APA ITU PEPIAS???

PEPIAS merupakan akronim daripada nama Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan mana sebelum ini dikenali sebagai Persatuan Kebajikan Dan Pendidikan Islam Selangor Darul Ehsan.
PEPIAS telah bertapak sebagai penubuhan yang sah pada tanggal 1 OKTOBER 1992 setelah mula bergerak sejak 1971.


PEPIAS berasaskan DUA GAGASAN iaitu KEBAJIKAN dan PENDIDIKAN ISLAM. PEPIAS lebih menumpukan kepada sasaran sekolah rendah dan sekolah menengah. "meluntur buluh biar dari rebungnya".

PEPIAS telah mempunyai 7 cawangan berdaftar yang mana salah satunya ialah PEPIAS Cawangan Bangi yang bertapak di KUIS, Bangi.

Thursday, January 8, 2009

MINI MUKTAMAR @ PEPIAS BANGI

Assalammualaikum.... Kepada semua ahli PEPIAS.....

Dimaklumkan bahawa, PEPIAS cawangan Bangi akan menganjurkan Mini Muktamar seperti ketetapan berikut :-

Tarikh : 12 Januari 2009
Masa : 08.30 - 10.30 pm
Tempat : Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

Anda semua di jemput hadir bagi sama-sama menjayakan Mini Muktamar ini. Antara objektif penganjuran Mini Muktamar ini ialah bagi mengenalkan kepada semua ahli PEPIAS tentang pimpinan baru PEPIAS Bangi 2009/2010 serta mengeratkan silaturrahin di antara kesemua ahli PEPIAS..... Semoga majlis ini dapat dijayakan dengan sebaik yand mungkin..

Segala pertanyaan atau kemusykilan, sila hubungi :-

Abdul Hafiz Bin Abdul Bar - 0125133309 / 0132008249
Norfadhilah Mastura Bt Sokhibul Fadil - 0193875362 / 0123775362

3 comments:

Anak Cucu ADAM said...

saya musykil la
hehe
gurau je

arap2 mini muktamar ni kasi gempak punye la
biar semua org tgk kagum la
bukan kita nk bangga tp nk menghargai org yg dtg sebgai tetamu
xkesah la tempat nye dlm kelas je ke makanan just nasi je ke
asalkan biar gempak

@pe@ce said...

betul2.... ape yang penting... 'KERJASAMA'....

makanan xpenting, tempat pon xpenting, yang kita nak ialah :-

1- objektifnya tercapai
2- tetamu yang dijemput berpuas hati
3- semuanya di layan dengan baik
4- program berjalan lancar tanpa gangguan daipada mana-mana pihak..
5- ukhwah semakin rapat dikalangan setiap ahli
6- kasih sayang terjalin pada hari kejadian
7- dapat mengenali pimpinan PEPIAS bangi dengan lebih dekat dan lanjut..


semoga, mini muktamar ini berjaya dijalankan dengan lancar dan sempurna.. InsyaAllah.....

celakalah Israell!!!

Anak Cucu ADAM said...

da abis pun mini muktamar tadi
puas rasenye
time kasih kepada semua erk atas kerjasama anda...
marilah kita mulakan pimpinan baru...
tapi jangan kita lupa jasa pimpinan lama
thanks for all
tahniah untuk semua
teruskan perjuangan