Sekreteriat Setiausaha PEPIAS akan menganjurkan bengkel pengurusan pada minggu ini untuk semua pimpinan pusat dan cawangan. Maklumatnya seperti berikut:
TARIKH : 21 MAC (SABTU ) - 22 MAC ( AHAD)
MASA : 9.00 PAGI
TEMPAT : MASJID NEGERI SHAH ALAM
BAYARAN : RM 7 seorang
ANJURAN : SEKRETERIAT SETIAUSAHA
Program bakal dimulakan dengan Usrah 3G (3 Generasi) antara WADAH (Selangor), ABIM (Selangor) dan PEPIAS. Ini bagi meratakan kefahaman dan menyelaraskan pergerakan da'wah di negeri Selangor dalam kerangka masing masing . Ia juga bagi mengenal pasti bentuk kerjasama yang boleh dilaksanakan bersama.MASA : 9.00 PAGI
TEMPAT : MASJID NEGERI SHAH ALAM
BAYARAN : RM 7 seorang
ANJURAN : SEKRETERIAT SETIAUSAHA
Program bakal diteruskan dengan agenda utama iaitu mengenai pengurusan. Pelbagai slot telah diatur dan bakal diisi oleh beberapa jemputan yang berpengalaman terutama dari kalangan mantan kepimpinan PEPIAS.
Program bakal dilanjutkan lagi dengan aktiviti qiamullail dan pada hari ahad, slot gagasan PEPIAS bersama presiden bakal berlangsung. Slot ini khas bagi menjelaskan halatuju PEPIAS kepada seluruh cawangan dengan harapan pergerakan seluruh cawangan akan terarah dengan lebih fokus dan jelas.
Untuk makluman semua, PEPIAS CAWANGAN BANGI akan menghantar sebanyak 7 orang wakil yang terdiri daripada pimpinan sendiri iaitu Sdr. Muzakkir, Sdri Mazlina, Sdr Afiq, Sdri Norlela, Sdr Fandey, Sdri Aida Musliha. Wakil-wakil cawangan ini telah diminta untuk menghadiri bengkel ini bagi mewakili semua ahli cawangan Bangi.
Semoga ilmu yang diperolehi disana nanti dapat dikongsi bersama sahabat-sahabat yang tidak berpeluang pergi bersama. Gunakan kesempatan dan peluang ini sebaik-baiknya.
Terima kasih.
No comments:
Post a Comment