APA ITU PEPIAS???

PEPIAS merupakan akronim daripada nama Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan mana sebelum ini dikenali sebagai Persatuan Kebajikan Dan Pendidikan Islam Selangor Darul Ehsan.
PEPIAS telah bertapak sebagai penubuhan yang sah pada tanggal 1 OKTOBER 1992 setelah mula bergerak sejak 1971.


PEPIAS berasaskan DUA GAGASAN iaitu KEBAJIKAN dan PENDIDIKAN ISLAM. PEPIAS lebih menumpukan kepada sasaran sekolah rendah dan sekolah menengah. "meluntur buluh biar dari rebungnya".

PEPIAS telah mempunyai 7 cawangan berdaftar yang mana salah satunya ialah PEPIAS Cawangan Bangi yang bertapak di KUIS, Bangi.

Wednesday, May 5, 2010

Selamat Datang Adik-Adik dan Selamat Kembali Warga PEPIAS


Assalamualaikum...


Terlebih dahulu, kami dari pihak Jawatankuasa PEPIAS BANGI mengucapkan Selamat Datang kepada adik-adik PEPIAS yang sudi masuk ke Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor yang menjadi pusat utama gerakan Pepias cawangan Bangi. Adik-adik dari PMG dan KKPI begitu teruja memasuki alam universiti ini. Semoga keaktifan anda selama ini dapat diteruskan di cawangan Bangi. Kami sentiasa terbuka untuk membantu anda semua.

Mungkin selepas ini anda pula sebagai pewaris gerakan PEPIAS di Bangi khususnya dan KUIS secara amnya. Jangan lah menutupi peluang anda ketika berada disini. Lebarkan lah sayap perjuangan kita bersama. Selepas ini sudi2 lah datang ke usrah Pepias dan meramaikan keluarga besar Pepias di KUIS ini.


Kami dari Jawatankuasa Pepias Cawangan Bangi juga mengucapkan Selamat Datang kepada ahli keluarga Pepias lama yang telah kembali daripada bercuti di rumah masing-masing sepanjang 2 bulan ini. Ahlan wasahlan dan Selamat Kembali. Semoga semua sihat dan berada dalam keadaan yang baik selepas pulang ini..

Ingatlah sahabat-sahabat sekalian, kita masih perlu meneruskan gerak kerja kita yang telah kita sama-sama canangkan sebelum ini. Semoga sahabat sekalian, masih mampu melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah dan amanah sebgai hamba Allah.

Jangan lupa untuk mendaftarkan diri dalam register course dan Qaryah sekembalinya ke KUIS. Ha..dah dapat result jangan lah lupa untuk berkongsi dengan ahli keluarga dan sahabat-sahabat. Harap-harap semua dapat keputusan yang terbaik buat diri. Bagi yang rasa tidak berpuas hati dengan keputusan masing-masing, janganlah rasa putus semangat kerana sebenarnya ada hikmah disebaliknya. Maka tugas kita lah untuk menganalisis dan mengkaji diri kita semula dengan apa yang kita lakukan selama ini.

Baiklah, disini ingin diingatkan kepada semua ahli PEPIAS, insyaAllah Usrah Pepias cawangan Bangi Sesi 1 2010/2011 akan diadakan pada 10 Mei 2010 di bt1114. Diharapkan anda semua dapat menghadirkan diri untuk kita sama-sama memeriahkan majlis ilmu ini. Silalah maklumkan kepada semua ahli pepias yang lain. Buat adik-adik yang baru masuk, anda juga dijemput untuk hadirkan diri dalam Usrah ini.


Kami sekali lagi memohon kerjasama dari semua ahli PEPIAS Bangi untuk kta mengerakkan kerja kita ini secara bersama. Akhir sekali, kami sekali lagi mengucapkan Selamat Datang dan Kembali kepada semua warga Pepias cawangan Bangi terutama sekali buat adik-adik yang baru masuk KUIS.

Sekian, terima kasih.

No comments: