APA ITU PEPIAS???

PEPIAS merupakan akronim daripada nama Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan mana sebelum ini dikenali sebagai Persatuan Kebajikan Dan Pendidikan Islam Selangor Darul Ehsan.
PEPIAS telah bertapak sebagai penubuhan yang sah pada tanggal 1 OKTOBER 1992 setelah mula bergerak sejak 1971.


PEPIAS berasaskan DUA GAGASAN iaitu KEBAJIKAN dan PENDIDIKAN ISLAM. PEPIAS lebih menumpukan kepada sasaran sekolah rendah dan sekolah menengah. "meluntur buluh biar dari rebungnya".

PEPIAS telah mempunyai 7 cawangan berdaftar yang mana salah satunya ialah PEPIAS Cawangan Bangi yang bertapak di KUIS, Bangi.

Sunday, December 21, 2008

BERAKHIRNYA PMG YANG KE 9.......


Alhamdulillah, syukur kehadrat Illahi Perkampungan Menara Gading yang ke 9 telah berakhir dengan jayanya pada petang tadi tepat pukul 05.32 pm (21/12/08). Program PMG ini telah berlangsung di Universiti Putra Malaysia (UPM) selama 3 hari 2 malam bermula 19 - 21 Disember 2008. Program PMG yang dianjurkan oleh Persatuan Kebajikan Dan Pendidikan Islam Selangor Darul Ehsan (PEPIAS) ini di hadiri oleh peserta-peserta lepasan SPM yang berumur 17 tahun. Seramai 96 peserta dari pelbagai sekolah dan tempat telah menglibatkan diri didalam Program PMG ini. Program yang diketuai oleh Saudara SaifuSyafiq iaitu Pengarah Program PMG kali ke 9 ini telah dijayakan dengan sokongan daripada 26 orang fasilitator dan 47 orang komiti. Antara objektif utama program PMG ini ialah untuk mendedahkan kepada peserta mengenai persediaan awal menghadapi dunia Institut Pengajian Tinggi (IPT), membina perancangan dan kekuatan didalam hidup serta untuk menekankan kepada peserta tentang tujuan hidup, tujuan belajar dan tujuan berjemaah. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang Program PMG ini ialah Latihan Dalam Kumpulan(LDK), Riadah, Solat Berjemaah, Qiammulail, 'treasure hunt', Malam Kesenian Islam, ceramah yang bertajuk 'Ayuh ke Menara Gading' dan macam-macam lagi. Perasmian penutup Program PMG kali ke 9 ini telah dirasmikan oleh MOHD FADZLI BIN ARSAD, bekas Presiden PEPIAS yang ketiga. Majlis penutup dimeriahkan lagi dengan persembahan sketsa oleh fasilitator-fasilitator PMG.



4 comments:

TeaM SpyEr said...

rindula....
mcm nk adakan semula PMG n lakukan lagi terbaik

..::aNA sOFieyah::.. said...

waa mmg best program ni....
klu ade lg mmg nk join..hehe..

Anonymous said...

salam sume...
betul la cakap team spyer..
rindu la kat adik2 PMG rase nak jumpe lg hehehe..
buat adik2 jumpe lg..
buat sahabat sume..teruskan perjuangan hingga ke akhir hayat,dengarilah nasihat abang syukor"jgn bercakap jer tapi xbuat takut di neraka nati kita terseksa.."nauzubillah...

iena said...

besttt!! dan meriah...
hehehe