APA ITU PEPIAS???

PEPIAS merupakan akronim daripada nama Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan mana sebelum ini dikenali sebagai Persatuan Kebajikan Dan Pendidikan Islam Selangor Darul Ehsan.
PEPIAS telah bertapak sebagai penubuhan yang sah pada tanggal 1 OKTOBER 1992 setelah mula bergerak sejak 1971.


PEPIAS berasaskan DUA GAGASAN iaitu KEBAJIKAN dan PENDIDIKAN ISLAM. PEPIAS lebih menumpukan kepada sasaran sekolah rendah dan sekolah menengah. "meluntur buluh biar dari rebungnya".

PEPIAS telah mempunyai 7 cawangan berdaftar yang mana salah satunya ialah PEPIAS Cawangan Bangi yang bertapak di KUIS, Bangi.

Sunday, August 8, 2010

TAHNIAH!!!

Salam buat semua....

PEPIAS BANGI mengucapkan segulung tahniah buat senior-senior PEPIAS BANGI yang baru bergraduasi di Istiadat Konvekesyen pada hari Sabtu,7 Ogos 2010.

Antara senior-senior PEPIAS BANGI yang telah berjaya menamatkan jurusan masing-masing ialah Kak Dila, Kak Maz, Kak Rahmah dan ramai lagi.

Semoga kejayaan mereka ini menjadi titik tolak buat sahabat-sahabat untuk mencontohi dan mengambil iktibar sebaiknya. Sesungguhnya turun program tidak akan memudaratkan pelajaran anda sekiranya niat berada di landasan yang betul.

Sekali lagi, PEPIAS BANGI mengucapkan tahniah kepada semua Graduan KUIS 2010.

1 comment:

Ciptaan Terhebat said...

Tahniahlah dan maaf tak sempat nak bersama kalian semasa graduasi... ingat beban ilmu atas bahu sendiri bukan bahu orang lain...

Buat amal dengan sebaik mungkin dengan ilmu yang ada, ramadhan dah tiba...

beringatlah sebab mungkin ini ramadhan yang terakhir buat kita