APA ITU PEPIAS???

PEPIAS merupakan akronim daripada nama Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan mana sebelum ini dikenali sebagai Persatuan Kebajikan Dan Pendidikan Islam Selangor Darul Ehsan.
PEPIAS telah bertapak sebagai penubuhan yang sah pada tanggal 1 OKTOBER 1992 setelah mula bergerak sejak 1971.


PEPIAS berasaskan DUA GAGASAN iaitu KEBAJIKAN dan PENDIDIKAN ISLAM. PEPIAS lebih menumpukan kepada sasaran sekolah rendah dan sekolah menengah. "meluntur buluh biar dari rebungnya".

PEPIAS telah mempunyai 7 cawangan berdaftar yang mana salah satunya ialah PEPIAS Cawangan Bangi yang bertapak di KUIS, Bangi.

Saturday, February 7, 2009

Sedarlah Keluarga PEPIAS

1. Rasa terpanggil untuk mengeluarkan lagi satu penulisan untuk tatapan semua. Abg zul telah pun keluarkan hasil karyanya. Jadi, nak lawan la ngan dia agar dapat menjadi penggantinya satu hari nanti. Hahaha. Jangan marah ya Abg Zul. Ini gurauan kasar ja. Mungkin apa yang saya tulis ini adalah hasil perbincangan usrah PEPIAS Cawangan Bangi yang lepas. Baiklah keluargaku sekalian.

2. Dalam hidup bermasyarakat, seringkali kita tidak lekang dengan ungkapan privacy, kehidupan sendiri dan macam-macam lagi. Kita tidak suka jika perihal kita dan tata cara hidup kita diganggu gugat oleh orang lain. Bahkan dengan yang demikian timbullah peribahasa “jangan ganggu tepi kain orang”.

3. Tetapi sedarkah kita, bahawa dalam hidup bermasyarakat, kita bukanlah hidup berseorangan. Kita adalah ibarat sebuah kapal yang diketuai oleh ulil amri (pemimpin-pemimpin) yang terpercaya. Kapal dan bahtera masyarakat ini lah yang membawa kita sama ada ke arah kejayaan yang gemilang atau pun kehancuran.

4. Sungguhpun manusia ini hidup diatas daratan, tetapi selayaknya hidup kita adalah lautan yang penuh gelora dan tidak selalunya tenang. Maka Allah dan Rasul telah menetapkan aturan hidup yang cantik, indah dan sempurna sebagai jalan hidup.

5. Tetapi, malang dan sangat kesal sekali bilamana kita tidak menurut apa yang telah lama kita ketahui. Kita hanya pandai bercakap undang-undang Islam, hukum Islam dan macam-macam lagi tentang Islam. Tetapi, adakah Islam itu tertegak hanya dengan kata-kata tanpa apa-apa tindakan? Adakah tamadun Islam itu sendiri gah dengan ucapan-ucapan kosong?

6. Kalau lah benar Islam ini tertegak sebegitu mudah, Rasulullah tidak perlu berdakwah ke merata tempat. Kalaulah benar Islam ini tertegak dengan kata-kata, kenapa makam sahabat banyak di serata pelusuk dunia. Kalaulah Islam ini tertegak dengan kata-kata, kenapa perlu mujahid setia mengangkat pedang menaikkan maruah Islam? Sejarahilah kita dengan pendekatan yang digunakan oleh penegak-pengak Islam di zaman dulu.

7. Islam ini bukan tertegak dengan kata-kata sahaja! Islam ini tertegak dengan perbuatan yang selaras dengan apa yang diucapkan berpandukan Quran dan Sunnah. Dan dalam kita hidup bermasyarakat juga, dalam bahtera perpaduan tidak kira anda agama apa pun, anda bayangkanlah, jika kapal yang anda naiki itu dilubangi atau dirosakkan oleh segolongan pihak.

8. Contohnya, ada segolongan lelaki cuba melubangkan lantai bahtera itu dan anda berdiri disitu, sedang suasana luar kapal itu penuh gelora dan lambungan ombak. Adakah anda akan berdiam diri? Adakah anda akan duduk disitu sahaja dan anda akan berkata, “Ini bukan hal aku. Aku tak buat apa pun. Biarlah diorang”. Adakah kita tergolong?

9. Adakah anda akan berdiam diri kerana anda tahu yang jika kapal itu dilubangkan, maka anda akan turut tenggelam dan mungkin sekali anda juga bersalah kerana tidak mencegah apa yang dilakukan itu. Inilah masyarakat. Inilah yang sedang terjadi kepada masyarakat. Lagipun ingatlah dakwah ini akan bergerak sama ada dengan kita ataupun tanpa kita tapi seringkah kita ingat tanggungjawab dan amanah kita?

10. Bilamana pelaku kerosakan dan pembuat dosa dan maksiat bebas mengatakan yang urusan mereka adalah hak mereka sahaja, bahkan dengan lantang mengatakan, “Suka hati akulah. Kubur masing-masing. Aku tak susahkan orang lain”. Peminum arak, penzina, pelaku maksiat memang melakukan dosa itu sendiri tanpa mudharatkan orang lain secara zahirnya. Tetapi azab Allah tidak hanya tertimpa pada satu golongan manusia sahaja.

11. Mahukah nanti bilamana kita bertanya kepada Allah: “Ya Allah, kenapa aku diazab sedangkan aku tidak lakukan apa yang mereka lakukan??. Lalu Allah menjawab, “Apakah tanggungjawab mu yang telah Ku berikan ilmu dan hidayah sedangkan kau tak berani membetulkan kaum mu?” Teringat ketika dibincangkan dalam usrah yang lalu, dimana Bapol mengingatkan kepada kami tentang nilai kasih sayang yang sudah tidak diberi keutamaan bahkan dilenyapkan sedikit demi sedikit, ia telah menjadi punca kehancuran dunia dan kegemilangan Islam pada hari ini. Manusia hanya mementingkan diri sendiri. Namun Allah masih sayangkan umatnya. maka dibangkitkan pejuang2 yang istiqomah dalam menerapkan kasih sayang dikalangan umat. Semuanya adik beradik kami, tidak kira apa jenis umat sekalipun. Biarlah orang menganggap perjuangan yang kita buat kerja yang jijik dan kotor, namun penilaian yang sebenar disisi Allah kelak.

12. Bilamana kapten kapal kita juga melakukan silap dalam menakhoda kapal itu bahkan kita ketahui yang kapal itu jika terus berada pada laluan yang diterajui nakhoda kapal itu akan menyebabkan kapal yang kita naiki akan karam, adakah kita akan mendiam diri bahkan mungkin sekali berkata, “Nakhoda hebat membawa kami ke jalan yang hebat”. Sedangkan kita tahu di hadapan penuh batu dan karang yang akan merobekkan badan kapal dan menyebabkan kita semua lemas. Adakah itu yang kita akan lakukan?

13.Sedarlah, kita ini adalah bahtera yang dirangkumkan menjadi satu ummat. Bilamana ada nya kemungkaran dimata kita dan tidak kita berani untuk mencegah bahkan tidak terasa untuk membenci, akan sampai satu ketika kapal ummat ini akan terus lemas dalam kejahilan sehingga sampai ummat yang akan menggantikan kita dan memerangi kejahilan itu. Fikirkanlah, adakah kamu akan menjadi ummat yang tenggelam atau yang akan membetulkan kapal ini? Renungilah firman Allah ini : ( maksudnya)

"Maka mereka mendustakan Nuh, kemudian Kami selamatkan dia dan orang-orang yang bersamanya di dalam bahtera, dan Kami tenggelamkan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Sesungguhnya mereka adalah kaum yang buta (mata hatinya)." [7:64]

14. Oleh itu wahai keluarga2 PEPIAS sekalian, sedar kah peranan kita sekali lagi. Dan tolonglah sampaikan kepada kawan-kawan kita yang bukan keluarga rapat kita tapi mereka tetap keluarga kita iaitu kawan-kawan kita, masyarakat-masyarakat luar, adik-adik kita dan sebagainya. Mahukah kita melihat keluarga kita sendiri tenggelam dalam lautan api neraka disebabkan "selfish" kita.

15. Kaki yang telah berjalan janganlah henti tiba-tiba kerana ternampak tahi ditengah jalan. Mungkin orang kata saya cakap lebih tapi ini mungkin menjadi tranformasi buat saya dan semua keluargaku sebagai anjakan dalam pemurnian hati masing-masing.Buat abg ZUl janganlah baca artikel ini sambil terangkat-angkat kerusi lagi erk. Berbanggalah sebagai Daie, Khalifah dan Hamba!!! Pasti rahmat akan mendatang. Renung-renungkanlah dan selamat bermuhasabah diri.

Muzakkir b. Mohd Noor
017-5086339
Pengerusi Perhubungan Bangi
rik_muz@yahoo.com.my
www.mastermuz.blogspot.com

No comments: