APA ITU PEPIAS???

PEPIAS merupakan akronim daripada nama Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan mana sebelum ini dikenali sebagai Persatuan Kebajikan Dan Pendidikan Islam Selangor Darul Ehsan.
PEPIAS telah bertapak sebagai penubuhan yang sah pada tanggal 1 OKTOBER 1992 setelah mula bergerak sejak 1971.


PEPIAS berasaskan DUA GAGASAN iaitu KEBAJIKAN dan PENDIDIKAN ISLAM. PEPIAS lebih menumpukan kepada sasaran sekolah rendah dan sekolah menengah. "meluntur buluh biar dari rebungnya".

PEPIAS telah mempunyai 7 cawangan berdaftar yang mana salah satunya ialah PEPIAS Cawangan Bangi yang bertapak di KUIS, Bangi.

Wednesday, May 27, 2009

Program Kepimpinan Kendiri Y2Y Daerah Gombak 2009


Baru-baru ini telah dianjurkan Program Kepimpinan Kendiri Y2Y Daerah Gombak di Air Tenang, Janda Baik Pahang pada 22-24 Mei 2009.

Seramai 6 orang wakil dari PEPIAS BANGI bersama-sama 3 orang wakil dari PEPIAS GOMBAK mewakili ABIM GOMBAK untuk menjadi peserta bagi program ini. Kami telah bertolak dari Pejabat Belia dan Sukan Gombak ke Janda Baik jam 4.00 petang hari Jumaat.

Seingat kami yang pergi ke sana adalah dikalangan berumur seusia lebih kurang dengan kami namun kenyataan itu meleset kerana rata-rata majoritinya bersekolah lagi yang mana lingkungan umur dari 15 hingga 17 tahun. Kami telah bertolak dengan menaiki 2 buah bas dan tiba di kem jam 5.30 petang. Walaupun mereka masih kecil tapi merkalah antara pemimpin masa depan.




Tidaklah ingin diceritakan semuanya aktiviti kami disana, beberapa aktiviti di sana ialah ice breaking, karaoke, mind setting, ceramah, LDK, riadah, tarik tali, explorace dan mandi sungai tapi apa yang menariknya keadaan kami disana ialah kami mendominasi program itu seperti perlantikan penghulu, setiausaha, biro sukan, biro agama dan ketua kumpulan semuanya di miliki oleh ahli PEPIAS. Inilah yang sebenarnya kita mahukan. Kerana dengan inilah kami boleh lakukan perubahan atas 1st impression kami. Alhamdulillah, kami tidak hanya memegang jawatan semata-mata tapi tetap melakukan beberapa tanggungjawab yang mana keadaan di kem itu pada awalnya nampak tenang seperti mana namanya tapi telah berubah pabila beberapa perkara yang tidak diingini berlaku. Biasalah budak-budak. Namun agak kasihan melihat gelagat adik-adik yang seagama dan sebangsa dengan kami. Bukan nak mengeluh tapi simpati dan tertanya-tanya rupanya masih banyak lagi kerja rupanya yang perlu dilakukan.

Peserta program ini telah di bahagikan kepada 8 kumpulan ( 4-L & 4-P ). Kami hanya mendapat nilai-nilai yang perlu ada dalam sesuatu program ialah pada hari terakhirnya. Di hari itulah kami peroleh nilai kasih sayang, kerjasama, berkomunikasi dan sebagainya berbanding 2 hari sebelumnya. Cuba anda bayangkan bagaimana pelajar sekarang suka bergaduh, solat pun depermainkan, syurga neraka diperlekehkan, laungan azan diketawakan dan macam-macam lagi. Apa yang kami nampak, mereka ada asas cuma kurang kefahaman mengenai Islam. Perasaan hormat menghormati kepada orang tua dan kasih sayang kepada semua kurang diterapkan dalam diri masing-masing. Rupanya inilah kerja kita yang belum diselesaikan. Beruntungnya kami dapat pergi ke kem ini kerana kami perolehi kesedaran mengenai amanah Allah sebagai hamba, khalifah dan daie.

Corat-coret pengalaman sepanjang program ini yang telah kami perolehi antaranya ialah semangat patriotisma, kemahiran kepimpinan ( Dato' Prof Dr Mohd Mansor ), peranan sukarelawan, psikologi, dan sebagainya. Program ini telah dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Gombak dan dikendalikan oleh Rebutia Coperation Sdn Bhd diterajui oleh Uncle BOB. Semangat kerjasama dalam kumpulan sememangnya tinggi bagi setiap kumpulan. Tanggungjawab sebagai Penghulu dapat dijalankan dengan baik pabila mendapat bantuan dan kerjasama dari semua pihak seperti AJK2 Kem, fasilitator, penganjur dan seterusnya dari sahabat2 dan adik2 yang turut serta dalam kem ini.

Sehabisnya kem ini telah dapat kami harapkan sesuatu dari hasil dan objektif program ini iaitu kami harap semua peserta sedar tentang tanggungjawab dan perana kita sebagai Belia. Beruntungnya kita kerana masih muda. Saat ini perlulah kita gunakan sebaik-baiknya. Pasti semua orang sedar tentang keadaan masyarakat di sekeliling kita. Ada baik tapi begitu banyak yang sudah sesat terutamanya belia sekarang. Bagaimana teruknya masyarakat diluar sana, lihatlah diri kita terlebih dahulu. Jika kita teruk pastinya mereka juga teruk dan sebaliknya. Inilah peranan kita. Anggaplah masyrakat di luar sana ini adalah keluarga kita. Mungkin lepas ini, mana tahu anak2 kita nanti pula akan di didik oleh mat rempit, mat ganja, mat ponteng. Mahukah kita unutk melihatnya? Oleh itu, perlulah bertindak sekarang.


Harapan kami seterusnya selepas program ini ialah belia sekarang bercita-cita meletakkan Islam di tempat yang tinggi dan dalam hati masing-masing. Selalunya golongan kita yang suka permainkan agama sendiri. Rasanya kita boleh lihat sendiri terutamanya pabila dalam kem ini masih ramai lagi yang permainkan solat, melengah-lengahkan solat dan kurang ada hormat menghormati. Maka, apalah nasib Islam sekarang. Inilah masalah utama yang ada pada hati belia. Ibadah dan akhlak masih lagi kurang dalam diri masing-masing. Tiadanya dalam hati untuk membesarkan Allah. Maka terjadilah pelbagai masalah sosial sehinggakan rokok pun boleh menjadi teman hidup walaupun kita tahu ia makanan syaitan dan selangkah ke neraka.

Oleh itu, sedarlah para belia sekalian, peranan kita cukup besar. Berubahlah mulai sekarang. Berubahlah adik-adik dan sahabat-sahabat sekalian sekembalinya dari kem itu. Macam-macam telah kita dapat dari kem itu. Ingatlah tentang diri kita, ibubapa, keluarga dan sekeliling kita. Kitalah pemimpin masa depan. Kitalah pengganti Umar Al-Khattab, Salahuddin Al Ayubi, Khalid Al-Walid dan sebagainya.

Akhirnya, kami harap harapan kita ini dapat direalisasikan. Masih tidak lambat lagi untuk kita berubah. Gunakanlah kesempatan dan semangat yang ada pada kita seoptimum yang mungkin. Tahulah sekali lagi bahawasanya kita ini hanya hamba, khalifah dan daie.

Kesempatan ini, kami mengucapkan tahniah dan jutaan terima kasih kepada semua pihak terutamanya sahabat-sahabat dan adik-adik yang bersama-sama dalam kem ini. Semoga ukhwah kita terjalin selama-lamanya.

Program ini telah berakhir pada 24 Mei Jam 3.30 petang. Dengan dua buah bas, kami pun berangkat ke gombak setelah berakhirnya majlis penutup. Dimana pada majlis penutup itu kumpulan BOU yang diwakili 4 orang peserta PEPIAS/ABIM dari 11 orang satu kumpulan telah memenangi kumpulan terbaik dan Sdri Izzati telah memenangi peserta perempuan terbaik. Selain itu, kami sendiri menambah alunan Asma Ul Husna dan Doa Rabitah dalam majlis penutup walaupun tiada dalam tentatif. Perkara ini mendapat pujian dari pihak penganjur namun bukan pujian dikejar tapi kebaikan yang ini kami cari.

Kami tiba di Gombak tepat jam 5.00 petang dan terus pulang kerumah masing-masing. Terima kasih semua. Rindu anda semua. Kalau jumpa jangan lupa tegur. Nanti ada program lagi, sudi-sudilah ajak kami lagi. Kami bersedia dan mengalu-alukan. Syukran.

No comments: