APA ITU PEPIAS???

PEPIAS merupakan akronim daripada nama Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan mana sebelum ini dikenali sebagai Persatuan Kebajikan Dan Pendidikan Islam Selangor Darul Ehsan.
PEPIAS telah bertapak sebagai penubuhan yang sah pada tanggal 1 OKTOBER 1992 setelah mula bergerak sejak 1971.


PEPIAS berasaskan DUA GAGASAN iaitu KEBAJIKAN dan PENDIDIKAN ISLAM. PEPIAS lebih menumpukan kepada sasaran sekolah rendah dan sekolah menengah. "meluntur buluh biar dari rebungnya".

PEPIAS telah mempunyai 7 cawangan berdaftar yang mana salah satunya ialah PEPIAS Cawangan Bangi yang bertapak di KUIS, Bangi.

Tuesday, April 21, 2009

Tahu, Mahu dan Jihad

Manusia ditaklifkan dengan untuk tiga perkara. Menjadi a'bid iaitu hamba, daei' iaitu pendakwah dan menjadi khalifah iaitu penjaga alam ini.

Hampir semua orang tahu perkara ini. Sebahagian dari mereka mahu untuk menjalankan tugas-tugas tersebut. Tetapi hanya segelintir sahaja yang bermujahadah (jihad) untuk melakukannya.

Kita tahu dosa itu tidak bagus. Kita mahu untuk menghindari dosa. Tetapi sejauh manakah kita bermujahadah untuk menghindari dari dosa? Sengaja persoalan tersebut ditinggalkan untuk difikirkan.

Banyak manusia tahu qiamullail itu baik. Ramai juga mahu melakukannya. Tapi mengapakah kita susah sangat untuk bangun qiamullail.

Kita tahu solat jemaah itu dapat 27 kali ganda. Kita juga mahu mengutip sebanyak pahala untuk bekalan kita di hari akhirat. Tetapi, mujahadah untuk ke masjid? Sangat-sangatlah kurang.

Kita tahu dakwah itu wajib atas umat Islam. Kita mahu untuk berdakwah. Tetapi mengapakah kita susah sangat untuk bermujahadah untuk berdakwah?

Wahai sahabatku, tahu tanpa amal, bagaikan pokok yang tiada buah. Amal tanpa jihad sia-sia. Pentingnya jihad bukan di medan perang sahaja, tetapi di medan nafsu dirimu juga.

Kekuatan umat Islam bukan hanya terletak pada ketinggian ilmu, keazaman yang tinggi, tetapi semangat mujahadah yang tinggi juga.

Tapi mengapalah jihad menjadi perkataan yang sensitif??

Renung2 kanlah diri kita. Aktifkan diri kita. Selamat beramal!


1 comment:

mawarmuslimah said...

salam kepada semua yang membaca komen saya....
firstly,ape yang ingin dikatakan oleh saya ialah saya hairan sebab tiada sesiapa yang hendak komen dengan article ini..article ini agak pelik tapi orang sekarang lagi pelik....
bila melihat article ini memang tidak ada yang peliknya..
TAJUKNYA BIASA.."TAHU,MAHU DAN..JIHAD"
isinya juga biasa walaupun biasa tiada orang tahu itu adalah satu kepentingan...
Manusia itu sebenarnya adalah hamba,daie dan khalifah dimuka bumi ini...
sebenarnya mereka tahu tetapi buat2 tak tahu dan mereka juga mahu melakukannya tetapi nafsu lebih merajainya tetapi sayang mereka tidak berjihad ke arahnya kerana iman terlalu nipis sehingga tercalar dek perbuatan sendiri..