APA ITU PEPIAS???

PEPIAS merupakan akronim daripada nama Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan mana sebelum ini dikenali sebagai Persatuan Kebajikan Dan Pendidikan Islam Selangor Darul Ehsan.
PEPIAS telah bertapak sebagai penubuhan yang sah pada tanggal 1 OKTOBER 1992 setelah mula bergerak sejak 1971.


PEPIAS berasaskan DUA GAGASAN iaitu KEBAJIKAN dan PENDIDIKAN ISLAM. PEPIAS lebih menumpukan kepada sasaran sekolah rendah dan sekolah menengah. "meluntur buluh biar dari rebungnya".

PEPIAS telah mempunyai 7 cawangan berdaftar yang mana salah satunya ialah PEPIAS Cawangan Bangi yang bertapak di KUIS, Bangi.

Friday, June 11, 2010

~DEMAM PIALA DUNIA 2010 !!!~

Hari ini menjadi detik sejarah bagi seluruh dunia dalam menyaksikan pertandingan bola sepak terhebat di dunia iaitu PIALA DUNIA 2010 yang akan berlangsung di Afrika Selatan selama hampir sebulan mendatang.

Pasti mata-mata kita semua terutama kaki bola akan terpaku di hadapan televisyen 24 jam sehari. Bak kata orang bola "tidur bola, makan bola, mandi pun bola" . Dari tua ke muda, dari laki ke perempuan, dari kecil ke besar. Inilah penangan Piala Dunia yang berlaku 4 tahun sekali dimana kali ini pertama kali diadakan di benua Afrika seterusnya melengkapkan Piala Dunia di semua benua. . Tentu ramai yang sudah tukar tv dari tebal kepada nipis. Pandai betul peniaga LCD mengambil peluang.

Siapa pasukan pilihan anda yang akan menang? Ada penganalisis kata Argentina bakal merampas PIALA DUNIA, tapi jangan dilupa kekuatan Sepanyol. Juara 5 kali Brazil pasti akan menampilkan aksi yang menarik. Tidak lupa juga pasukan England yang semakin digeruni. Apapun Itali pasti cuba mempertahankan Piala yang dimenangi 4 tahun lalu. Dalam meramalkan pasukan bola sepak mana yang akan menjulang Piala Dunia 2010, ramai juga penyokong dan memilih pasukan Sepanyol. Diikuti England, Brazil, Argentina dan Perancis.

Antara ragam dan gelagat yang biasa berlaku bila tibanya kejohanan Piala Dunia antaranya ialah :

  1. Golongan doktor akan menjadi “talian hayat” yang paling popular dikalangan peminat tegar bola sepak Piala Dunia 2010 untuk minta cuti sakit. Bukan seperti Piala Dunia 2002, jadual perlawanan Piala Dunia 2010 untuk waktu Malaysia menunjukkan banyak juga perlawanan yang berlangsung awal pagi
  2. Waktu inilah Mapley/Mamak akan senyum meleret sambil bersandar di kerusi malas melihatkan ramai peminat bola sepak Piala Dunia 2010 nanti berkunjung ke kedainya
  3. Perang layar bagi menarik perhatian pengunjung akan semakin menjadi-jadi di kedai-kedai makan dan warung
  4. Jangan marahlah, anda akan mengalami gangguan tidur pada waktu malam. Lebih-lebih lagi malam itu pula berlakunya pesta gol.
  5. Budak asrama sedaya upaya akan “seludup” masuk ke dewan selera atau dewan makan pada awal pagi atau prep malam untuk tidak melepaskan peluang menonton Piala Dunia 2010
  6. Yang ini pihak berkuasa tolong tengok-tengokkan. Semestinya ramai yang akan bertaruh!!! Tetapi ada juga bertaruh yang “dihalalkan”, asalkan dapat lesen. Ehem…..
  7. Kebanyakan peminat tegar perlawanan Piala Dunia 2010 akan nampak mata sembab, badan lemah, dalam meeting memanjang “setuju” sahaja, suka lepak di surau di siang hari untuk “menyimpan tenaga”. Tetapi…………tapi bila tiba malam hari mereka-mereka inilah “juara” dan “jaguh” semasa menonton siaran langsung perlawanan Piala Dunia 2010.
  8. Ha…..masa inilah kebanyakan peminat tegar akan menjadi individu yang cukup berdisiplin. Pukul 10 malam, pukul 7.30 malam dan pukul 2.30 pagi, tak payah disuruh, mereka-mereka ini sudah tahu “tugas-tugas” masing-masing untuk menyokong pasukan yang diminati.
  9. Ada nak tambah?
Tidak kiralah mana pasukan yang anda pilih, asalkan semangat bola itu la dapat menyatupadukan semua. Jika semngat PIALA DUNIA ini berterusan, pasti semua orang di dunia ini boleh bersatu padu. Kalau sebab bola kita boleh bersatu tapi kenapa sebab serangan yang tidak perikemanusiaan kita tidak boleh bersatu. Kalau sebab bola, kita ley ingat waktu perlawanan tapi kenapa sebab kekejaman kita tidak leka dan lalai.

PEPIAS BANGI mengucapkan selamat menonton PIALA DUNIA tidak kira lah di tv1 dan tv2 atau di saluran Astro sama ada di rumah atau kedai mamak, berseorangan atau beramai-ramai, asalkan waktu SOLAT jangan dilupa, SOLAT jangan ditinggal. Hubungan sosial perlu dijaga, makan minum perlu di awasi., pertaruhan JUDI perlu dielak..Jangan sesekali menaruh wang atau sebagainya kerana ia semua berunsur JUDI. JUDI itu HARAM. Bagi yang bergelar pelajar, tunaikan lah tanggungjawab anda juga supaya tidak leka dengan mengabaikan pelajaran masing-masing.

PEPIAS BANGI juga mungkin boleh mengesyorkan kepada PUSAT supaya memasang layar lebar di changkat agar dapat disaksikan oleh penduduk kg changkat seterusnya boleh membina kaderisasi disitu. LCD da ade, layar da ade, cume cari TV dan 'area' je Mungkin agak rumit tapi siapa tahu, dengan cara ini orang kenal PEPIAS seterusnya orang ingin hampir dengan PEPIAS untuk mengenali ISLAM lebih dalam. PIALA DUNIA ni rupanya mampu bina cabang-cabang dakwah. Membina dengan Ilmu dan Akhlak.

Sekali lagi, PEPIAS BANGI mengucapkan selamat menonton PIALA DUNIA 2010 yang beertemakan 'makan bola, tidur bola, SOLAT jangan LUPA'. ole-ole kita boleh, kita pasti juara.

Malam ini saksikan pembukaan PIALA DUNIA 2010 jam 9.00 malam dengan aksi pembukaan antara tuan rumah, Afrika Selatan vs Mexico (kedai mamak mesti kayo)!.

Bagi mereka yang masih tercari-cari jadual perlawanan Piala Dunia 2010 mengikut waktu Malaysia, anda boleh muat turun / download Piala Dunia 2010 (World Cup 2010) di sini atau http://beritasemasa.com/jadual-perlawanan-piala-dunia-2010-waktu-malaysia#

p/s : mampukah itali pertahankan PIala Dunia? Sama-sama kita nantikan...


No comments: