APA ITU PEPIAS???

PEPIAS merupakan akronim daripada nama Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan mana sebelum ini dikenali sebagai Persatuan Kebajikan Dan Pendidikan Islam Selangor Darul Ehsan.
PEPIAS telah bertapak sebagai penubuhan yang sah pada tanggal 1 OKTOBER 1992 setelah mula bergerak sejak 1971.


PEPIAS berasaskan DUA GAGASAN iaitu KEBAJIKAN dan PENDIDIKAN ISLAM. PEPIAS lebih menumpukan kepada sasaran sekolah rendah dan sekolah menengah. "meluntur buluh biar dari rebungnya".

PEPIAS telah mempunyai 7 cawangan berdaftar yang mana salah satunya ialah PEPIAS Cawangan Bangi yang bertapak di KUIS, Bangi.

Wednesday, March 11, 2009

LAKEP PEPIAS 2009

Salam sayang semua,

Makluman kepada semua, PEPIAS BANGI telah menghantar seramai 28 orang peserta untuk menyertai Latihan Kefasilitatoran dan Pengrursan Program yang dianjurkan oleh PEPIAS.

Rasa rugi bagi yang tidak dapat menyertainya kerana pelbagai input telah kami terima sepanjang 3 hari 2 malam di Kem Rebutia. Tunggu masa je nak outputkannya. Betul tak? Betul 3x

Kenangan di sana kita semua memang tidak dapat dilupakan dengan geng2 PEPIAS yang lain yang mana datang dari pelbagai ceruk seperti UIA, CYBERNATIC, MMC, TPG, KUANTAN, PJ, PEBIS, PMG dan sebagainya. Hubungan kekeluargaan telah pun bertambah.

Berdebat, puzzle, berlakon, mandi sungai, tressure hunt, daki bukit, jadi hantu, meniarap atas padang dan macam-macam lagi antara aktiviti yang dijalankan sepanjang berlangsung kem ini. Dan seperti biasa kami semua tidur dalam khemah dan menjadi adat resam tidur dalam khemah kenalah serang dengan air hujan yang membanjiri dalam khemah dan serangan makhluk kecil seperti nyamuk dan semut.




Dengan 11 kumpulan yang ada maka telah bertebaran lah ahli-ahli PEPIAS BANGI di setiap kumpulan yang ada. Pasti anda semua telah belajar macam-macam daripada setiap kumpulan yang anda wakili. Jadi, jangan lah lupa kita untuk berkongsi pengalaman dan pembelajaran yang kita perolehi dalam kumpulam masing-masing.

Bagaimana menjadi fasi yang baik? Apa itu modul? Kenapa perlu ada LDK?. Inilah yang telah kita belajar disana iaitu tentang LDK,MODUL, dan FASILITATOR. Selepas ini, insyaALLAH kita dapat mengaplikasi di program-program sekolah atau di mana-mana sahaja.




Man ANA? Ma TASK Ana? merupakan tajuk halaqah yang amat menarik sekali. Walaupun semua peserta dalam keadaan mengantuk namun semuanya seakan segar sekali pabila mengupas tajuk ini. Perbincangan hangat pada waktu pagi jarang sekali berlaku tetapi dengan fasi2 yang MANTAP semua yang mustahil pasti berlaku.

Ha..janganlah lupa tugas anda semua yang pergi LAKEP semasa kita buat PoA erk. Setiap ahli PEPIAS BANGI yang pergi LAKEP telah pun diberi tugas masing-masing mengikut ketua-ketua masing ( FANDEY,ASMAH,AFIQ,SARAH) bagi setiap bahagian-bahagian iaitu Bangi Lama, Bandar Baru Bangi, Serdang dan Kajang. Laksanakan lah tugas anda mengikut target tarikh program yang ingin dibuat. Jadikan ia sebagai realiti. Gunakanlah apa yang anda sudah belajar di LAKEP dalam menjalankan tanggungjawab ini. Jangan lupa tau.

Ingatlah sahabat-sahabat PEPIAS BANGI kita semua perlu memUPGREDkan diri kita supaya kita dapat menjadi yang terbaik. Janganlah merungut sekiranya kita peroleh kesenangan di awal tetapi ada kesusahan di pengakhirannya atau sebaliknya kerana inilah dinama sebagai PENGORBANAN.

Selepas ini kalau di ajak sertai program jangan lah serik erk. Aktifkan lah dirimu walaupun kita ada tugas lain. Sebelum kita fikirkan diri kita, fikirkan juga tentang orang lain. Masyarakat luar sana tetap juga keluarga kita. Jika mereka rosak, maka salah itu tetap juga ditujukan kepada kita. Fikir-fikirkan lah sendiri.

Ok lah. Setakat ini sahaja perkongsian pengalaman PEPIAS BANGI di LAKEP 09. Sekiranya sesiapa yang ingin kongsikan pengalaman, boleh la buat di ruangan komen tajuk ini.

Apapun WONDERPET menang. Apa yang penting...Kerjasama 2x... Apa yang lagi penting...D.U.I.T hehehehe...

Sekian terima kasih. Lain kali join LAKEP bagi yang tidak pergi erk.. Jangan lepaskan peluang lagi. Untuk semua ahli PEPIAS BANGI, janganlah malas untuk pergi program sekolah.

6 comments:

Anonymous said...

wonderpet mmg menang ...TAPI actualy sume fasilitator LAKEP adlah pemenang...duniawi jerr wonderpet menang tu..yg PENTING UKHRAWI,KEIKHLASAN N KEREDHOAAN ALLAH..I/A... wonderpet dapat hadiah pe ek????tak dapat pun...tgk pun tak...dapat tgk bungkusan je...huhuhu..

Anonymous said...

Salam

jutaan Tahniah Kepada Semua Peserta dari Bangi....

Semoga Doa yang sering sangat dilantunkan itu akan menjadikan Program2 sekolah dan Program2 besar kita yang lain juga mantap.... Ingatlah Usaha kita dihari ini adalah Penentu Kejayaan di Masa Depan...

Lapangkan dada, positifkan Minda...
Ayuh skali lagi....

FASI????!!!!!!!!!!!!!!!!!

HAHA...

MEKASIH,
Ydp Pepias Gombak

Anonymous said...

Tahniah kepada semua Fasi2 yang sgt terlatih dari Bangi. Anda adalah generasi muda yang amat diperlukan saat ini dalam membantu kami abang2 dan akak2 pepias meneruskan tradisi perjuangan. Jangan biarkan panggilan kami tidak bersahut. Ayuh Seluruh Fasi2 Bangi bangun dan terus memacu DAKWAH dimana sahaja anda berada. Ingatlah ganjaran Syurga yang Allah sediakan buat hambaNya, Nescaya Kalian akan terus tersenyum walaupun dakwah kalian ditentang.

Sesungguhnya Allah para MalaikatNya akan membantu kalian dari jalan yang tidak pernah kamu duga.

Take k adik Pepias

Khas dan Terceria dari Saya,
YDP GOMBAK

Anak Cucu ADAM said...

sama-sama abg
kami akan teruskan selagi terdaya dan diizinkan
semuanya terserah pada Illahi

Anonymous said...

hidup biar berjasa:)

azizan

>>fatimah azzah<< said...

salam abg...
bile bc blog sal lakep...
rndu ar plak...lbh2 lg time mndi air trjon...beshnyer...
hrp2 segale input2 yg dpt kat lakep dpt mmbntu fasi2 terutame yg baru cam sy tuk lbh yakin nk jd fasi dan trus brjuang slagi hayat ade...insyaAllah...