APA ITU PEPIAS???

PEPIAS merupakan akronim daripada nama Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan mana sebelum ini dikenali sebagai Persatuan Kebajikan Dan Pendidikan Islam Selangor Darul Ehsan.
PEPIAS telah bertapak sebagai penubuhan yang sah pada tanggal 1 OKTOBER 1992 setelah mula bergerak sejak 1971.


PEPIAS berasaskan DUA GAGASAN iaitu KEBAJIKAN dan PENDIDIKAN ISLAM. PEPIAS lebih menumpukan kepada sasaran sekolah rendah dan sekolah menengah. "meluntur buluh biar dari rebungnya".

PEPIAS telah mempunyai 7 cawangan berdaftar yang mana salah satunya ialah PEPIAS Cawangan Bangi yang bertapak di KUIS, Bangi.

Saturday, March 14, 2009

Tahniah buat Calon-Calon SPM 2008

PEPIAS BANGI mengucapkan tahniah kepada semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008 di atas keputusan yang telah diterima pada Isnin lepas. Keputusan yang diumumkan pada pukul 10 pagi lalu merupakan sesuatu yang ditungu-tunggu oleh calon-calon SPM 2008. Walau apapun keputusan yang diterima, PEPIAS yakin dan percaya bahawa lepasan SPM 2008 telah melakukan yang terbaik dan PEPIAS mendoakan perjalanan hidup di dalam dunia akademik yang lebih baik di masa mendatang.

PEPIAS BANGI akan terus menyokong dan mendukung para pelajar dan mahasiswa untuk terus cemerlang di dalam dunia akademik masing-masing. Generasi muda yang silih berganti ini merupakan pelapis negara di setiap lapangan. Oleh itu, generasi muda harus terus berusaha memajukan diri dari semasa ke semasa demi negara Malaysia yang kita cintai ini.

PEPIAS menasihati lepasan SPM 2008 untuk tidak leka dan lalai pasca keputusan pada hari ini. Banyak perkara yang harus diuruskan di dalam usaha untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Anda semua telah melepasi peringkat persekolahan yang diyakini telah banyak membentuk diri anda. Maka sudah tiba masanya anda melangkah setapak maju ke hadapan meneroka lapangan baru kehidupan. Proses pembelajaran tidak pernah terhenti, maka anda harus terus melangkah maju mencipta kejayaan demi kejayaan. Keputusan yan anda buat di dalam menentukan langkah akademik seterusnya selepas persekolahan ini adalah satu keputusan yang amat penting, kerana ia akan menentukan langkah seterusnya di dalam kehidupan anda pasca universiti.

Jangan kecewa sekiranya keputusan tidak menggembirakan anda kerana ia sudah ketentuan. Pasti ada hikmah disebaliknya. Teruskan usaha dan perjuangan ini kerana menuntut ilmu ini tidak akan berhenti sampai bila-bila.

Lepas ini bolehla sambung kemana-mana institusi belajar sama ada IPTA mahupun IPTS kerana ia sama sahaja sekiranya kita pandai menyesuaikan diri.

Tahniah buat semua. Teruskan perjuangan. Jadikan ia sebagai tauladan.

No comments: