APA ITU PEPIAS???

PEPIAS merupakan akronim daripada nama Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan mana sebelum ini dikenali sebagai Persatuan Kebajikan Dan Pendidikan Islam Selangor Darul Ehsan.
PEPIAS telah bertapak sebagai penubuhan yang sah pada tanggal 1 OKTOBER 1992 setelah mula bergerak sejak 1971.


PEPIAS berasaskan DUA GAGASAN iaitu KEBAJIKAN dan PENDIDIKAN ISLAM. PEPIAS lebih menumpukan kepada sasaran sekolah rendah dan sekolah menengah. "meluntur buluh biar dari rebungnya".

PEPIAS telah mempunyai 7 cawangan berdaftar yang mana salah satunya ialah PEPIAS Cawangan Bangi yang bertapak di KUIS, Bangi.

Wednesday, August 5, 2009

Assalamualaikum kepada semua keluarga PEPIAS Cawangan Bangi. Bahawasanya usrah pada minggu depan iaitu bertarikh 10 Ogos 2009 ditangguhkan sehingga ke minggu hadapannya bagi memberi laluan kepada ahli PEPIAS bercuti sempena notis penutupan KUIS disebabkan kes H1N1 yang telah melanda sejak kebelakangan ini.


Diharapkan ia dapat disebarkan kepada semua sahabat-sahabat yang belum mengetahuinya. Sebagai makluman, notis penutupan premis KUIS bermula dari 4 Ogos - 10 Ogos dan pada 11 Ogos diminta untuk lapor diri di KUIS.


Semoga usrah yang akan dijalankan pada minggu seterusnya dapatlah ramai-ramai untuk hadir dan mengimarahkannya lagi. Janganlah lupa kewajipan kita dalam menuntut dan mencari ilmu. Sekian, Harap maklum.

p/s= kehadiran usrah siri 9 seramai 22 orang.
-siapa yang belum bayar duit yuran, sila bawa sekali pada malam itu dengan bayaran sebanyak rm5 seorang.
- pada malam itu juga akan diedarkan tabung infak PEPIAS

"Amalan Usrah Merapat Ukhwah Mendekati Allah"

No comments: