APA ITU PEPIAS???

PEPIAS merupakan akronim daripada nama Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan mana sebelum ini dikenali sebagai Persatuan Kebajikan Dan Pendidikan Islam Selangor Darul Ehsan.
PEPIAS telah bertapak sebagai penubuhan yang sah pada tanggal 1 OKTOBER 1992 setelah mula bergerak sejak 1971.


PEPIAS berasaskan DUA GAGASAN iaitu KEBAJIKAN dan PENDIDIKAN ISLAM. PEPIAS lebih menumpukan kepada sasaran sekolah rendah dan sekolah menengah. "meluntur buluh biar dari rebungnya".

PEPIAS telah mempunyai 7 cawangan berdaftar yang mana salah satunya ialah PEPIAS Cawangan Bangi yang bertapak di KUIS, Bangi.

Wednesday, May 27, 2009

Usrah PEPIAS BANGI 2 Sesi 2009/2010

Assalamualaikum kepada semua keluarga PEPIAS Cawangan Bangi.

Alhamdulillah pada 25 Mei 2009 yang lalu telah diadakan usrah buat kali ke-2 bagi sesi ini. kehadiran pada malam itu amat menggalakkan dengan pertambahan hampir 8 orang ahli baru di mana kesemuanya adalah pelajar baru KUIS. Turut hadir pada malam itu adalah TYDP ABIM Bangi iaitu Sdr Bakhtiar. Terima kasih diatas kesudian hadir bagi sama-sama memeriahkan dan mengimarahkan majlis ilmu ini. Terima kasih juga di ucapkan kepada Abg Syamil dan Kak Dila atas kehadiran pada malam itu sebagai ahli ilmu dan wakil pusat.

Pada malam itu, kami telah membincangkan beberapa perkara di mana tajuk utamanya ialah Ciri-Ciri Prinsip Harakah Islamiyah. Tajuk ini merupakan perkaitan daripada tajuk usrah pertama yang lalu. Pada usrah yag pertama dulu, kita telah memperkenalkan gerakan iaitu PEPIAS lalu pada kali ini kami telah membincangkan ciri-ciri yang perlu ada dalam gerakan Islam seperti PEPIAS ini.

Beberapa ciri-ciri seperti berikut :
- Gerakan yang bersifat Rabbaniyah
* Dalam gerakan ini kita ini mahupun hidup ini sememangnya memerlukan kebesaran ALLAH dalam hati ini. Oleh itu, keseluruhan konsep,hukum-hakam,akhlak,pemikiran adalah bersumberkan dari agama Allah.

- Gerakan yang bersifat tersendiri
* Ia bermaksud kelahiran gerakan ini berada ditengah2 masyarakat ( umat islam). Ini adalah kerana dakwah yang di bawa adalah dakwah kepada ALLAH manakala perasaan sayang dan berhajat pada agama pula merupakan satu ciri yang kuat perlu ada dalam umat sekarang. Gerakan kita ini hendaklah tidak meniru atau mengimport organisasi2 atau persatuan2 lain. Melalui cara inilah juga umat Islam dikenali untuk jangka waktu yang amat panjang. Imbaulah sejarah organisasi dan gerakan zaman Rasulullah.

- Gerakan pembawa kemajuan
* Kemajuan yang hakiki ialah kemajuan dalam memurnikan perasaan manusia,pemikiran kita dan akhlak kita, kemajuan dalam memperdalamkan ilmu pengetahuan dan menerokai alam semesta. Inilah yang perlu ada dalam gerakan kita. Kita hendaklah membawa kemajuan dari sudut di atas bukannya kemajuan dalam ciptaan manusia semata-mata.

- Gerakan yang Syumul
* Dakwah kita hendaklah tidak hanya fokus semata-mata hanya kepada satu sudut sahaja tapi juga perlu menyeluruh kepada semua sudut dan aspek kerana dalam gerakan Islamiyyah itu sendiri menunjukkan kesempurnaan dan kesyumulan. Kita tak perlu rigid pada satu bidang tapi perlu mengembangnya kepada bentuk yang lebih luas.

- Gerakan Yang Menjauhi Perselisihan Masalah Fiqh
* berusaha menyeru umat Islam supaya bersatu di atas dasar2 ajaran Islam serta kaedah2 yang telah disepakati.

Maka, dengan kelima-lima ciri ini perlulah kita mendalami sedalam-dalamnya agar dapat difahami oleh semua orang supaya dalam urusan dakwah kita ini dapat dipermudahkan sebaik-baiknya.

Kita bukanlah sebuah jemaah dalam pengertian seperti pertubuhan2 lain kerana kelahiran pertubuhan2 lain adalah untuk matlamat2 tertentu dan untuk jangka waktu tertentu pula. Boleh jadi pertubuhan2 berkenaan ditubuhkan semata-mata kerana ingin mengadakan persatuan dan cita2 inginkan gelaran dan kedudukan dalam pentadbiran dan organisasi tersebut.

Tetapi perjuangan kita adalah perjuangan yang berdasarkan fikrah dan aqidah,nizam dan manhaj yang tidak membataskan tujuan dan matlamat hanya kepada bangsa tertentu dan kawasan atau wilayah tertentu sahaja. Perjuangan kita tidak akan berhenti dengan penyelesaian tertentu malah ia akan berterusan hingga ke hari kiamat kerana Islam adalah sistem ciptaan Tuhan alam semestaini dan manhaj RasulNya yang paling dipercayai.

Diharapkan dalam PEPIAS dapatlah kita mengamalkan kelima-lima ciri ini agar gerakan dakwah kita akan dapat lebih meluas lagi. Umat Islam di zaman akhir ini tidaklah dapat diperbaiki melainkan oleh sesuatu yang telah memperbaiki dan memperelokkan umat Islam sebelumnya yakni ajaran Islam itu sendiri.

Kesimpulannya, kita perlu perkasakan Islam ini dengan ciri-ciri ini dan perlu dimulai dengan diri kita ini terlebih dahulu seterusnya menerapkan dalam gerakan jamaah Islam kita ini. Pencapaian kita bukannya dilihat melalui populariti dan repo tapi hasilnya kesepaduan dan perubahan Islam pada zaman sekarang. Hendaklah kita mulakan meletakkan ciri-ciri di atas itu dalam PEPIAS dan memahamkan semua kader2 yang berada di sekeliling kita.

Sumber rujukan usrah ini ialah buku yang bertajuk 'Apa Ertinya Saya Menganut Islam-Fathi Yakan". Diharapkan semua ahli PEPIAS Bangi yang hadir pada malam itu dapat menceritakan kepada sahabat-sahabat dan orang disekeliling anda mengenai tajuk yang diperbincangkan ini.

Jumpa lagi usrah ketiga pada minggu depan. InsyaAllah. Tajuk usrah minggu depan ialah Persiapan Harakah Islamiyyah ( Apa Ertinya Saya Menganut Islam-Fathi Yakan m/s 150 ).




No comments: