari iman dan iman itu tempatnya di syurga (riwayat Ahmad dan Al-Tarmizi)

"Menetaplah di rumah dan janganlah mempamerkan perhiasan dan kecantikan kamu kepada orang-orang asing seperti mana wanita jahiliah (surah Al-Ahzab:33)

Menjaga pergaulan di antara lelaki dan wanita

PEREMPUAN MUKMINAH

Siti Zubaidah tokoh pembangunan yang berwawasan
Dia seorang lagi serikandi Islam yang cukup terkenal dari dahulu sehingga kini. Dia juga turut dikaitkan dengan terusan yang cukup pernting dan popular serta menjadi nadi kepada umat Islam, terutama yang datang ke Mekah untuk mengerjakan haji.


Terusan yang dibina kira-kira 1400 tahun dahulu itu adalah hasil dari inisiatif seorang wanita hartawan, Siti Zubaidah binti Jaafar. Jasanya terutama dalam pembangunan infrastruktur di zaman kerajaan Abasiah. Terusan tersebut menjadi nadi penting pada masa itu.

Kisah wanita ini amat menarik untuk ditatapi oleh pembaca, bukan kerana dia isteri Khalifah Harun Al-Rashid, tetapi dikagumi kerana kepintaran dan wawasannya membina kemudahan infrastruktur negara.

Perkahwinan Siti Zubaidah dan Khalifah Harun diadakan secara besar-besaran semasa pemerintahan Al-Mahadi, ayahanda kepada Khalifah Harun. Rakyat jelata dan fakir miskin dihidangkan dengan pelbagai hidangan lazat serta diberikan pelbagai hadiah istimewa di majlis itu.

Khalifah Harun yang pada masa itu belum dilantik sebagai Khalifah sanggup membelanjakan banyak wang untuk meraikan perkahwinannya. Beliau sanggup melakukan apa sahaja kerana terlalu gembira berjaya memiliki wanita idaman.

Siti Zubaidah seorang wanita yang pintar dan berpandangan luas. Justeru pendapatnya sentiasa diterima dan dihormati. Selain itu di juga berbakat dalam bidang seni terutama sajak dan syair berunsur perjuangan, puji-pujian kepada Tuhan, selawat ke atas Nabi dan sebagainya.
Aktiviti seni dan budaya menjadi sebahagian dari darah dagingnya. Di juga mempunyai dan memimpin unit kebudayaan di bawah pimpinannya.

Selain itu di juga isteri yang memahami tugas dan tanggungjawab suami sebagai pejuang Islam. Untuk itu dia sentiasa berjalan seiring dengan perjuangan suami kerana menyedari tenaga wanita sepertinya turut diperlukan dalam perkembangan negara Islam.

Dia juga sedar bahawa tugas sebagai pemipin bukan satu tugas yang mudah dan tugas isteri jua bukan sekadar ibu rumahtangga, tetapi mendampingi, memberikan buah fikiran dan membantu tugas-tugas suami terutama dalam meningkat imej negara dan agama Islam.

Bagi memastikan segala-galanya berjalan lancar, Siti Zubaidah begitu berhati-hati mengatur hidupnya menguruskan rumahtangga dan menghibur suami serta anak-anak yang bakal dilahirkan.

Dia sedar sebagai isteri Khalifah, dia perlu cepat bertindak dan bijak membuat keputusan, berwaspada dalam semua keadaan, membataskan diri dengan hukum-hukum syarak serta berkorban apa sahaja untuk suami walaupun terpaksa mengorbankan perasaannya sendiri. Yang penting baginya biarlah suami mendapat layanan terbaik dan istimewa serta sentiasa dilimpahi kegembiraan.

Walaupun hidupnya dilimpahi kekayaan, tetapi wanita ini sentiasa memastikan dia tidak termakan dengan pujukan syaitan. Dia beranggapan kekayaan di dunia cuma sementera dan sekiranya dilaburkan mengikut cara yang betul akan mendapat keberkatan di akhirat kelak, manakala kehidupan akhirat adalah kehidupan yang kekal, indah dan terlalu manis. Keindahan dan kemanisan itulah yang dicari.

Idea untuk membina terusan tersebut terdetik apabila mendapat tahu bahawa penduduk di Mekah menghadapi masalah kekurangan air ketika mengerjakan haji pada tahun 186 hijrah.

Melihat keadaan itu, dia mengarahkan semua arkitek dan pekerja untuk segera melaksanakan pembinaan projek terusan walaupun terpaksa menanggung perbelanjaan yang besar.

Mereka memulakan kerja-kerja tersebut dengan menyambungkan mata air dari gunung-gunung di sekitar Mekah. Projek ini menelan belanja 1,700,000 dinar.

Ia masih beleh digunakan oleh sesiapa sahaja yang melalui jalan di antara Mekah dan Mina.
Selain itu dia juga turut memperbaiki jalan di antara Baghdad ke Mekah. Di sepanjang jalan dibina perigi-perigi dan rumah-rumah persinggahan untuk memudahkan orang ramai yang datang ke Mekah berehat.

Selain itu di Baghdad juga terdapat sebuah masjid terkenal dan dinamakan masjid Siti Zubaidah kerana dia yang bertanggungjawab membinanya

Khalifah Harun Al-Rashid amat gembira dan berasa bertuah kerana mempunyai isteri yang cantik dan bijak. Pasangan ini sering berbincang dan bertukar pandangan. Pendapat Siti Zubaidah selalu tepat dan sesuai untuk pembangunan semua golongan.

Tentang penglibatan dalam politik, dia tidak bermaksud untuk mencampuri urusan tersebut, tetapi mahukan anak sulungnya, Al-Amin dilantik sebagai Putera Mahkota, tetapi cadangan ini telah dibantah oleh Khalifah Harun Al-Rashid.

"Wahai Zubaidah, sesungguhnya kelebihan anakmu dihadapanmu adalah sama seperti keindahan seorang anak di mata ibu bapanya. Bertakwalah kepada Allah, sebenarnya demi Allah, anakmu ini lebih aku kasihi dari lain-lain"

"Tetapi perkara ini adalah perkara pemerintahan, tidak boleh diserahkan, melainkan kepada orang yang berhak. Kita semua bertanggungjawab kepada rakyat jelata dan berdosa jika kita cuai. Kita tentu tidak sanggup menemui Allah dengan menanggung dosa-dosa mereka serta dipertanggungjawabkan atas kesalahan-kesalahan mereka." Kata Khalifah.

Setelah mendengar kata-kata suami tersayang, Siti Zubaidah tidak membantah. Bagaimanapun sejarah kemudian menyaksikan Al Amin dilantik dan diberikan jawatan itu selepas kemangkatan Khalifah. Dia kemudian digulingkan dan dihukum bunuh setelah gagal melaksanakan tugas dengan baik. Tempatnya diganti oleh Al Makmum.

Siti Zubaidah menyaksikan semua itu dengan hati yang hancur luluh. Tetapi apabila mengingatkan kata-kata arwah suami, jiwanya kembali tenang. Dalam masa yang sama ada yang cuba menghasut supaya menuntut bela ke atas pembunuhan tersebut, tetapi dia berjaya mengenepikan hasutan tersebut. Baginya Al Makmum tidak bersalah dan dia kenal siapa anaknya dan siapa Al Makmum.

Sejak itu wanita ini menghabiskan sisa-sisa hidup dengan memperbanyakkan ibadat, berzikir serta memohon keampunan di atas dosa-dosa yang lalu. Dia juga menjadi tumpuan, tempat rujukan dan pertanyaan mengenai hal-hal furuk dalam ajaran Islam.

Siti Zubaidah menyimpan seramai 100 jariah yang menghafaz al-Quran. Dia meninggal dunia pada 216 Hijrah di Baghdad.
Kitab Riadhus Salikin menceritakan bahawa selepas beberapa malam setelah kematian Siti Zubaidah, seorang soleh yang bertaraf wali Allah bermimpi melihatnya berada di dalam syurga.
Wali Allah tersebut bertanya, "Apakah amalan yang menyebabkan engkau memperolehi darjat ini?"

"Tidak, bukan itu. Aku memperolehi darjat ini kerana harta yang bercampur. Allah mengira pahala dan mengampunkan segala dosaku kerana sewaktu aku mengadakan majlis nyanyian dan bersyair, aku hentikan apabila suara muazzin melaungkan azan, aku menyuruh semua jariahku berhenti dan menyambung kembali setelah azan selesai. Itulah amal ibadat yang Allah terima dan nilai," kata Siti Zubaidah.

ISTIMEWANYA WANITA


" Wanita yang memerah susu binatang dengan "Bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan."
" Wanita yang menguli tepung gandum dengan "Bismillah" Allah akan berkatkan rezekinya."
" Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah"
" Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi,"
" Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat."
" Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang yang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas takhta di Hari Akhirat."
" Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan dibuatnya pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatatkan baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian."
" Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkansebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya."
" Sabda Nabi S.A.W: "Ya Fatimah, barang mana wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum akan dia dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya Sakaratul Maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman Syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shirat."

Thursday, November 13, 2008

BAHAN USRAH UNTUK 17 NOVEMBER 2008....!!!!



CINTA


Apakah CINTA??


  1. Cinta hanya perasaan kasih dan sayang antara lelaki dan perempuan sahaja.
  2. Cinta merupakan perkataan rekaan yang di cipta melalui perasaan sahaja.
  3. Cinta boleh di tafsirkan dengan seribu istilah - Pada asasnya cinta bererti bekerja sama-sama, hormat-menghormati dan berkongsi kejayaan.
  4. Cinta juga di maksudkan kemahuan bersama untuk mendapatkan sesuatu misalnya : - Puncak cinta pasangan berkahwin untuk mendirikan mahligai bahgia bersama-sama.
  5. Bagi pasangan yang bercinta itulah puncak cinta mereka.
  6. Cinta sejati sebenarnya: perlakuan dan perasaan kasih sayang yang tidak melanggar hukum dan peraturan agama.
  7. Maka cinta seperti Romeo dan Juliet, Laila dan Majnun, Uda dan Dara bukanlah cinta sebenar yang perlu dicontohi dan di agung-agungkan kerana :-
  • Percintaan mereka banyak melanggar hukum agama.
  • Terpaksa melakukan pengorbanan yang di tegah agama demi cinta.
  • Mengorbankan kesucian cinta.

8. Cinta yang perlu disuburkan dalam jiwa insan ialah mencintai seseorang kerana Allah

  • Bukan kerana cantik
  • Bukan kerana muda
  • Bukan kerana baik
  • Bukan kerana kasihan pada pasangan
  • Bukan kerana kesunyian
  • Bukan kerana ingin berpasangan

9. Kesemua sebab itu mestilah di hubungkan keran ALLAH.

10. Dengan ini cinta manusia tidak akan tercemar denagn maksiat dan perbuatan munkar kerana takut pada Allah, menghargai harga diri insan yang kita sayangi dan cinta itu.

11. Cinta sebenarnya dirasai oleh semua insan tetapi berbeza antara seseorang dengan seseorang yang lain.



Cinta kepada ALLAH.
Siapakah sebenarnya layak dicintai??
  1. Cinta yang agung hanya untuk Allah sebab semua makhluk ini tidak layak dan tidak patut di beri cinta yang agung.
  2. Cinta abadi yang tidak rosak dan cacat sepanjang hayat. Kalau mencintai Allah, Allah tidak akan mengecewakan kita.
  3. Allah sentiasa bersama kita.
  4. Bila-bila masa kita boleh bermesra dengannya.
  5. Mencurah isi hati dan harapan padanya
  6. Cinta Allah kepada kita lebih agung dari cinta segala-galanya.

Kemana hati hendak dibawa....?

  1. Bawalah ke hadrat Allah (basuhlah diri dengan wudhuk, pakailah pakaian yang bersih)
  2. Kemudian munajat pada Allah (aku datang wahai tuhan, sesudah manusia yang ku kasihi lari dan mengecewakan ku, terimalah hambamu yang penuh najis, penuh dosa dan hatiku buta)
  3. Selama ini aku meninggalkanMu kerana terpaut kepada nikmatMu, tapi mereka tidak memberi aku bahagia selama-lamanya.
  4. Siapa yang tidak cinta kepada Allah, nescaya hidupnya kosong, hatinya kosong.
  5. Sedangkan dunia yang dicintainya lari meninggalkan kita. -Kekasih hati pergi mengasihi orang lain.
  6. Maka ruangan cinta itu kosong hilang pertimbangan akibatnya ramai yang , membunuh diri .
  7. Ingin dikasihi dan mengasihi adalah fitrah.
  8. Bila ada orang lain mengasihinya automatiknya dia pula mengasihi orang lain.
  9. Tapi perlu diingatkan cinta dari makhluk bukan cinta hakiki kita sahaja menyangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari.
  10. Berilah cinta yang kekal abadi yang membawa kebahgiaan dunia dan akhirat.
  11. Kalau seseorang itu telah mencintai Allah, walau seluruh makhluk memusuhinya atau membencinya namun ia tetap mendapat kebahgiaan dan ketenangan.
  12. Sebab itu orang yang beriman sentiasa tenang walaupun dalam kesusahan dan ujian.
  13. Oleh yang demikian kalau kita tidak dapat memiliki cinta daripada manusia usahlah bersedih hati, kerana cinta itu tidak abadi.
  14. Burulah cinta yang agung iaitu cinta kepada Allah.

Dunia cinta itu mempunyai banyak peringkat:-

- Peringkat pertama
  1. Cinta pada anggotanya sendiri seperti mulut dan tangan seperti yang berlaku di peringkat bayi
  2. Kemudian cinta berkembang dan berpindah kepada orang yang paling hampir dengan bayi sehingga besar

- Peringkat kedua

  1. Percintaan ketika berumur enam hingga belasan tahun.
  2. Cinta kepada ibu bapa masih kuat dan akrab pada masa itu.

- Peringkat ketiga

  1. Apabila anak belasan tahun tadi memasuki dunia yang lebih luas.
  2. Maka bukan sahaja mencintai diri mereka dan orang tuanya
  3. Malah rakan yang terdekat dengannya tanpa mengira perbezaan jantina hingga kanak-kanak perempuan yang berkawan dengan kanak-kanak lelaki yang dipanggil TOMBOY, manakala kanak-kanak lelaki yang berkawan dengan kanak-kanak perempuan di panggil PONDAN.
  4. Pada peringkat ini penekanan diberi pada kelainan jantina, kanak-kanak lelaki perlu bersikap lelaki dan kanak-kanak lelaki perlu bersikap kewanitaan.
  5. Penegasan ini memisahkan mereka tetapi tidak dapat menahan mereka untuk saling tertarik antara satu sama lain.

- Peringkat keempat

  1. Remaja diberitahu mereka tidak boleh bergaul rapat dengan remaja berlainan jenis.
  2. Namun dari rasa tertarik dan memberi perhatian, timbul rasa jatuh cinta yang berkembang menjadi getaran rohani dan jasmani.
  3. Getaran perasaan itu sebenarnya sudah dinikmati sejak remaja diperingkat kanak-kanak, malah semasa dalam kandungan ibu lagi.
  4. Cinta ibu sentiasa berusaha mempastikan keselamatan anak-anak dalam kandungannya.
  5. Setelah lahir diperhebatkan dengan pelukan mesra ibu.
  6. Disinilah kita belajar dicintai dan mencintai
  7. Remaja jatuh cinta sebenarnya hanyalah lanjutan cinta semasa kecil.
  8. Kebiasaan yang baik mendorong kehidupan yang baik.
  9. Kebiasaan yang buruk mendorong peribadi yang buruk yang boleh merosakkan kehidupan, cinta dan perkahwinan.

- Cabang-cabang cinta

  1. Umumnya cinta dikaitkan dengan hubungan romantis antara dua orang berlainan jenis. Namun ada juga cinta pada bukan manusia seperti cinta pada nabi, cinta pada perkerjaan dan sebagainya.
  2. Tapi cinta kepada yang lain dengan tidak mahu berkahwin tidak digalakkan oleh agama.

- Bahasa cinta

  1. Dalam bentuk lisan dan bukan bentuk lisan ( disebut dengan bahasa tubuh)
  2. Bahasa tubuh di gunakan dalam komunikasi tanpa kata-kata ransangan boleh menterjemahkan sinar mata pasangannya.
  3. Bahasa cinta membuat pasangan boleh duduk berjam-jam tanpa melakukan apa-apa.

- Metadologi cinta

  1. Mencintai seseorang kerana Allah. - Bukan kerana cantik, muda, baik, kasihan pada pasangan, kesunyian, berpasangan untuk membina keluarga semata-mata.
  2. Kesemua sebab itu mestilah dihubungkan dengan Allah semata-mata.
  3. Dengan demikian cinta manusia tidak akan tercemar dengan maksiat dan perbuatan mungkar kerana pengamalnya takut dan menghormati Allah dan juga menghormati, menyayangi, menghargai diri insan yang kita sayangi dan cinta itu.
  4. Hendaklah kita banteras cinta yang berisi dosa dan noda.
  5. Jadikan cinta anda cinta pertama suci, indah dan terhindar dosa dan noda.
  6. Cinta sebenarnya sudah dialami oleh semua insan dari kecil lagi.
  7. Remaja yang menghargai dirinya dan mencintai diri sendiri mudah menyatakan cinta dengan yakin.
  8. Remaja yang tidak mencintai dirinya mudah terdorong untuk menagih cinta yang tidak stabil.
  9. Cinta sejati tidak disuburkan dengan janji-janji seperti kalau sungguh anda mencintai saya anda mesti sanggup untuk hidup bersama walaupun sengsara.
  10. Cinta bukan bermaksud menempuh derita.
  11. Cinta sejati mendorong ke arah membina hidup yang lebih bahagia setelah berkeluarga.
  12. Cintai diri sendiri dahulu sebelum mencintai orang lain.
  13. Pilihla cintamu dan cintailah pilihanmu.
  14. Cinta bukan saja perjudian, juga bukan sudah terhantuk baru terngadah.






Wednesday, November 12, 2008

CiNtA mEnUrUt PaNdAnGaN iSlAm!!!!

Cinta Menurut Pandangan Islam
“..Ya Allah Engkau Tuhanku.. Tiada tuhan melainkan Engkau.. Engkau cinta agungku.. Nabi Muhammad pesuruhMu..”

Apakah cinta sebenarnya?

Cinta sebenarnya menepati satu angka perangkaan fitrah manusia. Tanpa nilai cinta yang berdefinisi sebagai cetusan rasa dari orbit naluri ke arah mengenali satu objek dengan penghayatan hakikat dan kewujudannya akan membantutkan tumbesar manusia.

Kesenian cinta yang didasari runtutan fitrah tanpa dicabul oleh hawa syahwat merupakan logo kedamaian, keamanan dan ketenangan. Namun cinta seringkali diperalatkan untuk melangsai keghairahan nafsu dan kebejatan iblis laknatullah. Demi kemakmuran manusia sejagat, kita mesti menangani fenomena cinta dengan nilai fikrah yang suci dan iman yang komited kepada Allah.

permasalahan cinta umat islam??

Permasalahan cinta antara yang dihadapi secara serius oleh umat Islam hari ini. Pertembungan antara cinta hakiki dan cinta palsu menyebabkan umat Islam menghadapi dilema perasaan yang
kronik

pandangan islam?

Islam memandang tinggi persoalan cinta yang tentunya merupakan perasaan dan fitrah yang menjiwai naluri setiap manusia. Namun, cinta di dalam Islam perlulah melalui pelbagai peringkat keutamaannya yang tersendiri :

1. Cinta kepada Allah-Islam meletakkan cinta yang tertinggi dalam kehiudupan manusia ialah cinta kepada Allah. Ketinggian nilai taqarrub Al-Abid kepada Khaliq dapat dikesan melalui cinta murni mereka kepada Pencipta. Tanpa cinta kepada Allah perlakuan hamba tidak memberi pulangan yang bererti sedangkan apa yang menjadi tunjang kepada Islam ialah mengenali dan dan menyintai Allah. Cinta Allah adalah syarat yang utama untuk meletakkan diri di dalam barisan pejuang-pejuang kalimah Allah SWT. Firman Allah SWT (yang bermaksud) :

“..Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir...” (Surah Al-Maidah, ayat 54)

2. Cinta Kepada Rasulullah SAW dan para anbiya’-Apabila manusia berada di dalam kegelapan yang begitu kelam,maka diutuskan pembawa obor yang begitu terang untuk disuluhkan kepada manusia ke arah jalan kebenaran. satu kewajipan kepada kepada setiap yang mengaku dirinya sebagai muslim memberikan cintanya kepada Rasulullah dan para ambiya.


3. Cinta Sesama Mukmin-Interaksi kasih sayang sesama mukmin adalah merupakan pembuluh utama untuk menyalurkan konsep persaudaraan yang begitu utuh. Cinta sesama mukmin inilah yang mengajar manusia supaya menyintai ibubapanya. Malah mengherdik ibubapa yang bererti merungkaikan talian cinta kepada keduana adalah merupakan dosa besar.
cinta sebelum perkahwinan adalah cinta palsu yang walaupun dihiasi dengan rayuan-rayuan halus namun ia adalah panggilan-panggilan ke lembah kebinasaan! Dan sekalipun kekosongan jiwa daripada cinta lutong secara zahirnya adalah penderitaan dan kesunyian yang begitu hebat, namun itulah hakikat cinta sejati kepada Allah. Andainya hati dihiasi dengan rayuan-rayuan syaitan yang seringkali mengajak ke arah melayan perasaan, maka hilanglah di sana cita-cita agung untuk menabur bakti kepada Islam sebagai medan jihad dan perjuangan.

untuk usrah 17 nov
daripada ila- business management sem 4
cahaya illa-hi





TIPS MEREDAKAN KEMARAHAN....

  • Cepat-cepat beristi'azah kepada Allah (baca taawuz yang bermaksud: Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang di rejam)

  • Berdiam diri. Itu lebih selamat. Tahan lidah dari cepat mengata, menghina, menuduh, dan maki-hamun orang. Nabi Muhammad SAW bersabda :- " sesiapa yang benar-benar beriman kepada Allah dan hari Akhirat, maka hendaklah dia berkata baik atau (kalau tidak lebih baik) diam sahaja." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

  • Duduk atau Baring sahaja. Rasulullah SAW bersabda:- " Apabila seseorang kamu dilanda kemarahan dan ketika itu dia sedang berdiri, maka hendaklah dia duduk. Andaikata tidak hilang juga, maka hendaklah dia berbaring." ( Riwayat Imam Ahmad daripada Abu Dzar)

  • Fikir-fikirkan buruknya orang orang yang dilanda marah. Hilang keceriaan wajah, muka jadi merah padam, mata merah menyala dan nafas terlalu kencang.

  • Fikirkan juga pahala dan ganjaran daripada Allah dengan menahan marah. Rasulullah SAW bersabda, :- "Tiada pahala yang sangat besar disisi Allah melainkan seseorang hamba itu berjaya membendung perasaan marahnya, lantaran mencari keredhaan Allah. ( Riwayat Ibnu Majah daripada Ibnu Umar r.a)
Ingat firman Allah, "...... dan orang-orang yang menahan amarahnya dan
memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat
kebajikan." (Ali Imran 134)

setiap wanita itu cantik

Wanita Cantik yg suka Menangis...
Seorang anak lelaki kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa ibu menangis?"Angah Nur: "Kerana ibu seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.
"saya tidak mengerti", kata anak itu.
Ibunya hanya memeluknya dan berkata, "Dan kau tak akan pernah mengerti"
Kemudian anak lelaki itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa ibu selalu menangis?""Semua wanita suka menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.
Anak lelaki kecil itu telah dewasa tetapi dia masih dibelengu persoalan yang sama, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.
Akhirnya dia bertanye kepada yang MAHA ESA "Ya ALLAH, mengapa wanita begitu mudah menangis?"Allah S.W.T berfirman:"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan ""Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya ""Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya ". "Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya ""Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu""Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan.Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."tidakkah Kau tahu: " Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya tempat dimana cinta itu ada."
Selami lah hati wanita mu.. dan ingat lah..., ...Setiap Wanita itu Cantik...

DISeBAlik ZikiR

kesan zikir kepada otak kita Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas. Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali,
aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.

RAHSIA SOLAT........

DI ANTARA RAHSIA-RAHSIA SOLAT YANG PATUT KITA KETAHUI IALAH :-

  1. Sembahyang itu NUR
  2. Solat tanda syukur
  3. Solat mentarbiyah jiwa
  4. Solat khusyuk
    • Mencergaskan hati
    • Melakukan amal soleh
    • Memberi taufiq
    • Melakukan kebaikan
  5. Orang sembahyang tidak lalai
  6. Memohon pertolongan dengan solat
  7. Solat mempunyai kesan besar
    • Kejujuran bermuamalah
    • Menunaikan amanah
    • Pergaulan yang baik
    • Berakhlak
    • Mengutamakan orang lain
    • menahan diri dari menyakiti orang lain
    • Mewujudkan kasih sayang di mana-mana sahaja
  8. Ketenangan yang hebat dalam solat
  9. Faedah daripada mengerjakan solat
    • Rezeki yang baik dan halal
    • Kekayaan dan kecemerlangan
    • Menambah Hidayah
    • Ketenangan jiwa dan penyejuk mata
  10. SOLAT TIANG AGAMA

PENUKARAN HARI & TEMPAT USRAH PEPIAS CAWANGAN BANGI

Kepada semua AHLI PEPIAS cawangan BANGI dan Sahabat-sahabat PEPIAS sekalian..............


Adalah di maklumkan bahawa PEPIAS CAWANGAN BANGI akan menukar hari perjumpaan USRAH pada setiap minggu.

Bermula 17 November 2008, USRAH PEPIAS CAWANGAN BANGI akan berubah dari HARI SELASA ke HARI ISNIN.....



Ketetapan baru adalah seperti berikut

Hari :
SETIAP ISNIN
Tempat : BS 1116
(Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, Bangi)



SEGALA KEMUSYKILAN BOLEHLA BERHUBUNG DENGAN - :

ABDUL HAFIZ BIN ABDUL BAR
012 - 5133 309

013 - 2008 249

Sunday, November 9, 2008

Mutiara Kata Untuk Renungan Kita Bersama

" Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji."



Hadiah Terbaik

Kepada kawan - Kesetiaan
Kepada musuh - Kemaafan
Kepada ketua - Khidmat
Kepada yang muda - Contoh terbaik
Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan.
Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan
Kepadanya


"Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu satu tamu yang akan berangkat, Kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan".

Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari"
( Saidina Ali)

" Cakap sahabat yg jujur lebih besar harganya daripada harta benda yg diwarisi dari nenek moyang"
(Saidina Ali)

"Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman.."

" Lidahmu adalah bentengmu, jika engkau menjaganya maka ia akan menjagamu, dan jika engkau membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu"

"Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya sendiri"