APA ITU PEPIAS???

PEPIAS merupakan akronim daripada nama Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan mana sebelum ini dikenali sebagai Persatuan Kebajikan Dan Pendidikan Islam Selangor Darul Ehsan.
PEPIAS telah bertapak sebagai penubuhan yang sah pada tanggal 1 OKTOBER 1992 setelah mula bergerak sejak 1971.


PEPIAS berasaskan DUA GAGASAN iaitu KEBAJIKAN dan PENDIDIKAN ISLAM. PEPIAS lebih menumpukan kepada sasaran sekolah rendah dan sekolah menengah. "meluntur buluh biar dari rebungnya".

PEPIAS telah mempunyai 7 cawangan berdaftar yang mana salah satunya ialah PEPIAS Cawangan Bangi yang bertapak di KUIS, Bangi.

Wednesday, December 31, 2008

FADILAT 10 PUASA MUHARRAM...

Dalam bulan Muharram hari yang paling bertuah ialah hari ke-10 atau
lebih dikenali dengan nama Hari Asyura'. Pada hari tersebut kita
disunatkan berpuasa.

Malah dalam mazhab Imam Hanafi puasa hari ke-10 dalam bulan Muharram
ini adalah satu-satunya fardhu puasa yang pertama sebelum difardhukan
puasa bulan Ramadhan.

Hadith daripada Aisyah: "Sesiapa ingin berpuasa (sunat 10 Muharram)
maka bolehlah dia berpuasa. Dan sesiapa yang tak ingin berpuasa maka
boleh dia tinggalkan". Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.

Malah dalam sebuah hadith riwayat Muslim Nabi berpuasa pada 10
Muharram kerana pada hari tersebut diselamatkan Nabi Musa a.s daripada
lemas dan juga daripada buruan Firaun.

KELEBIHAN

Baginda bersabda: "Berpuasa sunat pada 10 Muharram akan menghapuskan
dosa setahun sebelumnya". Riwayat Muslim.

BEZAKAN PUASA DENGAN ORANG YAHUDI

Oleh kerana orang Yahudi juga berpuasa pada 10 Muharram maka
disunatkan umat Islam berpuasa sejak 9 Muharram lagi bagi membezakan
dengan puasa orang Yahudi. Hadith ini dikhabarkan oleh Ibnu Abbas
dalam sebuah hadith riwayat Muslim dan Abu Daud.

Atau kalau tidak dapat dikerjakan pada 9 Muharram maka boleh juga
digandingkan 10 Muharram dengan 11 Muharram.

SEJARAH 10 MUHARRAM

Imam al-Ghazali menyebut dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub bahawa pada
tarikh tersebut:

1. Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'.
2. Diterima taubat Nabi Adam a.s.
3. Dicipta Adam a.s.
4. Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
5. Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
6. Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
7. Selamat Nabi Ibrahin daripada api Namrud.
8. Selamat Musa dan pengikutnya.
9. Lemas Firaun.
10. Dilahirkan Nabi Isa a.s.
11. Diangkat Nabi Isa kelangit.
12. Diangkat Nabi Idris ke langit.
13. Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
14. Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
15. Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
16. Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
17. Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
18. Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
19. Hujan yang pertama turun dari langit kebumi.

14 perkara yang sunat dilakukan pada hari Asyura :

1. Melapangkan masa / belanja anak isteri
fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin
fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti

3. Menahan marah
fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan
yang ridha

4. Menunjukkan orang sesat
fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim fadhilat - Allah akan
mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di
sapunya.

6. Bersedekah
fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh
seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati.
Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri
fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya
keimanan.

8. Mandi Sunat
fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu lafaz niat : sahaja
aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.

9. Bercelak
fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat
nanti

11. Sembahyang sunat empat rakaat
fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan
selama 50 tahun melakukannya. lafaz niat : sahaja aku sembahyang sunat
hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan
kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.

12. Membaca "has biallahhu wa nik mal wa kila nikmal maula wa
nikmannasiru"
fadhilat - Tidak mati pada tahun ini

13. Menjamu orang berbuka puasa
fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka
puasa.

14. Puasa Niat - Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura
kerana Allah Taala.
fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan
seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Saturday, December 27, 2008

PERHATIAN!!!! SATU PENGHINAAN BUAT KITA SEMUA!!!

BLOG YANG TELAH MENGHINA NABI KITA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Sila "FLAG" ramai-ramai blog ini, biar google/blogspot remove
(button FLAG bleh dijumpai di atas sekali, garisan biru, sebelah logo Blogger bertulisan"FLAG BLOG")



sila sebarkan: http://adibahahmad.blogspot.com/

HAPUSKAN BLOG INI!!!!!!


ini adalah konspirasi kafir....

Allahuakhbar! !!! Allahuakhbar! !!! Allahuakhbar! !!!

Sila sebarkan.... ......... ......... ........


DOAKANLAH AGAR ORANG YANG SEBEGINI DILAKNAT OLEH ALLAH SWT....



Awal muharam adalah perayaan bagi umat Islam apabila masuknya tahun baru kalendar Hijrah. Di sebalik sambutan tersebut, ianya mengandungi satu peristiwa yang besar dalam sejarah Islam dan seterusnya merubah seluruh sistem peradaban dunia sehingga hari ini. Hijrah bermula ketika zaman Nabi Muhammad saw, apabila beliau diancam bunuh oleh kafir Quraish. Apabila mendapat arahan daripada Allah supaya beliau berhijrah ke Masinah bersama Abu Bakar,beliau menggantikan pemuda berani, Ali untuk menggantikan tempat tidur beliau. Pembunuh kafir Quraish telah terpedaya dengan taktik Nabi.

Dalam perjalanan, baginda ditemani oleh sahabat karib baginda, Abu Bakar. Sepanjang perjalanan, Abu Bakar yang menjadi pendengar setia, perawat duka nestapa, pembela dan pelindung Nabi.Sehinggalah ketika orang kafir berjaya menjejaki baginda dan Ab Bakar dalam satu gua, akhirnya mereka berjaya dilindungi Allah dengan mengaburi mata kafir Quraish. Akhirnya setelah menemui pelbagai ranau berduri sepanjang perjalanan hijrah ke Madinah, akhirnya baginda dan Abu Bakar disambut dengan suasana meriah dan syukur,kerana Nabi yang mulia ini selamat sampai ke tanah Yathrib yang akhirnya ditukar ke Madinah.

Ketibaan Nabi disambut dengan linangan air mata kesyukuran dan ketakjuban oleh penduduk Madinah, sehingga ramai orang berebut- rebut untuk menjadikan baginda tetamu kehormat bagi rumah mereka. Akhirnya, sahabat Ayub Al- Ansari berjaya mencuri perhatian dengan menjadi tuan rumah kepada Nabi yang mulia ini. Ayub merupakan sahabat yang berusaha menakluk Istanbul, akan tetapi tidak berjaya dan makamnya berada di Kota Istanbul hari ini.

Episod perjalanan Nabi dari Mekah ke Madinah ini merupakan catatan bersejarah peradaban dunia hari ini. Perjalanan beliau bukanlah perjalanan biasa, malah bukan juga perjalanan yang melarikan diri dari ancaman kafir di Mekah semata. Akan tetapi misi hijrah beliau ialah misi Ilahi yang membawa risalah kebenaran yang akhirnya menjadikan agama Islam terus berkembang,dan Islam menjadi peradaban manusia yang berjaya.

Dalam konteks kehidupan kita, hijrah bukan semata hijrah tempat atau lokasi, akan tetapi juga membawa maksud hijrah sikap. Hijrah sikap merupakan keutamaan kita hari ini yang perlu difahami dengan mendalam. Ini kerana, pelbagai masalah, isu, ancaman, ujian melibatkan sikap kita. Mengapa ramai manusia hari ini cenderung untuk melakukan kejahatan? Mengapa juga semakin banyak manusia yang dilahirkan bijak pandai tetapi menipu? Mengapa peperangan sering berlaku? Kefasadan sering berlaku? Ini semua kerana sikap manusia yang rakus dan jahil itu.

Perubahan sikap merupakan satu keperluan mendesak bagi kita hari ini. Dalam satu hadis Nabi pun diungkapkan bahawa beliau diutuskan untuk menyempurnakan akhlak. Tuntutan ini menjadi syarat utama jika mahu menjadikan kejayaan sesebuah peradaban dan kaum, dan paling kurang pun menjadikan kita seorang individu yang berjaya, iaitu terkandung dalam surah Ar’- Ra’d: 11 yang berbunyi,” Allah tidak akan mengubah setiap kaum itu jika mereka berubah diri mereka sendiri”.

Sebagai bangsa yang mula mencari arah, bangsa yang sering dicemuh kerana pelupa, lesu, malas, tidak pandai berbisnes, lembap dan sebagainya, seharusnya awal Muharam ini menjadi titik tolak untuk merubah sikap. Kejayaan sesebuah bangsa mahupun tamadun itu bukanlah berpunca daripada kepandaian mereka, akan tetapi sikap mereka yang sentiasa ingin berusaha dan mengejar kejayaan.

Maka hari ini, kita perlu mengorak menghayati semangat hijrah Nabi, memulakan sikap yang baru dan seterusnya berazam untuk menjadi manusia terpilh dan berjaya.
Salam Awal Muharam daripada saya,MUZAKKIR BIN MOHAMAD NOOR
.

Anda Ingin Bercinta?

Zaman remaja adalah zaman untuk mencari dan mengenal diri. Setelah akal semakin mampu untuk berfikir jauh. Sekurang-kurangnya sudah mengenal mana baik dan buruk, halal dan haram, najis dan yang suci, syurga dan neraka.

Umur sebegini, orang muda cenderung untuk hidup di dalam perkumpulan. Gemar juga untuk mencari penyelesaian di luar rumah dibandingkan dengan berbincang dengan ibu dan ayah. Dan ketika inilah jiwa sudah menyubur untuk mengenal apa itu cinta (berlainan jenis).

Mengapa bercinta?


Terkadang bercinta dengan sebab ikut-ikutan (kerana melihat kawan sedang 'bahagia'). Terkadang ia bercinta supaya 'pointer' selalu meningkat naik. Dan katanya agar ada teman yang dapat memberi nasihat. Alamat.. jika salah bercinta, bubur tidak akan kembali menjadi nasi..



Sebelum bercinta fikirkan perkara-perkara ini wahai orang muda :

1. Sudahkah anda bersedia untuk bercinta?

Adakah sudah bersedia menghadapi risiko di dalam percintaan? Adat orang mengatakan cinta itu bersatu, dan ada kalanya ia membutakan mata. Manakala yang tidak nampak jalannya habis hancur masa depan hidupnya.

Cinta tidak semestinya bersatu, ada kalanya ia terputus di tengah jalan. Dan ada kalanya ia berjaya sehingga ke jinjang pelamin. Risiko putus cinta selalu membuatkan manusia seolah-olah putus asa. Hilang hala tuju hidupnya. Entah berapa ramai yang sudah menamatkan nyawanya sendiri bila cinta nafsu lebih diharapkan dari cinta kepada Illahi.

2. Apa matlamat Anda bercinta?

* Mungkin untuk merosakkan anak gadis atau hati orang lain?
* Ikut-ikutan atau suka-suka sahaja?
* Untuk mencari pengganti pasangan yang telah pergi? (tetapi sekiranya ia ingin kembali semula suatu hari nanti, anda dengan rela diri meninggalkan pasangan baru anda yang telah diberikan harapan?
* Sekadar cinta monyet yang tiada matlamat di masa hadapan?
* Untuk mendirikan rumah tangga yang membawa kasih sayang dan rahmat dari ALLah?

Orang yang mulanya bercinta - hatinya akan berbunga-bunga. Tidak ia sedar apa yang berlaku di sekelilingnya kerana disibukkan dengan apa yang dicintainya. Segalanya nampak cantik, molek, comel dan sempurna belaka. 'Pijak semut tidak mati'. Segalanya berjalan dengan penuh optimis dan positif. Lalu mungkin 'menipu diri sendiri' sudah menjadi pegangan agar hubungan berlangsung dengan menarik dan dapat dikekalkan.

Apabila perhubungan cinta anda mulai 'berkelap kelip' - mulalah anda akan berfikir semula akan buruk dan baiknya pasangan anda. Mungkin ketika ini anda akan berusaha mencari solusi. Sekiranya berjaya perhubungan anda akan berjalan seperti biasa. Dan sekiranya dalam bahaya, ia akan membawa kepada 'putus cinta'. Perkataan inilah yang menjadi penghancur jiwa, rasa kecewa, terhina, rendah diri, sakit hati, dendam, putus asa. Maka istilah-istilah cinta yang dahulunya berkisarkan fantasi, anda akan sedar ia bukanlah realiti.

Menjadi hipokrit satu perkara, iaitu masalah yang akan dibawa apabila hidup di dalam sebuah rumah di atas pernikahan yang sah. Segala-galanya yang 'cantik', 'molek' akan ditunjukkan juga sebagai satu hakikat yang perlu anda terima. Samada anda terima dengan terpaksa atau redha selamanya.

3. Mengapa Anda Bercinta?

* Kerana ALLah?
* Kerana cantik rupanya? Mancung hidung, kumisnya tebal? Badannya serupa model? - yang pasti semuanya ini tidak kekal lama. Berapa ramai wanita yang menghidapi sakit barah kulit kerana taksubnya kepada yang dinamakan 'KECANTIKAN' ? Berapa ramai pula yang sanggup berhutang, mengorbankan identiti seorang Muslimah dan Muslim kerana tertarik dengan namanya KEMODENAN?
* Kerana duitnya? Harta yang bertimbun?
* Kerana empunya diri itu sendiri?
* Kerana Agamanya? Ia akan di bawa di dunia dan akhirat. Tetapi ramai juga yang terjerumus di lembah hina. Kerana yang dibawa rupanya selama ini adalah nafsu tetapi disolek dengan nama Agama.

Anda akan dapat apa yang anda niatkan. Ingat perjalanan cinta sesama manusia amat jauh, dan mungkin juga dekat, ataupun ia satu perjalanan yang tidak pasti.

4. Apa Modal Untuk Bercinta?

* Adakah dengan modal air liur? Atau jari jemari menulis sms?

Sedarkah anda? apabila bercinta dan anda meletakkan sesuatu di dalam hati seseorang. Ini telah memberikan ia pengharapan baru dalam hidupnya. Dan ia akan berusaha untuk mencapainya. Jika cinta anda sekadar cinta monyet, cinta untuk merosakkan anak orang, ikut-ikutan dan hanya menjadikan orang lain sebagai batu galas - CINTA NAFSU. Eloklah lupakan sahaja. Anda hanya akan menjadikan diri anda sendiri bahan fitnah yang akan orang ingat sampai bila-bila.

Sedarkah anda? Mahligai perkahwinan itu memerlukan pengorbanan bukan sahaja dari segi jari jemari dan air liur. Tetapi lebih dari itu adalah modal ilmu untuk mendirikan sebuah keluarga yang beragama, cintakan ALLah dan rasul-Nya. Modal harta iaitu pekerjaan dari sumber rezeki yang halal untuk anda berikan kepada isteri, dan anak-anak. Modal hati dan perasaan untuk dikongsi, difahami, kesabaran dan sebagainya.

5. Berapa Lama Anda Ingin Bercinta?

* Seminggu?
* Sebulan?
* Tiga, empat tahun?
* Sehingga habis belajar?
* Cinta hingga ke akhirat?

Apabila anda bercinta, setiap pasangan pastinya ingin mengetahui sampai bilakah mereka akan bercinta? Dan apabila perhubungan itu diketahui oleh sang ibu dan ayah, tentunya mereka akan bertanya bila pula tarikh merisik, pertunangan dan perkahwinan pula akan dijalankan? Dan tentunya kaum kerabat pula akan tertanya-tanya, dengan siapa anda berkawan. Mungkin ada yang sudah diusung ke hulu dan hilir - orang kampung pun sudah mulai berbisikan. Walaupun anda sangkakan di bandar orang bersikap tidak ambil peduli. Tetapi malaikat di kiri dan kanan tetap juga menulis catatan..

6. Kos Cinta


* Duit yang anda habiskan semata-mata untuk sidia - telefon (sms, mms, chat etc), bil elektrik, bil internet,
* Masa yang anda korbankan untuk sidia
* Hati dan perasaan


Sikap Matang Dalam Mencari Cinta

Wahai pemuda dan pemudi, menyebut perkataan cinta sesama manusia itu mudah, tetapi untuk melaksanakannya amatlah payah. Bercinta bukan menjadi tiket yang menghalalkan anda menyerahkan jasad kehormatan anda. Bukan juga bermakna anda sudah menjadi juara dan normal sebagaimana insan lain yang bercinta (sudah fahamkah erti cinta yang sebenarnya?). Anda rosak kerana cinta? - ia adalah kesalahan anda sendiri di dalam menterjemahkan cinta yang suci dan abadi. Semaklah semula adatnya bagaimana RasuluLlah menyalurkan perasaan cinta.

Jika berbaloi dengan bercinta - anda dapat merasai hidup bahagia serta mendapat keredhaan ALlah kerana matlamat anda jelas, anda sedia redha dengan kemungkinan yang berlaku serta tidak menyalahkan taqdir, perjalanan cinta tidak melanggar batas syarak. Maka silalah untuk bercinta.

Fikirkan.. Dalam masa bercinta, bagaimana hubungan kita dengan ALlah dan manusia serta makhluk yang lain? Semakin baik ataupun semakin jauh dan terus menjurang. Adakah ia menjadikan kita hamba ALlah yang bertaqwa ataupun hamba ALlah yang derhaka?

Thursday, December 25, 2008

moga segalanya dirahmati allah

assalamualaikum
terima kasih yang tidak terhingga kepada adik firdaus
sahabat yang saya kenal melalui tagged yang prihatin terhadap isu-isu agama yang melanda negara kita sekarang ni.
sahabat-sahabat yang dihormati sekalian
jika kita berfikir sejenak, Adakah hukum hudud dalam agama kita sekarang ni???
memang ada tapi macam tak wujud, sebab orang yang berpengaruh atau senang kata berkuasa mempermainkan hukum allah ni. bukan maksud dihati ingin memcampur tangan isu politik.
tapi sebagai sahabat ingin saya berpesan-pesan Bahawa tanggungjawab kita sebagai pendakwah yang kita pegang ini terlalu berat kerana:
www.themalaysianinsider.com/
adik firadaus mengukuhkan lagi dengan
www.malaysiawaves.com/
dimana authornya adalah pas,dan yang lebih kukuh lagi
http://www.youtube.com/user/Kampungboy007

sahabat-sahabat sekalian boleh mengukur tahap kepercayaan anda.
teruskan perjuangan, masa depan islam terletak pada tangan kita.


yakin pada idealisma,setia pada perjuangan

Tuesday, December 23, 2008

Malam Pertama di Alam Kubur.......


Hidup Adalah Satu Perjuangan dan Pengorbanan......




Malam Pertama Itu Indah dan Asyik?

Apabila menyebut malam pertama, pasti semua orang akan terbayang satu malam yang penuh dengan keindahan dan kenikmatan. Nikmat duniawi yang tiada tara! Ya, satu malam di mana pasangan pengantin baru yang sah bergelar suami isteri setelah diijab qabulkan akan bersatu, beradu serta berpadu zahir dan batin. Malam penuh bahagia! Terus-terang, sebagai seorang anak muda di usia 25 tahun kini yang masih bujang, persepsi malam pertama yang sering berlegar-legar di ruang minda ialah malam tersebut pastinya merupakan satu malam yang segalanya adalah menyeronokkan, indah-indah, asyik-asyik dan nikmat-nikmat belaka!

Tetapi, pernahkah terbayang dan terlintas di benak fikiran kita satu malam lain yang juga dinamakan malam pertama, namun ianya bukanlah malam pertama perkahwinan?

Malam inilah yang menjadi isi kandungan cerita tersebut. Malam itu ialah MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR!!

  • Pernahkah engkau melihat kuburan?
  • Pernahkah engkau melihat gelapnya kuburan?
  • Pernahkah engkau melihat sempit dan dalamnya liang lahat?
  • Pernahkah engkau membayangkan kengerian dan kedahsyatan alam kubur?
  • Sedarkah engkau bahawa kuburan itu dipersiapkan untukmu dan untuk orang-orang selain darimu?

Bukankah telah silih berganti engkau melihat teman-teman, orang-orang tercinta dan keluarga terdekatmu diusung dari dunia fana ini ke kuburan?


Mati

"Apakah Malam Pertama Kita di Alam Kubur Nanti Asyik dan Nikmat atau Penuh Derita dan Sengsara?"
Wahai anak Adam, apa yang telah engkau persiapkan saat malam pertamamu nanti di alam kubur? Tidakkah engkau tahu, bahawa ia adalah malam yang sangat mengerikan. Malam yang kerananya para ulama' serta orang-orang yang soleh menangis dan orang-orang bijak mengeluh. Apa tidaknya, kala itu kita sedang berada di dua persimpangan dan di dunia yang amat berbeza.

"Suatu hari pasti engkau akan tinggalkan tempat tidurmu (di dunia), dan ketenangan pun menghilang darimu. Bila engkau berada di kuburmu pada malam pertama, demi Allah, fikirkanlah untung nasibmu dan apa yang akan terjadi padamu di sana?"

Hari ini kita berada di dunia yang penuh keriangan dengan anak-anak, keluarga dan sahabat handai, dunia yang diterangi dengan lampu-lampu yang pelbagai warna dan sinaran, dunia yang dihidangkan dengan pelbagai makanan yang lazat-lazat serta minuman yang pelbagai, tetapi pada keesokannya kita berada di malam pertama di dalam dunia yang kelam gelap-gelita, lilin-lilin yang menerangi dunia adalah amalan-amalan yang kita lakukan, dunia sempit yang dikelilingi tanah dan bantalnya juga tanah.

Pada saat kita mula membuka mata di malam pertama kita di alam kubur, segala-galanya amat menyedihkan, tempik raung memenuhi ruang yang sempit tapi apakan daya semuanya telah berakhir. Itukah yang kita mahukan? Pastinya tidak bukan? Oleh itu beramallah dan ingatlah sentiasa betapa kita semua akan menempuhi MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR!

Air Mata Keinsafan

Di dalam usahanya mempersiapkan diri menghadapi malam pertama tersebut, adalah diceritakan bahawa Rabi' bin Khutsaim menggali liang kubur di rumahnya. Bila ia mendapati hatinya keras, maka ia masuk ke liang kubur tersebut. Ia menganggap dirinya telah mati, lalu menyesal dan ingin kembali ke dunia, seraya membaca ayat:

"Ya Rabbku, kembalikanlah aku semula (ke dunia), agar aku dapat berbuat amal soleh terhadap apa yang telah kutinggalkan (dahulu)." (Surah Al-Mu'minun, ayat 99-100)

Kemudian ia menjawab sendiri; "Kini engkau telah dikembalikan ke dunia wahai Rabi'.." Dan disebabkan hal tersebut, Rabi' bin Khutsaim didapati pada hari-hari sesudahnya sentiasa dalam keadaan beribadah dan bertaqwa kepada Allah!

  • Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kematian dan sakaratul maut yang bakal menjemputmu?
  • Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kuburan dan kengerian yang ada di dalamnya?
  • Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut akan hausnya di hari penyesalan?
  • Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut kepada api Neraka di Hari Kiamat nanti?

Sesungguhnya kematian pasti menghancurkan kenikmatan para penikmatnya. Oleh itu, carilah (kenikmatan) hidup yang tidak ada kematian di dalamnya.
"Ya Allah, tolonglah kami ketika sakaratul maut!"

Kewajipan

Justeru, bersamalah kita fikirkan MALAM PERTAMA ini dengan mata hati.. Semoga cahaya kesedaran bersarang di hati kita dan nur keinsafan melimpahi jiwa-jiwa kita. Semoga kita semua terlepas dari 'azab kubur dan beroleh nikmat SyurgaNya di Akhirat kelak.
Amiin Ya Rabbal 'Alamin.

Jangan Cabar Fatwa-PENGKID

Keputusan yang telah dibuat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan untuk mengeluarkan sebuah fatwa bahawa perlakuan 'pengkid' adalah haram, nampaknya telah mendapat reaksi yang pelbagai daripada masyarakat, khususnya oleh golongan 'pengkid' itu sendiri. Malah, terdapat sekelompok masyarakat yang secara terang dan berani telah mempertikaikan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan tersebut. Lebih menyedihkan, sikap yang ditunjukkan dan kenyataan yang dikeluarkan memperlihatkan seolah-olah mereka memperlekeh dan menghina fatwa tersebut.

Apa yang menghairankan adalah ada di kalangan kelompok yang membantah fatwa tersebut merupakan mereka yang bukan beragama Islam. Saya ingin menyatakan persetujuan dan sokongan terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Wan Mohammad Sheikh Abdul Aziz, yang menyatakan bahawa keputusan fatwa hanya tertakluk kepada umat Islam. Justeru, dalam hal ini, umat bukan Islam tidak ada hak untuk mempertikaikan dan mempersoalkan keputusan fatwa tersebut. Apatah lagi apabila pertikaian tersebut hanyalah dilandaskan kepada emosi dan pandangan peribadi semata-mata.

Masyarakat di negara ini, khususnya umat Islam, harus memahami bahawa tugas dan tanggungjawab Majlis Fatwa Kebangsaan adalah sangat penting kerana mereka bertanggungjawab untuk mengeluarkan hukum. Dalam Islam, soal hukum memainkan peranan penting kerana itu menjadi 'peraturan' dalam kita menjalani kehidupan berasaskan satu sistem nilai yang teratur dan sempurna. Saya kecewa dengan sikap beberapa pihak yang seolah-olah marah apabila ada peraturan-peraturan yang dikeluarkan untuk memandu kehidupan masyarakat. Apakah peraturan itu sesuatu yang tidak baik? Bukankah di mana-mana sahaja, di pelbagai peringkat, terdapat peraturan yang menjadikan kehidupan kita sebagai manusia lebih tersusun dan beradab?

Saya juga kurang bersetuju dengan istilah 'mengawal' (control) yang digunakan oleh sesetengah pihak yang menentang keputusan fatwa tersebut. Pada hemat dan pemahaman saya, keputusan fatwa tersebut (dan juga fatwa-fatwa sebelumnya, dan yang akan datang seterusnya) bukanlah bertujuan untuk 'mengawal' dalam konteks kawalan seperti robot dikawal oleh manusia, tetapi bertujuan untuk memandu umat Islam agar patuh kepada sistem nilai yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T. Hal ini tidak harus dilihat sebagai 'mengongkong kebebasan', kerana sebenarnya mereka yang bersikap dan berakhlak dengan akhlak yang tidak betul itulah yang terkongkong dalam dunia yang mereka cipta sendiri. Kebebasan tidak membawa maksud bebas untuk berperilaku sesuka hati mengikut naluri dan kerakusan syahwat, tanpa perlu mengikut undang-undang; sebaliknya, menurut Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas, kebebasan bermaksud: “keadaan pemulihan serta penyaksian diri akan hakikat semulajadinya”. Justeru, fatwa, hukum, peraturan dan sebagainya bukanlah bertujuan mengongkong, tetapi sebaliknya untuk memandu manusia mengenali hakikat diri. Sudah tentu juga, untuk mengenali hakikat diri, manusia perlukan kepada panduan dan pedoman yang disediakan oleh agama kerana kemampuan akal manusia itu terbatas.

Justeru, umat Islam di negara ini perlu menghormati dan mematuhi fatwa yang dikeluarkan kerana tujuan fatwa tersebut adalah untuk mewujudkan kehidupan yang lebih baik, bukannya untuk mengongkong. Masyarakat yang lain pula, khusunya yang bukan beragama Islam yang menentang fatwa, perlu diingatkan agar jangan bertindak di luar batasan. Jangan cabar fatwa. Fatwa adalah khusus untuk umat Islam, justeru umat yang bukan beragama Islam tidak seharusnya campur tangan dan mempersoalkan hal-hal agama Islam, apatah lagi dalam keadaan mereka tidak memahami asas-asas dalam agama ini sendiri. Perlu difahamkan juga, bahawa proses untuk mengeluarkan sesuatu fatwa itu adalah satu proses yang cukup ilmiah dan sistematik (boleh rujuk dalam Portal e-Fatwa), yang berasaskan kepada sistem ilmu Islam yang begitu komprehensif dan teliti. Bukanlah fatwa itu dibuat berdasarkan kepada emosi dan sentimen semata-mata. Justeru, jika ada pun pertikaian dan persoalan yang ingin dikemukakan, biarlah hal itu dilakukan secara beradab dan melalui saluran-saluran yang betul.

Namun, dalam masa yang sama, umat Islam juga perlu mengambil sikap yang proaktif di dalam menangani masalah 'pengkid'. Sokongan, dorongan dan bimbingan haruslah diberikan kepada golongan tersebut agar proses untuk berubah itu dapat berlangsung dengan baik. Adalah tidak wajar bagi umat Islam, khususnya ahli keluarga golongan 'pengkid' itu sendiri, untuk menyisihkan, menghina dan mengutuk mereka, tambah-tambah lagi apabila mereka sudah punya kesediaan untuk berubah. Sudah banyak kali berlaku dalam masyarakat kita, mereka yang punya masalah akhlak apabila sudah mula untuk berubah, kembali kepada cara dan perilaku lama dek kerana cercaan dan hinaan masyarakat sekeliling. Contohilah akhlak agung Rasulullah s.a.w., serta pendekatan-pendekatan yang diambil oleh para ulama' terdahulu, khususnya ulama' nusantara, dalam melakukan dakwah dan menyempurnakan kemuliaan akhlak.

Selain daripada itu, perhatian juga harus diberikan kepada kelompok-kelompok lain yang harus dibimbing dalam masyarakat kita. Antaranya, kelompok 'lelaki yang menyerupai wanita' (pondan), kerana mereka juga bersalah sepertimana salahnya golongan 'pengkid'. Malah, perlakuan 'pondan' yang sudah pun wujud dalam institusi-institusi pengajian tinggi harus dipandang serius dan diambil tindakan yang sewajarnya. Saya juga bersetuju dengan pandangan seorang pembaca dalam Laman Web Forum TV3 bahawa di samping masalah 'lelaki suka lelaki' dan 'perempuan suka perempuan' (homoseksual), masalah lelaki dan wanita bukan muhrim yang sering keluar bersama dan berperlakuan tidak wajar juga perlu diberikan perhatian yang serius dan dibendung.

Semestinya, dalam membincangkan permasalahan dalam masyarakat seperti ini, kita perlu kembali menilai sistem pendidikan kita kerana akar permasalahannya adalah di situ. Kita perlu kembali meletakkan pendidikan agama dan nilai sebagai asas terpenting dalam membina generasi muda berkualiti, seterusnya melahirkan modal insan kelas pertama yang akan dapat menyumbang ke arah mewujudkan masyarakat dan negara yang maju dan bertamadun.


ABDUL MUNTAQIM BIN ZULKIPLI
Timbalan Presiden,
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).


Marilah sama-sama kita melafazkan rasa syukur kepada Allah Taala kerana dengan rahmat dan kasih sayangnya, kita diberikan peluang oleh Allah Taala untuk terus menghirup udara tanpa sebarang bayaran , lantas memungkinkan kita untuk bertemu dengan Idul Adha yang merupakan satu simbul kemenangan umat Islam.


Lafaz talbiah yang diucapkan oleh para tetamu Allah di bumi Makkah merupakan satu ikrar yang mengandungi janji setia seorang hamba terhadap Khaliqnya untuk menjadi seorang yang akan taat, tunduk dan patuh tanpa berbelah bagi , tanpa ada di sana unsur syirik yang menduakan Allah dalam segala segi.

Ruh ucapan talbiah ini di samping takbir yang kita lafazkan sepanjang hari tasyrik ini , sepatutnya bukan sekadar menanam ucapan di bibiran semata-mata namun wajib untuk kita fahami maksud dan pengertiannya , yang pastinya membuahkan kekerdilan jiwa seorang insan di hadapan keagungan tuhan.

Takbir yang dilafazkan pasti menguit hati untuk memikirkan betapa besar dan agungnya Allah tuhan sekalian alam. Allah yang kita sembah, kita puji, kita agung-agungkan, kita nyatakan dihadapanNya kelemahan kita.

Nabi Musa Kalimullah yang satu ketika dahulu berada dalam keadaan tersepit antara lautan yang terbentang di hadapan dan Firaun yang mengejar di belakang. Tiada daya seorang manusia untuk menyelamatkan diri ketika itu melainkan hanya menyerahkan sepenuh pengharapan kepada Allah , lantas Allah membantu kekasihNya dengan menghancurkan si taghut yang bongkak menyatakan "Aku lah Tuhanmu Yang Maha Tinggi " dengan menenggelamkan seluruh bala tentera Firaun laknatullahi alaih.

Utusan terakhir, Rasulullah kekasih hati ketika dalam suasana yang sangat menyesakkan nafas mukmin dan muslim yang diasak oleh paduan kekuatan kuffar dalam peperangan Khandak, tiada daya dan usaha seorang manusia yang boleh melepaskan kaum muslimin ketika itu yang keadaan mereka umpama telur di hujung tanduk namun Allah lah yang telah menghancur dan melenyapkan kekuatan musuh dengan memberikan kemenangan kepada golongan mukmin yang tabah berada di bawah panji-panji Islam yang dikibarkan oleh baginda rasul SAW.

Maha Suci Allah yang sangat gagah menghancurkan tipu daya musuh. Maha Suci Allah yang sangat gagah dalam memberikan kemenangan kepada hambaNya yang beriman.

Itulah hakikat kebesaran Allah dalam memporak-perandakan setiap perancangan jahat golongan yang ingin memastikan penganut agama Allah mampu untuk dibunuh dan diperkotak-katikkan namun seakan musuh Allah lupa bahawa cahaya Allah akan terus menjuarai setiap pertempuran walau sehebat manapun perancangan seorang yang bernama manusia.

'Mereka mahu memadam cahaya agama Allah dengan mulut - mulut mereka , tetapi Allah tetap menyempurnakan cahaya agamanya .'



Generasi penggerak kebangkitan Islam

Setiap kali kita menerima tanggal 10 Zulhijjah, pastinya lembaran silam akan bermain di lubuk sukma , memutarkan kembali kisah seorang hamba Allah yang taat melaksanakan perintah Al-Rabb , di samping kesabaran seorang anak dan seorang ibu dalam mematuhi perintah Allah.

Betapa agung keluarga ini yang sanggup membuang resah hati seorang insani demi erti sebuah ketaatan. Allah berfirman di dalam Al-Quran menyatakan ketulusan hati Nabi Ibrahim :

'Tidak ada orang yang membenci agama Nabi Ibrahim selain dari orang yang membodohkan dirinya sendiri, kerana sesungguhnya Kami telah memilih Ibrahim (menjadi nabi) di dunia ini dan sesungguhnya dia pada hari akhirat kelak tetaplah terdiri dari orang-orang yang soleh yang (tertinggi martabatnya).
(Ingatlah) ketika Tuhannya berfirman kepadanya: Berserah dirilah (kepadaKu wahai Ibrahim)! Nabi Ibrahim menjawab: Aku berserah diri (tunduk taat) kepada Tuhan Yang Memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.'

Bayangkan suasana ketika Allah memerintahkan nabi Allah Ibrahim untuk menyembelih anak kesayangannya sendiri, Ismail Alaihissalam.

Sungguh perintah ini sangat menyayat hati. Hati ayah manakah yang akan tergamak menyembelih darah dagingnya sendiri? Hati ibu manakah yang tidak akan tersentuh apabila anak kesayangannya ditakdirkan mati di tangan suaminya sendiri. Seakan dunia ini sudah tidak punya ertinya lagi seandainya kehidupan ini dilalui tanpa insan tersayang.

Namun apabila di sana berlaku pertembungan antara tuntutan Allah dan runtunan jiwa, mukmin sejati akan pasrah dan tunduk memuliakan perintah penciptanya. Itulah yang berlaku dalam keluarga soleh ini.

Si ayah melemparkan rasa kasihannya demi kerana Allah.
Si ibu tega menyeka air matanya semata-mata rindu kepada cinta Allah.
Si anak sabar dalam menghadapi ujian kematian semata-mata kerana redha dan menyakini bahawa diri ini adalah kepunyaan Allah.

Namun Allah tidak berlaku zalim terhadap hambanya. Arahan yang dikeluarkan hanya untuk mencuit hati insan sepanjang zaman agar menginsafi erti sebuah pengorbanan.

'Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?. Anaknya menjawab: Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar.'

Persoalannya adakah kita benar-benar meletakkan ketaatan kepada Allah melebihi segala-galanya? Adakah benar kita telah menjadi seorang yang mempraktikkan ikrar setia harian kita dan ia benar-benar terlaksana?

Kita sedih dengan apa yang menimpa generasi Muslim yang kian parah jati dirinya. Akhlak yang merudum, keperibadian yang kian bernanah memburukkan lagi usaha untuk mencari redha Allah.

Budaya ikhtilat ( pergaulan bebas ) yang menyemarakkan api nafsu di kalangan muda mudi yang sunyi daripada syariat Islam semakin menjadi-jadi. Sang jejaka sudah tidak segan silu untuk menodai sang gadis demi cinta kononnya . Kemudahan teknologi dan tamadun moden yang ada , digunakan bagi memohon murka dan kebencian Allah.

Budaya untuk mengimarahkan rumah Allah semakin dipinggirkan. Rumah Allah sepi tanpa dihiasi dengan solat berjemaah tanda kepatuhan kepada Allah , seakan-akan tidur dan dunia lebih besar daripada menyahut panggilan Allah.

Apakah ini tanda bahawa ruh pengorbanan nabi Ibrahim sekeluarga sudah mampu untuk kita realisasikan dalam kehidupan kita sehari-hari? Adakah ini model terbaik kepada satu peribadi yang bakal menjadi galang ganti kepada perjuangan para nabi? Nabi SAW menyatakan:

'Demi Allah! Bukanlah kefakiran yang paling aku takutkan bakal menimpa kamu tetapi aku aku takut seandainya kamu akan dibentangkan dunia di hadapanmu lantas kamu bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya sebagaimana umat sebelummu berusaha untuk mendapatkan dunia lantas dunia menghancurkan kamu sebagaimana dunia telah menghancurkan umat sebelum kamu.'

Sudah sampai masanya kita kembali menyatakan ketaatan kita kepada Allah dengan meninggalkan perkara-perkara mungkar yang semakin membarah di kalangan kita agar Allah memberikan peluang kepada kita untuk dipilih menjadi penggerak ummah bertuah ini.Allah berfirman:

'Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat). Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).

Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dialah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya).'

Ibadah korban yang disyariatkan pada hari raya Idul Adha yang lalu merupakan simbolik kepada memperingati pengorbanan yang luar biasa yang dipersembahkan oleh Nabi Allah Ibrahim sekeluarga. Korban di sisi Islam dilaksanakan semata-mata mengharap redha Allah Taala berbeza dengan korban yang dilaksanakan oleh masyarakat jahiliyyah yang dipersembahkan kepada Al-Latta dan Al-Uzza.

Allah tidak menginginkan darah serta daging binatang yang disembelih namun keikhlasan yang lahir daripada hambaNya akan menganugerahkan penerimaan ibadah tersebut. Menifestasi pengorbanan ini perlu diserapkan untuk mendarah daging dalam setiap jiwa umat Islam.

Namun, seandainya kita meneliti realiti keadaan umat Islam hari ini, kita akan dapati betapa jauhnya mereka dengan nilai pengorbanan yang meletakkan kemahuan Allah itu di puncaknya. Umat Islam sangat parah dengan pelbagai penyakit yang membawa kepada kejauhan daripada kasih sayang Allah.

Mereka dihinggapi dengan penyakit krisis keyakinan terhadap kemampuan Islam sebagai jawapan dalam semua permasalahan. Betapa ramai di kalangan umat Islam yang tidak mahu berjuang untuk meletakkan Islam kembali dijulang. Islam dianggap sebagai upacara keagamaan semata-mata. Islam dianggap bukan penyelesaian kepada masalah kenegaraan, politik, ekonomi, sosial dan undang-undang.

Teori ortodok memisahkan agama daripada kehidupan masih dianuti. Mereka cuba untuk meracuni jiwa muslim agar beriman dengan kata-kata yang menjadi asas teori sekularisme:

Serahkan urusan pemerintah kepada pemerintah dan serahkan urusan Allah kepada Allah

Ulamak dipersenda. Kata-katanya dianggap kolot dan ketinggalan zaman. Budaya hiburan tanpa batasan Islam semakin menular di dalam jiwa muda-mudi Islam. Ulama bisu cuba untuk memesongkan agama Allah semata-mata kerana sekelumit habuan dunia . Agama Allah cuba untuk dicabuli.

Undang-undang Allah dianggap sebagai undang-undang rimba yang hanya membawa negara kepada kemunduran. Murtad semakin menjadi-jadi. Zina seperti perkara biasa.

Demi tuhan Kaabah ! Allah sama sekali tidak akan memberikan kemenangan kepada umat Islam selagi mana ummat ini tidak mahu tunduk dan patuh kepada Allah. Allah akan terus menjadikan umat ini hina di sisi musuh selagi mana mereka masih lagi betah untuk mengabdikan kehidupan mereka dengan sistem jahiliyyah moden rekaan tangan-tangan manusia yang dicipta tanpa mengambil peduli kehendak Allah Rabbul Alamin.


'Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliah? Padahal kepada orang-orang yang penuh keyakinan, tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih baik dari Allah.'

Kata pujangga:

· apabila iman sudah lenyap maka tiada lagi erti keamanan,
· dan sesungguhnya tiada erti kehidupan dunia bagi orang yang tidak mendirikan agama,
· sesungguhnya orang yang redha menjadikan kehidupan dunianya sunyi daripada agama,
· dia telah menjadikan kehancuran itu sebagai teman karibnya.

Sesungguhnya kita ini merupakan satu ummat yang dimuliakan oleh Allah semata-mata kerana Islam. Apabila kita cuba untuk mencari kemulian selain daripada Islam maka yakinlah bahawa kita akan dihina oleh Allah Taala.

Wahai hamba Allah ! Wahai insan yang mengakui kebesaran dan keagungan Allah. Adakah kamu mengambil segala apa yang berlaku ini sebagai satu tarbiah dan tazkirah buat diri kamu? Adakah kamu masih lagi berasa aman daripada kemurkaan Allah?

Adakah kamu tidak memikirkan langsung walau sejenak bahawa Allah mampu untuk menghancurkan kamu dan insan sekelilingmu , lantaran maksiat dan perderhakaan yang kamu persembahkan kepada Rabbul Alamin? Apakah kamu masih menyangka bahawa azab yang pedih daripada Allah yang pernah ditimpakan kepada umat sebelummu seakan-akan satu dongengan yang tidak akan sama sekali menimpamu?

Insafilah duhai sahabat yang bakal menjadi pewaris perjuangan para nabi dan rasul agar kita benar-benar berusaha untuk menjadi hamba Allah yang berusaha untuk membentuk syakhsiah yang terpuji. Pasakkan kembali ruh pengorbanan Nabi Ibrahim, Ismail dan Hajar di sanubari kita.

Berusahalah untuk kalian meraih cinta abadi daripada Rabbul Izzati dengan usaha gigih meninggalkan segala sifat cela yang hanya akan mengundang benci dan murka dariNya.

Wahai hamba Allah yang beriman kepada aqidah Islam yang Maha Suci. Marilah kita sama-sama memikirkan nasib umat Islam yang semakin hari semakin tenat dibunuh, ditindas dan dianiaya tanpa sebarang dosa.

Allah taala mampu untuk memberikan kemenangan kepada umat Islam apabila umat bertuah ini sudah sedar dan mahu kembali menyandang amanah jihad bagi memastikan kitab Allah dan sunnah RasulNya kembali menjuarai sistem kehidupan sejagat.



*Artikel ini adalah hasil karya Ustaz Nasruddin Tantawi yang menulis di blog beliau, http://ustaznasrudin-tantawi.blogspot.com/ dan telah diolah oleh penulis, muzakkir..

Sekiranya terasa dengan artikel ini, maka marilah sama-sama kita mengubah diri kita yang hina ini ke arah jalan pengorbangan yang hanya untuk mendapat keredhaan Allah...

Ayuh rakan-rakan seperjuangan PEPIAS BANGI!!! BAngkitlah kamu semua dari lamunan khayalan kemewahan dan kekayaan....Janganlah kamu lupakan tanggungjawab kamu sebagai DA'IE di atas muka bumi ALLAH ini. Janganlah kerana assingnment atau hal-hal duniawi, kita tidak sanggup berkorban demi perjuangan kita untuk berdakwah dalam wadah PEPIAS demi untuk menegakkan agama Islam. Walaupun kita lemah atau jahil, gunakanlah kesempatan ini untuk pergi ke program-program atau aktiviti-aktiviti yang berkaitan bagi mendidik dan mentarbiyahkan diri kita ini. Semoga dengan artikel ini dapat menyedarkan kita agar sanggup berkorban demi Islam...

Artikel ini merupakan pautan dan sambungan dari USRAH PEPIAS BANGI pada tarikh 22 Disember 2008..

Sengsara Membawa Nikmat

Tidak adil

Manusia selalu tidak adil. Dia lebih selalu takut dengan keadaan yang serba pahit, sedih & kecewa. Tetapi dia tidak pernah sedih dengan kesenangan, populariti & kejayaan yang diraihnya. Apalagi jika manusia yang tidak pernah bahagia ketika mendapat kesedihan.

Allah Azza wa Jalla berfirman:

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَنَبْلُوكُمْ بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ

Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kami lah kamu dikembalikan.(Al-Anbiya:35)


Manusia yang cerdik & bijak adalah manusia yang mampu menafsirkan keadaan sulit & pahit, menjadi suatu proses kematangan menuju kebahagiaan. Tidak ada manusia yang berjaya tanpa halangan. Sebaliknya, manusia kerdil & jumud adalah manusia yang gelisah dengan adanya halangan, kepahitan & kegagalan. Allah Azza wa Jalla berfirman lagi:
وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِنَ الأمْوَالِ وَالأنْفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ

Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar(Al-Baqarah:155)

Dua jenis manusia


Ingatlah saudaraku semua, ada 2 kelompok manusia dalam hal mereka menghadapi kegagalan:

1. Manusia yang selalu tersenyum dalam keadaan apa pun, termasuk ketika dihinggapi kegagalan. Kerana menangis, meratap, apalagi melempiaskan dengan cara merosak tidak akan menciptakan keberhasilan, kecuali hanya akan melipat gandakan kesedihan yang sudah terjadi.

Allah Azza wa Jalla berfirman:

إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا تَتَنَزَّلُ عَلَيْهِمُ الْمَلائِكَةُ أَلا تَخَافُوا وَلا تَحْزَنُوا وَأَبْشِرُوا بِالْجَنَّةِ الَّتِي كُنْتُمْ تُوعَدُونَ

Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: "Tuhan kami ialah Allah" kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka (dengan mengatakan): "Janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu merasa sedih; dan bergembiralah kamu dengan (memperoleh) surga yang telah dijanjikan Allah kepadamu".(Al-Fushilat:30)

2. Manusia yang dalam menghadapi kegagalan akan sangat reaktif, emosional, seakan-akan dunia sudah kiamat saat itu juga. Dia merasa jika kegagalan tidak segera dipamerkan dengan kekesalan, amukan atau makian, maka selamanya dia akan merasa menyesal seperti tiada harapan lagi di esok hari.

Allah Azza wa Jalla berfirman:


وَإِذَا رَأَيْتَهُمْ تُعْجِبُكَ أَجْسَامُهُمْ وَإِنْ يَقُولُوا تَسْمَعْ لِقَوْلِهِمْ كَأَنَّهُمْ خُشُبٌ مُسَنَّدَةٌ يَحْسَبُونَ كُلَّ صَيْحَةٍ عَلَيْهِمْ هُمُ الْعَدُوُّ فَاحْذَرْهُمْ قَاتَلَهُمُ اللَّهُ أَنَّى يُؤْفَكُونَ

Dan apabila kamu melihat mereka, tubuh-tubuh mereka menjadikan kamu kagum. Dan jika mereka berkata kamu mendengarkan perkataan mereka. Mereka adalah seakan-akan kayu yang tersandar. Mereka mengira bahwa tiap-tiap teriakan yang keras ditujukan kepada mereka. Mereka itulah musuh (yang sebenarnya), maka waspadalah terhadap mereka; semoga Allah membinasakan mereka. Bagaimanakah mereka sampai dipalingkan (dari kebenaran)?(Al-Munafiqun:4)

Kemampuan


Berbahagialah ketika selama hidupnya manusia selalu dihadapkan dengan halangan. Kerana, janji Tuhan, Dia tidak akan memberikan kesulitan di luar batas kemampuan manusia itu sendiri. Kesulitan hidup, pahitnya hidup sepatutnya menjadi sarana menuju martabat yang lebih tinggi. Hanya dengan "mendaki" lebih tinggi dan lebih tinggi lagilah, manusia akan mampu memahami hakikat kehidupan yang luas ini.smiley-laughing

Allah Azza wa Jalla berfirman lagi:

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo`a): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir". (QS; Al-Baqarah:286)


Dua Jalan

Nah, sekarang sudah terbentang 2 jalan di hadapan kita. Jalan manakah yang menuju kembali kepada-Nya dan jalan manakah yang akan membawa kita jauh dari-Nya? Ia adalah pilihan kita.

Allah Azza wa Jalla berfirman:

فَأَلْهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقْوَاهَا
maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya

قَدْ أَفْلَحَ مَنْ زَكَّاهَا
sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu,

وَقَدْ خَابَ مَنْ دَسَّاهَا
dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya.(QS ;Asy-Syams:8-10)

Optimislah!!

waAllahua'lam..

Monday, December 22, 2008

Kenangan - Kenangan semasa Program PMG ke 9...

Senior - senior PEPIAS pada Majlis Penutupan Program PMG ke 9
(dari kiri, Abg Zamani, Abg Syukur, Abg Zul & Abg Fadzli Arsad)


BoldSebahagian daripada para peserta sedang khusyuk mendengar ceramah yang bertajuk
'Ayuh! ke Menara Gading' yang disampaikan oleh Saudara Shafezan.


Peserta-peserta lelaki bergambar kenangan bersama abang-abang fasilitator


Persembahan sketsa yang mantap dari fasilitator-fasilitator PMG ke 9
( Family Suka - Suki )

Aktiviti-aktiviti riadah yang telah dijalankan oleh peserta-peserta PMG

Sebahagian daripada Komiti dan Fasilitator yang telah menjayakan PMG ke 9


Bergambar kenangan bersama Peserta Lelaki terbaik Program PMG ke 9
(berdiri dari belakang- Muzakkir, Muslim, Hafiz & Afiq- duduk)

Antara barisan Komiti dan Fasilitator PMG
(Hafiz, Azali, Afiq, Afif, Hafiz & Muzakkir)

Promoter untuk jualan Badges dan beg PEPIAS bagi tujuan kutipan dana PEPIAS.. hehehe...

Sunday, December 21, 2008

BERAKHIRNYA PMG YANG KE 9.......


Alhamdulillah, syukur kehadrat Illahi Perkampungan Menara Gading yang ke 9 telah berakhir dengan jayanya pada petang tadi tepat pukul 05.32 pm (21/12/08). Program PMG ini telah berlangsung di Universiti Putra Malaysia (UPM) selama 3 hari 2 malam bermula 19 - 21 Disember 2008. Program PMG yang dianjurkan oleh Persatuan Kebajikan Dan Pendidikan Islam Selangor Darul Ehsan (PEPIAS) ini di hadiri oleh peserta-peserta lepasan SPM yang berumur 17 tahun. Seramai 96 peserta dari pelbagai sekolah dan tempat telah menglibatkan diri didalam Program PMG ini. Program yang diketuai oleh Saudara SaifuSyafiq iaitu Pengarah Program PMG kali ke 9 ini telah dijayakan dengan sokongan daripada 26 orang fasilitator dan 47 orang komiti. Antara objektif utama program PMG ini ialah untuk mendedahkan kepada peserta mengenai persediaan awal menghadapi dunia Institut Pengajian Tinggi (IPT), membina perancangan dan kekuatan didalam hidup serta untuk menekankan kepada peserta tentang tujuan hidup, tujuan belajar dan tujuan berjemaah. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang Program PMG ini ialah Latihan Dalam Kumpulan(LDK), Riadah, Solat Berjemaah, Qiammulail, 'treasure hunt', Malam Kesenian Islam, ceramah yang bertajuk 'Ayuh ke Menara Gading' dan macam-macam lagi. Perasmian penutup Program PMG kali ke 9 ini telah dirasmikan oleh MOHD FADZLI BIN ARSAD, bekas Presiden PEPIAS yang ketiga. Majlis penutup dimeriahkan lagi dengan persembahan sketsa oleh fasilitator-fasilitator PMG.



Thursday, December 18, 2008

BOOTH PEPIAS di PKNS SHAH ALAM....





LAWATILAH BOOTH PEPIAS (yang ada di gantungkan banner seperti di atas) di KOMPLEKS PKNS, SHAH ALAM, SELANGOR... DARI 19 - 21 DISEMBER 2008... BOOTH PEPIAS AKAN DI BUKA DARI PUKUL 10.00AM HINGGA 06.00 PM.. ANDA BOLEH DAPATKAN KETERANGAN LANJUT MENEGENAI PEPIAS DAN SEGAL-GALANYA DI BOOTH PEPIAS...


Monday, December 15, 2008

USRAH PEPIAS cawangan BANGI....

Usrah PEPIAS pada malam ini akan berjalan seperti biasa mengikut ketetapan berikut:-

Tajuk : Ucapan Dasar Presiden PEPIAS bagi MATP ke 17
Tempat : BT 1114
Masa : 08.30 - 10.30 pm

Kehadiran anda semua amatlah di hargai & kehadiran ahli baru amatlah di alu-alukan.....

Program Sambutan Minggu Dakwah 2008

Kepada semua ahli PEPIAS...

Sempena dengan Program Sambutan Minggu Dakwah 2008 ,PEPIAS akan membuka Booth Pameran bagi memperkenalkan PEPIAS kepada orang ramai. Sehubungan itu, di harap anda semua dapat menghebohkan Program ini kepada orang ramai agar mereka dapat mengenali NGO-NGO Islam yang bertapak di Negeri Selangor Darul Ehsan. Ahli PEPIAS di minta untuk sama-sama menyokong PEPIAS bagi menjayakan Program tersebut.

Tempat : Ruang Legar Kompleks PKNS , Shah Alam
Tarikh : 19 - 21 Disember 2008
Masa : 10.00 am - 11.00 pm

Anda semua dijemput hadir bagi sama-sama memeriahkan lagi pameran kita di sana....


Antara aktiviti yang akan diadakan sempena Program Sambutan Minggu Dakwah 2008 ialah :-
  1. Pelancaran Program Minggu Dakwah & Kempen Menutup Aurat
  2. Pameran Booth (PAMERAN DARI PEPIAS & NGO'S ISLAM) - (10.00am-06.00pm)
  3. Forum Perdana Ehwal Islam
  4. Seminar Dakwah & ICT
  5. Program Busana Muslimah
  6. Ceramah Perdana Santai Cafe
  7. Pertandingan Bowling (PEPIAS menghantar wakil)(09.00am-01.00pm)
  8. pelancaran Tazkirah di Pasar Tani

MUKTAMAR AGUNG TAHUNAN PEPIAS KE-17


KERATAN AKHBAR SEMPENA MATP KE 17 .....

Sunday, December 14, 2008

KEM TAUTAN KASIH MAHABBAH











Kepada semua ahli PEPIAS cawangan BANGI.......


PEPIAS BANGI akan menganjurkan satu program yang berbentuk REHLAH. Program yang julung-julung kalinya diadakan ini adalah satu program bagi menjalinkan perhubungan dan persaudaraan yang lebih rapat dan erat agar dapat dijalinkan diantara Ahli-ahli PEPIAS cawangan BAngi terutamanya diantara ahli baru dan ahli lama. Program ini akan di isikan dengan pelbagai aktiviti yang menarik dalam membina jati diri dan kefahaman yang lebih diantara ahli-ahli PEPIAS. Di harapkan KEM TAUTAN KASIH MAHABBAH ini dapat menambahkan kemesraan dan dapat mengeratkan lagi ukhwah di antara satu sama lain sekaligus memperkenalkan PIMPINAN PEPIAS 2009 kepada semua ahli PEPIAS cawangan BANGI.

Program : Kem Tautan Kasih Mahabbah
Tema : " Selangkah Menuju Jaya"
Tarikh : 27 & 28 Disember 2008
Tempat : Taman Wetland, Putrajaya
Aktiviti : Treasure Hunt, Berbasikal, Lake Crossing, BBQ dll
Penginapan : Khemah
Bayaran : RM 70 seorang (deposit RM 20 sebagai tempahan tempat)


p/s : - Penyertaan adalah terhad kepada 50 orang yang mendaftar awal sahaja....
- Sebarang pindaan tertakluk kepada perubahan...

Sebarang masalah, sila hubungi :-
Abdul Hafiz Bin Abdul bar
012 - 5133309
013 - 2008249


Saturday, December 13, 2008

PERKAMPUNGAN MENARA GADING (PMG)

Kepada semua lepasan SPM / STPM / STAM...

Anda di jemput untuk menyertai PMG yang akan di anjurkan oleh PERSATUAN KEBAJIKAN DAN PENDIDIKAN ISLAM SELANGOR DARUL EHSAN (PEPIAS) dengan kerjasama MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR (MAIS)....

Program : PERKAMPUNGAN MENARA GADING (PMG)
Tempat : KOLEJ 13, Universiti Putra Malaysia (UPM), SERDANG

Tarikh : 19 - 21 DISEMBER 2008
Bayaran : RM 15 seorang ( modul, makanan, penginapan dll)

maklumat lanjut, sila hubungi :-

  • KAK NANA - 017 3110573


Tuesday, December 2, 2008

MUKTAMAR AGUNG TAHUNAN PEPIAS KE-17

Assalammualaikum kepada semua ahli PEPIAS BANGi...

Anda semua di jemput hadir ke MATP ke-17 pada 05 dan 06 Disember di Kompleks SRI Siantan, Selayang...

Sila beri NAMA PENUH, NO. HP, EMAIL dan NO KAD PENGENALAN kepada:-

ABDUL HAFIZ BIN ABDUL BAR
012 - 5133 309
013 - 2008 249
adfiz_peace@yahoo.com

SEGALA PERMASALAHAN, SILA HUBUNGI ABDUL HAFIZ..

NOTIS MUKTAMAR AGUNG TAHUNAN PEPIAS KALI KE 17 (MATP 17)

Kepada :

SEMUA AHLI
PERSATUAN KEBAJIKAN DAN PENDIDIKAN ISLAM
WILAYAH PERSEKUTUAN DAN SELANGOR DARUL EHSAN
(PEPIAS)

Assalamualaikum wrt wbt

Saudara/Saudari,

PERUBAHAN NOTIS MUKTAMAR AGUNG TAHUNAN PEPIAS KALI KE 17 (MATP 17)

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah di rujuk.

Persatuan Kebajikan dan Pendidikan Islam Wilayah Persekutuan dan
Selangor Darul Ehsan atau PEPIAS dengan berbesar hati ingin menjemput
saudara/saudari untuk hadir bagi sama-sama memeriahkan muktamar
tahunan kali ke 17 ini. Objektif muktamar seperti yang telah
diketahui, adalah untuk menilai dan bermuhasabah tentang isu dalaman
dan luaran PEPIAS.

Sehubungan dengan itu, saudara/saudari adalah dijemput untuk memenuhi
kerusi Perwakilan atau Pemerhati. Berikut adalah butiran muktamar:

Tarikh : 5 dan 6 Disember 2008
Masa : 8.00 malam (5 Disember) hingga 5.00 petang (6 Disember)
Tempat : Komplek Sri Siantan, Selayang
(Penginapan disediakan. Pengangkutan disediakan dari Terminal Gombak
ke Komplek Sri Siantan dari jam 5.00 petang sehingga 8.00 malam)
Bayaran : RM 12.00 seorang
Pakaian : 5 Dis: Berbaju batik dan bersongkok
6 Dis: Berbaju melayu bersampin

Aturcara : (Seperti dilampiran)

Untuk sebarang pertanyaan sila berhubung dengan Noor Adila Mansor
ditalian 013-390 3284 atau Zafrullah Aris 019-256 8441. Pendaftaran
hendaklah dibuat melalui AJK Perhubungan Kampus / Pimpinan Kampus
masing-masing sebelum 4 Disember 2008. Bersama surat ini dilampirkan
juga AJK Pengangkutan dan Pendaftaran Muktamar.

Kami berharap agar saudara/saudari dapat meluangkan masa untuk
bersama-sama bermuhasabah tentang wadah yang kita cintai ini. Semoga
kerjasama dan keprihatinan saudara/saudari akan menyuburkan lagi
segala usaha dakwah yang diusahakan. Semoga Allah merahmati usaha
murni ini.

Sekian, terima kasih.

"MENJANA MASYARAKAT BERUKUN, BERTAMADUN DAN BERBAKTI"

Yang menjalankan tugas,
PERSATUAN KEBAJIKAN DAN PENDIDIKAN ISLAM
WILAYAH PERSEKUTUAN DAN SELANGOR DARUL EHSAN



KAMARUL AZAMI B. MOHD ZAINI
Setiausaha Agung

TENTATIF MUKTAMAR PEPIAS KE-17

ATURCARA MUKTAMAR AGUNG TAHUNAN PEPIAS KALI KE 17

5 Disember 2008:

Masa Aktiviti / Aturcara

5.30 petang Pendaftaran MATP 17
6.30 petang Makan malam
7.30 malam Solat Maghrib berjemaah
8.00 malam Kuliah @ Ma'turat*, Solat isyak berjemaah

MATP 17 bermula
8.30 malam Muktamirin dan muktamirat masuk ke dewan
9.00 malam Jemputan khas ke Majlis Perasmian tiba
9.15 malam Sidang 1 bermula
Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
Nyanyian Al-Asma Ul Husna
Alunan bacaan Al-Quran
Ucapan Dasar Presiden En. Zamani Mohd Karulani
Ucapan Perasmian MATP 17 oleh YDP ABIM Selangor
Nyanyian Lagu PERSADA
11.15 malam Penyampaian cenderamata
11.30 malam Kudapan dan bersurai

6 Disember 2008:

Masa Aktiviti / Aturcara

4.00 pagi Persiapan diri
5.00 pagi Qiyamullail
6.00 pagi Solat Subuh berjemaah
6.30 pagi Kuliah @ Ma'thurat
7.00 pagi Sarapan pagi
8.00 pagi Muktamirin dan Muktamirat masuk ke dewan
8.30 pagi Sidang 2 bermula
Pengerusi Majlis menjemput Pengerusi MATP 17
Pimpinan 2007-2009 memenuhi pentas MATP 17
Laporan Jawatankuasa Tauliah dan Pemandu
Pembentangan Dokumen A, B dan C
Sesi perbahasan Ucapan Dasar
Sesi penggulungan Ucapan Dasar
10.00 pagi Rehat dan minum pagi
10.30 pagi Muktamirin dan Muktamirat masuk ke dewan
10.45 pagi Sidang 3 bermula
Pengumuman Pimpinan PEPIAS Pusat 2009-2011 oleh
YDP ABIM Selangor merangkap Pengerusi SYURA PEPIAS
Pembentangan Usul dan perbahasan
1.00 petang Makan tengahari dan solat Zohor berjemaah
2.00 petang Muktamirin dan Muktamirat masuk ke dewan
2.15 petang Ucapan penangguhan
Ucapan penangguhan Presiden 2009-2011
3.30 petang Nyanyian lagu PERSADA dan bacaan doa Rabitah oleh
Abdul Syukur Muhamad Syarif
4.00 petang Bersurai

Thursday, November 27, 2008

permata

assalamualaikum
kawan2, kalau nak lebih information lagi boleh
ke http://permatadicari.blogspot.com
masa depan islam

Monday, November 24, 2008

Menawan Hati Kawan @ Lawan

Prinsip 1: Hadirkan sifat ini dan anda akan dialu-alukan dimana-mana sahaja anda pergi. Hatta ke pasar mahupun ke kuliah dan sekolah.Jadi orang yang menarik supaya orang tertarik. Menarik kadang-kadang tidak di lihat oleh rupa tapi ia terserlah oleh sikap anda. Maka jadilah yang benar-benar menarik. Dengan kata lain IKHLAS dalam bersosial.

Prinsip 2: Cara yang paling mudah dan ringkas tapi ramai yang mengabaikannya. Ia mesti di lakukan dengan penuh keikhlasan barulah masyarakat disekeliling akan senang dengan anda. Pasti ada yang tertarik. Senyum

Prinsip 3: Jika anda tidak melakukan tindakan ini maka anda akan menghadapi masalah besar dalam berkomunikasi. Apakah ia ya? Mengingati setiap nama kawan dan lawan anda. Serta sesiapa sahaja yang dijumpai.

Prinsip 4: Tindakan sebegini penting dalam mengekalkan keharmonian anda dalam berorganisasi. Jika anda seorang leader maka sikap ini sangat penting untuk anda amalkan. Jadikan pendengar yang terbaik.Jangan cepat membalas setiap apa yang anda dengar dengan negative sign.Encourage them untuk menceritakan tentang diri mereka, mungkin masalah mereka. Barulah mereka merasa dihargai.

Prinsip 5: Macamana ingin menjadikan anda diminati ramai.Sesudah itu kata-kata anda seolah-olah sangat berharga buat mereka yang mengikut anda.Bercakap interm of the other person`s interests. Ikut dan lihat apa kemahuan dan minat orang yang akan anda tawan hatinya. Bercakap atas minatnya. Bukan minat anda.

Prinsip 6: Bagimana pula ingin menjadikan diri anda disukai dalam sekejap sahaja pertemuan? Diri anda akan dihargai jka anda melakukannya.Dan kawan mahupun lawan akan menghormati anda. Lawan mungkin boleh berubah menjadi kawan. Jadikan mereka sangat penting buat anda dan mereka rasa diri mereka sangat penting buat anda. Dan lakukan dengan seikhlas hati.

Prinsip 7: Wajar dilakukan tindakan ini. Moga-moga mnjadikan kawan anda selesa bersama anda. Apakah ia? Penampilan kemas walaupun diri ini tidak secantik dan sehensem bintang-biintang filem tanah air mahupun hollywood.

Lawan juga teman.

Inilah sedikit perkongsian .Selamat mencuba dan praktikkan. Insyaallah diri anda akan dihargai,disayangi rakan mahupun lawan.

Komen penulis: Tajuk ni saya kira paling sesuai untuk saya coretkan buat kali ni. Namun begitu saya bukanlah seorang yang hebat, cuma ingin sekadar berkongsi sedikit sebanyak dari hasil pembacaan saya dari beberapa buku dan pemerhatian.

Komen editor: Menjaga hubungan sesama manusia dan menjaga hubungan dengan Allah. Hablul minannas wa hablul minnallah. InsyaAllah. Amin Ya Rabb.

Dakwah Dan Cinta

“Bagaimana kita mahu menasihatkan mad’u(ahli usrah) kita yang bercinta?” Satu soalan diberikan kepada ahli panel forum. Saya hanya duduk di belakang dewan memerhatikan sahaja gelagat si penyoal.

“Ada seorang rakan yang saya kenal di kampus. Aktif dalam gerakan dakwah tetapi dalam masa yang sama dia juga bercinta dengan seorang perempuan. Cuma selalunya hanya berjumpa apabila ada meeting, atau pun chatting di Yahoo Messenger dan sms…” Seorang lagi peserta bangun bercerita pengalamannya pula. Juga tentang cinta.

Masa remaja tentunya masa yang penuh dengan gelora perasaan kerana ia merupakan transisi menuju dewasa. Tidak kiralah mereka itu aktivis dakwah atau pun tidak kerana perasaan ingin menyayangi dan disayangi itu adalah fitrah. Tumbuh secara semula jadi dalam diri.

Semua manusia pasti ada perasaan tersebut. Mulanya hanya berjumpa sewaktu meeting, bekerjasama dalam program dakwah dan tarbiyah dan kemudian mulalah kerap sms bertanya khabar.

Lawan Vs. Kawal

“Kamu perlu lawan perasaan itu.” Kata seorang naqib sewaktu saya di sekolah dahulu.

Lawan? Kerana lawanlah perasaan tersebut dipendam-pendam. Akhirnya membuak-buak dan pecah. Lalu langsung tidak terkawal apabila di universiti. Itulah yang terjadi kepada beberapa orang rakan saya… Dan juga senior termasuk naqib saya itu.

Sudah beberapa kali saya terserempak dengan beberapa senior sekolah lama saya yang merangkap ketua pelajar mahupun naqib, kini keluar berdua-duaan dengan pasangan.

“Eh, abang dah berkahwin ke? Tak jemput ana pun.” Sengaja saya mengusik. Tersipu-sipu malu mukanya.

“Belum lagi.” Jawabnya ringkas.

Perasaan cinta bukan perlu dilawan. Mengapa perlu dilawan perkara yang sudah menjadi fitrah? Tetapi perasaan cinta itu perlu dikawal. Disalurkan ke tempat yang betul. Dikawal supaya tidak melampau batas-batas yang telah ditetapkan Tuhan.

“Sudah ada ikatan yang sah belum? Jika belum ada cepat-cepat mengikat dengan cara yang sah dan terbaik. Jika masih lama lagi waktunya untuk mengikat hubungan, maka seeloknya berhentikanlah dahulu. Takut-takut nanti jadi jemu dan akhirnya berpisah begitu sahaja. Sekurang-kurangnya bertunanglah…”


Seorang ustaz saya ada menasihatkan, “Siapa kata bertunang tidak boleh berkenal-kenalan dengan pasangan kita itu? Waktu pertunanganlah waktu untuk kita berkenal-kenalan. Islam menyuruh kita memilih pasangan yang sesuai dengan diri kita sebelum kita menikahinya.”

Over Rate Diri Sendiri

“Saya ada menyukai seseorang, dan kami telah berkenalan agak lama. Cuma sekarang saya rasa serba salah. Adakah cara kami ini salah atau betul?” Seorang rakan menyoal saya. Dan saya mengenalinya sebagai orang kuat dalam satu persatuan agama di kampus.

“Apa cara yang kamu rasa salah atau betul itu?” Saya kembali menyoal.

“Kami tidaklah kerap berjumpa seperti pasangan lain. Kalau berjumpa pun akan ada seseorang menemani. Kami cuma kerap berhubung melalui sms. Itupun sms kami selalunya berkaitan persoalan agama.” Dia cuba menerangkan.

Saya menarik nafas panjang. Kemudian melepaskannya perlahan-lahan. Dalam hati ingin saja berkata, ’Saya bukanlah seorang yang selalu pergi ceramah agama berbanding dia. Lagikan pula memberi ceramah sana-sini seperti dia. Tetapi tahu jugalah sikit-sikit tentang persoalan ikhtilat(pergaulan) antara lelaki dan perempuan.’

“Dalam diri kita ini tidak kiralah siapa pun, ada satu sifat over rate diri sendiri. Tidak kiralah saya atau pun kamu, turut ada sifat itu.” Saya cuba memulakan penerangan. Berhenti seketika.

“Apa maksud sifat over rate itu?” Belum sempat saya meneruskan, dia menyoal.

“Sifat ini yang membuatkan kita merasakan apa yang kita buat nampak macam betul. Sedangkan bila kita tengok orang lain buat, nampak macam salah. Walhal perbuatan tersebut lebih kurang sama sahaja. Itu yang menyebabkan selalu saya lihat hari itu si dia pergi menegur sepasang remaja yang duduk bersembang, tetapi esoknya saya lihat dia pula berjumpa dengan pasangannya.

Kemudian siap bersembang dalam sms ataupun chatting di YM agak lama. Cuma nampak sahaja seperti lebih baik, tetapi maksud dan tujuannya tetap sama. Tetap dalam bahasa yang selalu kita panggil sebagai ’couple’. Ini kerana kita merasakan diri sendiri itu sudah terlalu baik, jadi apa sahaja yang dibuat dirasakan sebagai tindakan yang betul.” Saya cuba menerangkan sebaik mungkin.

Dia kemudian meminta diri daripada saya. Entah dapat menerima kata-kata saya sebentar tadi ataupun tidak.

Saya bukanlah melarang perbincangan agama melalui sms dan chatting di YM. Perkara yang elok mengapa perlu dihalang. Tetapi perlulah dikawal. Seeloknya bertanya dahulu dengan ustaz atau ustazah, sekiranya tidak berkemampuan bertanyalah kepada rakan yang sejantina terlebih dahulu. Jika tidak dapat juga, barulah bertanya kepada yang berlainan jantina.

Bukanlah salah kalau ia satu keperluan tapi takut-takut kita sengaja cuba mencari ’alasan’ dengan mengadakan perbincangan agama supaya dapat berhubung dengan si dia.

Hijab dan Wanita Dakwah

Hijab ertinya tirai atau dinding. Memisahkan antara sesuatu dengan sesuatu. Dalam maksud yang lain juga bermakna perselindungan wanita dalam Islam daripada lelaki yang bukan muhrimnya.

Islam membentuk satu peraturan hijab, melatih manusia untuk mendisiplinkan kecenderungan diri mereka terhadap jenis yang berlawan dengan mereka. Agar kecenderungan ini disalurkan melalui jalan-jalan yang halal.

pahrol juoi“Hijab bukan hanya terbatas kepada perintah untuk wanita menutup kepala dan muka mereka sahaja. Tetapi ia juga adalah panduan bagi lelaki dan perempuan dalam kehidupan bermasyarakat.

Tidak guna rasanya jika seseorang perempuan itu memakai tudung labuh dan purdah tetapi masih juga melakukan hal-hal yang tidak sepatutnya. Apabila ada persoalan yang tidak dapat terjawab terus mencari ’lelaki yang disukainya’ untuk bertanyakan soalan.”

Jika seseorang itu merasakan dia sudah memiliki nilai-nilai akhlak yang baik tetapi meninggalkan aspek hijab dalam pakaiannya, maka ini adalah satu kekeliruan yang besar.

Contohnya seseorang itu telah banyak menunaikan solat fardu dan sunat, malah sudah banyak kali menunaikan haji. Bolehkah dia meninggalkan solat Subuh walau sekali? Tentu sekali tidak. Dalam Islam tidak ada konsep ’sekiranya sudah melaksanakan perkara yang wajib, boleh menggugurkan perkara wajib yang lain’.

Samalah halnya dengan jika seseorang sudah menutup aurat sepenuhnya tetapi masih juga melanggar batas-batas pergaulan.



* Azree Hanifiah merupakan salah seorang penulis jemputan dan kini menuntut di Universiti Islam Antarabangsa(UIA) dalam bidang kejuruteraan. Artikel dipetik daripada blog beliau; www.studiomuslim.com

Usrah, Meeting, Program dan...?



Hayatilah cerita ini...
"Tembak tepat makan dalam"


Tariq melabuhkan badannya ke tilam murah di rumah sewa setelah penat membawa usrah sebentar tadi. Dia menyiapkan beberapa tugasan untuk dihantar pada pensyarah pagi esok. Selesai saja tugasan, Tariq terpaku seketika dek terkenangkan ahli-ahli usrah yang dibawanya... Adakala rasa seronok berkongsi pandangan dengan mereka. Tapi... "Ahh... Malas la nak fikir, tidur lagi bagus", detik hatinya. Jam menunjukkan pukul 2.00 pagi.

Sebelum Subuh lagi Tariq bangun untuk bersiap-siap ke surau. Dengan mata yang bengkak kerana tak cukup tidur, dia jalan terhuyung-hayang menuju ke surau berdekatan setelah mengambil wudhuk di rumah. Selesai solat berjamaah, ia berzikir sambil 'menunduk-nudukkan kepala' tanda sangat 'khusyuk' dalam zikirnya. "Alahai.. mengantuknya. Balik rumah je la. Boleh landing kejap sebelum ke kuliah.."


"Tariq...! Awak mengantuk lagi, pergi basuh muka", tegur pensyarahnya, Dr. Syarah. Mata Tariq cerah semula. Ramai pelajar tersenyum sinis memandangnya. "Alamak... kantoi lagi aku dengan Dr. Syarah", getus hatinya. Tariq membuat muka selamba seolah tiada apa-apa yang berlaku. Pensyarah itu meneruskan syarahnya walaupun mata Tariq masih lagi 'bergelombang' sayup-sayup layu mata memandang.

Sedang mendengar kuliah dengan mata kemerah-merahan, handphone Tariq vibrate menandakan ada call atau sms dari seseorang. "Salam. Jangan lupa 8.15 malam ni diadakan meeting di aras jamaah, fakulti program." Begitulah pesanan sms yang tertulis dari kawan seusrahnya, Mutarriq. "Meeting lagi", keluh hatinya. "Malam tadi dah usrah, malam ni meeting pulak", tambah hatinya. Selesai hantar tugasan dan kuliah 'tidur' jam 10.30 pagi, Tariq meluru ke motornya sambil membelek buku kecilnya jika ada perkara-perkara yang perlu dilakukan.

"Ishh... Yang ni tak buat lagi, yang ni pun tak buat lagi. Hari ni dah Khamis, program hari Sabtu. Apa aku nak jawab dengan Mutarriq malam nanti?" tanya hatinya. Mahu tak mahu Tariq pulang ke rumahnya. Ia membuka komputer sambil menaip-naip sesuatu sambil memicit kepalanya. "Ok. Kuliah lambat lagi. Pukul 2.00 petang. Boleh aku siapkan kerja aku ni", cetus hatinya sambil melihat jam tangannya yang menunjukkan pukul 11.00 pagi.

Setelah dua jam berhempas pulas, akhirnya kerja yang berkaitan dengan program Sabtu terdekat selesai. "Alhamdulillah..." syukur Tariq padaNya kerana memudahkan urusannya. Tariq cukup yakin akan pertolongan Allah bagi orang yang menolong agamaNya. Selesai solat Zohor, Tariq bergegas ke fakulti untuk kuliah. Dengan macho ia masuk ke kelas. Belum sempat Tariq duduk dan bertegur sapa dengan kawannya, pensyarah berkata, "Ok kelas, kita ada kuiz sekarang. Sila tutup buku dan nota". Hilanglah macho Tariq apabila mendengar perkataan keramat itu. Mulutnya ternganga kelu tanpa kata. "Habis la aku kali ni... Satu apa pun aku tak baca", kata hatinya.

Timbullah suara-suara jahat Azazil: "Itulah kau. Sibuk usrah, meeting, program memanjang sampai belajar entah ke mana. Kalau kau belajar saja kan bagus. Mesti kau boleh score punya. Usrah, meeting, program ni lepas belajar pun boleh buat. Malam esok kamu pulak ada usrah di rumah Pak Cik Murabbi. Bila pulak kamu nak study? Haa.. Jawab, jawab...!". Tariq tak jawab apa-apa oleh kerana kagetnya sambil mulut ternganga. Lebih jahat lagi Azazil menghasut: "Kamu nak mintak tolong siapa sekarang. Pak Cik Murabbi tak dapat tolong kamu. Jamaah pun tak dapat tolong kamu. Allah tak tolong kamu. Fail nanti kamu jugak yang susah." Walaupun sedang dilema, Tariq meneruskan kuiznya sekadar yang termampu.

"Tariq mesti istiqamah dalam perjuangan...", kata Pak cik Murabbi setelah Tariq mengadu masalahnya. "Belajar tu wajib. Kamu mesti bersedia sepanjang masa", tambahnya lagi. "Tapi Pak Cik, macam mana? Setiap hari ada saja kerja yang perlu dibuat sampai tak sempat nak study", kata Tariq. "Masing-masing diberikan masa secukupnya, cuma kita yang tak pandai menggunakannya", jawab Pak Cik Murabbi. "Banyak lagi masa yang kita ada. Cuba kamu kira, berapa lama berbual-bual dengan kawan? Berapa lama melayari internet? Berapa lama menonton televisyen? Berapa lama bermain games? Berapa lama makan di gerai?" tambahnya.

"Semua itu pencuri masa kita. Kurangkan masa-masa tersebut dan Tariq pasti ada masa untuk study", tegasnya. Lantas Pak Cik berpesan kepada Tariq sebelum pulang dari usrah: "Jangan salahkan perkara atau orang lain jika salah itu datang daripada diri kita sendiri. Salah kita kerana tidak pandai menguruskan masa. Orang lain pun lebih sibuk daripada awak dan ia juga berjaya dalam pelajarannya. Ia juga diberi 24 jam sehari seperti awak." Amat tepat sekali jawapan Pak Cik Murabbi kepada Tariq dan menimbulkan kembali semangat juangnya untuk Islam dan tidak melupakan masa untuk belajar.

Namun, Tariq bertanya: "Siapa orang lain yang berjaya tu Pak Cik?". Dengan selamba Pak Cik Murabbi menjawab: "Pak Cik la orang lain tu. Nak bagitau nama orang lain Pak Cik tak tau...", sambil senyum meleret pada Tariq sambil ternampak gigi. "Terima kasih atas nasihat Pak Cik", kata Tariq sambil tersenyum. Tariq pulang bersama mutiara berharga dari Pak Cik Murabbi yang juga cemerlang dalam usrah, meeting, program dan... AKADEMIK semasa belajar dahulu.

"Masa itu ibarat pedang. Jika kita tidak memotongnya, ia akan memotong kita."
(Pepatah Arab)