APA ITU PEPIAS???

PEPIAS merupakan akronim daripada nama Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan mana sebelum ini dikenali sebagai Persatuan Kebajikan Dan Pendidikan Islam Selangor Darul Ehsan.
PEPIAS telah bertapak sebagai penubuhan yang sah pada tanggal 1 OKTOBER 1992 setelah mula bergerak sejak 1971.


PEPIAS berasaskan DUA GAGASAN iaitu KEBAJIKAN dan PENDIDIKAN ISLAM. PEPIAS lebih menumpukan kepada sasaran sekolah rendah dan sekolah menengah. "meluntur buluh biar dari rebungnya".

PEPIAS telah mempunyai 7 cawangan berdaftar yang mana salah satunya ialah PEPIAS Cawangan Bangi yang bertapak di KUIS, Bangi.

Wednesday, October 21, 2009

Festival Pelajar Islam Selangor ( IsFesT 09)

Festival Pelajar Islam Selangor (IsFesT 09) yang dianjurkan buat julung kali ini adalah satu evolusi baru bagi mengumpulkan kelompok pelajar, mahasiswa dan belia di sekitar negeri Selangor sebagai medan jaringan untuk mencapai kecemerlangan di masa akan datang .

Festival
Pelajar Islam Selangor ini merupakan anjuran pertama kali oleh persatuan Pelajar Islam Selangor (PEPIAS) yang mengetengahkan beberapa agenda seperti Wacana Ilmu, Seminar Pengajian Tinggi, Hari Keluarga, Festival Pelajar Islam Selangor & Makan Malam PEPIAS. Pengisytiharan Bangi sebagai Bandar Ilmu menarik perhatian kami untuk memilih Bangi sebagai tempat untuk mengadakan festival ini.

Pemilihan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) sebagai tempat berlangsungnya Festival ini kerana KUIS merupakan salah satu IPTS yang berada dibawah tanggungjawab kerajaan Negeri Selangor dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bersesuaian dengan sasaran festival iaitu pelajar, mahasiswa dan belia di sekitar negeri Selangor. Disamping itu juga, dekorasi KUIS yang indah dan permai sesuai dijadikan tempat festival untuk memberi inspirasi dan ilham kepada peserta.


Persiapan dalam memberikan yang terbaik kepada ummah pada hari ini merupakan satu keperluan yang bukan sekadar memberikan nilai tambah kepada generasi masa kini , tetapi sudah menjadi keperluan yang mendesak. Ini disebabkan oleh banyak faktor serta serangan dari segenap sudut oleh musuh-musuh Islam. Atas kesedaran inilah, maka program Festival Pelajar Islam Selangor 2009 ini disusun, sesuai dengan proses memperbaiki halatuju serta memperbaiki perjalanan pergerakan Pelajar Islam Selangor yang menyumbang kepada masyarakat secara berterusan.


OBJEKTIF IsFesT 09


1. Mengumpul dan membina jaringan antara pelajar-pelajar Islam seluruh negeri Selangor.

2. Memantapkan generasi pelajar secara menyeluruh merangkumi aspek Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial.

3. Memperkasa aktivis muda Islam untuk bergerak memenuhi keperluan perkhidmatan kepada ummah disamping merangka pergerakan persatuan untuk masa hadapan.



Jangkamasa Program:

3 Hari 2 Malam (20-22 November 2009)


Tempat:

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Bangi, Selangor.

No comments: