APA ITU PEPIAS???

PEPIAS merupakan akronim daripada nama Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan mana sebelum ini dikenali sebagai Persatuan Kebajikan Dan Pendidikan Islam Selangor Darul Ehsan.
PEPIAS telah bertapak sebagai penubuhan yang sah pada tanggal 1 OKTOBER 1992 setelah mula bergerak sejak 1971.


PEPIAS berasaskan DUA GAGASAN iaitu KEBAJIKAN dan PENDIDIKAN ISLAM. PEPIAS lebih menumpukan kepada sasaran sekolah rendah dan sekolah menengah. "meluntur buluh biar dari rebungnya".

PEPIAS telah mempunyai 7 cawangan berdaftar yang mana salah satunya ialah PEPIAS Cawangan Bangi yang bertapak di KUIS, Bangi.

Thursday, March 5, 2009

SEMESTER BERAKHIR...

Alhamdulillah, akhirnya kami semua ahli PEPIAS BANGI telah berjaya mengharungi pelbagai kisah dan ilmu sepanjang semester ini.

Mulai 6 mac hingga 15 mei, kami semua akan pulang meninggalkan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor untuk ke rumah masing-masing bagi memenuhi masa cuti panjang ini dengan bersama keluarga dan sahabat handai masing-masing.

Ada yang akan pulang ke Perak, Johor, Perlis, Pulau Pinang dan jauh nun ke Sabah. Yang dekat-dekat Selangor pun turut beria ingin pulang bersama. Itulah keluarga PEPIAS BANGI yang bertebaran seluruh Malaysia. Dari utara ke selatan, selatan ke timur, timur ke seberang dan sebagainya.

Entah bila agaknya kita akan bersama semula. Masa kita di KUIS rasa sekejap sahaja. Namun hubungan yang kita bina ini seperti sudah mengenali lebih 5 tahun. Itulah keajaiban keluarga kita. Dengan jumlah ahli keluarga mencecah lebih 50 orang pasti akan memeriahkan rumah tangga kita ini. Sekali lagi dikatakan, inilah KEAJAIBAN keluarga kita.

Mungkin ada yang akan rindu gigitan si dia, mungkin ada yang inginkan lagi cubitan si dia, mungkin ada yang ingin dengar gelak ketawa nya. Mungkin ada yang ingin dengar ulasan dan hujahnya. Mungkin ada yang ingin dengar kemarahannya. Mungkin ada yang rindu lihat kehensemanmya dan kecantikannya. Kesemua itu hanya dapat bila kita bersama. Namun tempoh 3 bulan ini akan memisahkan kita buat sementara waktu.

Setelah penat lelah berusaha menjawab soalan mencabar dalam peperiksaan akhir tahun, keriangan pulang ke kampung pasti dapat menghilangkan semuanya. Namun jangan dilupa, 3 jawatan yang kita pegang sehingga mati itu tetap perlu berterusan. Bukannya perlu dihentikan pabila pulang ke rumah. Itulah guna nya bersama PEPIAS, selepas apa yang dipelajari di sini, kita outputkan lah di tempat masing-masing. Setitik ilmu yang kita berikan amatlah bermakna buat semua orang.

Mungkin kita sendiri boleh wujudkan gerakan yang serupa PEPIAS di kawasan masing-masing. Jadi boleh lah kita gunakan pendekatan ini untuk sampaikan kepada masyarakat luar.

Bila di rumah, jaga lah diri masing-masing. Ada yang akan kerja, ada yang akan berniaga, ada yang short sem, ada yang hanya duduk dirumah, namun walaupun bagaimana keadaan anda sekalipun ketika cuti, jangan lah kita lupa tanggungjawab kita sebagai seorang MUSLIM dan MUSLIMAH. Solat dijaga, amal dipertingkat!.

Sentiasa lah berhubung dengan sahabat-sahabat kita yang berjauhan. Ucapkan lah selamt hari jadinya sekiranya sudah sampai masanya. SMS, CALL, YM, MYSPACE, FRIENDSTER, BLOG menjadi medan untuk kita berhubung. Disitu kita kongsi masalah, kita kongsi cerita, kita kongsi pengalaman.

Yang duduk sekitar Selangor, aktifkan lah dirimu dengan program yang dianjurkan. Janganlah mendiamkan diri anda di rumah. Program-program sentiasa menanti kita. Baktikanlah tenaga dan masa mu untuk masyarakat di luar sana yang memerlukan kita. Janganlah memberatkan tulang kita walaupun sudah tersedia beratnya. Anggaplah masyarakat diluar sana adalah keluarga kita.

Begitulah sedikit perutusan dari saya buat sahabat sekalian. Jangan lupa kembali semula ke Bangi selepas tamat tempoh edah belajar. Ingatlah kami semua dalam doa kalian. Sentiasa menghampiri ALLAH dan menjauhi SYAITAN. Peganglah kepada AL-Quran dan As-Sunnah. Janganlah kita alpa dengan mainan dunia yang sekali sekali pasti menghanyutkan kita dalam banjir kemaksiatan. Banjir kilat maksiat pasti mudah menenggelamkan hati kita bila iman kita tidak kuat. Bila pulang nanti, janganlah kita lupa tentang impian kita bersama dalam PEPIAS BANGI ini. Pastikan ia direalisasikan dan dibuktikan dengan hasilnya.

Akhir kata, selamat bercuti dan beristirehat. Gunakanlah masa sebaik-baiknya. Tingkatkan lah kualiti hidup masing-masing. Jagalah keutamaan@wala' pada yang sepatutnya. Jumpa lagi di masa akan datang. Sentiasalah layari blog PEPIAS ini. Ok. Selamat tinggal semua, saya pulang dulu ke PERAK. Jumpa anda di semester baru.


Salam sayang dan rindu buat sahabat semuanya.

Tulus ikhlas
Muzakkir b. Mohamad Noor
Pengerusi Perhubungan Bangi
rik_muz@yahoo.com.my
www.mastermuz.blogspot.com

2 comments:

Anonymous said...

mak bangga dgn kamu smua.....hrp menjd org yg berguna dan soleh.....dgr kata mak ayah....jauhkan godaan syaitan dan ikut segala ajaran agama....insyaallah kita akan berjayaaaaaaaa.......salam..

Anak Cucu ADAM said...

sape mak ni?
huhu
thanks mak