APA ITU PEPIAS???

PEPIAS merupakan akronim daripada nama Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan mana sebelum ini dikenali sebagai Persatuan Kebajikan Dan Pendidikan Islam Selangor Darul Ehsan.
PEPIAS telah bertapak sebagai penubuhan yang sah pada tanggal 1 OKTOBER 1992 setelah mula bergerak sejak 1971.


PEPIAS berasaskan DUA GAGASAN iaitu KEBAJIKAN dan PENDIDIKAN ISLAM. PEPIAS lebih menumpukan kepada sasaran sekolah rendah dan sekolah menengah. "meluntur buluh biar dari rebungnya".

PEPIAS telah mempunyai 7 cawangan berdaftar yang mana salah satunya ialah PEPIAS Cawangan Bangi yang bertapak di KUIS, Bangi.

Saturday, August 29, 2009

Dimana perginya persatuan dan institusi Islam?

Salam Ramadhan buat semua. Salam 1Malaysia juga diucapkan kepada kalian. Tahun ini cukup bertuah kerana kita dapat menyambut merdeka dalam bulan ramadhan. Satu nikmat yang jarang kita terima. Namun pabila ia datang maka kesempatan ini kita kene hayati sebaiknya maksud kedua-dua sambutan atau peristiwa ini. Ramadhan mempunyai makna yang tersendiri dan begitu sinonim dengan masyarakat Islam. Mungkin semua orang ade pelbagai tafsiran tersendiri bagi makna ramadhan (puasa) tapi sebenarnya ada satu je makna bagi ramdhan ini. Tafsiran yang pelbgai ini hanya hadir pada orang melayu sahaja. Manakala merdeka mempunyai sejarah yang mendektkan semua hati rakyat Malaysia. 31 ogos merupakan detik bersejarah bagi Malaysia. Permulaan yang baik bagi negara kita pabila terbebasnya dari penjajahan. Kesyukuran yang tak ternilai diucapkan kepada Illahi.

Baiklah sebnarnya disini tidak sangat ingin menyentuh hal terbabit tapi sebenarnya tertarik isu yang dibincangkan di facebook sesetengah pembicara topik tersebut. Topiknya berbunyi seperti ini, mengapa kita mempunyai persatuan Islam yang begitu banyak tapi masih tidak sekuat dan sekukuh seperti agama lain? Inilah yang menjadi persoalannya. Jika difikir balik, ada benarnya. Begitu banyak persatuan yang bertitle kan Islam mahupun institusi yang berkedudukan Islam, namun kenapa kita masih belum kuat lagi? Kenapa kita masih ditindas lagi? Apa kerja yang dibuat oleh persatuan2 ataupun institusi2 Islam ini? Ada orang kata, kalau macam tu baik tak payah tubuhkan persatuan itu kalau hanya hendak kerja atas ama,pangkat,populariti sahaja. Ada juga orang kata lebih baik kita kerja individu je. Yela masuk kubur kan kene soal sorang2.

Sebenarnya apa objektif adanya persatuan2@institusi2 Islam ini? Benarkah seperti apa yang orang cakap? Jika sebaliknya, mana bukti objektif itu terlaksana? Sekarang kita dapat lihat sendiri, bila sahaja orang cina ingin menuntut sesuatu pastinya mudah sahaja mereka dapat, ini kerana mereka ada persatuan dan ahli yang berteraskan objektif yang satu walaupun begitu banyak persatuan mereka. Mereka semua sebulat suara. Tapi kita? Sebelah ini bersetuju, sebelah ini menentang, manakala sebelah ini atas tanduk. Jadi mana keputusannya. Jelaslah disini kita dapat lihat agama kita berpecah belah dari penganutnya dan dari segi pemahamannya.

Itulah sebabnya agama lain senang menindas kita,senang pijak kita. Kalau tak silap, begitu banyak persatuan Islam yang berdaftar, tapi kenapa seperti hidup segan mati tak mau. Sepatutnya persatuan2 ini bersatu membela dan membimbing umat2 Islam. Ini sebaliknya, persatuan2 ini jadi plak sebgai alat boneka umat Islam. Persatuan2 Islam ini pula yang menghancurkan umat Islam sendiri. Persatuan2 Islam sendiri yang tuduh menuduh antara satu sama lain. Persatuan2 Islam sendiri yang berdiam diri jika isu melibatkan Islam. Persatuan2 Islam sendiri yang mempertahankan agama2 lain. MasyaAllah.. Mungkin agak keras kenyataan ini, tapi perkara ini harus buat semua orang sedar tentang situasi yang berlaku. Kita perlu kembalikan semula tamdun Islam ini. Tidak mustahil, tamadun Islam ini mampu kembali sekiranya kita semua bersatu. Tidak mustahil, tamdun Islam ini mampu bangkit sekiranya kita membesarkan Allah dalam hati masing2. Perkara2 sebegini lah sepatutnya menjadi tunjang dalam gerakan persatuan2 yang ada.

Wujudnya persatuan2 ISlam ini sepatutnya bukan untuk bersaing sapa yang mampu Islamkan orang, sapa yang wat kerja dakwah lebih atau sebagainya tapi semua ini perlu niat yang satu iaitu Lillahitaala (tengok balik tajuk Ikhlaskah kita). Masalh ini juga berlaku kerana memikirkan kerja dakwah ini hanya kerja sampingan bukannya kerja utama kita. Barisan pimpinan2 persatuan Islam ini perlu lebih agresif lagi. Perlu mengumpulkan semua pimpinan persatuan2 Islam dan memikirkan jalan penyelesaian yang terbaik. Tapi INGAT!!! bukan hanya bercakap, duduk dalm dewan mesyurata yang ada aircond, atau minum kopi di hotel lima bintang, tapi kerja juga kenalah taraf lima bintang. Selepas ini kta hendaklah cari jalan untuk menyatukan persatuan2 Islam ini. Mungkin kita boleh mulakan dengan persatuan2 Islam ini kerana ahli2 dalam setiap persatuan pastinya ramai. Sesudah kita satukan semua, barulah kita pergi ke skop yang lebih besar. Kita terjah dan terkam umat2 Islam yang terabai atau lalai atau sudah lari dari persimpangan. Dengan jumlah tenaga yang ramai pastinya kita mampu hasilkan tenaga yang begitu dasyat sekali. Mungkin akan hasilkan satu natijah yang amat diharapkan.

Sudah 52 tahun kita merdeka, sepatutnya Islam tidak seperti sekarang, sepatutnya Islam di negara kita di kedudukan yang tinggi. Pengamalan Islam juga bertepatan. Walaupun dalam perlembagaan mengatakan kebebasan agama tapi perlu diingat dalam perlembagaan juga disebut agama rasmi iaitu Islam. Jadi inilah tugas2 persatuan yang iaitu merealisasikan apa yang dimaksudkan oleh perlembagaan Malaysia itu. Rasanya kita boleh contohi pimpinan Rasulullah. Walaupun ada pelbagai agama di Madinah namun baginda dapat jadikan Islam itu berkedudukan tinggi dengan adanya pelbagai kabilah Islam yang wujud. Jadi kenapa kita tidak hayati perjuangan Rasulullah. Sampai bila kita hendak mengharap pimpinan negara untuk berubah kalu kita sendiri sudah jelas nampak realitinya apa yang berlaku. Jadi inilah masanya pimpinan2 persatuan2 Islam yang pastinya mempunyai kesedaran tentang Islam bersatu. Gunakan kekuatan yang ada. Jangan juga 2x5=5x2 ye. Tak salah juga kita nak contohi apa yang agama lain buat bagi menguatkan agama mereka selagi tidak bertentangan dengan kita. Ini tak, kita begitu sombong dan taksub dengan kerja kita sahaja. Tidak mahu melihat dunia lain. Inilah antara punca kelemahan Islam sekarang.

Diharapkan selepas ini tidaklah kita mendegar persatuan dan is\nstitusi Islam diperlekehkan oleh umat Islam sendiri. Sesuatu yang memalukan. Pimpinan2 setiap persatuan Islam perlulah sedar dari sekarang. Kerja kita banyak lagi. Kita boleh lihat apa yang berlaku pada umat Islam sekarang. Sungguh menyedihkan. Jadi, hnya mampu melihat dan ketwa sahaja ke? Bertindaklah sekarang. Pimpin anak-anak buah kamu dan nanti pimpin umat Islam yang lain. Jangan susahkan kerja jika jaln sudah ditunjukkan. Dengan beratus-ratus persatuan Islam yang ada, pasti dan yakin, kita mampu kembalikan Islam semula. Selepas ini, diharapkan juga, semua persatuan dan institusi Islam dapat bersatua dan bertekad dalam menegakkan Islam . Janganlah mendengar cakap orang yang ingin jatuhkan Islam samada secara terang atau senyap. Janganlah kita lemah dengan ugutan kerana kuasa Allah lagi maha Agung. Ingat, Allah sudah menjanjikan sesuatu bagi umatnya yang membantu agamanya. Jadi apa tunggu lagi? Si ahli sedarkan ketuanya, si ketua pimpin anak buahnya. Jadikan perjalanan Islam ini begitu indah sekali. Amin....

Memohon maaf atas keterlanjuran cakap, mohon maaf sekiranya kecetekan ilmu ini mengurangkan sesuatu, mohon maaf atas kekurangan diri. Apa yang baik jadikan iktibar, apa yang kurang baik, perbaiki ia menjadi lebih baik. Sekian...

No comments: