APA ITU PEPIAS???

PEPIAS merupakan akronim daripada nama Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan mana sebelum ini dikenali sebagai Persatuan Kebajikan Dan Pendidikan Islam Selangor Darul Ehsan.
PEPIAS telah bertapak sebagai penubuhan yang sah pada tanggal 1 OKTOBER 1992 setelah mula bergerak sejak 1971.


PEPIAS berasaskan DUA GAGASAN iaitu KEBAJIKAN dan PENDIDIKAN ISLAM. PEPIAS lebih menumpukan kepada sasaran sekolah rendah dan sekolah menengah. "meluntur buluh biar dari rebungnya".

PEPIAS telah mempunyai 7 cawangan berdaftar yang mana salah satunya ialah PEPIAS Cawangan Bangi yang bertapak di KUIS, Bangi.

Wednesday, May 27, 2009

Program Kepimpinan Kendiri Y2Y Daerah Gombak 2009


Baru-baru ini telah dianjurkan Program Kepimpinan Kendiri Y2Y Daerah Gombak di Air Tenang, Janda Baik Pahang pada 22-24 Mei 2009.

Seramai 6 orang wakil dari PEPIAS BANGI bersama-sama 3 orang wakil dari PEPIAS GOMBAK mewakili ABIM GOMBAK untuk menjadi peserta bagi program ini. Kami telah bertolak dari Pejabat Belia dan Sukan Gombak ke Janda Baik jam 4.00 petang hari Jumaat.

Seingat kami yang pergi ke sana adalah dikalangan berumur seusia lebih kurang dengan kami namun kenyataan itu meleset kerana rata-rata majoritinya bersekolah lagi yang mana lingkungan umur dari 15 hingga 17 tahun. Kami telah bertolak dengan menaiki 2 buah bas dan tiba di kem jam 5.30 petang. Walaupun mereka masih kecil tapi merkalah antara pemimpin masa depan.




Tidaklah ingin diceritakan semuanya aktiviti kami disana, beberapa aktiviti di sana ialah ice breaking, karaoke, mind setting, ceramah, LDK, riadah, tarik tali, explorace dan mandi sungai tapi apa yang menariknya keadaan kami disana ialah kami mendominasi program itu seperti perlantikan penghulu, setiausaha, biro sukan, biro agama dan ketua kumpulan semuanya di miliki oleh ahli PEPIAS. Inilah yang sebenarnya kita mahukan. Kerana dengan inilah kami boleh lakukan perubahan atas 1st impression kami. Alhamdulillah, kami tidak hanya memegang jawatan semata-mata tapi tetap melakukan beberapa tanggungjawab yang mana keadaan di kem itu pada awalnya nampak tenang seperti mana namanya tapi telah berubah pabila beberapa perkara yang tidak diingini berlaku. Biasalah budak-budak. Namun agak kasihan melihat gelagat adik-adik yang seagama dan sebangsa dengan kami. Bukan nak mengeluh tapi simpati dan tertanya-tanya rupanya masih banyak lagi kerja rupanya yang perlu dilakukan.

Peserta program ini telah di bahagikan kepada 8 kumpulan ( 4-L & 4-P ). Kami hanya mendapat nilai-nilai yang perlu ada dalam sesuatu program ialah pada hari terakhirnya. Di hari itulah kami peroleh nilai kasih sayang, kerjasama, berkomunikasi dan sebagainya berbanding 2 hari sebelumnya. Cuba anda bayangkan bagaimana pelajar sekarang suka bergaduh, solat pun depermainkan, syurga neraka diperlekehkan, laungan azan diketawakan dan macam-macam lagi. Apa yang kami nampak, mereka ada asas cuma kurang kefahaman mengenai Islam. Perasaan hormat menghormati kepada orang tua dan kasih sayang kepada semua kurang diterapkan dalam diri masing-masing. Rupanya inilah kerja kita yang belum diselesaikan. Beruntungnya kami dapat pergi ke kem ini kerana kami perolehi kesedaran mengenai amanah Allah sebagai hamba, khalifah dan daie.

Corat-coret pengalaman sepanjang program ini yang telah kami perolehi antaranya ialah semangat patriotisma, kemahiran kepimpinan ( Dato' Prof Dr Mohd Mansor ), peranan sukarelawan, psikologi, dan sebagainya. Program ini telah dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Gombak dan dikendalikan oleh Rebutia Coperation Sdn Bhd diterajui oleh Uncle BOB. Semangat kerjasama dalam kumpulan sememangnya tinggi bagi setiap kumpulan. Tanggungjawab sebagai Penghulu dapat dijalankan dengan baik pabila mendapat bantuan dan kerjasama dari semua pihak seperti AJK2 Kem, fasilitator, penganjur dan seterusnya dari sahabat2 dan adik2 yang turut serta dalam kem ini.

Sehabisnya kem ini telah dapat kami harapkan sesuatu dari hasil dan objektif program ini iaitu kami harap semua peserta sedar tentang tanggungjawab dan perana kita sebagai Belia. Beruntungnya kita kerana masih muda. Saat ini perlulah kita gunakan sebaik-baiknya. Pasti semua orang sedar tentang keadaan masyarakat di sekeliling kita. Ada baik tapi begitu banyak yang sudah sesat terutamanya belia sekarang. Bagaimana teruknya masyarakat diluar sana, lihatlah diri kita terlebih dahulu. Jika kita teruk pastinya mereka juga teruk dan sebaliknya. Inilah peranan kita. Anggaplah masyrakat di luar sana ini adalah keluarga kita. Mungkin lepas ini, mana tahu anak2 kita nanti pula akan di didik oleh mat rempit, mat ganja, mat ponteng. Mahukah kita unutk melihatnya? Oleh itu, perlulah bertindak sekarang.


Harapan kami seterusnya selepas program ini ialah belia sekarang bercita-cita meletakkan Islam di tempat yang tinggi dan dalam hati masing-masing. Selalunya golongan kita yang suka permainkan agama sendiri. Rasanya kita boleh lihat sendiri terutamanya pabila dalam kem ini masih ramai lagi yang permainkan solat, melengah-lengahkan solat dan kurang ada hormat menghormati. Maka, apalah nasib Islam sekarang. Inilah masalah utama yang ada pada hati belia. Ibadah dan akhlak masih lagi kurang dalam diri masing-masing. Tiadanya dalam hati untuk membesarkan Allah. Maka terjadilah pelbagai masalah sosial sehinggakan rokok pun boleh menjadi teman hidup walaupun kita tahu ia makanan syaitan dan selangkah ke neraka.

Oleh itu, sedarlah para belia sekalian, peranan kita cukup besar. Berubahlah mulai sekarang. Berubahlah adik-adik dan sahabat-sahabat sekalian sekembalinya dari kem itu. Macam-macam telah kita dapat dari kem itu. Ingatlah tentang diri kita, ibubapa, keluarga dan sekeliling kita. Kitalah pemimpin masa depan. Kitalah pengganti Umar Al-Khattab, Salahuddin Al Ayubi, Khalid Al-Walid dan sebagainya.

Akhirnya, kami harap harapan kita ini dapat direalisasikan. Masih tidak lambat lagi untuk kita berubah. Gunakanlah kesempatan dan semangat yang ada pada kita seoptimum yang mungkin. Tahulah sekali lagi bahawasanya kita ini hanya hamba, khalifah dan daie.

Kesempatan ini, kami mengucapkan tahniah dan jutaan terima kasih kepada semua pihak terutamanya sahabat-sahabat dan adik-adik yang bersama-sama dalam kem ini. Semoga ukhwah kita terjalin selama-lamanya.

Program ini telah berakhir pada 24 Mei Jam 3.30 petang. Dengan dua buah bas, kami pun berangkat ke gombak setelah berakhirnya majlis penutup. Dimana pada majlis penutup itu kumpulan BOU yang diwakili 4 orang peserta PEPIAS/ABIM dari 11 orang satu kumpulan telah memenangi kumpulan terbaik dan Sdri Izzati telah memenangi peserta perempuan terbaik. Selain itu, kami sendiri menambah alunan Asma Ul Husna dan Doa Rabitah dalam majlis penutup walaupun tiada dalam tentatif. Perkara ini mendapat pujian dari pihak penganjur namun bukan pujian dikejar tapi kebaikan yang ini kami cari.

Kami tiba di Gombak tepat jam 5.00 petang dan terus pulang kerumah masing-masing. Terima kasih semua. Rindu anda semua. Kalau jumpa jangan lupa tegur. Nanti ada program lagi, sudi-sudilah ajak kami lagi. Kami bersedia dan mengalu-alukan. Syukran.

Mesyuarat Pimpinan PEPIAS Cawangan Bangi kali ke 4 Sesi 2009/2010


Assalamualaikum kepada semua pimpinan PEPIAS Cawangan Bangi.

Mesyuarat kali pertama bagi semester baru tapi kali ke 4 bagi Sesi 2009/2010 akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 27 Mei 2009
Hari : Rabu
Masa : 8.30 malam
Tempat : BT 1114

Wajib kepada semua jawatankuasa Pimpinan PEPIAS Cawangan Bangi dan dijemput kepada Kak Dila

AGENDA :
Usrah Pimpinan
Laporan Semasa
Penstrukturan Jawatankuasa
Perlaksanaan Usrah Cawangan
Database Cawangan
Program Cawangan
Publisiti dan Informasi
Kewangan
Hal-hal berbangikit


"Amalan Pertemuan Merapat Ukhwah Mendekati Allah"

Sekian, terima kasih

p/s: ada masalah hubungi kami 0175086339-Muzakkir, o17-5039591-Afiq.013-2005712-Maz

Usrah PEPIAS BANGI 2 Sesi 2009/2010

Assalamualaikum kepada semua keluarga PEPIAS Cawangan Bangi.

Alhamdulillah pada 25 Mei 2009 yang lalu telah diadakan usrah buat kali ke-2 bagi sesi ini. kehadiran pada malam itu amat menggalakkan dengan pertambahan hampir 8 orang ahli baru di mana kesemuanya adalah pelajar baru KUIS. Turut hadir pada malam itu adalah TYDP ABIM Bangi iaitu Sdr Bakhtiar. Terima kasih diatas kesudian hadir bagi sama-sama memeriahkan dan mengimarahkan majlis ilmu ini. Terima kasih juga di ucapkan kepada Abg Syamil dan Kak Dila atas kehadiran pada malam itu sebagai ahli ilmu dan wakil pusat.

Pada malam itu, kami telah membincangkan beberapa perkara di mana tajuk utamanya ialah Ciri-Ciri Prinsip Harakah Islamiyah. Tajuk ini merupakan perkaitan daripada tajuk usrah pertama yang lalu. Pada usrah yag pertama dulu, kita telah memperkenalkan gerakan iaitu PEPIAS lalu pada kali ini kami telah membincangkan ciri-ciri yang perlu ada dalam gerakan Islam seperti PEPIAS ini.

Beberapa ciri-ciri seperti berikut :
- Gerakan yang bersifat Rabbaniyah
* Dalam gerakan ini kita ini mahupun hidup ini sememangnya memerlukan kebesaran ALLAH dalam hati ini. Oleh itu, keseluruhan konsep,hukum-hakam,akhlak,pemikiran adalah bersumberkan dari agama Allah.

- Gerakan yang bersifat tersendiri
* Ia bermaksud kelahiran gerakan ini berada ditengah2 masyarakat ( umat islam). Ini adalah kerana dakwah yang di bawa adalah dakwah kepada ALLAH manakala perasaan sayang dan berhajat pada agama pula merupakan satu ciri yang kuat perlu ada dalam umat sekarang. Gerakan kita ini hendaklah tidak meniru atau mengimport organisasi2 atau persatuan2 lain. Melalui cara inilah juga umat Islam dikenali untuk jangka waktu yang amat panjang. Imbaulah sejarah organisasi dan gerakan zaman Rasulullah.

- Gerakan pembawa kemajuan
* Kemajuan yang hakiki ialah kemajuan dalam memurnikan perasaan manusia,pemikiran kita dan akhlak kita, kemajuan dalam memperdalamkan ilmu pengetahuan dan menerokai alam semesta. Inilah yang perlu ada dalam gerakan kita. Kita hendaklah membawa kemajuan dari sudut di atas bukannya kemajuan dalam ciptaan manusia semata-mata.

- Gerakan yang Syumul
* Dakwah kita hendaklah tidak hanya fokus semata-mata hanya kepada satu sudut sahaja tapi juga perlu menyeluruh kepada semua sudut dan aspek kerana dalam gerakan Islamiyyah itu sendiri menunjukkan kesempurnaan dan kesyumulan. Kita tak perlu rigid pada satu bidang tapi perlu mengembangnya kepada bentuk yang lebih luas.

- Gerakan Yang Menjauhi Perselisihan Masalah Fiqh
* berusaha menyeru umat Islam supaya bersatu di atas dasar2 ajaran Islam serta kaedah2 yang telah disepakati.

Maka, dengan kelima-lima ciri ini perlulah kita mendalami sedalam-dalamnya agar dapat difahami oleh semua orang supaya dalam urusan dakwah kita ini dapat dipermudahkan sebaik-baiknya.

Kita bukanlah sebuah jemaah dalam pengertian seperti pertubuhan2 lain kerana kelahiran pertubuhan2 lain adalah untuk matlamat2 tertentu dan untuk jangka waktu tertentu pula. Boleh jadi pertubuhan2 berkenaan ditubuhkan semata-mata kerana ingin mengadakan persatuan dan cita2 inginkan gelaran dan kedudukan dalam pentadbiran dan organisasi tersebut.

Tetapi perjuangan kita adalah perjuangan yang berdasarkan fikrah dan aqidah,nizam dan manhaj yang tidak membataskan tujuan dan matlamat hanya kepada bangsa tertentu dan kawasan atau wilayah tertentu sahaja. Perjuangan kita tidak akan berhenti dengan penyelesaian tertentu malah ia akan berterusan hingga ke hari kiamat kerana Islam adalah sistem ciptaan Tuhan alam semestaini dan manhaj RasulNya yang paling dipercayai.

Diharapkan dalam PEPIAS dapatlah kita mengamalkan kelima-lima ciri ini agar gerakan dakwah kita akan dapat lebih meluas lagi. Umat Islam di zaman akhir ini tidaklah dapat diperbaiki melainkan oleh sesuatu yang telah memperbaiki dan memperelokkan umat Islam sebelumnya yakni ajaran Islam itu sendiri.

Kesimpulannya, kita perlu perkasakan Islam ini dengan ciri-ciri ini dan perlu dimulai dengan diri kita ini terlebih dahulu seterusnya menerapkan dalam gerakan jamaah Islam kita ini. Pencapaian kita bukannya dilihat melalui populariti dan repo tapi hasilnya kesepaduan dan perubahan Islam pada zaman sekarang. Hendaklah kita mulakan meletakkan ciri-ciri di atas itu dalam PEPIAS dan memahamkan semua kader2 yang berada di sekeliling kita.

Sumber rujukan usrah ini ialah buku yang bertajuk 'Apa Ertinya Saya Menganut Islam-Fathi Yakan". Diharapkan semua ahli PEPIAS Bangi yang hadir pada malam itu dapat menceritakan kepada sahabat-sahabat dan orang disekeliling anda mengenai tajuk yang diperbincangkan ini.

Jumpa lagi usrah ketiga pada minggu depan. InsyaAllah. Tajuk usrah minggu depan ialah Persiapan Harakah Islamiyyah ( Apa Ertinya Saya Menganut Islam-Fathi Yakan m/s 150 ).




Monday, May 18, 2009

Usrah PEPIAS BANGI 1 Sesi 2009/2010

Assalamualaikum kepada semua keluarga PEPIAS Cawangan Bangi.

InsyaAllah, bermula semester ini, kita akan mula semula amalan usrah kita yang telah tertangguh sepanjang cuti semester yang lalu. Diharapkan semua ahli PEPIAS Cawangan Bangi dapat menghadirkan diri dan mengimarahkan lagi majlis usrah kita ini seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 18 Mei 2009
Hari : Isnin
Masa : 8.00 malam
Tempat : BT 1114
Tajuk : Pertemuan dalam Dakwah dan Islah

Semua ahli PEPIAS anda dijemput hadir. Sekiranya ada ahli baru kami mengalu-alukan untuk turut serta sekali. Dijemput juga kepada semua pelajar baru KUIS sesi 2009/2010.

AGENDA :
Mind Setting-Sdr Muzakkir
Siapa Kita?- Sdr Muzakkir
Pertemuan dalam Dakwah dan Islah- Sdr Muzakkir
Apa itu PEPIAS?- Sdr Hafiz
Pengenalan PEPIAS BANGI- Sdr Muzakkir
Pengenalan MT PEPIAS BANGI- Sdr Muzakkir
Misi dan Visi PEPIAS BANGI-Sdr Muzakkir
Penerangan Database dan Sistem Yuran/Infak-Sdr Afiq&Fandey
Gerakan Helwani-Sdri Aida
Ahlan wa Sahlan Ahli Baru-Sdr Muzakkir
Doa Rabitah-Sdr Afiq


"Amalan Usrah Merapat Ukhwah Mendekati Allah"

Sekian, terima kasih

p/s: ada masalah hubungi kami 0175086339-Muzakkir, o17-5039591-Afiq.017-2858677-Aida


Wednesday, May 13, 2009

Selamat Datang Adik-Adik dan Selamat Kembali Warga PEPIAS

Assalamualaikum...

Sudah lama tidak kami mengupdate blog ini. Bukan sengaja tapi tidak disengajakan. Biasalah tangan kita hanya ade 2 dan jari cukup 10. Kerja pula bertimbun-timbun. Apa2pun kesempatan ini kami ingin memohon maaf kepada pembaca setia blog PEPIAS BANGI ini.

Terlebih dahulu, kami dari pihak Jawatankuasa PEPIAS BANGI mengucapkan Selamat Datang kepada adik-adik PEPIAS yang sudi masuk ke Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor yang menjadi pusat utama gerakan Pepias cawangan Bangi. Adik-adik dari PMG dan LAKEP begitu teruja memasuki alam universiti ini. Semoga keaktifan anda selama ini dapat diteruskan di cawangan Bangi. Kami sentiasa terbuka untuk membantu anda semua.

Mungkin selepas ini anda pula sebagai pewaris gerakan PEPIAS di Bangi khususnya dan KUIS secara amnya. Jangan lah menutupi peluang anda ketika berada disini. Lebarkan lah sayap perjuangan kita bersama. Selepas ini sudi2 lah datang ke usrah Pepias dan meramaikan keluarga besar Pepias di KUIS ini.

Untuk makluman adik-adik baru yang masuk KUIS ingatlah misi kami di cawangan Bangi ini ialah ingin meramaikan ahli lelaki dan memiliki kenderaan rasmi PEPIAS selain memastikan pengurusan cawangan BAngi dalam keadaan terurus dan tersusun. Bantuan anda amatlah di alu-alukan. Bila kita sudah bersatu hati, maka gerak kerja kita akan lebih mudah. InsyaALLAH!

Kami dari Jawatankuasa Pepias Cawangan Bangi juga mengucapkan Selamat Datang kepada ahli keluarga Pepias lama yang telah kembali daripada bercuti di rumah masing-masing sepanjang 2 bulan ini. Ahlan wasahlan danSelamat Kembali. Semoga semua sihat dan berada dalam keadaan yang baik selepas pulang ini..

Ingatlah sahabat-sahabat sekalian, kita masih perlu meneruskan gerak kerja kita yang telah kita sama-sama canangkan sebelum ini. Semoga sahaba sekalian, masih mampu melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah dan amanah sebgai hamba Allah.

Jangan lupa untuk mendaftarkan diri dalam register course dan Qaryah sekembalinya ke KUIS. Ha..dah dapat result jangan lah lupa untuk berkongsi dengan ahli keluarga dan sahabat-sahabat. Harap-harap semua dapat keputusan yang terbaik buat diri. Bagi yang rasa tidak berpuas hati dengan keputusan masing-masing, janganlah rasa putus semangat kerana sebenarnya ada hikmah disebaliknya. Maka tugas kita lah untuk menganalisis dan mengkaji diri kita semula dengan apa yang kita lakukan selama ini.

Baiklah, disini ingin diingatkan kepada semua ahli PEPIAS, insyaAllah Usrah Pepias cawangan Bangi Sesi 1 2009/2019 akan diadakan pada 18 Mei 2009 di bt1114. Diharapkan anda semua dapat menghadirkan diri untuk kita sama-sama memeriahkan majlis ilmu ini. Silalah maklumkan kepada semua ahli pepias yang lain. Buat adik-adik yang baru masuk, anda juga dijemput untuk hadirkan diri dalam Usrah ini.

Nantikan perutusan amanat dari pengerusi cawangan Bangi dalam post yang akan datang. Tunggukan kemunculannya.

Kami sekali lagi memohon kerjasama dari semua ahli PEPIAS Bangi untuk kta mengerakkan kerja kita ini secara bersama. Akhir sekali, kami sekali lagi mengucapkan Selamat Datang dan Kembali kepada semua warga Pepias cawangan Bangi terutama sekali buat adik-adik yang baru masuk KUIS.

Sekian, terima kasih.