APA ITU PEPIAS???

PEPIAS merupakan akronim daripada nama Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan mana sebelum ini dikenali sebagai Persatuan Kebajikan Dan Pendidikan Islam Selangor Darul Ehsan.
PEPIAS telah bertapak sebagai penubuhan yang sah pada tanggal 1 OKTOBER 1992 setelah mula bergerak sejak 1971.


PEPIAS berasaskan DUA GAGASAN iaitu KEBAJIKAN dan PENDIDIKAN ISLAM. PEPIAS lebih menumpukan kepada sasaran sekolah rendah dan sekolah menengah. "meluntur buluh biar dari rebungnya".

PEPIAS telah mempunyai 7 cawangan berdaftar yang mana salah satunya ialah PEPIAS Cawangan Bangi yang bertapak di KUIS, Bangi.

Tuesday, September 15, 2009

Tahniah buat adik-adik KKPI Selatan

Hasil daripada P.O.A (Plan of Action) semasa KKPI Selatan, 4 buah sekolah telah berjaya menjalankan program ketika puasa. Sekolah-sekolah tersebut ialah :


  1. SMK Jalan Bukit - Program Ukhwahfillah Remaja dan Majlis Berbuka Puasa
  2. SMK Kajang Utama- Program Motivasi Ramadhan
  3. SMK Abdul Jalil - Kem Smart Solat ( KeSS 09)
  4. Asrama Damai,Kuang - Program Tadarus Cuti Sekolah

Kemungkinan akan ditambah lagi oleh beberapa buah sekolah lagi.

Tahniah buat adik-adik KKPI Selatan. Teruskan usaha anda semua. Semoga nanti dibalasi kebaikan kepada anda semua. Jangan mudah putus asa. Ingatlah matlamat dan tujuan kita hidup.

Sekian, terima kasih..

Monday, September 14, 2009

SYABAS PPIJB-POA KKPI SELATAN

PROGRAM UKHWAHFILLAH REMAJA
DAN
MAJLIS BERBUKA PUASA

SMK JALAN BUKIT


ANJURAN


PERSATUAN PELAJAR ISLAM SMK JALAN BUKIT (PPIJB)



























Program ini merupakan program lanjutan daripada POA KKPI Selatan yang lalu. Alhamdulillah adik-adik SMK Jalan Bukit dengan sokongan beberapa pihak seperti pihak sekolah dan PEPIAS telah berjaya menganjurkan program ini bertarikh 11 September 2009. Seramai 9 orang ahli PEPIAS Cawangan Bangi iaitu Muzakkir,Afiq,Helmi,Wani,Mastura,Fiza,Munirah,Mazlina,Fatin telah bersama-sama dengan adik-adik SMK Jalan Bukit untuk menjayakan program ini.


Peserta program ini terdiri daripada pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 5 yang keluarganya berkemampuan rendah dan yatim piatu. Program ini telah bermula jam 6 petang dengan dimulai sembang petang dan ceramah bersama ABG K. Program yang disertai seramai lebih kurang 100 orang peserta diteruskan lagi dengan tazkirah Ramadhan oleh ABG Afiq.

Azan berkumandang bermaksud telah maksud waktu berbuka bagi kawasan KAJANG. Jadi kami telah berbuka berjemaah di kantin sekolah. Semua peserta dan jemputan menjamu selera dengan penuh nikmat. Ahli PEPIAS memohon izin pulang selepas berbuka dan solat maghrib bersama. Suasana dan kemeriahan program ini pasti memberikan 1001 pengalaman kepada kami. Terima kasih adik-adik PPIJB@KKPI Selatan. Syabas buat semua.!!!

Friday, September 11, 2009

Sampaikan Salam Raya PEPIAS

Assalammualaikum sahabat-sahabat PEPIAS...

Memandangkan raya dah nak dekat, kami ambil kesempatan untuk melaksanakan SALAM RAYA PEPIAS....

Disini kami ingin menjemput anda semua untuk buat Sampaikan Salam Raya di blog PEPIAS BANGI..

Anda boleh buat demikian, di sudut interaksi yang kami sediakan di sebelah kiri bahagian blog ini.

Sampaikan kepada sesiapa sahaja yang anda ingin tujukan.

Oleh itu, kepada ahli2 PEPIAS, selalulah layari blog ini untuk melihat salam-salam RAYA yang disampaikan..Mana tahu, ada yang ditujukan kepada anda..Apa tunggu lagi...Mulakan la..

Sekian terima kasih..Salam raya dari kami PEPIAS BANGI

PROGRAM PEPIAS MINGGU INI....

PROGRAM IHYA RAMADHAN PEPIAS PRIHATIN.



1) Kem Orang Asli Ulu Melaka Serendah : 11-13 September 2009



2) Program JKM Bersama Anak2 Yatim Serendah : 12 September 2009



3) Program TAMAR @ Ramadhan Sg Chinchin : 11-12 September 2009



4) Kem Smart Solat Form 1&2 SMK Abdul Jalil Hulu Langat ( KKPI Selatan ) : 11-13 September 2009



5) Ihya Ramadhan@SMK Jalan Bukit (KKPI Selatan) : 11 September 2009



6) Ihya Ramadhan di SMK Kajang Utama ( KKPI Selatan) : 12 September 2009



7) Ihya Ramadhan di S.A.M Sg. Merab Luar ( KKPI Selatan) : 14 Sepetember 2009


Dijemput kepada mana-mana komiti atau fasilitator atau pihak2 yang terlibat dengan KKPI Selatan yang lepas ke program lanjutan oleh peserta-peserta KKPI Selatan ini. Semoga dengan kehadiran kita ini dapat memberi suntikan semangat kepada mereka.


Lapangkan Waktu, Luangkan Bersama.




CONTACT:

Muzakkir 0175086339/0132005672

Hazriq 0132007961

NaNa 0193671640/01731105 73

Thursday, September 10, 2009

Ramadhan Champions League- Taqwa United vs Nafsu City

Assalamualaikum para penonton sekalian,

Tepat jam 12 malam 16 Ramadan 1430 H, bilal meniupkan wisel tanda bermulanya separuh masa kedua perlawanan akhir, Piala Juara-Juara Ramadan di antara Taqwa United dan Nafsu City. Pengkritik dan penganalisa bola sepak tanah air (ustaz-ustaz) telah banyak memberikan pandangan serta komentar yang pedas tentang persembahan longlai pasukan tempatan, Taqwa United dalam tempoh separuh masa pertama perlawanan di konti-konti Masjid berdekatan.

Untuk makluman saudara sekalian,

Taqwa United sedang ketinggalan 3-0 oleh seteru tradisi, Nafsu City. Dua gol daripada penyerang berbisa Nafsu City iaitu Emmanuel Amarah manakala satu lagi gol daripada Carlos Umpat meletakkan pasukan mereka sebelah tangan menggenggam piala teragung buat umat. Strategi 3-4-4 dengan 4 orang striker yang digunakan team Nafsu City sukar dikekang barisan pemain muda Taqwa United. Barisan pertahanan team tempatan yang diketuai oleh Zikir Selawat dan pemain kelahiran Narathiwat, Wirid Harian lemas dalam asakan rangkaian serangan emas yang dibarisi Roque Syahwat Cruz, Carlos Umpat, Dengki-ho dan Emmanuel Amarah (Pemenang Kasut Emas Liga Juara Ramadan musim lalu dengan 30 gol setiap hari)


Penganalisa berpendapat jurulatih pasukan Taqwa United, Sir Iman DHati perlu melakukan rombakan besar-besaran bukan sahaja dari sudut taktik malahan pemain. Pemain-pemain veteran yang longlai seperti Pose Kosong dan Tido Slalu perlu diganti dengan pemain muda berbakat seperti Ikhlas Sedekah atau Tadarus Quran demi memantapkan jentera tengah pasukan Taqwa United. Pemain-pemain veteran kelihatan tidak bermaya dan gagal mengekang kelincahan Gareth Boros dan Stephen IkutNafsu terutama ketika waktu berbuka dan di pusat membeli-belah di separuh masa pertama.

Begitu juga dengan rangkaian serangan pasukan United yang diterajui Tahjud-Din dan Munajat Malam, MM perlu dikerah untuk beraksi di segenap kotak sejadah bagi mengucar-kacirkan kubu pertahan lawan yang dikawal ketat Jolelon Lagho dan Kolo TidoLajak. Tambahan pula, penyerang berkembar itu perlu mengelakkan diri daripada terus diselimuti kedua-dua tembok besar pasukan Nafsu City itu untuk menjaringkan gol-gol yang diperlukan.

Namun penganalisa tempatan begitu optimis bahawa team Taqwa United mampu mengurang defisit tiga gol lawan dalam separuh masa kedua nanti. Dengan ketiadaan ketua jurulatih pasukan City yang digantung, Iblis dan pembantu jurulatih, Satan, pasukan Taqwa United masih berpeluang merangkul kejuaraan kurniaan Ilahi seterusnya meraikan kemenangan di Aidilfitri.



Sewaktu wawancara bersama Sir Iman DHati, anak buahnya bersemangat mengejar bonus dan ganjaran berlipat kali ganda yang dikurniakan pada 10 minit terakhir permainan. Mereka juga berharap tuah Lailatul Qadar menyebelahi mereka untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenangi mereka tahun lalu. Selain itu, beliau juga berharap agar ibrah Nuzul Quran dapat dijadikan tonik kemenangan dan pembakar semangat buat pasukan muda United mengejar impian mereka bergelar Juara.

Oh ! Kelihatan, penyokong pasukan Nafsu City dan Taqwa United sudah mula memenuhi semula tempat duduk masing-masing. Penyokong kedua-dua pasukan bersorak bersungguh-sungguh demi membangkitkan semangat team kesayangan mereka. Team sorak Nafsu City dengan pakaian yang menjolok mata dan mengurangkan pahala manakala team sorak Taqwa United dengan pakaian seorang Muslim sejati juga telah berkumpul di tepi padang untuk terus menghangatkan bahang perlawanan.

Siapakah yang akan memenangi perlawanan berprestij ini? Layakkah team Taqwa United menerima imbuhan pelepasan api neraka seperti yang dijanjikan Ilahi selepas tamat perlawanan? Atau kemenangan akan bertukar tangan kepada pasukan yang berbelanja besar, Nafsu City musim ini? Jika kemenangan bertukar tangan maka imbuhan kemenangan yang diperolehi akan dijadikan modal oleh Iblis dan Satan untuk terus berbelanja besar pada musim hadapan mengikat pemain-pemain terbaik dunia seterusnya menutup peluang pasukan lain mengejar impian akhirat.

Sama-sama kita saksikan kesudahan perlawan akhir ini...

Sekian dari saya, Hizbullah Awang untuk anda yang masih termenung di luar sana.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Sedarkah kita perlawanan di atas banyak berkaitan tentang kita??? Carilah pengajaran yang terdapat dalam laporan di atas. Sekian..


********
Afiq Izzudin merupakan Presiden Persatuan Pelajar Islam Malaysia Ireland(PPIMI) sesi 2009/2010. Kini beliau merupakan pelajar perubatan di Royal College of Surgeons in Ireland(RCSI). Tulisan di atas dipetik dari blog beliau.

Saturday, August 29, 2009

PROGRAM IHYA RAMADHAN

Merujuk kepada perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa Persatuan Kebajikan dan Pendidikan Islam Selangor Darul Ehsan (PEPIAS) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) akan menganjurkan Program Ihya’ Ramadhan. Program ini akan digerakkan oleh 50 aktivis yang merupakan ahli PEPIAS ke rumah golongan sasaran sekitar Negeri Selangor. Maklumat ringkas berkenaan program adalah seperti berikut :

Tempat : 3 kawasan sasaran (Kg Changkat, Sg Pusu dan Sg Chincin)

Tarikh : 29-30 Ogos 2009 (Sabtu-Ahad)

Sasaran : Golongan asnaf sekitar Selangor


Marilah semua untuk memberi sokongan bagi program yang dijalankan ini. Semoga usaha murni ini mendapat keberkatan dari Yang Maha Esa. Amin

Dimana perginya persatuan dan institusi Islam?

Salam Ramadhan buat semua. Salam 1Malaysia juga diucapkan kepada kalian. Tahun ini cukup bertuah kerana kita dapat menyambut merdeka dalam bulan ramadhan. Satu nikmat yang jarang kita terima. Namun pabila ia datang maka kesempatan ini kita kene hayati sebaiknya maksud kedua-dua sambutan atau peristiwa ini. Ramadhan mempunyai makna yang tersendiri dan begitu sinonim dengan masyarakat Islam. Mungkin semua orang ade pelbagai tafsiran tersendiri bagi makna ramadhan (puasa) tapi sebenarnya ada satu je makna bagi ramdhan ini. Tafsiran yang pelbgai ini hanya hadir pada orang melayu sahaja. Manakala merdeka mempunyai sejarah yang mendektkan semua hati rakyat Malaysia. 31 ogos merupakan detik bersejarah bagi Malaysia. Permulaan yang baik bagi negara kita pabila terbebasnya dari penjajahan. Kesyukuran yang tak ternilai diucapkan kepada Illahi.

Baiklah sebnarnya disini tidak sangat ingin menyentuh hal terbabit tapi sebenarnya tertarik isu yang dibincangkan di facebook sesetengah pembicara topik tersebut. Topiknya berbunyi seperti ini, mengapa kita mempunyai persatuan Islam yang begitu banyak tapi masih tidak sekuat dan sekukuh seperti agama lain? Inilah yang menjadi persoalannya. Jika difikir balik, ada benarnya. Begitu banyak persatuan yang bertitle kan Islam mahupun institusi yang berkedudukan Islam, namun kenapa kita masih belum kuat lagi? Kenapa kita masih ditindas lagi? Apa kerja yang dibuat oleh persatuan2 ataupun institusi2 Islam ini? Ada orang kata, kalau macam tu baik tak payah tubuhkan persatuan itu kalau hanya hendak kerja atas ama,pangkat,populariti sahaja. Ada juga orang kata lebih baik kita kerja individu je. Yela masuk kubur kan kene soal sorang2.

Sebenarnya apa objektif adanya persatuan2@institusi2 Islam ini? Benarkah seperti apa yang orang cakap? Jika sebaliknya, mana bukti objektif itu terlaksana? Sekarang kita dapat lihat sendiri, bila sahaja orang cina ingin menuntut sesuatu pastinya mudah sahaja mereka dapat, ini kerana mereka ada persatuan dan ahli yang berteraskan objektif yang satu walaupun begitu banyak persatuan mereka. Mereka semua sebulat suara. Tapi kita? Sebelah ini bersetuju, sebelah ini menentang, manakala sebelah ini atas tanduk. Jadi mana keputusannya. Jelaslah disini kita dapat lihat agama kita berpecah belah dari penganutnya dan dari segi pemahamannya.

Itulah sebabnya agama lain senang menindas kita,senang pijak kita. Kalau tak silap, begitu banyak persatuan Islam yang berdaftar, tapi kenapa seperti hidup segan mati tak mau. Sepatutnya persatuan2 ini bersatu membela dan membimbing umat2 Islam. Ini sebaliknya, persatuan2 ini jadi plak sebgai alat boneka umat Islam. Persatuan2 Islam ini pula yang menghancurkan umat Islam sendiri. Persatuan2 Islam sendiri yang tuduh menuduh antara satu sama lain. Persatuan2 Islam sendiri yang berdiam diri jika isu melibatkan Islam. Persatuan2 Islam sendiri yang mempertahankan agama2 lain. MasyaAllah.. Mungkin agak keras kenyataan ini, tapi perkara ini harus buat semua orang sedar tentang situasi yang berlaku. Kita perlu kembalikan semula tamdun Islam ini. Tidak mustahil, tamadun Islam ini mampu kembali sekiranya kita semua bersatu. Tidak mustahil, tamdun Islam ini mampu bangkit sekiranya kita membesarkan Allah dalam hati masing2. Perkara2 sebegini lah sepatutnya menjadi tunjang dalam gerakan persatuan2 yang ada.

Wujudnya persatuan2 ISlam ini sepatutnya bukan untuk bersaing sapa yang mampu Islamkan orang, sapa yang wat kerja dakwah lebih atau sebagainya tapi semua ini perlu niat yang satu iaitu Lillahitaala (tengok balik tajuk Ikhlaskah kita). Masalh ini juga berlaku kerana memikirkan kerja dakwah ini hanya kerja sampingan bukannya kerja utama kita. Barisan pimpinan2 persatuan Islam ini perlu lebih agresif lagi. Perlu mengumpulkan semua pimpinan persatuan2 Islam dan memikirkan jalan penyelesaian yang terbaik. Tapi INGAT!!! bukan hanya bercakap, duduk dalm dewan mesyurata yang ada aircond, atau minum kopi di hotel lima bintang, tapi kerja juga kenalah taraf lima bintang. Selepas ini kta hendaklah cari jalan untuk menyatukan persatuan2 Islam ini. Mungkin kita boleh mulakan dengan persatuan2 Islam ini kerana ahli2 dalam setiap persatuan pastinya ramai. Sesudah kita satukan semua, barulah kita pergi ke skop yang lebih besar. Kita terjah dan terkam umat2 Islam yang terabai atau lalai atau sudah lari dari persimpangan. Dengan jumlah tenaga yang ramai pastinya kita mampu hasilkan tenaga yang begitu dasyat sekali. Mungkin akan hasilkan satu natijah yang amat diharapkan.

Sudah 52 tahun kita merdeka, sepatutnya Islam tidak seperti sekarang, sepatutnya Islam di negara kita di kedudukan yang tinggi. Pengamalan Islam juga bertepatan. Walaupun dalam perlembagaan mengatakan kebebasan agama tapi perlu diingat dalam perlembagaan juga disebut agama rasmi iaitu Islam. Jadi inilah tugas2 persatuan yang iaitu merealisasikan apa yang dimaksudkan oleh perlembagaan Malaysia itu. Rasanya kita boleh contohi pimpinan Rasulullah. Walaupun ada pelbagai agama di Madinah namun baginda dapat jadikan Islam itu berkedudukan tinggi dengan adanya pelbagai kabilah Islam yang wujud. Jadi kenapa kita tidak hayati perjuangan Rasulullah. Sampai bila kita hendak mengharap pimpinan negara untuk berubah kalu kita sendiri sudah jelas nampak realitinya apa yang berlaku. Jadi inilah masanya pimpinan2 persatuan2 Islam yang pastinya mempunyai kesedaran tentang Islam bersatu. Gunakan kekuatan yang ada. Jangan juga 2x5=5x2 ye. Tak salah juga kita nak contohi apa yang agama lain buat bagi menguatkan agama mereka selagi tidak bertentangan dengan kita. Ini tak, kita begitu sombong dan taksub dengan kerja kita sahaja. Tidak mahu melihat dunia lain. Inilah antara punca kelemahan Islam sekarang.

Diharapkan selepas ini tidaklah kita mendegar persatuan dan is\nstitusi Islam diperlekehkan oleh umat Islam sendiri. Sesuatu yang memalukan. Pimpinan2 setiap persatuan Islam perlulah sedar dari sekarang. Kerja kita banyak lagi. Kita boleh lihat apa yang berlaku pada umat Islam sekarang. Sungguh menyedihkan. Jadi, hnya mampu melihat dan ketwa sahaja ke? Bertindaklah sekarang. Pimpin anak-anak buah kamu dan nanti pimpin umat Islam yang lain. Jangan susahkan kerja jika jaln sudah ditunjukkan. Dengan beratus-ratus persatuan Islam yang ada, pasti dan yakin, kita mampu kembalikan Islam semula. Selepas ini, diharapkan juga, semua persatuan dan institusi Islam dapat bersatua dan bertekad dalam menegakkan Islam . Janganlah mendengar cakap orang yang ingin jatuhkan Islam samada secara terang atau senyap. Janganlah kita lemah dengan ugutan kerana kuasa Allah lagi maha Agung. Ingat, Allah sudah menjanjikan sesuatu bagi umatnya yang membantu agamanya. Jadi apa tunggu lagi? Si ahli sedarkan ketuanya, si ketua pimpin anak buahnya. Jadikan perjalanan Islam ini begitu indah sekali. Amin....

Memohon maaf atas keterlanjuran cakap, mohon maaf sekiranya kecetekan ilmu ini mengurangkan sesuatu, mohon maaf atas kekurangan diri. Apa yang baik jadikan iktibar, apa yang kurang baik, perbaiki ia menjadi lebih baik. Sekian...

Sunday, August 23, 2009

PEPIAS PRIHATIN-Bantuan Ramadhan

Assalamualaikum ww.
Pemberitahuan:
Ke hadapan sahabat2, PEPIAS akan mengadakan satu program "Ihya' Ramadhan", di mana usaha untuk membantu golongan asnaf (anak yatim, fakir, miskin dll.) dalam negeri Selangor akan dijalankan.
Kami dalam usaha mengumpulkan segenap bantuan yang dapat bagi diserahkan kepada mereka. Kami berhasrat untuk menyalurkan bantuan dalam bentuk barangan makanan bernilai RM200.00 kepada setiap keluarga yang dikenal pasti.Antara barangan ini adalah:
Beras-Tepung- Telur ayam-Susu pekat-Gula pasir & Minyak masak serta Kordeal
Diharap sahabat2 dapat menyebarkan berita ini. Jika ada pihak yang ingin menyalurkan sumbangan samaada dari segi barangan atau wang ringgit, sila hubungi:
013-3016 512 (Zafrul)
017-3530 470 (Hariz)
017-2257 427 (Hanis)
03-6184 2943 (Sekretariat PEPIAS)
Semoga usaha kita akan diberkati Allah s.w.t. Ramadhan Mubarak.
Jazakallahu khairan kathira. Wassalam.

Friday, August 21, 2009

Salam Ramahdan Mubarak

Assalamualaikum. ..

buat semua sahabat2 PEPIAS,

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN 1430H \(^.^)/

semoga RAMADHAN kali ini lebih bermakna

Harapan Ramadhan

(RAIHAN)

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua